The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PJ&PKTING4(REKREASI &KESENGGANGAN)Permainan Tradisional Tiang Empat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mashitajamaludin, 2021-07-28 10:06:04

PJ&PKTING4(REKREASI &KESENGGANGAN)Permainan Tradisional Tiang Empat

PJ&PKTING4(REKREASI &KESENGGANGAN)Permainan Tradisional Tiang Empat

UNIT 5 REKREASI DAN
KESENGGANGAN

PJPK Tingkatan 4 KSSM PJ
Oleh Pn Mashita binti Jamaludin

SMKBTK

Permainan Tradisional: Tiang Empat

• Salah satu permainan tradisional yang

popular dimainkan oleh kanak-kanak dan

masyarakat sehingga kini pada waktu

senggang ialah Tiang Empat.

• Permainan ini juga dikenali sebagai

permainan Minta Api.

• Dalam permainan ini, pemain akan

menunjukkan kepantasan dan kelajuan

merebut tiang sesama mereka

• Pemain perlu bijak menyusun strategi

dan sentiasa berkomunikasi bagi

memastikan kekal mendapat tiang

mahupun bertukar menjadi perebut tiang

(Tukang Jadi).

Permainan Tradisional:
Tiang Empat

• Pada waktu dahulu, permainan

ini dimainkan di bawah rumah
yang mempunyai banyak tiang.

• Jika tiada tiang, pemain akan

mencari batang pokok untuk
dijadikan tiang

• Kini, permainan ini dimainkan di

koridor atau laluan pejalan kaki di
sekolah yang mempunyai banyak
tiang.

Peraturan Permainan

• Ketika bermain, setiap pemain

mesti menyentuh tiang
menggunakan mana-mana
anggota badan.

• Tukang Jadi perlu merebut tiang

yang tidak disentuh oleh pemain.

• Permainan akan diulang semula

setelah Tukang Jadi berjaya
merebut salah satu tiang.

Cara Bermain

• Kesemua pemain berdiri

atau mencangkung di
antara empat tiang yang
sama jarak secara
menghadap satu sama
lain.

• Salah seorang pemain

akan menyebut “mula”.

Cara Bermain

• Semua pemain

berlari untuk
merebut tiang.

• Pemain yang

tidak berjaya
mendapatkan
mana-mana tiang
perlu menjadi
Tukang Jadi.

Cara Bermain

• Tukang Jadi akan

berada di tengah-
tengah di antara
empat tiang
sebelum
permainan
dimulakan.

Cara Bermain

• Apabila permainan

dimulakan, pemain
perlu bertukar-
tukar tiang antara
satu sama lain.

• Semasa proses

pertukaran ini,
Tukang Jadi akan
mengambil peluang
merebut tiang yang
ditinggalkan oleh
pemain.

Cara Bermain

• Peranan Tukang

Jadi akan bertukar
kepada pemain
yang tiangnya
berjaya dirampas.

• Permainan akan

dimulakan semula.

• Permainan boleh

ditamatkan dengan
persetujuan oleh
semua pemain.

TAMAT


Click to View FlipBook Version