KURIKULUM PERKARA JAWAPAN USUL 1 Nama : Pn. Siti Nur Fayyadhah binti Suhaimi Nama Anak : Mohammad Aisy Mikail bin Mohammad Khayri (1 Hijau) Minta cikgu buat jadual mengikut stabiliti buku-buku dgn mata pelajaran. Contoh BM buku tulis 1. Sudah ada ketetapan buku apa yang akan digunakan oleh semua guru mata pelajaran pada awal sesi persekolahan. Mohon anak rujuk jadual dan sentiasa peka dengan arahan dan peringatan yang diberi oleh guru. USUL 2 Nama : Pn. Nur Fazira binti Abdul Muis Nama Anak : Muhammad Harith Syazwan bin Hermawan Efendi (3 Gemilang) Kelas tambahan untuk pelajar yang ketinggalan Kelas Tambahan akan melibatkan masa guru dan kos ibu bapa. Kelas tambahan hanya boleh dijalankan pada minggu ke 2 dan ke 4 sahaja setiap bulan, ia hanya boleh dibuat atas kerelaaan guru dan tiada paksaan. Sebarang kutipan mesti mendapat kelulusan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. USUL 3 Nama : Pn. Siti Nuredza Janatunaim binti Mohd Sahet Nama Anak : Aishah binti Harun (2 Amanah) Buat tuisyen Tahap 1 dan 2 waktu cuti sekolah atau hari minggu. USUL 4 Nama : En. Mohd Fairuz bin Idris Nama Anak : Muhammad Amirul Arsyad bin Mohd Fairuz (2 Ehsan) Kurangkan aktiviti mewarna untuk anak-anak murid. Lebihkan aktiviti membaca dan mengeja suku kata supaya senang anak-anak lebih fokus pada pandai membaca. Aktiviti mewarna merangsang kreativiti dan kemahiran motor halus (meningkatkan kekuatan tangan, cengkaman pensel dan ketepatan) murid supaya boleh menulis dengan cantik. Bagi aktiviti membaca, sudah ada program Nilam di sekolah dan ibu bapa berperanan untuk meneruskan aktiviti membaca bersama anak-anak di rumah. USUL 5 Nama : En. Saiful Affendy bin Sayuti Nama Anak : Ikhwariz bin Saiful Affendy (5 Bestari) Menjemput pakar motivasi atau Ikon Pendidikan Negara memberi motivasi pada murid. Unit Bimbingan & Kaunseling sentiasa mempunyai program untuk memotivasikan murid-murid dalam pelajaran mahupun hadir ke sekolah.
USUL 6 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid (6 Amanah) Cadangan untuk diadakan satu sesi taklimat untuk pelajar Tahun 6. Sesi taklimat berkenaan sekolah khusus pembelajaran ke Tingkatan Satu. Bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan hala tuju serta pemilihan selepas sekolah rendah. Contohnya ke MRSM, SBP, SMKA, Kolej Permata Pintar/Insan, SAM, Maahad Tahfiz, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Harian Aliran Agama (KAA) dan sebagainya. Taklimat ini akan diberi kepada murid pada akhir sesi persekolahan Tahun 6 oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama sekolah menengah dan IPT. Antara program yang dijalankan ialah Selangkah ke Alam Menengah. USUL 7 Nama : Pn. Wan Fairus binti Idrus Nama Anak : Uzma Nurjannah binti Mohd Khairulnaim(5 Bestari) Saya mencadangkan supaya kertas peperiksaan anak-anak dikembalikan agar kami sebagai ibu bapa dapat menilai kelemahan anak-anak kami, ini kerana sistem berasaskan TP tidak praktikal secara menyeluruh. Sememangnya kertas peperiksaan UASA dikembalikan kepada murid-murid terutamanya subjek teras untuk ibu bapa melihat perkembangan anak-anak.
