ahlul halli ahlul halli wal aqdi wal aqdi &AAmmaallaann syura BAHASA MELAYU 2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU SARAH ASHIQIN BINTI MOHD NAZRI MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM
I S I K A N D U N G A N B I O D A T A P E N G E N A L A N a h l u l h a l l i w a l a q d i S Y A R A T - s y a r a t a h l u l h a l l i w a l a q d i p e n g e n a l a n k o n s e p s y u r a a m a l a n s y u r a d a l a m p e n t a d b i r a n z a m a n r a s u l a l l a h p e n u t u p ( k e s i m p u l a n ) r u j u k a n 1.0 2.0 2.1 3.0 3.1 4.0 5.0
1.0 B I O D A T A n a m a : s a r a h a s h i q i n b i n t i m o h d n a z r i N o . K p : 0 2 1 1 1 7 1 1 0 1 8 6 A n g k a g i l i r a n : 2 0 2 1 0 8 2 3 4 0 0 4 1 P r o g r a m : P I S M P A M B I L A N J U N 2 0 2 1 t a h u n : t a h u n 2 s e m e s t e r 3 K e l a s : B A H A S A M E L A Y U 2 S u b j e k : m p u 3 0 9 2 p e n d i d i k a n i s l a m P e n s y a r a h : u s t a z z u l k e f l i b i n j u n o h t u g a s a n : t u g a s a n 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
2.0 P E N G E N A L A N a h l u l h a l l i w a l a q d i Menurut penulisan UIN Suksa Riau, gambaran umum Ahlul Halli Wal Aqdi ialah orang yang memiliki kuasa untuk memutuskan dan menentukan sesuatu atas umat, tambahan pula dalam sastera fiqh penulisan jurnal ini juga, konsep orang - orang ini layak membuat keputusan. Mereka ini orang-orang yang bertindak sebagai wakil umat untuk menyuarakan hati nurani mereka,di mana wakil umat ini memberitahu manusia mengenai sesuatu perkara yang mereka lakukan sama ada perkara tersebut betul atau salah. Menurut penulisan Akhbar Junius Saputra, konsep Ahlul Halli Wal Aqdi pertama kali muncul ketika zaman Khalifah Umar bin Khattab seiring dengan khalifah - khalifah yang lain, justeru, mereka inilah yang kemudiannya diputuskan oleh para ulama fikih sebagai yang dinilai bertindak sebagai wakil umat. Maka, Dr. Abdul Karim Zaidan telah kemukakan definisi bahawa Ahlul Halli Wal Aqdi ialah orang - orang yang menceburkan diri dalam sesuatu pergerakan langsung dengan rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka. Al - Razi dalam tafsirnya pula mengatakan bahwa yang dimaksud Uli al-amr adalah Ahl-Al-Hall Wa Al- ‘Aqd (Ahlul Halli Wal Aqdi), maka ia bersesuaian dengan penjelasan Ibnu Taimiyah bahawa, Ulil-Amri (Uli al - amr) adalah para pemegang kekuasaan dan penguasanya. Merekalah yang memerintah manusia. Perkataan Ulil-Amri (Uli al - amr) telah ditulis dalam firman Allah S.W.T : Surah An-Nissa, ayat 59 Tafsirannya: 59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Juga dalam firman Allah SWT surah An-Nissa, ayat 83
Tafsirannya: 83. Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal it kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal it dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kashanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (laitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). Menjadi seorang pemimpin dalam Islam haruslah mempunyai ciri - ciri yang bersesuaian dengan elemen kepimpinan yang digariskan dalam islam. Oleh itu adanya konsep kepimpinan dalam Islam, di mana menurut Islam konsep kepimpinan adalah untuk membina dan membangunkan insan - insan yang seimbang jiwa, rohanii, murni akhlak dan sikap, saling bersaudara, dan membantu dalam melakukan kebaikan, berganding bahu mencegah kemungkaran. Tafsirannya: 58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Perspektif Islam juga menegaskan bahawa kepimpinan dalam konsep Islam merupakan satu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik - baik, di mana insan yang menjadi pemimpin haruslah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya seiring menunaikan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Disebabkan itu, Allah S.W.T telah berfirman di dalam al - quran bahawasanya orang yang memimpin sebuah umat adalah orang yang diberi kekuasaan untuk memimpin masyarakat ke jalan yang berlandaskan al quran dan as - sunnah. Surah An-Nissa, ayat 58
