The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraishahkarmila2, 2022-12-22 02:42:44

NATIONHOOD EBOOK

NATIONHOOD EBOOK

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA
SESSION 2022/2023 (A221)
GROUP J

PREPARED FOR:

EN MOHD AMMYRUL ASHRAF SAIRAN

PREPARED BY:

NAME MATRIC NUMBER
NUR HANA KHALILAH BINTI NOOR AZHA 295444
295541
CHENG LI WEI 295339
NURAISHAH KARMILA BINTI AIZUWAN 295416
295419
NIK NUR SYIHAM BINTI AMINUDDIN 295515
NUR AMELIA BINTI MAZLAN

RINA ROFAIZANAH BINTI PAUZI

1

Isi Kandungan

Bil Kandungan Muka surat
1.0 Pengenalan 3

2.0 Latar belakang 4-5
- latar belakang kampung medan
- punca dan kesan

3.0 Perpaduan kaum asas dalam pembentukan Negara Bangsa :

3.1 Cabaran yang merintangi usaha ke arah perpaduan 6-7
kaum

3.2 Usaha- usaha memperkukuhkan perpaduan kaum 8-9
rakyat Malaysia

3.3 Keberkesanan perpaduan dalam mencapai standard 10
negara bangsa

4.0 Iktibar 11
5.0 Kesimpulan 12

6.0 Rujukan 13-14

2

Pengenalan
Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang

unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan
harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut
dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang
bangsa, agama dan budaya. Akan tetapi, sebagaimana yang kita maklum, peristiwa 16
Mei merupakan peristiwa hitam di mana rusuhan kaum telah berlaku. Ketika itu,
rusuhan tersebut menjadi kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia pada
masa itu. Peristiwa itu patut dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh
itu, kumpulan kami telah bersepakat untuk melaksanakan tugasan ini dengan
berkisahkan “Perpaduan Kunci Dalam Mencapai Matlamat Negara Bangsa” dari kisah
Peristiwa Rusuhan Kaum Kampung Medan 2001. Peristiwa ini terjadi disebabkan
oleh sikap tidak boleh bertolak ansur apabila berlaku pertembungan kepentingan
antara dua pihak. Kesannya, Dasar Sosial Negara 2003 telah diperkenalkan. Dasar
tersebut merupakan dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan
peningkatan keupayaan insan demi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial.

3

Latar belakang
Kampung medan terletak di Petaling Jaya, Selangor dan bersebelahan dengan

Kampung Lindungan Jaya, Taman Dato Harun dan Kampung Ghandi. Mereka yang
tinggal di Kampung Medan dan di kawasan setingannya kebanyakkan terdiri daripada
etnik Melayu dan India manakala jumlah etnik Cina yang tinggal di kawasan ini
adalah kecil. Pada Mac 2001, berlakunya rusuhan antara kaum melayu dengan india
di Kampung Medan selama 10 hari dari 4 Mac hingga 13 Mac. Hal ini tercetus akibat
salah faham dan campur tangan orang luar yang mengakibatkan tragedi berdarah ini.

Dikatakan bahawa secara mengejut, seorang lelaki India dalam keadaan
mabuk telah menunggang motosikal dan merempuh adegan perkahwinan orang
Melayu sehingga menimbulkan kemarahan penduduk kampung. Selain itu, rusuhan
ini terjadi akibat polarisasi kaum, keadaan dimana terdapat dua pihak (prinsip,
kecenderungan dan pendapat) yang bertentangan. Seterusnya, masalah sosio-ekonomi
seperti pengagguran, kemiskinan, perumahan persekolahan dan aktiviti kumpulan
samseng juga merupakan punca yang menyumbang kepada peristiwa ini. Kampung
Medan pada masa tersebut boleh dianggap sebagai sebuah penempatan masyarakat
miskin bandar yang sangat terpinggir (Faiz Ibrahim).

4

Kejadian ini menyebabkan enam orang maut dan ramai lagi mengalami
kecederaan fizikal seperti kecederaan kepala, luka, patah tulang serta kecederaan
emosi. Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Selangor mula menyedari
tanggungjawabnya untuk mewujudkan perubahan dari aspek pembangunan
infrastruktur dengan melaksanakan Program Setinggan Sifar 2005. Matlamat program
ini adalah untuk mengurangkan penempatan setinggan and membasmi secara
menyeluruh melalui pelbagai perancangan. Kesannya pada masa kini, di Kampung
Medan tiada lagi kawasan setinggan seperti tahun 2000, apabila ia digantikan dengan
deretan rumah flat berkos rendah.

