The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by D086194, 2022-01-14 06:55:22

PERBANDINGAN MANIKAM KALBU KARYA FAISAL TEHRANI DAN SULALATUS SALATIN KARYA TUN SRI LANANG

TUGASAN KUMPULAN

BSS 3153
SASTERA ANTARABANGSA

KUMPULAN A

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

TUGASAN 2 (KUMPULAN)

PERBANDINGAN MANIKAM KALBU KARYA FAISAL TEHRANI DAN
SULALATUS SALATIN KARYA TUN SRI LANANG

BIL NAMA NO MATRIK

1 WAN KHAIRIE HELMI BIN WAN HAMAT D20182086187

2 HASSAN BASRI BIN ISMAIL D20182086194

3 NURUL JANNAH BINTI MOHAMAD FUAD D20181082342

4 NURUL NATASHAH BINTI ALAH D20182085178

5 NURAZUWATUL BINTI EJOL D20182085085

PENSYARAH
DR. ROHAYATI BINTI JUNAIDI

1.0 PENGENALAN

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit, iaitu "castra". Susastera pula membawa
bermaksud khusus iaitu Su- indah, baik, berfaedah iaitu manfaa. Manakala sastera huruf
atau buku (ke) susastera (an) ialah kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya. Istilah sastera berasal dari kata Sanskrit sastra. Akar kata sas ialah kata kerja terbitan
bermakna „mengarahkan, mengajar, memberi petunjuk‟ atau arahan. Dan akhirnya (tra)
biasanya menunjukkan alat atau sarana. Dengan demikian sastra bererti alat untuk mengajar,
buku petunjuk, buku arahan atau pengajaran. Sastera antarabangsa atau dunia pula membawa
maksud penulisan yang meluas di luar sempadan negara asal dan penulisannya diterjemahkan
kepada bahasa-bahasa asing yang lain.

Kesusasteraan juga merupakan sebuah bidang yang tidak asing lagi terutamanya
dalam masyarakat Melayu di Malaysia malah masih lagi mekar bagi mengisi kekosongan
jiwa. Bidang kesusasteraan ini berbeza kerana mempunyai keunikan serta membawa
keindahan tersendiri. Selain itu, bidang ini sebagai medium untuk pelbagai kegunaan dalam
masyarakat seperti nasihat, perli atau peringatan. Kewujudan ketamadunan sesebuah bangsa
yang unggul bergantung masyarakat yang meminati dan menghargai sastera serta budaya
bangsanya. Menurut Harun Mat Piah (2006), kesusasteraan membawa pengertian sebagai
segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan
pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Oleh demikian, perkembangan
kesusasteraan Melayu bermula melalui tradisi lisan diikuti hasil karya tulisan seterusnya lahir
dalam bentuk cetakan.

Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa karya sastera bukan sahaja mencatat
tetapi menganalisis segala gerak gempa kehidupan, gerak gempa dalam erti kata segala
rintangan, segala halangan dalam kehidupan. Kesusasteraan amat intim dengan masyarakat
kerana merakamkan berbagai-bagai detik pengalaman dan denyut kehidupan mikro kosmos
yang wujud dalam masyarakatnya (Sahlan Mohd. Saman, 2005) dan berfungsi sebagai satu
institusi kemasyarakatan orang Melayu (Mohd. Taib Osman, 2011).

Sehubungan dengan itu, dua buah karya sastera antarabangsa telah dipilih yang
bertajuk Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani dan Sulalatus Salatin Karya Tun Sri Lanang.
Mohd Faizal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974
di Batang Berjuntai sebelum berpindah ke Lombok ketika berusia 5 tahun dan ke Melaka
ketika berumur 7 tahun. Beliau juga merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda

