The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashitajamaludin, 2021-06-27 21:42:15

PJ&PKTING4TALASEMIA(PENYAKIT)

PJ&PKTING4TALASEMIA(PENYAKIT)

UNIT 1 PEERS
PENYAKIT

PJPK Tingkatan 4 KSSM PK

Disediakan oleh :

Pn Mashita binti Jamaludin

PENYAKIT

• Penyakit talasemia dianggap penyakit

genetik yang melibatkan ketidaknormalan
hemoglobin (haemoglobin disoder) secara
genetik iaitu anak mendapat gen talasemia
daripada ibu bapa.

• Talasemia bukan penyakit berjangkit,

malah tidak dijangkiti melalui pemindahan
darah, udara dan air atau melalui sentuhan
fizikal dan seksual dengan pesakit
talasemia.

PENYAKIT

• Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia

(2012), seorang daripada setiap 20 orang
rakyat Malaysia merupakan pembawa
penyakit talasemia.

• Kebiasaannya pesakit merupakan kaum

Melayu, Cina dan terutamanya etnik
Kadazan-Dusun di Sabah tetapi penyakit ini
jarang terdapat dalam kalangan kaum India
dan peribumi Sarawak.

Talasemia

• Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah

merah iaitu badan kurang menghasilkan hemoglobin
atau hemoglobin tidak normal.

• Hemoglobin merupakan protien dalam sel darah

merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh
manusia.

• Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan

kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

TALASEMIA

• Pembawa Talasemia (Talasemia Minor)
• Pesakit Talasemia (Talasemia Major)

Pembawa
Talasemia(Talasemia

Minor)

• Ibu bapa yang mempunyai

gen talasemia tetapi tidak
menunjukkan sebarang
tanda sebagai seorang
pembawa boleh
menurunkan gen talasemia
kepada anak.

Pesakit
Talasemia(Talasemia
Major)

• Kedua-dua ibu bapa yang mempunyai gen

talasemia sepenuhnya kemungkinan
melahirkan bayi berpenyakit talasemia.

• Kebiasaannya semasa lahir, pesakit

kelihatan normal tetapi apabila berusia
antara tiga hingga 18 bulan, bayi mula
menunjukkan tanda-tanda anemia.

TANDA-TANDA TALASEMIA

• Perubahan pembentukan muka ketika membesar
• Anemia yang serius
• Tumbesaran terbantut
• Masalah kesihatan
• Jaundis

Perubahan pembentukan
muka ketika membesar

• Perubahan pembentukan tulang muka

(craniofacial) semasa membesar
termasuk tulang muka, hidung, bibir,
mulut dan telinga.

Anemia yang serius

• Sel darah merah hanya boleh

hidup dalam masa beberapa
minggu sahaja berbanding sel
darah merah kanak-kanak
normal iaitu boleh hidup selama
empat bulan.

• Kekurangan hemoglobin dalam

sel darah merah boleh
menyebabkan kekurangan
oksigen dalam setiap sel badan.

Tumbesaran

terbantut

Melambatkan
pertumbuhan dan

terbantut.

Masalah kesihatan

• Kelihatan normal ketika lahir dan berubah antara

enam hingga 18 bulan dengan muka menjadi pucat,
sentiasa lemah dan bertambah teruk.

Jaundis

• Jaundis biasanya

dikaitkan dengan
masalah
kesihatan organ
badan iaitu hati
dan limpa
sehingga
mengakibatkan
perut menjadi
buncit.

Kesan
Talasemia

• Diri
• Keluarga
• Masyarakat

Diri

• Rawatan sepanjang hayat
• Pemindahan darah setiap bulan
• Rawatan penyingkiran zat besi diperlukan
• Membawa kepada kematian

Rawatan

sepanjang

hayat

• Aspek psikososial diri

melibatkan aktiviti
sosial terjejas, kurang
berinteraksi dengan
rakan sebaya, kurang
mempunyai daya tahan
untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sosial
termasuk aktiviti fizikal
dan riadah serta emosi
dan pemikiran
terganggu.