Keadaan di Kampung Medan pada 2001

5

Perpaduan kaum asas dalam pembentukan Negara Bangsa :

Cabaran yang merintangi usaha ke arah perpaduan kaum

Dari peristiwa Kampung Medan 2001, kita dapat merungkaikan bahawa
terdapat beberapa faktor yang merintangi, atau setidak-tidaknya berpotensi untuk
menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia. Faktor-faktornya ialah
perbezaan etnik, perbezaan pendidikan dan perbezaan politik.

1.Kepelbagaian etnisiti
Kepelbagaian etnisiti sering disalah anggap sebagai penghalang utama bagi
membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana dilihat dari perspektif yang negatif.
Penduduk Kampung Medan memupuk sifat perkauman yang tinggi di mana mereka
hanya hidup dalam lingkungan kaum sendiri dan jarang bergaul dengan kaum-kaum
yang lain. Hal ini menyebabkan tahap kefahaman mereka terhadap budaya dan adat
resam kaum-kaum lain menjadi rendah dan asing. Kebanyakan kaum di Kampung
Medan berasa lebih selesa dan selamat hidup dalam kelompok sendiri sahaja. Mereka
lebih memilih untuk tinggal dalam kawasan kejiranan yang majoritinya ialah kaum
mereka sendiri. Apabila tiada pendedahan berkenaan kaum lain dalam hidup mereka,
maka terjadinya unsur salah faham yang berkait rapat dengan kegagalan menghormati
budaya dan adat resam kaum lain.

2. Perbezaan pendidikan
Perbezaan pendidikan juga dikatakan menjadi batasan utama yang menggugat
perpaduan kaum di Malaysia. Kewujudan sistem persekolahan yang dapat
dibahagikan kepada tiga jenis aliran menjadi amalan di negara ini seperti sekolah
vernakular, sekolah agama dan sekolah antarabangsa. Ketiga-tiga jenis sekolah ini
menggunakan bahasa pengantar yang berbeza menyebabkan ketidakseragaman dan
proses berinteraksi yang lancar sukar dicapai. Ibu bapa yang beragama Islam di
Kampung Medan telah menghantar anak- anak mereka ke sekolah agama Kampung
Medan kerana paling ditakuti mereka adalah anak-anak mereka nanti tidak lagi
pandai tentang ilmu agama dan bahasa ibunda kaum sendiri.

6

3. Perbezaan politik
Perbezaan politik sebagai pemangkin kepada perpecahan kaum juga dibahaskan
kerana dilihat dalam konteks yang kurang tepat. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
suasana politik di Malaysia ini sememangnya berasaskan kaum. Kaum Melayu
mempunyai parti politiknya sendiri iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau
UMNO , kaum India mempunyai Kongress India Malaysia (MIC) dan kaum Cina
mempunyai Persatuan Cina Malaysia (MCA). Parti- parti politik ini ditubuhkan untuk
menjaga kepentingan dan hak kaum masing-masing. Jika diteliti, keadaan ini sedikit
sebanyak berpotensi dalam menjejaskan usaha ke arah perpaduan kaum di Malaysia,
kerana parti-parti politik ini masing-masing memperjuangkan kepentingan kaum
sendiri sahaja. Pengaruh politik bersifat perkauman yang sengaja memperbesarkan
perkara-perkara kecil menyebabkan pergaduhan di Kampung Medan menjadi lebih
tragis. Sebagai suatu negara yang bersatu padu, konteks Malaysia sebagai negara
berbilang kaum seharusnya menjadi perjuangan utama bagi parti- parti politik kerana
kepentingan dan kebajikan semua kaum harus dijamin secara sama rata.

7

Usaha- usaha memperkukuhkan perpaduan kaum rakyat Malaysia

1. Dasar Sosial Negara 2003 dan Program Setinggan Sifar 2005
Antara usaha yang dapat memperkukuhkan perpaduan kaum rakyat Malaysia ialah

kerajaan telah melaksanakan Dasar Sosial Negara pada 2003 dimana matlamat dasar
ini ialah bagi mewujudkan masyarakat yang maju dalam aspek sosial, ekonomi dan
teknologi. Tingkat ekonomi di Kampung Medan amatlah rendah pada ketika itu
sehingga berlakunya aktiviti jenayah yang telah menjadi kebiasaan di taman tersebut
contohnya mencuri, merompak, mabuk, menagih dadah dab sebagainya. Punca
berlakunya rusuhan kaum di Kampung Medan adalah kerana seorang penunggang
motosikal yang mabuk telah merempuh tapak perkahwinan. Oleh itu, kerajaan Negeri
Selangor telah mengadakan Program Setinggan Sifar pada 2005 bagi meningkatkan
taraf kehidupan rakyat di taman tersebut dan secara tidak langsung tingkat ekonomi
penduduk turut meningkat. Peratusan aktiviti jenayah juga semakin berkurang.