1

Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains
Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Manakala
Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja
seorang yang berjawatan Bendahara Melaka dan Johor.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit
Seluyut, Johor pada tahun 1565 dan hidup pada akhir abad ke-17.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian terdahulu yang mengkaji novel yang
ditulis oleh faisal tehrani ini iaitu kajian yang dilakukan oleh Fauzi Hasan, Tengku Intan
Marlina Tengku Mohd Ali & Madiawati Mamat yang bertajuk “Pemikiran Faisal Tehrani
Berdasarkan Novel-Novel Pilihan yang mana mengkaji dalam aspek pemikiran yang digarap,
dikupas dan dibentangkan dalam novel-novel yang ditulis oleh Faisal Tehrani. Manakala bagi
teks sulalatus salatin pula, kajian lepas telah dijalankan oleh Maryam Syafiqha Mohd Sayuti
dan Jamilah Omar yang bertajuk “Nilai Kepimpinan Pembesar Empayar Melayu Melaka
Kajian Berasaskan Teks Sulalatus Salatin” diamana kajian ini menganalisis nilai-nilai
murni yang berfokus kepada nilai kepimpinan yang dimiliki oleh pembesar-
pembesar Melaka berasaskan teks Sulalatus Salatin.

Oleh yang demikian, kajian lepas ini telah mengkaji beberapa aspek dalam novel
Manikam Kalbu dan Teks Sulatus Salatin. Namun begitu, kami akan mengkaji aspek yang
berbeza dengan kajian yang lepas. Melalui bakat kepengarangannya, seseorang pengarang
mampu mencerna segala bahan yang dikutipnya daripada realiti kehidupan berdasarkan
pengalaman peribadi dan pengamatan pengalaman orang lain yang berlaku di persekitarannya
lalu menjadi sebuah karya dalam pelbagai genre (A. Rahim Abdullah, 2010). Oleh itu,
perbandingan di antara dua buah harya agung ini akan menampakkan perbezaan dalam aspek
yang akan dikajian oleh pengkaji iaitu aspek tema, nilai, aspek politik, aspek ekonomi dan
gaya bahasa.

2.0 BIODATA PENGARANG

Terdapat dua orang pengarang yang telah kami pilih iaitu Faisal Tehrani dan Tun Sri Lanang
dimana disini kami akan sediakan beberapa biodata berkaitan kedua-dua pengarang ini.
Untuk pengarang Manikam Kalbu ialah Mohd Faizal Musa atau nama penanya Faisal Tehrani
telah dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Batang Berjuntai sebelum berpindah ke Lombok ketika
berusia 5 tahun dan ke Melaka ketika berumur 7 tahun. Beliau merupakan salah seorang
penulis Malaysia. Disebabkan penulisan dan idea yang sering dilontarkan, beliau terkenal

2

sebagai seorang yang bersifat kontroversi. Sasterawan Negara, A. Samad Said menyifatkan
beliau sebagai "...suara „menentang‟ yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang
sedang berlaku di seputarnya.” Beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan hadiah
sastera, termasuklah Anugerah Seni Negara pada 2006.

Selain itu, Mohd Faizal juga adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari
Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000),
Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Beliau kini bertugas di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun
Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan
beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM
dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD),
sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic
and Social Council of the United Nations.

Manakla untuk pengarang teks Sulalatus Salatin pula ialah Tun Seri Lanang atau
nama sebenarnya Tun Muhamad bin Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja seorang yang
berjawatan Bendahara Melaka dan Johor.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor
pada tahun 1565 dan hidup pada akhir abad ke-17. Beliau ialah anak kepada Paduka
Temenggung Ahmad. Sebelum Tun Seri Lanang menjadi penulis atau pengarang, beliau
mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang bijak dan membawa Melaka
ke persada dunia. Beliau juga pernah membantu Raja Abdullah memerintah Johor setelah
Sultan Alauddin Riayat Syah tidak berminat untuk memerintah Johor lagi.