Pemindahan
darah setiap
bulan

• Pesakit perlu berulang-

alik ke pusat rawatan
talasemia membuatkan
perancangan
kehidupan seharian
sedikit terganggu.

Rawatan penyingkiran zat besi
diperlukan

• Darah kaya dengan zat besi.
• Zat besi yang terkumpul daripada transfusi darah pada

jangka masa panjang boleh merosakkan hati, jantung
dan organ lain.

• Oleh itu, pesakit perlu mengelakkan makanan yang

kaya dengan zat besi.

Membawa kepada
kematian

• Kesan rawatan turut mengundang bahaya.
• Sebagai contoh, rawatan zat besi boleh

menyebabkan penyakit bahaya yang lain
seperti kencing manis, kegagalan fungsi
jantung yang boleh menyebabkan penyakit
kardiovaskular, barah hati dan lain-lain
yang boleh menyebabkan kematian.

Keluarga

• Pemindahan sumsum

tulang

• Peruntukan kewangan

lebih kepada perubatan

• Hidup dalam tekanan

Pemindahan

sumsum

tulang

• Pemindahan sumsum

tulang untuk pesakit
talasemia major
biasanya
menggunakan sumsum
tulang daripada adik-
beradik kandung
kerana kejayaan usaha
ini paling tinggi untuk
merawat pesakit
talasemia.

Peruntukan
kewangan
lebih kepada
perubatan

Ibu bapa perlu mencari wang yang
lebih untuk perbelanjaan perubatan
anak.

Hidup dalam
tekanan

• Keluarga mengalami

tekanan dan gangguan
emosi kerana anak-anak
tidak dapat menjalani
kehidupan yang normal
seperti orang lain.

Masyarakat

• Pertambahan bilangan

pesakit atau pembawa
talasemia

• Penderma darah

Pertambahan
bilangan pesakit
atau pembawa

talasemia

• Perkahwinan antara

pesakit talasemia akan
menambahkan jumlah
pesakit.

• Ujian saringan

talasemia sebelum
berkahwin perlu
dijalani.

Penderma
darah

Pertambahan pesakit
talasemia menjadikan
permintaan bekalan darah
meningkat.

Kepentingan Pengesanan
Awal dan Rawatan
Pesakit Talasemia

• Mencegah talasemia daripada terus

menular

• Mengelakkan kos perubatan yang tinggi
• Mengetahui status kesihatan
• Rawatan penyingkiran zat besi

Mencegah talasemia daripada
terus menular

• Sebagai langkah awal pencegahan, Ujian Saringan

Pengesanan Awal perlu dilakukan.

• Oleh sebab talasemia ialah penyakit genetik,

pasangan yang ingin berkahwin perlu menjalani Ujian
Saringan Awal Talasemia untuk mengetahui status
pembawa talasemia, seterusnya mengelakkan
perkahwinan antara pembawa talasemia.

Mengelakkan kos perubatan yang

tinggi

• Transfusi darah berterusan akan menyebabkan

pengumpulan zat besi di dalam organ utama badan
seperti hati dan limpa.

• Pesakit memerlukan kos yang tinggi bagi

penyingkiran zat besi berlebihan yang perlu
dilakukan mengikut keperluan.

• Bagi mengurangkan risiko penyakit ini, pesakit perlu

mengelakkan daripada makan makanan yang tinggi
kandungan zat besi.

Mengetahui status
kesihatan

• Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia

(WHO), diagnosis penyakit talasemia boleh
dilakukan pada usia kehamilan 10 hingga 11
minggu menerusi prosedur amniosentesis
dan chorionic villus sampling manakala
diagnosis secara lazimnya boleh dijalankan
menerusi ujian pengiraan sel darah merah.

Rawatan penyingkiran zat besi

• Rawatan penyingkiran zat besi dan kekerapan

rawatan bergantung kepada tahap pengumpulan zat
besi dalam badan.

• Rawatan jenis ini merupakan rawatan sementara dan

bersifat rawatan sokongan.

• Rawatan penyembuhan yang sebenar perlu melalui

pemindahan darah dan sumsum tulang daripada
penderma yang sesuai.

TAMAT


Click to View FlipBook Version