2.1 Adil Apa yang diperincikan mengenai syarat - syarat di atas dan mengapa ia diambil kira penting bagi pelantikan Ahlul Halli Wal Aqdi. Pertama, S Y A R A T - s y a r a t a h l u l h a l l i w a l a q d i Oleh itu, tidak semua umat memenuhi kriteria sebagai anggota Ahlul Halli Wal Aqdi, menurut tokoh pakar dalam berbagai bidang keilmuan iaitu Al - Mawardi, beliau merumuskan syarat-syarat yang harus dimiliki oleh Ahl Ahlul Halli Wal Aqdi iaitu; Adil dengan segala syarat-syaratnya. Berilmu yang membuatnya mampu mengetahui siapa yang berhak menjadi Khalifah sesuai dengan kriteria-kriteria yang legal. Memiliki wawasan dan sikap bijaksana yang membuatnya mampu memilih siapa yang paling tepat dan paling efektif menjadi Khalifah, serta paling ahli dalam mengelola semua kepentingan demi kemaslahatan rakyat 1. 2. 3. Manakala, dalam penulisan UIN Suksa Riau Ibnu Khaldun hanya memberikan 4 syarat, yaitu : 1. Memiliki Ilmu Pengetahuan. 2. Adil 3. Mampu melaksanakan tugas, termasuk kearifan. 4. Sihat jasmani dalam erti pancainderanya dan anggota badan yang lain Keadilan adalah watak yang paling penting dan sifat yang begitu mulia sekiranya seseorang mempunyainya. Jika seseorang itu tidak mempunyai sifat adil, maka tidak sah kuasanya dan tidak boleh diterima kesaksiannya. Menurut Ar-Ridha mendefinisikan sifat adil dalam Al-Mabsuthnya: “adil itu istiqamah (keteguhan hati), dan kesempurnaannya tidak berkesudahan. Adil juga bermaksud melanggar perkara yang diyakini haram dalam agama, atau dengan kata lain: “Bahawa seseorang itu sentiasa meninggalkan segala dosa besar dan tidak melakukan dosa kecil. Kesilapan lebih daripada kerosakan, dan kebenaran lebih daripada kesilapan. Syarat ini adalah sama seperti yang dikehendaki oleh undang-undang moden bagi orang yang dipilih untuk menjadi ahli dewan undangan, dan akan kehilangan keahlian mereka jika tiada syarat sedemikian.
Hadinya pemimpin seperti ini akan sentiasa membantu rakyat yang be dan susah tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan kerana mereka hanya mengharapkan balasan yang setimpal daripada Allah. Sebagai seorang Muslim dan rakyat yang beragama Islam, Untuk mendapat keadilan semua makhluk bagi merasai keselamatan dan mendapat hak-hak sebagai manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, kita wajib mengutamakan pemimpin yang adil. Rakyat bukan Islam juga akan mendapat keadilan sebagai rakyat yang hidup di bawah kepemimpinan seorang pemimpin yang adil. Surah An-Nahl, ayat 90 Tafsirannya: 90. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Arif atau bijaksana dalam melaksanakan tugas Kedua, Kebijaksanaan kepimpinan ialah gabungan penggunaan kesedaran, pengalaman dan wawasan untuk menetapkan hala tuju, memperkasakan orang ramai, memastikan kesejahteraan, dan membimbing aktiviti untuk mencapai hasil yang berkekalan. Pemimpin yang bijak membangun dan menerapkan persepsi yang berkesan terhadap realiti. Mereka memahami bahawa kita saling bergantung dalam dunia perhubungan, dan percaya bahawa kepelbagaian dan keterangkuman adalah penting untuk mengembangkan kesedaran dan mendapatkan pandangan kritikal
Mempunyai ilmu pengetahuan merupakan satu ciri yang penting untuk menjadi anggota ahlul halli wal aqdii, di mana orang - orang yang memiliki pengetahuan tentang perundang - undangan dan cukup mengenal kebaikkan umatnya. Diharapkan dengan ilmu pengetahuan itu dapat mengetahui siapa saja yang berhak memegang tongkat kepemimpinan. Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengingatkan kita tentang perlunya ilmu sebelum menjadi pemimpin. Beliau menegaskan: “Hendaklah kamu belajar menjadi faqih sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin”. (Riwayat Al-Bukhari) Keperluan mempersiapkan diri dengan ilmu ini bukan sekadar untuk menjayakan kepimpinan dan manfaat umat sahaja. Bahkan, kita lebih kerap diingatkan tentang kehancuran dan kemusnahan yang berlaku adalah hasil daripada kejahilan manusia yang menjadi pemimpin. “Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari (dada) hambahambanya. Tetapi Dia mencabut ilmu dengan mencabut (nyawa) para ulamak. Hingga bila sudah tidak ditinggalkan sesiapa lagi yang alim (berilmu), manusia melantik orangorang jahil menjadi pemimpin. Bila mereka ditanya, mereka membuat keputusan tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula”. (Riwayat Al-Bukhari) Untuk menjadi pemimpin dan pengurus sesuatu perkara, manusia memerlukan ilmu yang membolehkannya melakukan penyelidikan bagi menangani kejadian yang timbul dan mampu membuat kesimpulan yang tetap dan sah. Ilmu Pengetahuan Ketiga,
Syarat yang seterusnya ialah seseorang itu hasruslah sihat dari segi fizikal, mental, emosi, rohani. Hal ini demikian kerana seorang pemimipin akan memimpin seleuruh umat dan secara khususnya masyarakatbakan datangbkepada tak kira masa. Oleh itu, seorang pemimpin haruslah bersedia daripada semua aspek supaya dia dapat mengurusnya dalam keadaan baik dan teratur. Lima pancaindera adalah lengkap dan sihat dari pendengaran, penglihatan, lidah, dan seterusnya supaya dia dapat menangkap dengan betul dan tepat apa yang ada ditangkap oleh deria itu. Tidak ada kekurangan pada anggota badan yang menghalangnya bergerak dan bertindak dengan cepat. Sihat dari segi tubuh badan juga agar seorang pemimpin tidak teragak - agak untuk menunaikan tanggungjawab tanpa sebarang halangan seperti meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan seorang pemimpin itu. Malah sihat dari segi emosi dan mental juga penting agar ia tidak mengganggu seseorang itu untuk membuat keputusan dan berfikir secara cerdas. Sihat keempat,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
3.0 p e n g e n a l a n K O N S E P s y u r a Kata musyawarah terambil dari akar kata sy-, w-, r-, yang asalnya dari perkataan syura. Syura berasal daripada perkataan ‘syawara’ yang bermaksud ‘al-tasyawur’ (ورُشاَتَّال (atau perbincangan. Menurut Kasman Bakry dalam penulisannya iaitu Nukhbatul ‘Ulum: Jurnal Bidang Kajian Islam, majoriti ahli hukum berpendapat konsep syura adalah proses interpretasi atau pendapat para ilua dan pemiikir terhadap suatu permasalahan. Manakala, Ibnu al - Maliki mengemukakan definisi syura adalah berkumpul (firman Allah S.W.T dalam surah Ash-Shura) untuk meminta pendapat dalam suatu permasalahan di dalamnya para peserta syura saling mengeluarkan pendapat yang dimiliki. Oleh itu, konsep syura ini dimasukkan dalam budaya masyarakat Islam untuk bersama - sama memberi pendapat untuk mencapai solusi yang mendekatkan kebenaran. Hal ini demikian kerana ia suatu kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama Islam dalam melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil dan adil. Digunakan dalam amalan seharian masyarakat Islam untuk meminta nasihat atau pandangan kepada orang lain untuk dijadikan sebagai bahan pertimbangan dalam pengambilan keputusan. Surah Ash-Shura, ayat 38 Tafsirannya: 38. -…dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka…- Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan negara Islam menjadi fardhu yang telah sabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta disepakati oleh para ulama. Para ulama menyatakan Syura adalah suatu keperluan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Islam yang perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan perubahan zaman. Syura dianggap suatu keperluan kerana semua manusia memerlukan perbincangan bahkan ianya boleh disifatkan suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara satu dengan yang lainnya. Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individual.
