The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PJ&PKTING4 REKREASI & KESENGGANGAN(ACI BULAT)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashitajamaludin, 2021-07-25 21:19:51

PJ&PKTING4 REKREASI & KESENGGANGAN(ACI BULAT)

PJ&PKTING4 REKREASI & KESENGGANGAN(ACI BULAT)

UNIT 5 REKREASI DAN
KESENGGANGAN

PJPK Tingkatan 4 KSSM PJ
Oleh Pn Mashita binti Jamaludin

SMKBTK

Permainan Tradisional:
Aci Bulat

• Permainan yang bermula dengan

perkataan “aci” selalunya merujuk
kepada seorang pemain yang
bertindak sebagai Tukang Jadi.

• Pemain lain dalam permainan ini

akan cuba mengelak dan
menyelamatkan diri daripada
disentuh ketika berada di dalam
bulatan

Permainan Tradisional:

Aci Bulat

• Tukang Jadi perlu menyentuh mana-

mana pemain lain untuk
menggantikannya.

• Permainan ini memerlukan dua

buah bulatan yang dilukis atau
dibentuk sebagai rumah pemain

• Ketika menyentuh pemain, Tukang

Jadi tidak dibenarkan untuk
memijak garisan atau memasuki
bulatan.

Permainan Tradisional:
Aci Bulat

• Permainan Aci Bulat melatih pemain

untuk menyusun strategi semasa
mengelak daripada disentuh atau
mencari ruang dan peluang bagi
mendapatkan pengganti sebagai
Tukang Jadi.

• Kebiasaannya, permainan ini

dimainkan di kawasan yang lapang
dan selamat.

Peraturan Permainan

• Sebelum memulakan permainan, undian

dilakukan bagi menentukan pemain yang
akan menjadi Tukang Jadi.

• Tukang Jadi hanya boleh menyentuh pemain

yang berada di dalam bulatan dengan
menggunakan tangan sahaja

• Pemain yang berjaya disentuh oleh Tukang

Jadi akan keluar dari bulatan dan menjadi
Tukang Jadi.

Peraturan Permainan

• Setiap pemain tidak

dibenarkan untuk memijak
garisan bulatan.

• Semua pemain boleh bertukar

bulatan.

• Permainan boleh ditamatkan

dengan persetujuan daripada
semua pemain.

Cara Bermain

• Sebelum

bermain, undian
dilakukan bagi
menentukan
Tukang Jadi.

Cara Bermain

• Selepas Tukang

Jadi dipilih,
pemain perlu
memasuki dua
kawasan bulatan
yang ditandakan
di atas tanah.

Cara Bermain

• Setelah semua

pemain bersedia,
permainan
dimulakan
dengan
menyebut
perkataan “sedia,
mula” oleh
Tukang Jadi.

Cara Bermain

• Tukang Jadi

dikehendaki untuk
menyentuh
pemain di dalam
mana-mana
bulatan.

• Pemain boleh

berlari ke seluruh
kawasan di dalam
bulatan untuk
mengelak
daripada disentuh
oleh Tukang Jadi.

TAMAT


Click to View FlipBook Version