The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashitajamaludin, 2021-07-06 20:01:51

PJ&PK TING 3(PERHUBUNGAN-Persahabatan)

PJ&PK TING 3(PERHUBUNGAN-Persahabatan)

Unit 1 PEERS
PERHUBUNGAN

PJPK Tingkatan 3 KSSM PK
Oleh Pn Mashita binti
Jamaludin
SMKBTK

PERHUBUNGAN

• Persahabatan ialah satu amalan
sosialisasi yang penting kepada
setiap individu kerana
persahabatan akan membentuk
kehidupan yang lebih bermakna.

• Seseorang akan melalui proses
jaringan sosial apabila hubungan
persahabatan mula berkembang
untuk meningkatkan keterbukaan
dan keakraban dalam sesuatu
hubungan.

PERHUBUNGAN

• Dalam proses menjalin
perhubungan persahabatan,
komunikasi berkembang
daripada hubungan yang tidak
rapat menjadi lebih dekat dan
lebih mengenali individu lain.

• Semakin terbuka komunikasi
yang terjalin, maka semakin
erat persahabatan.

Sahabat Sejati Permata Hidupku

• Hubungan persahabatan yang akrab
biasanya memerlukan pertimbangan
berkaitan sekatan dan batasan dalam
perhubungan.

• Sesuatu perhubungan tidak akan
berkekalan sekiranya hanya satu pihak
sahaja yang berusaha untuk menjalin tali
persahabatan tersebut.

• Persahabatan yang harmoni menjamin
kesejahteraan dan kestabilan emosi
seseorang.

Persahabatan melibatkan beberapa kombinasi
perasaan

• Hormat
• Cinta
• Kepercayaan
• Kesetiaan
• Kasih Sayang

Pola Persahabatan

• Persahabatan wujud dalam
pelbagai tahap keakraban
iaitu sebagai kenalan,
sahabat biasa, sahabat karib
dan sahabat intim.

• Setiap tahap keakraban
persahabatan ini mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri
dan ini merangkumi batasan
dan limitasi daripada aspek
pergaulan.

Pola Persahabatan
Seorang Remaja

• Kenalan
• Sahabat Karib
• Sahabat Intim
• Sahabat Biasa

Kenalan

• Kumpulan individu
yang anda kenal
dan sering
berjumpa semasa
berada di sekolah,
kawasan
perumahan dan
sebagainya.

Sahabat Karib

• Individu yang sudah lama
dikenali dan sering
meluangkan masa dan
melakukan aktiviti bersama
seperti menonton wayang,
saling kunjung-mengunjung
dan makan bersama.

• Anda juga boleh berkongsi
perasaan, pendapat dan
memberi pandangan dengan
selesa.

Sahabat Intim

• Individu yang sangat rapat
dan mesra serta boleh
berkongsi perasaan,
pendapat dan pandangan
peribadi.

• Mereka ini merupakan
tonggak dalam kehidupan
seorang remaja.

Sahabat Biasa

• Kumpulan individu
yang wujud dalam
kehidupan dan
mempunyai minat
atau hala tuju yang
mungkin sama.

• Individu-individu ini
adalah seperti rakan
sepasukan anda atau
rakan yang
menghadiri kelas
yang sama.

Lindungi Hak, Kenal
Pasti Batasan

• Dalam suatu persahabatan yang
sihat, seseorang harus
menetapkan beberapa batas
pergaulan supaya perhubungan
berkembang secara positif.

• Batasan-batasan ini adalah
penting agar terdapat satu
persefahaman tentang apa yang
boleh dan tidak boleh dilakukan
dalam persahabatan itu.

Lindungi Hak, Kenal
Pasti Batasan

• Untuk mencapai ini, kedua-dua
pihak mestilah mempunyai
jalinan perhubungan yang ikhlas
dan berterus terang.

• Dengan mengadakan saluran
perhubungan yang terbuka ini,
seseorang dapat menyuarakan
perasaan sekiranya ada sesuatu
yang tidak kena dengan
persahabatan tersebut.

tindakan yang menjangkaui
batasan perhubungan yang sihat

• Memberi tekanan kepada anda
untuk melakukan sesuatu yang
anda tidak selesa buat.

• Mengambil kesempatan atau
mempergunakan diri anda untuk
kepentingannya secara fizikal,
sosial, mental dan kewangan.

tindakan yang menjangkaui
batasan perhubungan yang sihat

• Membocorkan rahsia yang anda
berdua berkongsi kepada
orang lain-pecah amanah.

• Mempersalahkan anda tanpa
sebarang alasan sekiranya
sesuatu perkara yang tidak
baik berlaku terhadapnya.

• Memberi nasihat yang tidak
baik supaya nama baik anda
tercemar.

tindakan yang menjangkaui
batasan perhubungan yang
sihat

• Melakukan fitnah
terhadap anda.

• Bertindak secara
fizikal untuk
menurutnya.

• Membuli anda secara
psikologi, fizikal dan
emosi.

• Mengugut.

tindakan berkomunikasi dengan
sahabat untuk memelihara dan
menjaga persahabatan

• Bercakap
menggunakan kata
ganti diri pertama.

• Cuba berfikir dan
mencari seberapa
banyak penyelesaian
yang boleh.

• Menjadi pendengar
yang baik.

tindakan berkomunikasi dengan
sahabat untuk memelihara dan
menjaga persahabatan

• Pastikan anda faham
niat atau kehendak
rakan.

• Mencari penyelesaian
yang terbaik.

• Sekiranya tidak
berjaya cuba lagi.

Berfikir Sebelum
Berbicara

• Pertimbangan
• Tujuan
• Pilihan
• Keprihatinan
• Empati
• Adakah tindakan ini akan

memalukannya?
• Adakah cara penyampaian

saya berhemah?
• Adakah saya mendengar

dengan teliti?

Pertimbangan

Perbualan saya perlu
ditapis?

Tujuan

Adakah untuk
menyakitkan hatinya?

Keprihatinan

Saya perlu cuba
memahami perasaan

orang lain.

Empati

Saya perlu lihat daripada
perspektifnya.

Adakah tindakan ini
akan memalukannya?
• Adakah terdapat

cara yang lebih baik
untuk
menyampaikannya?

Adakah cara
penyampaian

saya
berhemah?

Apakah perasaan saya
sekiranya seseorang bercakap

sedemikian kepada saya?

Adakah saya
mendengar
dengan
teliti?

Adakah saya memberi
peluang yang wajar

kepadanya untuk menjelas
atau meminta maaf?

TAMAT


Click to View FlipBook Version