3.1 a m a l a n s y u r a d a l a m p e n t a d b i r a n z a m a n r a s u l u l l a h Syura mula diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah melaksanakan Syura di dalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan oleh Allah s.w.t. melalui ayat 159, Surah Ali-Imran : ... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” Jadi kenapa amalan syura ini digunakan dalam pentadbiran dari zaman Rasulullah S.A.W, berbalik semula kepada maksud atau konsep asas pentadbiran iaitu fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. Jadi, secara umumnya pentadbiran merupakan sesuatu yang dilaksanakan bagi memperbaiki masyarakat dengan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan di akhirat berasaskan keadilan. Oleh itu, amalan syura telah digunakan semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Bagaimana amalan suyura ini digunakan semasa zaman pemerintahan baginda? Pertama, Rasulullah S.A.W mengikut dengan keputusan majoriti. Sebagai contoh, sebelum berlakunya perang Uhud, Rasulullah S.A.W ingin melakukan satu bentuk strategi pembinaan. Oleh itu, bagimda bermusyawarah dengan para sahabatnya sebelum pecahnya perang. Perbincangan tersebut membuahkan dua hasil pendapat, pertama, menyerbu musuh ke luar kota Madinah, dan kedua bertahan atau menghadapi musuh di Madinah. Pada awalnya, baginda memilih untuk menggunakan endapat yang pertama, akan tetapi, baginda mengubah pendapat iaitu mengikuti suara terbanyak iaitu menyerang musuh diluar Madinah, Bukit Uhud. Semasa zaman Rasullulah S.A.W, majlis syura dianggotai oleh; i) Ketua Golongan Ansar ii) Ketua Golongan Muhajirin iii) Panglima Tentera iv) Pegawai Awam Pendapat pertama, hanya didukung oleh sebagian Muhajirin dan Anshar manakala pendapat kedua kebanyakkannya didukung oleh para pemuda yang semangat dan belum pernah ikut perang badar dan orang-orang yang pernah ikut perang mendapat kemenangan.
Hi Contoh yang kedua, permintaan para sahabat kepada permintaan musyawarah dari sahabat kepada Rasulullah S.A.W di mana ia terjadi sewaktu perang Badar. Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada para sabahat untuk menghasilkan satu kubu ertahanan di sesuatu tempat tertentu, dan sahabat Hubad ibnu Munzir bertanya kepada baginda “Apakah tempat yang kita ambil ini sudah merupakan wahyu tuhan sehingga kita tidak perlu maju atau mundur lagi, atau ini sekedar pendapat Rasulullah S.A.W sendiri dan suatu taktik perang belaka?” Lalu baginda menjawab “Hanya sekedar pendapat saya dan taktik perang”. “Bila demikian, wahai Rasulullah, sungguh lokasi ini bukanlah tempat yang tepat bagi kita. Bagaimana kalau kita mengambil tempat di mata air yang terdekat dengan musuh? Kita turun dari tempat itu, lalu kita gali sumur-sumur di belakangnya. Kolam-kolam kita penuhi dengan air dari oasis itu. Al hasil, ketika sedang bertempur, kita dapat mengambil air yang cukup, sedangkan musuh kehabisan air,” kata Hubab. Maka setelah melakukan perbincangan, akhirnya Rasulullah S.A.W memutuskan untuk menerima saranana Ibnu Munzir iaitu agar pasukan mereka berpindah ke tempat yang mempunyai sumber air terdekat dengan mereka hal ini demikian juga kerana tempat sebelumnya jauh dari mata air. Di sini, kita boleh sedar bahawa pentingnya baginda, Rasulullah S.A.W