2. Dasar Perpaduan Negara 2021
Pihak kerajaan juga telah melaksanakan Dasar Perpaduan Negara pada tahun 2021.

Antara objektif dasar ini ialah membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri,
patriotik, prihatin, tolenrasi, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab serta
melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan (Rafidah
Mat Ruzki). Pergaduhan di Kampung Medan bermula dengan kaum Melayu yang
menengking kaum India kerana marah akan insiden yang berlaku. Masyarakat di
Kampung Medan tidak mengamalkan sikap tolenrasi, saling menghormati dan
bertanggungjawab kerana tidak menyelesaikan masalah degan berbincang. Kaum
India tersebut malah membawa sekumpulan geng untuk menyerang kaum Melayu.
Kewujudan dasar ini dapat mengukuhkan kefahaman agama dan budaya turut
membentuk masyarakat yang berintegriti dan berakhlak mulia.

8

3. Dasar Pendidikan Kebangsan
Dasar Pendidikan Kebangsaan turut ditubuhkan di negara kita. Usaha ini

adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Objektif dasar ini
dilaksanakan adalah untuk menyatupadukan kanak-kanak di sekolah yang berbilang
kaum. Selepas berlakunya peristiwa di Kampung Medan pada 2001, kanak-kanak di
kawasan tersebut mempunyai rasa takut dalam diri mereka untuk bergaul dengan
kaum yang lain. Ianya untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham.
Sesetengah daripada mereka juga mungkin dilarang oleh ibu bapa masing-masing
kerana ibu bapa mereka juga bimbang akan keselamatan anak-anak mereka. Tetapi,
dengan adanya dasar ini, kanak-kanak tersebut akan diberikan pendedahan awal
berkaitan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, mereka akan
memahaminya dari kecil dan menghormati antara satu sama lain.

9

Keberkesanan perpaduan dalam mencapai standard negara bangsa
Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini perpaduan dalam diri masyarakat

dalam mencapai standard negara bangsa di negara kita masih tidak tercapai
sepenuhnya. Ini kerana sejak dari zaman penjajahan British lagi, mereka telah
mengasingkan setiap kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India mengikut penempatan
dan corak ekonomi kaum masing-masing. Contohnya kaum Melayu ditempatkan di
perkampungan atau luar bandar, kaum Cina di kawasan pemacu ekonomi iaitu
dibandar dan kaum India diletakkan di kawasan perladangan aktiviti pertanian yang
hanya terletak di luar bandar. Jadi tidak hairanlah, untuk menukarkan mentaliti setiap
rakyat dinegara kita tidak akan sebegitu mudah. Manakala, negara kita juga
merupakan sebuah negara yang masih membangun menuju ke arah sesebuah negara
maju. Ini bermaksud negara kita tidak begitu ketinggalan dengan negara yang sudah
pun mencapai tahap negara maju kerana kita masih dalam proses mencapainya.
Contohnya seperti negara Singapura dan Thailand.

10

Iktibar

Iktibar yang boleh diambil daripada rusuhan kaum ialah kita tidak boleh
terlalu mengikut emosi. Kita tidak perlu bersikap secara keterlaluan dalam
memperjuangkan ideologi masing-masing sehingga terlalu mengikut emosi dan
amarah.Sikap tidak rasional ini hanya akan merugikan diri sendiri, malahan boleh
menjadi lebih teruk jika melibatkan orang lain juga.Oleh itu,kita haruslah berfikir
terdahulu sebelum megambil sebarang tindakan supaya tidak berlaku perkara yang
tidak diinginkan seperti perselisihan faham atau pertengkaran.Iktibar ini haruslah
sentiasa diingati oleh semua rakyat Malaysia apabila berkomunikasi dengan orang
lain terutamanya yang berlainan bangsa supaya Malaysia menjadi lebih harmoni dan
matlamat negara bangsa dapat dicapai.

Selain itu, kita seharusnya lebih peka dalam memperbaiki hubungan antara
kaum di Malaysia. Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah diri bagi semua pihak
untuk merenung sejauh mana hubungan kita sebelum dan selepas kejadian ini. Seperti
yang telah dikatakan, semua rakyat Malaysia haruslah saling menghormati dan
mempercayai antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama demi
menwujudkan hubungan yang rapat antara individu dan juga kaum di Malaysia.Hal
ini secara tidak langsung dapat meningkatkan persefahaman antara satu sama lain
serta membawa Malaysia ke arah mencapai matlamat negara bangsa.

