The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashitajamaludin, 2021-08-22 19:25:13

PJ&PKTING4 KRIKET

PJ&PKTING4 KRIKET

Unit 4 Kriket

PJPK TINGKATAN 4 KSSM PJ
OLEH PN MASHITA BINTI JAMALUDIN
SMKBTK

Posisi
Pemain

Pitch

Wicket Keeper

 Wicket keeper akan berdiri
berdekatan dengan wiket
atau di belakang untuk
menangkap bola yang tidak
berjaya dipukul oleh
pemukul dengan baik.

 Kedudukannya semasa
proses bowling akan sentiasa
berada di belakang stumps
untuk menahan atau
menangkap bola sekiranya
pemukul tidak berjaya
memukul bola.

Wicket Keeper

 Wicket keeper boleh
menyingkirkan pemukul dengan
cara membaling bola ke wiket
apabila pemukul keluar dari
garisan popping crease
(stumping atau pemukul akan
mati stump out).

 Wicket keeper menjadi sasaran
pemadang lain untuk
menghantar bola balik ke
kawasan pitch.

Pemadang

 Fungsi pemadang
adalah untuk
membantu bagi
mendapatkan bola
yang merapati mereka
dan membaling deras
ke arah stumps bagi
menjatuhkan bails dan
menyingkirkan
pemukul.

Pemukul

 Terdapat dua orang pemukul
di lapangan tengah dalam
satu perlawanan

 Mereka akan saling
mendapatkan larian dengan
membuat pukulan atau
membuat larian pantas di
antara wiket.

 Satu larian diperoleh apabila
kedua-dua pemukul sampai
ke popping crease yang
bertentangan secara selamat.

Bowler

 Tugas bowler adalah
untuk membuat enam
balingan sah
menggunakan teknik
bowling (siku lurus) ke
arah wiket untuk
mendapatkan wiket
(menyingkirkan
pemukul).

Bails

 Dua batang kayu kecil
di atas stumps atau
dipanggil anak
pancang.

Stumps

 Tiga kayu pancang.

Over

 Enam balingan
yang sah
(bowling)
melengkapkan
satu over.

Wide

 Balingan yang tersasar
daripada wiket
dianggap sebagai wide
dan satu larian percuma
diberi kepada pasukan
pemukul.

 Balingan perlu diulang
sehingga enam
balingan yang sah
diselesaikan.

No Ball

 Balingan yang tidak
sah (bowler
membaling dengan
siku bengkok).

 Terdapat lebih
daripada lima orang
pemadang di luar
garisan 30 ela.

 Ikut undang-undang
"No Ball".

Wiket

 Tiga batang kayu
pancang (stumps) dan
sepasang bails di
hujung kedua-dua
centre pitch.

 Setiap pemukul dalam
sesuatu perlawanan
juga dipanggil wiket.

Dead Ball

 Apabila bola ditangkap dengan
kemas oleh wicket keeper atau bola
dipukul melepasi boundary

 Bola dianggap mati
 Tiada larian tambahan boleh dibuat

lagi. Permainan menjadi aktif semula
apabila pembaling mula melakukan
run up.

Popping Crease

 Garisan hadapan di atas pitch di
mana pemukul berdiri.

 Bowler mesti membaling bola dari
belakang garisan ini.

Boundary

 Garisan sempadan kawasan
permainan

 Jika bola dipukul tinggi dan jatuh
di luar garisan ini, maka enam
larian akan diberi pada pasukan
pemukul (boundary six).

 Bagi bola yang dipukul meleret
keluar dari garisan ini, maka
empat larian akan diberi kepada
pasukan pemukul (boundary
four).

Bye

 Apabila wicket keeper
tidak dapat menahan
bola yang dibaling oleh
bowler dan pemukul
berjaya membuat
larian.

Appeal

 "How's that umpire?",
soalan yang dituju
kepada umpire dalam
situasi leg before wicket
(LBW), stumping, run out
dan mana-mana situasi
yang menyingkirkan
Batsman.

Larian

 Larian yang sempurna
iaitu kedua-dua
pemukul berlari dan
tiba di popping crease
sebelum bola sampai
ke stumps

 Contohnya, Batsman
memukul dan berlari ke
arah non-striker
popping crease.

Shot

 Bola yang dipukul oleh
pemukul.

One Short

 Pemukul gagal
melengkapkan
lariannya apabila gagal
sampai ke popping
crease rakan
sepasukannya.

