UNIT 1
PENDIDIKAN
KESIHATAN
REPRODUKTIF
DAN SOSIAL
(PEERS)
PJPK Tingkatan 5 KSSM PK
Oleh Pn Mashita binti
Jamaludin
SMKBTK
Amang Seksual
dan Tingkah Laku
Amang Seksual
◦ Amang seksual bermaksud
serangan seksual yang berlaku
secara fizikal atau bukan fizikal
seperti melakukan apa-apa
perbuatan lain yang melibatkan
kontak fizikal dengan seseorang
kanak-kanak walaupun tanpa
persetubuhan.
◦ Menurut Seksyen 14(a) dan
Seksyen 14(b) Undang-undang
Malaysia Akta 792 Bahagian iv
Akta Kesalahan -kesalahan
Seksual Terhadap Kanak-kanak
2017, menyatakan apa-apa
perbuatan menyentuh bahagian
seksual mangsa ataupun mangsa
dipaksa melakukan sebaliknya
terhadap pelaku dianggap
amang seksual (Wahab, 2018).
Bentuk
Tingkah Laku
◦ Gangguan secara lisan
◦ Gangguan bukan lisan/
bahasa tubuh
◦ Gangguan visual
◦ Gangguan psikologi
◦ Gangguan fizikal
Gangguan
secara lisan
◦ Kata-kata gurauan,
usikan, bunyian dan
soalan yang berbentuk
cadangan seksual.
Gangguan bukan lisan/ bahasa
tubuh
◦ Pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau
keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan
makanan dengan cara menggoda atau bahasa
isyarat yang membayangkan perlakuan seks.
GANGGUAN
VISUAL
Menunjukkan bahan
lucah, melukis gambar
lucah dan menulis surat
berunsur seksual.
Gangguan
psikologi
◦ Mengulangi jemputan,
merayu atau ajakan
sosial seperti keluar
berjalan yang telah
ditolak sebelumnya
secara berterusan.
Gangguan
fizikal
◦ Sentuhan yang tidak
diingini seperti
memegang tangan
mangsa secara
paksaan, menyentuh
bahagian lain tubuh
mangsa, menyentuh alat
seksual mangsa dan
memeluk mangsa
secara paksa.
Katakan TIDAK
kepada Amang
Seksual
◦ Sentiasa berada di tempat
yang terbuka serta dapat
dilihat oleh orang lain
◦ Jauhkan diri jika
mengesyaki sesuatu yang
tidak baik akan berlaku
◦ Menolak pelawaan untuk
berdua-duaan
◦ Menjerit sekuat hati
apabila diri berada dalam
bahaya
◦ Sentiasa berasa curiga
terhadap orang lain
walaupun ada pertalian
kekeluargaan
Kesan dan
Akibat Amang
Seksual
◦ Kesan Psikologi
◦ Kesan Emosi
Kesan
Psikologi -
Mangsa
◦ Mangsa akan hilang
motivasi diri. Mereka
hilang minat terhadap
sesuatu dan diri sendiri.
◦ Mangsa juga akan
cenderung untuk
mengasingkan diri dan
suka berseorangan.
◦ Mangsa juga akan
mengalami kemurungan
dan trauma.
◦ Kadang-kadang ada
mangsa yang mempunyai
perasaan untuk
merisikokan diri sendiri.
Kesan Emosi -
Mangsa
◦ Mangsa gangguan
seksual akan berasa
malu untuk bergaul
dengan masyarakat
kerana berasa rendah
diri dan tidak layak untuk
bersama mereka.
◦ Mangsa akan sentiasa
berada dalam ketakutan
dan curiga dengan
keadaan sekeliling
mereka.
◦ Mangsa juga akan
mengalami trauma dan
sukar untuk melupakan
peristiwa tersebut.
Akibat Amang
Seksual -
Pemangsa
◦ Pemangsa akan
dikenakan hukuman
seperti penjara, denda
atau sebatan.
◦ Nama baik keluarga
akan tercemar akibat
perbuatan yang tidak
bertanggungjawab itu.
◦ Keluarga pemangsa
akan dipulaukan oleh
masyarakat setempat.
◦ Pemangsa akan
kehilangan kerja dan
masa depan menjadi
gelap.
TAMAT