Pada masa itu, beliau lebih terkenal sebagai pemimpin tetapi beliau mempunyai minat
dalam dunia kepengarangan Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Raja Abdullah telah
meminta beliau mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612. Beliau pun bermula
mengarang pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian bersambung
mengarang di Aceh. Selepas selesai mengarang Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang sedar
bahawa karyanya mengenai salasilah raja-raja Melaka. Oleh itu, beliau telah
memberinama Sulalatus Salatin untuk teks tersebut yang bermaksud “Salasilah Segala Raja-
Raja”. Akhir sekali ialah beliau adalah tokoh pengarang yang terkenal dalam penghasilan
buku sejarah, adat istiadat dalam peradaban, kebudayaan dan sistem pemerintahan Melayu.

3

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Penyelidikan kualitatif merupakan
suatu penyelidikan yang menghasilkan dapatan bukan menggunakan kemudahan prosedur
statistik atau kemudahan kuantitatif yang lain (Strauss & Corbin, 1998). Selain itu, Patton
(1978) menjelaskan penyelidikan kualitatif sebagai „verstehen‟ atau pemahaman yang
simpatetik dan mendalam. Penyelidikan kualitatif menghasilkan data deskriptif yang
merangkumi tulisan sendiri seseorang atau perkataan yang diucapkannya (Bogdan & Taylor
1975). Setiap penyelidikan kualitatif bertujuan untuk mengkaji fenomena secara mendalam
(Johnson 1995). Oleh itu, penyelidikan kualitatif ialah suatu kajian interpretif mengenai
suatu isu atau masalah yang melibatkan pengkaji menumpukan makna yang dibuat oleh
subjek kajian (Banister et al. 1994).

4.0 PERBANDINGAN TEMA

Untuk perbandingan tema kedua-dua karya ini, hasil kajian mendapati bahawa karya Faisal
Tehrani, menekankan tema semangat patriotisme iaitu perasaan cinta terhadap dunia fesyen
dan busana alam Melayu, manakala, dalam Sulalatus Salatin bertemakan politik iaitu tentang
kegemilangan pemerintahan sultan-sultan Melaka.

Manikam Kalbu pada mulanya hanyalah anak kepada seorang hamba di istana telah
berjaya memenangi pertandingan mereka busana yang dianjurkan oleh Sultan Muhammad
Syah, sultan Melaka ketika itu.Seterusnya untuk sulalatus salatin pula,jelas menceritakan
tentang pemerintahan sultan-sultan Melaka dimana ianya juga turut menceritakan tentang
Sultan Muhammad Syah dimana kedua-dua karya ini secara tidak langsung menceritakan
tentang sultan-sultan Melaka yang terdahulu. Sebagai contoh dimana kita boleh lihat dalam
novel Manikam Kalbu bahawa “Cinta Ziryab mendalam sekali,cintanya terhadap
kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin
pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian.
Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'.”

Jelas terlihat bahawa suntikan semangat patriotisme yang diberikan oleh Faisal
Tehrani dalam tema karyanya yg bertajuk Manikam Kalbu ini. Untuk teks Salalatus Salatin
pula, kita boleh lihat bahawa Tun Sri Lanang telah merakam kegemilangan pemerintahan

4

Sultan-Sultan Melaka yang dicapai sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan
Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka muncul sebagai empayar Melayu
terkuat, luas jajahan takluk meliputi Kelantan, Pahang dan Terengganu. Oleh itu, jelas terlihat
bahawa tema bagi teks Sulalatus Salatin ini adalah mengisahkan tentang politik dan Manikam
Kalbu pula menceritakan tentang semangat patriotisme.

5.0 PERBANDINGAN LATAR

Latar berperanan memberikan suasana manusia yang terdapat dalam cerita. Latar penting
begi mengembangkan tema, persoalan, plot, watak dan perwatakan. Idea, plot dan watak akan
lebih hidup jika berada dalam situasipelbagai latar. Menurut Kamarudin Jeon (2017), latar
merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bengunan, peralatan,
tanggungjawab watak, waktu dan sebagainya.

5.1 Latar Masa

Novel Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani mempuyai dua latar zaman yang jelas berbeza
iaitu latar masa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan latar masa zaman
moden. Latar masa zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dalam novel Manikam
Kalbu memperlihatkan sebuah kerajaan Melayu Melaka yang aman damai di bawah
pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Pada zaman ini, gambaran suasananya dipenuh
dengan adat istiadat istana, sistem perhambaan, aktiviti perdagangan, corak pemerintahan,
dan sejarah kemasukan ajaran Islam di Melaka. Salah satu bukti pernyataan adalah melalui
petikan ini,
“Panggillah Datuk Bendahara menghadap . . . juga Seri Bija Diraja. Beta hendak meminta
pandangan pembesar-pembesar”m/s 22, Manikam Kalbu (2015)

Latar masa zaman moden yang dilakar oleh Falsal Tehrani dalam novel Manikam
Kalbu pula dapat dilihat melalui beberapa peristiwa, gambaran infrastruktur, pekerjaan, dan
cara bertutur ketika berkomunikasi. Jika pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka memperlihatkan pekerjaan seperti hamba, pengawal istana, dan dayang, maka pada
zaman moden pula pengarang memperlihatkan pekerjaan seperti doktor perubatan, doktor
veterinar,cikgu dan tukang jahit baju moden. Pada zaman ini juga bahasa Melayu Standard
diaplikasikan dalam percakapan harian. Bukti pernyataan tersebut adalah melalui petikan ini,

5

““Hai Ziryab!”

Lamunan yang menjalar hingga ke rumah jirannya, Dr. Basri dan Dr. Faizah mati serta-
merta.” m/s 5, Manikam Kalbu (2015)

Dalam teks Sulalatus Salatin, majoriti latar masa yang digambarkan adalah latar masa
zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka iaitu dari awalnya pembukaan negeri
Melaka oleh Raja Iskandar Syah sehinggalah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah.
Namun, terdapat juga latar masa zaman dahulu kala iaitu zaman sebelum wujudnya negeri
Melaka. Peryataan tersebut dapat dibuktikan melalui peristiwa Bukit Siguntang dimana Wan
Malini dan Wan Empuk menemui tiga orang putera Raja Suran.

Maka, adalah sangat jelas bahawa latar masa yang dilakar dalam kedua-dua karya ini
mempunyai sedikit persamaan iaitu kedua-duanya mempunyai latar masa zaman
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun, Manikam Kalbu mempunyai ciri khas
yang manarik di mana pengarang telah menghasilkan sebuah karya yang kreatif kerana
memuatkan dua latar masa yang jauh berbeza tetepi mempunyai kaitan cerita antara kedua-
dua zaman tersebut.

5.2 Latar Masyarakat

Dalam novel Manikam Kalbu, Falsal Tehrani telah memberi gambaran citra masyarakat
yang mempunyai pekerjaan profesional. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa watak
penting yang turut menggerakkan cerita, seperti watak Dr. Basri dan Dr. Faizah yang masing-
masing berprofesi sebagai doktor veterinar dan doktor perubatan. Watak Cikgu Nurhilyati
pula berperanan sebagai seorang guru mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga di sekolah
Ziryab. Jika dibanding dengan teks Sulalatus Salatin, gambaran citra masyarakatnya
merupakan masyarakat yang bekerja di istana. Perkara ini dapat dilihat melalui watak
Badang dan Hang Nadim yang berkhidmat sebagai laksamana di istana. Selain itu, terdapat
juga perkerjaan sebagai hamba yang sememangnya sejenis pekerjaan yang sangat sinonim
dengan zaman dahulu. Masyarakat yang berkerja di istana dapat dilihat melalui petikan ini,

“baginda hendak ke Pahang, diiringkan Bendahara, dan segala menteri, hulubalang,
bentara sida-sida, bala Teritera sekalian; rupa perahu penuh dengan lautan, dan Laksamana
Hang Nadim jadi cucuk baginda berangkat itu, perintah laut atasnyalah.” m/s 289, Sulalatus
Salatin.