Strategi Menyingkirkan
(Mematikan) Pemukul
dalam Situasi Permainan

 Run out
 Stumped
 Hit wicket
 Obstructing the field
 Timed out
 Hit the ball twice
 Caught
 Handled ball
 Bowled
 Leg before wicket

Run out

 Pemadang atau wicket
keeper berjaya
membaling pada wiket
dengan bola sebelum
pemukul berjaya
melepasi crease
dengan bat atau
bahagian badan

Stumped

 Pemukul dan bat
tidak berada dalam
crease serta
penjaga wiket telah
menjatuhkan bails
dengan
menggunakan bola.

Hit wicket

 Pemukul memukul wiket
dengan bat semasa
membuat pukulan sama
ada sengaja atau
sebaliknya.

Obstructing
the field

 Pemukul
menghalang
pemadang
daripada
mengambil bola

Timed out

 Pemukul lambat hadir
ke dalam padang
permainan selepas dua
minit pemukul terakhir
keluar.

Hit the ball
twice

 Pemukul tidak boleh
memukul bola dua
kali dalam satu
masa.

Caught

 Pemadang menangkap
bola yang dipukul oleh
pemukul di udara
sebelum menyentuh
padang.

Handled ball

 Pemukul tidak boleh
menggunakan tangan
untuk menangkap bola
yang menuju ke wiket
atau ke pemadang.

Bowled

 Bola yang dibaling
oleh bowler terkena
pada wiket tanpa
dipukul oleh
pemukul.

Leg before
wicket

 Bola yang dibaling ke
arah wiket terkena
pada pads pemain dan
pada pendapat
pengadil, bola tersebut
akan terkena stumps.

 Pemukul akan
dikeluarkan
berdasarkan appeal
"How's that umpire?"
oleh pasukan
pemadang.

Dot Ball

 Strategi Susunan
Pemadang dan
Wicket Keeper

 Strategi
Menyingkirkan
Pemukul yang Kuat
Pukulannya

Strategi Susunan
Pemadang dan Wicket
Keeper

 Pemadang akan disusun rapat
pada lapangan tengah (pitch).

 Pemadang seramai lima orang (off
side) akan diletak di sebelah kanan
pemukul manakala empat orang
pemadang berada di kedudukan
leg side.

 Pemadang bersedia dan berjalan
masuk semasa bowler memulakan
run up.

Strategi Susunan
Pemadang dan
Wicket Keeper

 Pemadang menahan atau
menangkap bola dan
membaling balik kepada
wicket keeper untuk
menyingkirkan pemukul
sekiranya pemukul tidak
sampai ke popping crease.

 Kecekapan pemadang
menangkap dan membaling
bola ke stumps sangat penting
dalam permainan kriket.

 Wicket keeper perlu
mempunyai kecekapan tinggi
untuk membuat stumping
sekiranya pemukul telah keluar
dari garisan crease.

Strategi Susunan
Pemadang dan Wicket
Keeper

 Posisi pemadang mesti diubah jika
pemukul merupakan seorang pemukul
yang hebat

 Beberapa pemadang (maksimum lima
orang) mesti berada di sekitar garisan
boundary.

 Susunan pasukan pemadang akan
berubah sekiranya pemukul tangan kanan
atau pemukul tangan kiri yang sedang
memukul.

 Kedudukan pemadang juga akan berubah
sekiranya bowler ialah pembaling pantas
(pace bowler) atau pemutar (spinner).





Jenis-jenis
boling dalam
permainan
kriket

Jenis-jenis
boling
dalam
permainan
kriket

Jenis-jenis
boling
dalam
permainan
kriket

Jenis-jenis
boling
dalam
permainan
kriket

Jenis-jenis
boling
dalam
permainan
kriket

Strategi
Menyingkirkan
Pemukul yang Kuat
Pukulannya

 Bowler boleh
menggunakan variasi
boling mengikut
kesesuaian untuk
mematikan pemukul
ketika permainan.

 Pemboling boleh
menggunakan boling
berikut:

 a Boling outswinger atau
inswinger

 b. Boling off break atau
leg break





Strategi Menyingkirkan
Pemukul yang Kuat
Pukulannya

 Semua strategi berdasarkan
situasi perlawanan pada ketika
itu.

 Semua variasi bowling bertujuan
untuk menjatuhkan bails

 Sasaran bowler ialah wiket.

 Bola yang laju dan
mengelirukan akan
menyebabkan pemukul
membuat kesilapan, seterusnya
gagal memukul bola dan gagal
membuat larian.




Click to View FlipBook Version