KOKURIKULUM PERKARA JAWAPAN USUL 8 Nama : En. Mohd Effendy bin Abd Wahab Nama Anak : Fath Rayyan bin Mohd Effendy (3 Fikrah) Saya difahamkan bahawa aktiviti kokokurikulum ini adalah ditentukan oleh pihak sekolah/KPM dan bukan atas pilihan muridmurid. Saya mencadangkan agar pemilihan hendaklah diberikan pilihan kepada murid-murid sendiri terutama bagi Tahap 2 kerana mereka mempunyai minat yang tersendiri. Oleh itu pemilihan mereka adalah lebih berkesan dan boleh memberi perkembangan kepada bakat/kebolehan mereka sendiri berlandaskan minat terhadap kelab/sukan/unit beruniform yang mereka minati. Aktiviti kokurikulum adalah mengikut ketetapan pihak KPM. Jika murid berminat dalam aktiviti kokurikulum yang tiada dalam ketetapan KPM maka ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti yang ada di luar sekolah. Penyusunan dan ketetapan perlu dibuat oleh pihak sekolah untuk menyeimbangkan bilangan murid dalam setiap aktiviti kokurikulum. Pada peringkat sekolah rendah ini kita beri ruang dan peluang untuk murid menyertai/ meneroka pelbagai aktiviti kokurikulum kerana minat murid-murid akan mudah berubah mengikut umur mereka. USUL 9 Nama : En. Syed Azman bin Syed Abd Wahab Nama Anak : Sharifah Dee Damia binti Syed Azman (5 Amanah) Cadangan ini mengusulkan untuk memperkenalkan sukan ekstrem seperti skateboarding kepada pelajar. Manfaatnya termasuk mempromosikan gaya hidup aktif, mengembangkan keterampilan motorik, meningkatkan keterampilan sosial melalui interaksi dengan sesama pemain, dan memberikan alternatif yang menyenangkan dan menarik bagi pelajar selain aktiviti tradisional. Sukan ekstrem tidak sesuai di adakan dalam kawasan sekolah. Ibu bapa boleh membawa anak menyertai aktiviti ekstrem di luar sekolah di bawah tanggungjawab mereka sendiri. Sekiranya ada penglibatan sukan ekstrem dengan pihak luar mesti mendapat kelulusan KPM. Sukan ini juga memerlukan jurulatih yang bertauliah. USUL 10 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Insyirah binti Edham Khalid (6 Amanah) Cadangan untuk adakan beberapa sesi perkhemahan di sekolah untuk semua pelajar Tahap Dua (Tahun 4,5,6). Setiap sesi melibatkan pelajar yang berlainan. Sesi perkhemahan ini adalah sesi tambahan daripada "Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (peringkat sekolah/negeri)" yang sedia ada kerana perkhemahan tersebut terhad bilangan pelajar untuk menyertainya. Cadangan beberapa sesi perkhemahan mini/aktiviti bermalam di sekolah ini, boleh dianjurkan oleh pihak ibu bapa dan jawatankuasa PIBG sebagai penyelia dan fasilitator untuk menjayakannya. Ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru yang terlibat dengan tugasan serta aktiviti pengajaran di sekolah. Kenangan manis dapat dicipta buat semua pelajar yang akan diingati selamanya walaupun aktiviti ini hanya 2 hari 1 malam. Pihak sekolah belum boleh memberi keputusan kerana ia bergantung kepada program sedia ada KPM, JPN, PPD dan sekolah yang juga akan melibatkan kewangan yang mesti mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun begitu setiap unit badan berunifom boleh menjalankan aktiviti unit masing-masing mengikut kewangan yang ada.
PEMBANGUNAN PERKARA JAWAPAN USUL 11 Nama : Pn. Aina Artiqah binti Nor Azmi Nama Anak : Fahmi Arsyad bin Muhammad Firdaus (1 PKB Amanah) Menambah bilangan kelas dan tenaga pengajar untuk PPKI. Membina tandas di dalam bilik kelas bagi memudahkan urusan pengajar dan pelajar PPKI. Tambahan kelas PPKI sedang diusahakan oleh pihak sekolah bersama PIBG iaitu memohon kabin berhawa dingin daripada MB Selangor. PPKI sudah mempunyai tandas sendiri bersebelahan dengan kelas mereka.
