Unit 2
Permainan
Kategori
Serangan
PJPK Tingkatan 5 KSSM
Oleh MASHITA BINTI JAMALUDIN
SMKBTK
Ragbi Sentuh
RAGBI SENTUH
Permainan ragbi sentuh memerlukan
pemain menguasai kemahiran larian,
pengendalian bola, mengelakkan diri
daripada disentuh pemain pasukan lawan
serta menguasai kemahiran menyerang dan
bertahan secara berpasukan.
Setiap pasukan dalam permainan ini
berpeluang untuk bergerak bersama-sama
dengan bola dalam kawasan permainan
sehingga salah seorang pemain dapat
melakukan try dengan menyentuh bola di
belakang garisan gol pihak lawan bagi
mendapatkan mata.
RAGBI SENTUH
Pasukan bertahan hendaklah
mempunyai strategi bertahan yang
mantap supaya dapat menghalang atau
mematikan pergerakan pasukan lawan
untuk mendapatkan mata.
Pasukan bertahan perlu menyentuh
pemain yang membawa bola dan pemain
yang disentuh akan dikira mati.
Dalam permainan ini juga, pemain-
pemain akan menguasai kemahiran-
kemahiran asas seperti menangkap dan
menghantar.
RAGBI SENTUH Penguasaan kemahiran asas ini dapat membantu
pasukan mengaplikasikan strategi menyerang
seperti tendang dan tangkap, hantaran silang, miss
pass dan strategi bertahan seperti satu lawan satu
serta strategi bertahan dalam kumpulan.
RAGBI SENTUH
Strategi Serangan
Strategi menyerang dilakukan
berdasarkan kekuatan dan kelemahan
pasukan lawan.
Pasukan penyerang perlu mengatur
strategi menyerang dari semua kawasan
sama ada di bahagian tengah padang
(gelanggang) atau sayap bagi
mengelirukan pasukan yang bertahan.
Jika pasukan penyerang mempunyai
pemain yang mempunyai kepantasan
berlari berada di tengah, strategi
serangan dari tengah digunakan.
Strategi Serangan
Manakala strategi serangan sayap digunakan,
jika pemain bertahan mempunyai kelemahan
di bahagian tersebut.
Antara kemahiran melakukan strategi
menyerang dalam permainan ragbi sentuh
ialah tendang dan tangkap (kick and catch),
hantaran loop, hantaran silang (scissors) dan
miss pass serta mengacah dengan larian zig-
zag semasa membawa bola.
Mempunyai seorang pemain penyerang yang
pantas merupakan kelebihan dalam sesebuah
pasukan.
Strategi Serangan
Tendang dan Tangkap
Hantaran Silang
(Scissors)
Mengacah dengan Zig-
zag
Strategi Menyerang dari
Tengah dan Sayap
Tendang dan Tangkap
Strategi tendang dan tangkap ini
digunakan apabila sesebuah pasukan
hendak menyerang pasukan lawan.
Kemahiran ini digunakan oleh seorang
pemain pasukan penyerang yang
membawa bola.
Tendang dan
Tangkap
Apabila pemain
tersebut berdepan
dengan seorang
pemain pasukan
lawan, pemain
tersebut akan
menendang bola
dengan pantas ke
hadapan melepasi
pemain pasukan
bertahan dan berlari
untuk mendapatkan
kembali bola yang
ditendang.
Tendang dan
Tangkap
Pemain ini memerlukan
kepantasan dalam larian
untuk memastikan dia
melepasi pemain pasukan
bertahan.
Kemahiran menyerang ini
boleh dilakukan sama ada
di tengah atau di sayap
padang (gelanggang).
Hantaran Silang
(Scissors)
Strategi hantaran silang ini
memerlukan pemain pasukan
penyerang yang membawa bola
berlari ke hadapan dan
menghantar bola secara
bersilang antara rakan
sepasukan.
Strategi ini juga dapat
mengelirukan pemain pasukan
lawan dan sering kali dilakukan
di kawasan tengah gelanggang
menuju ke arah kawasan in-
goal.
Mengacah
dengan Zig-zag
Strategi ini sering
digunakan apabila
pasukan penyerang
mendapat peluang
membawa bola terus
ke hadapan.
