UNIT 1 KESELAMATAN
PJPK Tingkatan 3 KSSM PK
Disediakan oleh : Pn Mashita binti Jamaludin
SMKBTK
EKSPLOITASI
• Menurut Kamus Dewan, eksploitasi
boleh didefinisikan sebagai
perbuatan mengambil kesempatan
untuk mempergunakan seseorang
atau sesuatu keadaan secara tidak
adil demi kepentingan atau
keuntungan diri sendiri.
• Eksploitasi ini wujud dalam pelbagai
bentuk dan merupakan satu
kesalahan yang berat dari segi
perundangan.
KEPELBAGAIAN EKSPLOITASI
• Eksploitasi seksual
• Kahwin paksa
• Pedofilia
• Eksploitasi buruh
• Eksploitasi untuk melakukan
jenayah
• Mengupah kanak-kanak sebagai
askar
EKSPLOITASI
SEKSUAL
• Penipuan, paksaan atau
memujuk seseorang untuk
terlibat dalam sesuatu
perlakuan seksual.
• Aktiviti yang tergolong
dalam jenis eksploitasi ini
adalah pelacuran, tukang
urut, agensi teman, kahwin
paksa, seks siber, seks
pelancongan, seks talian,
mail order bride dan filem
lucah.
KAHWIN PAKSA
• Ibu bapa yang memaksa anak
mereka berkahwin dengan
individu-individu tertentu.
• Kanak-kanak ini mungkin diugut
secara fizikal, seksual atau
dikenakan tekanan emosi dan
psikologi yang tinggi untuk
mengikut kehendak mereka.
PEDOFILIA
• Orang dewasa yang
mengambil kesempatan
untuk memenuhi kehendak
nafsu seksualnya ke atas
individu-individu di bawah
umur.
• Pedofilia mungkin berlaku
secara fizikal atau secara
maya dengan adanya
pelbagai perkembangan
media sosial.
EKSPLOITASI BURUH
• Kanak-kanak di bawah umur 18
tahun dipaksa untuk bekerja.
• Paksaan ini mungkin wujud dalam
bentuk kekerasan, penderaan atau
keganasan.
• Kanak-kanak ini juga diminta untuk
bekerja bagi menjelaskan hutang
keluarga.
EKSPLOITASI UNTUK
MELAKUKAN
JENAYAH
Menjadi keldai dadah, mengemis,
menyeluk saku, meragut beg dan
penjualan barang-barang tiruan.
MENGUPAH
KANAK-KANAK
SEBAGAI ASKAR
• Pihak-pihak tertentu
menggunakan kanak-
kanak untuk
mempertahan dan
menyebarkan ideologi
terpesong mereka.
PUNCA EKSPLOITASI INI DILIHAT
DARIPADA TIGA PERSPEKTIF
• Individu
• Perhubungan Keluarga
• Komuniti Tempatan dan Masyarakat
INDIVIDU
• Dalam kebanyakan kes,
individu yang dieksploitasi
ini mengalami sesuatu
kekurangan dari aspek
keupayaan fizikal, intelek
atau emosi.
• Mereka ini ditindas kerana
datang daripada golongan
tidak berupaya.
• Contohnya, individu di
bawah kategori anak yatim.
INDIVIDU
• Tahap pendidikan seseorang individu
juga mungkin mempengaruhi dirinya
untuk dieksploitasi kerana mereka yang
tidak berpendidikan tinggi mungkin
tidak tahu hak mereka dan tidak berani
menyuarakan perasaan mereka itu.
• Cara terbaik untuk mengelakkan
perkara ini dari berlaku adalah dengan
mendapat pendidikan yang baik
supaya individu-individu ini tahu akan
hak asasi mereka.
PERHUBUNGAN KELUARGA
• Pengeksploitasian ini mungkin berlaku
dalam perhubungan keluarga yang
bilangan ahlinya ramai dan status
ekonomi keluarga yang rendah.
• Penggunaan bahan terlarang seperti
alkohol, dadah dan bahan tembakau
juga mungkin mengakibatkan kanak-
kanak ini dieksploitasi.
• Mereka ini dinafikan peluang
pendidikan kerana disuruh membantu
untuk mengurangkan beban keluarga.
PERHUBUNGAN KELUARGA
• Mereka diajar kemahiran asas sahaja dan mungkin
terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk seumur hidup
mereka nanti.
• Cara terbaik untuk menghalang daripada berlakunya
keadaan ini adalah dengan meningkatkan taraf mutu
kehidupan mereka dengan menyediakan peluang
pekerjaan dan melalui pendidikan.
KOMUNITI
TEMPATAN DAN
MASYARAKAT
• Amalan sesetengah komuniti
tempatan iaitu perempuan
tidak diberi hak yang sama
seperti lelaki.
• Di sesetengah tempat pula,
kanak-kanak lelaki mungkin
diminta untuk bekerja mencari
nafkah hidup untuk keluarga.
• Ini merupakan salah satu
bentuk eksploitasi komuniti
tempatan itu sendiri yang
mengamalkan budaya-
budaya tertentu.
KOMUNITI TEMPATAN DAN
MASYARAKAT
• Masyarakat kurang diberi
pendedahan mengenai eksploitasi.
• Kurangnya sensitiviti masyarakat
terhadap eksploitasi menjadikan
kes ini tidak dilaporkan.
• Salah satu cara untuk
mengelakkan daripada berlakunya
keadaan ini ialah melalui pelbagai
kempen kesedaran dan
penguatkuasaan pihak tempatan.
KESAN
EKSPLOITASI
• Perkembangan mental
yang lambat
• Ketidakupayaan berfikir
secara rasional, iaitu
melihat sesuatu yang
negatif sebagai logik,
contohnya menganggap
berbohong bukan sesuatu
yang salah.
• Mudah terpengaruh dan
melakukan aktiviti tidak
bermoral seperti
gengsterisme.
KESAN EKSPLOITASI
• Kesihatan diri terganggu kerana pengambilan
bahan terlarang seperti dadah atau alkohol.
• Institusi kekeluargaan akan runtuh dan berlaku
perceraian. Anak-anak pula berhadapan
masalah lari dari rumah, bunuh diri atau
melakukan aktiviti tidak bermoral.
TAMAT