The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F8-Muhammad Nur Ikhsan Bin Sabaruddin-Tugasan 1-Pengurusan Grafik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ikhsaneycan, 2021-07-18 03:10:02

F8-Muhammad Nur Ikhsan Bin Sabaruddin-Tugasan 1-Pengurusan Grafik

F8-Muhammad Nur Ikhsan Bin Sabaruddin-Tugasan 1-Pengurusan Grafik

PENGENALAN

Pengajaran Abad Ke-21 (PAK-21 merupakan pendekatan yang
sesuai diadaptasikan pada masa kini bagi melahirkan individu
atau generasi yang berkemahiran dan kompeten. Menurut
Mahamod (2011), menyatakan pengetahuan teknik PAK-21
sangat diperlukan oleh guru dalam memastikan sistem
pendidikan dapat memacu negara menjadi negara maju. Begitu
juga dengan penggunaan teknologi di mana guru-guru perlu
menjadi lebih kreatif dalam mengendalikan teknologi dalam
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah. Di
samping itu, daya kreativiti merupakan aspek yang amat
penting bagi menjadikan sesuatu PdP menjadi lebih berkesan
dan bermakna.

01

MENGENAL Tempat Duduk Murid
PASTI PILIHAN Tingkah Laku Murid
BILIK DARJAH Sudut-Sudut PAK-21
YANG
BERUNSURKAN
PAK 21

02

MENGENAL PASTI PILIHAN BILIK DARJAH YANG BERUNSURKAN PAK-21

Tempat duduk murid merupakan anatara faktor terpenting bagi membuat
pengurusan bilik darjah yang bekonsepkan PAK-21. Murid-murid
digalakkan untuk duduk dalam kumpulan supaya mereka boleh
berkerjasama dan berkongsi pendapat dan idea antara satu sama yang lain
bagi memudahkan aktiviti PAK-21 dijalankan di dalam kelas. Guru perlu
memberi keutamaan kepada murid yang mempunyai masalah penglihatan
dan pendengaran supaya mereka boleh duduk di hadapan.

Bagi mengelakkan murid-murid berasa tersisih, murid yang mempunyai
masalah tingkah laku perlu dicampurkan dengan murid-murid yang bijak
dan berdisiplin dalam satu kumpulan. Hal ini demikian kerana, sikap murid-
murid yang bermasalah itu akan dipengaruh oleh murid yang berdisiplin
untuk menjadikan mereka murid yang baik.

03

MENGENAL PASTI PILIHAN BILIK DARJAH YANG BERUNSURKAN PAK-21

Sudut-sudut PAK-21 dibuat bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
kreatif di dalam kelas. Antara sudut-sudut PAK-21 yang boleh dibuat ialah
sudut bacaan supaya murid-murid boleh mencari sumber rujukan lain selain
buku teks. Kemudian membuat sudut hasil kerja dengan meletakkan hasil
kera murid yang terbaik supaya boleh dijadikan contoh kepada murid lain.
Seterusnya, membuat papan kenyataan di mana pada papan tersebut boleh
diletakkan jadual bertugas, carta organisasi, nota-nota tambahan dan lain-
lain. Ruang santai juga boleh dibuat bagi memboleh murid merehatkan
minda mereka supaya mereka tidak tertekan semasa belajar.

04

MENGANALISIS PERANAN GURU SEBAGAI PEMANGKIN KREATIVITI
DALAM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI UNTUK MENGURUS BILIK DARJAH

Penggunaan teknologi di dalam kelas atau sebagai bahan bantu mengajar
amat digalakkan bagi menjadikan sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) lebih berkualiti. Menurut Loveless (2011), pendidikan yang
berkualiti menuntut guru yang mempunyai ilmu, kepakaran dan kebolehan
yang berkualiti dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran di dalam
kelas. Guru perlulah mahir dalam penggunaan teknologi dan mempunyai
daya kreativiti yang baik bagi menarik perhatian murid-murid untuk
belajar. Contohnya, semasa musim pandemik kini, guru menggunakan
pelbagai platform seperti Google Classroom, Google Meet, Kahoot,
Quizziz, Zepeto dan sebagainya bagi menyampaikan maklumat,
menyediakan bahan bantu mengajar serta menjalankan PdP dengan
lancar dan berkesan. Selain itu,, melalui teknologi juga boleh
menimbulkan keseronokan kepada murid dan murid dapat memperoleh
pelbagai ilmu dan pengalaman melalui teknologi.

05

MENGANALISIS PERANAN
GURU DALAM MEMBINA
HUBUNGAN YANG POSITIF
DI DALAM BILIK DARJAH
PERDANA DAN INKLUSIF

06

Menganalisis Peranan Guru Dalam Membina Hubungan Yang Positif Di Dalam Bilik Darjah Perdana dan Inklusif

Bagi membina hubungan yang postitif di dalam bilik darjah aliran
perdana, guru haruslah memainkan peranan seperti menunjukkan
keprihatinan kepada murid-murid. Contohnya, mengetahui latar
belakang setiap murid dan mengambil berat tentang masalah-
masalah yang dihadapi oleh murid. Kesannya, murid akan memberi
kepercayaan kepada guru dan menjadi lebih rapat dan mesra
kepada guru. Selain itu, bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang
seronok, guru boleh memasukkan unsur kecindan semasa
berkomunikasi dengan murid. Seterusnya, guru juga perlulah
mengingat nama setiap muridnya supaya mereka rasa dihargai dan
lebih akrab dengan guru.

07

Menganalisis Peranan Guru Dalam Membina Hubungan Yang Positif Di Dalam
Bilik Darjah Perdana dan Inklusif

Peranan guru dalam membina hubungan positif
dalam bilik darjah inklusif pula ialah guru perlu
guru perlulah memudahkan cara mengajar dan
menyediakan bahan bantu mengajar yang mudah
difahami. Contohnya, menggunakan bahasa
yang mudah sewaktu mengajar supaya mereka
mudah untuk mengingat apa yang diajar. Selain
itu, guru juga perlu memberi perhatian kepada
maklum balas murid-murid dengan cara kerap
menyoal soalan yang sama dan mengajar secara
berulang-ulang supaya maklumat yang hendak
disampaikan jelas. Di samping itu, guru perlulah
bersabar dengan tingkah laku mereka dan
memupuk sifat kasih sayang dan hormat kepada
murid-murid supaya murid menjadi lebih selesa
dengan guru.

08

RUJUKAN

Loveless, A. (2011). Technology, pedagogy and education: reflections on the accomplishment of what
KLMNO teachers know, do and believe in a digital age. Technology, Pedagogy and Education, 301-316.

Mahamod, Z. . (2008). Memperkasas guru, mempercekap pelajar: Pengajaran dan pembelajaran
KLMNoBahasa Melayu dalam abad abad ke-21 (PAK21). Seminar Bahasa Melayu.

Mahzan Arshad. (2005). Penggunaan teknologi dalam pendidikan literasi Bahasa Melayu. Masalah
klmnopPendidikan , 269-270.

Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (2008). Peranan guru dalam memupuk kreativiti
klmnoppelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9, 57-64.

Rosnani Mahmud & Mohd Arif Ismail. (2008). Pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi
klmnop(TMK) dalam pembestarian sekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

09


Click to View FlipBook Version