mementingkan amalan syura bagi memastikan suara umat sentiasa diterima dalam perbincangan. Contoh yang ketiga, amalan syura diaplikasikan adalah semasa perlantikkan Saidina Uthman bin Affan. Sebelum wafatnya Saidina Umar, beliau menyenaraikan nama - nama calon sebagai khalifah yang bakal mentadbir dunia dan menjaga kesucian agama selepas kewafatannya nanti. Antara sahabat yang dicadangkan ialah Saidina Uthman, Saidina Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah, Zubir bin al-Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf. Selepas kewafatan Saidina Umar maka keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Selepas beberapa perkara yang telah berlaku sepanjang pemilihan pengganti Saidina Umar, Saidina Uthman telah diisytiharkan sebagai khalifah berdasarkan pendapat sahabat dan orang ramai disebabkan ketegasan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh beliau. Berkesinambungan daripada cara perlantikan yang telah dibuat ini maka kita dapat melihat bagaimana Saidina Umar cuba menjauhkan diri daripada melakukan sebarang pemilihan secara ‘bias’ atau bercirikan nepotisme memilih penggantinya. Akan tetapi, pemilihan khalifah ini mestilah mempunyai ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab serta berani menegakkan apa yang termaktub dalam al-Quran dan hadis nabi, oleh itu, pemilihan pengganti Saidina Umar mengasaskan sistem syura dalam perlantikan pemimpin.
4.0 P E N U T U P ( k e s i m p u l a n ) Kesimpulan daripada penulisan tugasan ini ialah, menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara yang senang dan ianya merupaka satu tugas yang mulia. Mendapat satu tanggungjawab yang besar memimpin sebuah umat memikul tanggungjawab yang besar. Walhal orang inilah yang akan membawa satu kejayaan atau kemulian sebuat umat atau sebaliknya. Oleh itu, untuk sentiasa berada dibawah perlindungan Allah S.W.T, kita sebagai umat Islam haruslah memastikan pemilihan pemimpin haruslah berlandaskan al - quran dan as sunnah bagi menjaga kedaulatan agama islam. Bahkan, melakukan musyawarah di antara masyarakat ataupun orang - orang penting sebelum cetusnya peperangan di antara umat. Amalan syura inilah yang akan memastikan umat Islam sentiasa dalam keadaan aman dan saling menghormati suara masyarakat. Sekiranya tanpa Al Syura ianya akan mendatangkan tanda kezaliman akan berlaku, Khalifah Umar Al-Khattab berkata : "Tidak ada kebaikan pada urusan yang diputuskan tanpa syura" — SEKIAN TERIMA KASIH —
5.0 R u j u k a n Ahmad Abdul Mujib, 2015. Implementasi Konsep Ahlul Halli Wa Al-‘Aqdi Al-Mawardi bhbudalam Proses Pemilihan Pimpinan KPK oleh DPR. Universitas Islam Negeri bubuWalisongo Semarang. Akbar Junius Saputra, n.d. Ahlu Halli Wal Aqdi. Universitas Islam Negeri Syarif bubuHidayatullah Jakarta Kasman Bakry, 2018. Konsep Syura dalam Al-Quran. NUKHBATUL ‘ULUM : Jurnal bubuBidang Kajian Islam Vol. 4, No. 1 (2018) : Hal. 70-83. Sekolah Tinggi Ilmu Islam bubudan Bahasa Arab (STIBA) Moh. Ali Wafa, 2021. Hukum dan Sistem Demokrasi; Telaah Kajian dalam Konsep AlbubuSyura. Vol. 8 No. 2. Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta UIN SUKSA RIAU, n.d. Gambaran Umum Ahl Al Hall Wa Al Aqdi. Bab 3. Universitas bubuIslam Negeri Suksa Riau
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM