UNIT 1 PERGERAKAN BERIRAMA
(PENDIDIKAN JASMANI)
PJPK Tingkatan 5 KSSM
Oleh Pn Mashita binti Jamaludin
SMKBTK
TARIAN FARAPEIRRA
PAKAIAN PENARI
TARIAN FARAPEIRRA
• Tarian Farapeirra merupakan sebuah
tarian rakyat yang pantas, ceria dan
biasanya diiringi dengan alunan gitar,
tamborin serta akordion
• Tarian ini lazimnya ditarikan oleh
pasangan lelaki dan perempuan yang
mengenakan kostum khas masyarakat
berketurunan Portugis lama.
TA R I A N
FARAPEIRRA
• Tarian ini menjadi salah satu
tarian tradisional masyarakat
berketurunan Portugis di Melaka.
• Pergerakan yang terdapat dalam
tarian ini mengikut irama muzik
yang dinamik dan rentak yang
bervariasi.
• Pergerakan tarian ini melibatkan
koordinasi pergerakan penari
dengan irama muzik dan boleh
membantu meningkatkan tahap
kecergasan penari
KEMAHIRAN
ASAS TARIAN
FARAPEIRRA
• Vira (Putaran)
• Berskip
• Scallop
VIRA (PUTARAN)
• Murid menghadap ke hadapan dengan
tangan kiri diangkat ke atas dan tangan
kanan menyilang di aras dada (keadaan
tangan menggenggam).
• Mula pusingan badan ke sebelah kanan
dengan menggerakkan kaki kiri ke
hadapan.
• Teruskan satu pusingan lengkap, iaitu
360° mengikut arah lawan jam sehingga
kembali ke hadapan sambil digerakkan
kedua-dua bahagian pergelangan tangan.
BERSKIP
• Kedudukan tangan di
pinggang.
• Kaki kanan diangkat
sehingga 90°.
• Murid lelaki
menggerakkan kaki kanan
ke sisi kanan manakala
murid perempuan
menggerakkan kaki kiri ke
sisi kiri
BERSKIP
• Setelah kembali
kepada dirian asal,
pinggul dan kaki
digerakkan ke kiri
dan ke kanan dalam
kiraan empat.
• Kemudian murid
melakukan
pergerakan skip
bersama-sama.
SCALLOP
SCALLOP
TAMAT