The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 856-3-aiman, 2022-04-12 05:17:50

BMMB1144-KESANTUNAN BERBAHASA TUGASAN 2 NIK AIMAN HAKIMI BIN NIK ABDUL AZIZ F2K

BMMB1144-KESANTUNAN BERBAHASA

TUGASAN 2
BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

PENGHASILAN PRODUK KPPB- PEMANFAATAN

DIGITAL/PRODUK AKHIR 30%

DISEDIAKAN OLEH NIK AIMAN HAKIMI BIN NIK ABDUL AZIZ f2k
NAMA PENSYARAH: CIK ASNIZA BINTI ZAKARIA

KESANTUNAN Berbahasa

Kesantunan berbahasa boleh
Menurut Noor Fadilah (2020),

didefinisikan sebagai kesopanan dan
kesantunan berbahasa ini juga

kehalusan yang digunapakai apabila
merupakan aspek yang penting

berkomunikasi sama ada melalui lisan
sebagai usaha untuk

atau tulisan. Dalam konteks yang lebih
berkomunikasi dengan individu

luas, kesantunan tidak merujuk kepada
lain yang menggunakan strategi

kesantunan berbahasa semata-mata,
tertentu supaya dapat

malah merangkumi aspek bukan verbal mewujudkan keselarasan sosial

seperti tingkah laku, nada suara dan
dalam menyesuaikan

mimik muka. penggunaan bahasa dan suasana.

PEMBUKTIAN PENGGUNAAN

BAHASA KURANG SANTUN

YANG DILONTARKAN OLEH

MASYARAKAT TERUTAMANYA


DI MEDIA SOSIAL

BUKTI PENGGUNAAN BAHASA KURANG SANTUN DI MEDIA SOSIAL

PENGGUNAAN BAHASA

YANG KURANG SOPAN


APABILA INGIN

MENUNTUT HUTANG

JUSTIFIKASI

Rajah tersebut menggambarkan bahawa terdapat

penggunaan bahasa yang kurang sopan yang dilontarkan

apabila seseorang itu berasa marah atau geram terhadap

kelakuan seseorang. Contoh di sebelah telah memaparkan

penggunaan bahasa yang kasar seperti "lahabau", "lancau',

"cibai" dan sebagainya akibat daripada emosi seorang

pemberi hutang yang terlalu marah kerana perbuatan

seorang peminjam hutang mempermainkan urusan hutang

tersebut.

Cadangan bagi menangani isu kesantunan berbahasa


tersebut.

DIDIKAN DARIPADA IBUBAPA
Didikan daripada ibubapa ini hendaklah diterapkan sejak anak-anak

berada di usia kecil. Didikan ini boleh diberikan dari segi

menunjukkan contoh teladan yang baik, Ibubapa berperanan

sebagai "role model" kepada anak-anak untuk dicontohi. Persis

pepatah Melayu kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ketika

anak-anak di usia kecil, ibubapa merupakan contoh yang terdekat

selain daripada rakan-rakan sebaya. Setiap perlakuan ibubapa akan

diikuti dan dicontohi oleh anak-anak. Jika ibubapa baik dari segi

perlakuan dan pertuturannya, maka anak-anak juga akan turut sama.

Seorang wakil rakyat yang melontarkan kata-kata

kesat terhadap musuh politiknya kerana

pertelingkahan di dalam Dewan Rakyat.

https://youtu.be/LU54cdOVhwc

Dato Seri Panglima Bung Mokhtar bin Radin

berucap mengikut emosi.

JUSTIFIKASI

Video memaparkan wakil rakyat yang tidak menjaga

percakapannya apabila pihak lain yang telah memfitnah

dirinya. Kejadian tersebut telah tular di media sosial. Video

tersebut telah merakamkan wakil rakyat tersebut yang

melontarkan kata-kata kesat iaitu perkataan dalam bahasa

Inggeris yakni "Fuck you". Kejadian ini juga agak memalukan

kerana si penutur merupakan golongan yang terhormat yang

disanjung masyarakat yang pada hakikatnya wajar dijadikan

contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Malang sekali,

beliau telah mengecewakan kelebihan yang beliau telah miliki.

CADANGAN untuk menangani

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Dalam konteks kejadian tersebut, kerajaan wajar

memperketatkan undang-undang dalam Parlimen

supaya wakil-wakil rakyat yang hadir di Parlimen

sentiasa menjaga percakapan mereka ketika

Parlimen bersidang. Hal ini demikian bertujuan

untuk menjaga reputasi barisan kepimpinan
negara yang diberi harapan oleh rakyat untuk

membimbing negara dengan berhemah.



JUSTIFIKASI

Rajah disebelah menunjukkan penggunaan bahasa yang

kurang santun yakni berunsurkan lucah. perkataan "kimak"

yang berasal daripada perkataan "pukimak" yang bermaksud

kemaluan ibu. Rajah tersebut menunjukkan dua individu yang

mempunyai pertelingkahan akibat daripada masalah perebutan

pasangan kekasih. Bahasa yang berunsurkan lucah ini juga

sering digunakan apabila seseorang itu berada dalam keadaan

marah. Menurut Hariyati Ariffin (2019) pula, penggunaan

bahasa lucah ini seakan diterima pakai dalam masyarakat

apabila perkataan yang kurang sopan itu menjadi kebiasaan

dalam perbualan harian atau ketika bergurau.

CARA MENANGANI ISU PENGGUNAAN BAHASA LUCAH

BIJAK dalam MEMILIH RAKAN

Seseorang individu khususnya golongan remaja perlu bijak dalam

memilih rakan sebaya dalam pergaulan. Menurut Mansur Abdullah

(1998) dengan mencontohi rakan sebaya, seseorang akan belajar

satu tingkah laku baru yang cuba untuk diserap dan disesuaikan

pula kedalam personalitinya. Jelas menunjukkan bahawa seseorang

perlu bijak memiih rakan kerana kesan daripada pergaulan tersebut

akan mempengaruhi sikap dan personaliti seseorang. Dalam

konteks penggunaan bahasa lucah ini, ia kerap muncul dalam

pergaulan rakan sebaya yang akrab. Jadi, sebagai langkah

berjaga-jaga kita hendaklah memilih rakan yang baik

percakapannya.

RUJUKAN

Hariyati Ariffin (2019 November 18), Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi

remaja masa kini. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-

sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini

Kini TV.[KiniTV].(2018 Ogos 7). F*** you! - Bung Moktar explodes in Dewan Rakyat

[Video]. Youtube. https://www.youtube.com/watch?v=LU54cdOVhwc&t=133s

Mansur Abdullah, (1998). Komunikasi dalam pengurusan. Dewan Bahasa & Pustaka.

Noor Fadilah., & Asiah Abas. (2020). Kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar

Universiti Malaysia Sabah. MANU Bil. 31 (2), 133-152, 2020 (Disember) E-ISSN 2590-

4086©

SEKIAN, TERIMA

KASIH


Click to View FlipBook Version