KEBAJIKAN & KESELAMATAN PERKARA JAWAPAN USUL 12 Nama : Pn. Farah Sakinah binti Abdul Hijat Nama Anak : Hadif Faez bin Muhammad Hafizzuddin (2 Amanah) Berkenaan Majlis Apresiasi untuk 2023 yang lepas, saya terkilan dengan penjagaan keselamatan anak saya. Saya tidak dibenarkan menemani anak, tapi ada pelajar yg lebih besar boleh ditemani ibu bapa dgn bayaran. Saya tidak diberitahu langsung berkenaan bayaran. Anak saya darjah 1, menangis sebab takut. Selepas ambil anugerah, dia ikut beberapa org pelajar lebih besar keluar pagar tapi dia masuk balik sebab tak jumpa saya. Tak ada guru yg menjaga di pagar . Jadi saya harap guru-guru dan AJK PIBG dapat mengambil langkah yg lebih bijak pada masa hadapan sekiranya ingin membuat majlis pada malam hari dan ibu bapa tidak dibenarkan menemani. Semua ibu bapa murid yang terlibat telah diberi surat jemputan untuk hadir atau tidak dalam majlis tersebut. Sepatutnya ibu bapa boleh terus menghubungi guru kelas/pihak sekolah untuk bertanyakan tentang perjalanan majlis tersebut. Pihak sekolah telah mengarahkan pengawal keselamatan untuk mengawasi murid di pintu utama. USUL 13 Nama : Pn. Qowarira binti Omar Nama Anak : Nurul Qaleesya Imani binti Mohd Iqbal (2 Fikrah) Pengawal keselamatan di minta mengawal murid-murid semasa melintas jalan. Pengawal keselamatan sentiasa menjaga keselamatan murid. Bantuan Rela hanya boleh diputuskan oleh pihak PIBG dengan mengambil kira kewangan semasa PIBG. USUL 14 Nama : Pn. Wan Fairus binti Idrus Nama Anak : Ayra Nurmedina binti Muhammad Azim Muizz (1 Biru) Saya cadangkan supaya pihak sekolah meletakkan seorang pengawal keselamatan atau ahli RELA untuk mengawal perjalanan keluar masuk murid di pagar B kerana ada segelintir ibu bapa mementingkan diri dengan meletakkan kenderaan sesuka hati dan menyukarkan perjalanan. USUL 15 Nama : Pn. Nurul Azma binti Abdullah Nama Anak : Nurul Raesya Aqeefa binti Abdul Fattah (2 Fikrah) Meminta cikgu-cikgu semua lebih peka pada keselamatan Murid sentiasa diingatkan jika ada salah laku seperti buli, budaya peras ugut dan meminta wang untuk melaporan dengan SEGERA kepada guru kelas. Setiap kali perhimpunan rasmi dan harian, murid-murid sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan sekolah dan tidak mengamalkan
dan keselesaan murid untuk hadir ke sekolah. Saya minta cikgu lebih perhatikan murid kerana anak saya selalu bagi tahu duit dia sering diambil oleh murid lain. budaya tidak sihat. USUL 16 Nama : Muhammad Rusdi bin Ismail Nama Anak : Abdul Rasyid Hidayah bin Muhammad Rusdi (5 Bestari) Buka pagar C mengelakkan jalan jem semasa menghantarkan anak dan masa ambil anak. Harap pihak sekolah mengambil cadangan saya seperti di buka ketigatiga pintu semasa PKP. Atas persetujuan PIBG, Pagar C ditutup kerana kekangan petugas dalam kalangan guru dan pengawal keselamatan
LAIN-LAIN PERKARA JAWAPAN USUL 17 Nama : Pn. Rabiatul Adawiyah binti Mohd Yusop Nama Anak : Dania Izz Zahra binti Mohd Helmi (1 Hijau) Minta pihak kantin tidak menjual maggi goreng kepada murid-murid. Harap pihak kantin dapat pelbagaikan menumenu sihat dan seimbang. Makanan yang dijual di kantin mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Menu yang disediakan oleh pihak kantin berdasarkan kontrak dan menu KPM dan KKM. Maggi tidak pernah dijual di kantin sekolah. Maggi yang anak tuan puan makan itu dibeli oleh anak-anak di luar pagar sekolah. Mohon sentiasa ingatkan anak-anak supaya tidak membeli makanan di luar pagar sekolah. USUL 18 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid (4 Amanah) Sedia maklum bahawa YDP PIBG sesi yang lepas iaitu En Rudy Putra adalah tahun yang terakhir (2023/2024) di SKGS. Usul/cadangan untuk membuat perubahan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025. Gabungan jawatankuasa sedia ada beserta