Akhir sekali, iktibar daripada rusuhan kaum Kampung Medan tahun 2001
adalah kita sebagai rakyat yang hidup berjiran sepatutnya sentiasa berusaha untuk
bergaul dan memahami jiran sebelah. Hal ini kerana, daripada belas ikhsan itulah
dapat mewujudkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia bagi mengelakkan
perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang. Contohnya dapat dilihat
melalui peristiwa Kampung Medan tersebut. Walapun terdapat segelintir yang
mengambil kesempatan untuk menyemarakkan api perkauman dalam peristiwa ini
tetapi masih ramai yang bersifat kemanusiaan dan membantu satu sama lain tanpa
mengira warna kulit. Inilah yang kita inginkan. Pelbagai bangsa di Malaysia dapat
hidup dengan aman damai sehingga tercapainya matlamat negara bangsa.

11

Kesimpulan

Kesimpulannya, kisah rusuhan kaum di Kampung Medan pada 2001 banyak
mengajar kita akan pentingnya perpaduan antara kaum demi mencapai martabat
negara bangsa. Terdapat banyak impak dan implikasi jika kita sering bertelagah antara
satu sama lain.Dari sudut pandangan sosial, kita dapat melihat bahawa wujudnya
salah faham dan pandangan yang buruk terhadap kaum yang lain kerana wujudnya
sikap perkauman. Sikap perkauman akan memecah-belahkan kaum tetapi akan
memberi kesan dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Selain itu,
rusuhan kaum juga memberi impak dan keancaman terhadap struktur sosial di negara
kita dan juga akan menyebabkan rakyat tidak dapat hidup dengan harmoni di bawah
satu bumbung.

Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting
dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Hal ini
kerana, dengan adanya perpaduan, dapat mewujudkan keharmonian dan keamanan
dalam kehidupan. Selain itu, perpaduan mampu mempertahankan negara daripada
ancaman musuh mahupun perbalahan atau pergaduhan kaum. Dari sudut yang lain,
kestabilan politik dan ekonomi juga terjamin. Dengan itu, kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya menghindarkan perasaan prejudis terhadap kaum lain bagi
mengelakkan hal buruk itu berlaku lagi. Masyarakat Malaysia perlu menjadi
penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum
dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju disamping
mencapai status negara bangsa. Seperti mana yang kita ketahui, antara ciri-ciri negara
bangsa ialah konsep kewarganegaraan dapat dijelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina,
India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu
warganegara Malaysia. Jika kita semua berganding bahu menggunakan konsep
pepatah ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, masa depan yang
gemilang dan terbilang dapat dibina. Intihanya, semangat perpaduan di negara kita
hendaklah dipertahankan oleh semua rakyat demi negara yang tercinta dan dapat
menyambut objektif negara impian.

12

Rujukan
Chandran, Prasana. (8 Mar. 2002). Remembering Kampung Medan: One Year After.

Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/10633

Astro awani. (14 Jan. 2014). Ramai Berpendapat Toleransi Kaum Masih Rendah Di
Malaysia. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/ramai-berpendapat-toleransi-kaum-masih-rendah-di-malaysia-28462

Mohd Azrone Sarabatin. (2018, March 28). Berbeza politik usah sampai pecah belah
Melayu .https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/03/404552/berb
eza-politik-usah-sampai-pecah-belah-melayu

Sinar Harian. (10 Jan. 2020). Hubungan Kaum, Agama Semakin Parah Di Malaysia.”
Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hubungan-
kaum-agama- semakin-parah-di-malaysia-227655

Ibrahim, Faiz. (23 Apr. 2017). Rusuhan Kaum Taman Medan Tahun 2001 Yang
Mengemparkan Malaysia | SOSCILI. https://soscili.my/rusuhan-kaum-taman-
medan-tahun-2001-yang-mengemparkan-malaysia/

Ruzki Rafidah Mat. (15 Feb. 2021). 3 Objektif Utama Dasar Perpaduan Negara -PM.
Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786274/3-
objektif-utama-dasar-perpaduan-negara-pm

13

Kunta Kinte. (2015, May 2). Awasi provokasi kaum, agama.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/51201/awasi-provokasi-
kaum-agama

Firdaus Azil. (15 Feb. 2021). Ahli Politik Harus Berhenti Manipulasi Sentimen
Perkauman - Sivamurugan Pandian.” Astroawani.com,
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ahli-politik-harus- berhenti-
manipulasi-sentimen-perkauman-sivamurugan-pandian-282988

Kementeriaan Perpaduan Negara. Dasar Perpaduan Negara. (n.d)
https://www.perpaduan.gov.my/images/document/penerbitan/Dasar_Perpadua
n_Negara-1.pdf

14


Click to View FlipBook Version