Bagi mengelakkan
diri disentuh oleh
pemain pasukan
bertahan, pemain
yang membawa bola
boleh melakukan
pergerakan mengacah
dengan tangkas.
Mengacah dengan Zig-zag
Pemain boleh
mengacah dengan
larian zig-zag, iaitu
melakukan pergerakan
badan ke kiri atau ke
kanan (dodge) secara
berselang semasa
berhadapan dengan
pemain pasukan
bertahan.
Strategi Menyerang
dari Tengah dan
Sayap
Strategi menyerang
dari tengah dilakukan
dengan pasukan
menyerang membawa
bola dari bahagian
sayap ke tengah
kawasan gol dengan
menggunakan
hantaran silang,
hantaran loop, miss
pass dan larian zig-
zag.
Strategi Menyerang
dari Tengah dan
Sayap
Serangan dari sayap
pula, pemain penyerang
membawa bola dari
bahagian tengah ke
bahagian sayap kawasan
gol dengan
menggunakan
kemahiran hantaran
silang dan kemahiran
tendang dan tangkap.
Cara Bermain
Satu kumpulan akan melakukan serangan
bermula
Jika hantaran bola daripada murid satu (M1).
M1 akan menghantar bola kepada murid dua
(M2) dengan menggunakan strategi hantaran
silang.
M2 pula akan cuba melepasi pemain
pertahanan mengunakan strategi mengacah
dengan serangan zig-zag.
Jika tidak mampu, M2 menggunakan strategi
serangan sayap dengan melakukan hantaran
silang kepada murid tiga (M3).
Cara Bermain
M3 akan melakukan strategi tendang dan
tangkap untuk melepasi pemain
pertahanan.
Selepas menendang, M3 akan menggunakan
kepantasan larian untuk melepasi pemain
pertahanan dan menangkap bola
M3 akan berlari pantas ke hadapan untuk
membuat touch down.
Setiap pasukan akan bertukar peranan
selepas selesai melakukan strategi tersebut.
Kekuatan dan Kelemahan
Strategi Bertahan- Bertahan
dalam Kumpulan
Strategi bertahan dalam kumpulan ialah
pasukan bertahan akan membentuk
sistem satu barisan sama ada 7-0 atau 6-
1.
Strategi 7-0 ialah pasukan bertahan
secara berkumpulan membentuk satu
barisan, iaitu 7 orang pemain semasa
pasukan sedang bertahan.
Strategi ini menyukarkan pihak lawan
yang menyerang untuk melepasi kawasan
pasukannya.
Strategi Bertahan- Bertahan
dalam Kumpulan
Strategi 6-1 pula ialah pasukan akan
membuat barisan 6 orang pemain tetapi
seorang pemain yang pantas berlari
yang dikenali sebagai quarterback akan
berada di belakang barisan tersebut.
Tujuan atau tugas pemain quarterback
adalah untuk mengejar mana-mana
pemain pasukan penyerang yang
berjaya melepasi barisan pertahanan
pasukan.
Cara Bermain
Murid dibahagikan kepada dua kumpulan
bertujuh.
Kumpulan A akan bertahan dengan
menggunakan strategi 6-1 manakala kumpulan
B akan menyerang dengan menggunakan
strategi 7-0.3 Murid satu (M1) akan bergerak
ke belakang sebagai quaterback untuk
membentuk strategi pertahanan 6-1.
M1 akan bersedia untuk menyentuh mana-
mana pemain pihak penyerang yang membawa
bola melepasi halangan pasukan bertahan.
Cara Bermain
Murid tiga (M3) akan mengacah murid dua (M2)
dan membuat larian zig-zag.
M3 akan menghantar bola kepada murid empat
(M4).
Sementara pemain bertahan yang lain kekal
fokus di zon kawalan masing-masing.
Setiap pemain mengawasi pemain lawan di zon
kawalannya untuk kawalan zon satu lawan satu.
Kedua-dua kumpulan akan bermain dalam
situasi permainan sebenar dengan
mengaplikasikan semua peraturan dan undang-
undang permainan ragbi sentuh.
Kekuatan dan Kelemahan
TAMAT