tambahan ahli jawatankuasa yang baru. Tahniah juga dan terima kasih buat YDP PIBG serta semua ahli jawatankuasa sesi yang lalu atas sumbangan, usaha dan keprihatinan kalian dalam pembangunan SKGS dari pelbagai sudut. Jasa kalian amat dihargai dan buat yang kekal sebagai jawatankuasa yang baru, teruskan momentum hebat ini buat warga SKGS. Kita akan cuba gabungkan AJK lama dengan AJK yang baharu untuk memantapkan AJK sesi 2024. Jika ada ibu bapa yang berminat, pihak sekolah sangat mengalu-alukan. USUL 19 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Dania Izzati binti Edham Khalid (3 Bestari) Cadangan untuk mewujudkan dan aktifkan Alumni SKGS (Bekas Pelajar). SKGS adalah antara sekolah yang lama di daerah Gombak, terdapat terlalu ramai bekas pelajar SKGS diluar sana. Mewujudkan Alumni yang berstuktur dan terdiri dari ahli jawatankuasa sendiri (Pengerusi Alumni dan sebagainya). Ianya bertujuan memantapkan lagi prestasi SKGS dari pelbagai sudut. Jadikan situasi serta aktiviti "menang-menang" diantara ahli Alumni dan pihak sekolah/PIBG. Bukan sekadar sumbangan kewangan sahaja, juga boleh kongsikan kemahiran/kepakaran bekas pelajar untuk kecemerlangan SKGS. Adakan platfom yang mana Alumni juga boleh menjana sedikit pendapatan/keuntungan melalui aktiviti-aktiviti di SKGS seterusnya sedikit bahagiannya disumbangkan semula kepada sekolah. Untuk makluman, alumni SKGS aktif dalam memberi sumbangan kewangan terutamanya kpd murid-murid yang memerlukan bantuan. Alumni ini membantu dalam melatih murid-murid silat SKGS. Pihak sekolah akan cuba usahakan untuk membawa bekas pelajar yang berjaya untuk memberi ceramah motivasi kepada murid SKGS.
USUL 20 Nama : En. Edham Khalid bin Asnawi Nama Anak : Danial Iskandar bin Edham Khalid (4 Amanah) Cadangan untuk adakan satu sesi lawatan ibu bapa/penjaga ke kelas anak masing-masing. Tujuannya supaya ibu bapa dapat melihat keadaan kelas yang mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan. Contohnya tambahan kipas dinding atau peralatan berkaitan aktiviti pembelajaran seperti Smart TV. Dengan cara ini, ibu bapa mungkin akan lebih memahami keadaan semasa kelas-kelas di SKGS. Sekiranya setiap ibubapa boleh menyumbang tiga ringgit sahaja (tidak wajib) untuk kelas tersebut (gabungan kelas sesi pagi & petang. Contohnya kelas 3A & 6A), jumlah sumbangan mungkin anggaran akan dapat sekitar RM150 - RM200 untuk kelas itu. Ia memadai untuk dapat satu atau dua unit kipas dinding demi keselesaan tambahan pelajar. Bulan berikutnya ibubapa boleh menyumbang tiga ringgit lagi untuk kelas tersebut dan digunakan untuk tambanan peralatan yang lain pula. Sesi lawatan singkat ini boleh dibuat di hujung minggu memandangkan jika sesi lawatan dibuat waktu persekolahan atau waktu serahan slip PBD adalah tidak sesuai (masa dan kekangan kerja ibu bapa), untuk perbincangan lanjut antara guru kelas dan sebahagian ibu bapa. Guru kelas sesi pagi dan sesi petang (mengikut kelas masing-masing) serta ahli jawatankuasa PIBG boleh menjadi perantara untuk tujuan penambahbaikan ini. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sentiasa pastikan keselesaan anak-anak di dalam kelas. Segala kerosakan cuba dibaiki secepat mungkin. Jika ibu bapa hendak memberi sumbangan boleh terus menghubungi PIBG atau guru kelas untuk diambil tindakan penambahbaikan segera di kelas anak-anak. USUL 21 Nama : Pn. Nor Akmar binti Razalli Nama Anak : Muhammad Darwish bin Mohd Asri (5 Fikrah) Sy ingin bertanya bolehkah pihak sekolah wujudkan semula gambar kelas anak-anak setiap tahun untuk jadikan kenangan mereka apabila habis sekolah nanti. Pihak sekolah pernah buat tetapi tidak ada sambutan daripada ibu bapa. Zaman teknologi kini, ramai orang sudah tidak berminat dengan gambar dalam bentuk maujud kecuali Tahun 6 mempunyai sesi graduasi.