6

Citra masyarakat yang mementingkan ilmu pula dapat dilihat dalam kedua-dua
karya ini. Jika dalam novel Manikam Kalbu memperlihatkan watak Ziryab yang gigih
menuntut ilmu fesyen sehingga sanggup menyertai kursus pendek selama tiga bulan di
Jabatan Fashion Design and Industrial Tailoring, Paris, raja dan pembesar Melaka pula gigih
menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Contohnya, Sultan
Mahmud Syah dan Bendahara Seri Maharaja pernah rmenuntut ilmu agama pada Makhdum
Sadar Jehan. Watak Manikam Kalbu dalam novel Manikam Kalbu juga seorang yang
mementingkan ilmu. Dia telah berhijrah untuk mendalami ilmu agama dan ilmu busana di
seluruh pelusuk Nusantara. Hal ini dapat dilihat melalui petikan dibawah,

“Tuanku, izinkan pacal mengaji di Aceh atau Pasai ataupun perlak” m/s 132, Manikal Kalbu
(2015).

Seterusnya, dalam teks Sulalatus Salatin, citra masyarakat yang bijak dalam
menggunakan peluang yang ada juga dapat dilihat. Contohnya, Hang Nadim begitu bijak
menggunakan peluang yang tersaji demi menebus kesalahannya terhadap Sultan Maumud
Syah. Beliau telah berangkat ke Pahang untuk menculik Tun Fatimah dan dijadikan isteri
Sultan Mahmud Syah. Kejayaan beliau ini telah melembutkan hati Sultan Mahmud lalu
beliau dianugerahi emas dan pengampunan. Namun, citra masyarakat ini tidak dapat dilihat
dalam dalam novel Manikam Kalbu.

6.0 PERBANDINGAN NILAI

6.1 Nilai Keagamaan

Dalam buku Manikam Kalbu dapat dilihat nilai kegamaan melalui Sultan Muhammad Syah
menemui Tuan Guru Haji Nuh Ha Min untuk mendapatkan pandangan ulama itu mengenai
pertandingan mereka busana Melayu yang terilham daripada mimpi ngeri baginda melihat
puterinya Puteri Kecil Cempaka Lana yang berpakaian “serupa kafir tapi tak kafir, serupa
Islam tapi tak Islam.” Tuan Guru kemudian memperihalkan 5 syarat pertandingan mereka
busana yang patut diletakkan di dalam pertandingan tersebut.

Pertama: Busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Adat orang Melayu jati,
berkain baju berhati-hati.

Kedua: Busana Melayu itu pantang kainnya nipis kerana berkain baju yang tipis, disitulah
tempat setan dan iblis.

Ketiga: Busana Melayu itu mestilah pantan i7a berpotongan yang ketat, kerana memakai yang
ketat menghilangkan agama, membinasakan adat.

Keempat: Busana Melayu itu pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan

Manakala dalam buku Sulatus Salatin pula nilai keagamaan dapat dilihat peristiwa
kedatangan Islam dimana raja telah memeluk Islam setelah bermimpi bertemu rasulullah dan
berjumpa pendakwah yang datang dari Negara arab. Kemudian seluruh rakyat Melaka telah
menganut agama Islam dan mengamalkan kehidupan harian menurut cara hidup Islam.
Diceritakan juga kegiatan keagamaan termasuklah sembahyang, puasa, menyambut hari raya
dan nikah perkahwinan. Lalu rakyat di Melaka dididik supaya taatkan agama dan pemerintah.
Perkataan raja telah ditukar kepada sultan dan nama-nama pemerintah telah menggambarkan
agama yang mereka anuti.

Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketakwaan
manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang
berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-episod seperti;

1. Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang
datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar
agama pada Makhdum Sadar Jehan

2. Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan
hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me-
lakukan kesalahan mencuri

3. Raja-raja Melaka memerintah dengan penuh adil dan saksama sebagai suatu tuntutan
sifat-sifat yang mulia, terpuji di sisi agama Islam

Jelas dapat dilihat disini bahawa nilai perbandingan antara nilai keagamaan dalam buku
Manikam Kalbu dan Buku Sulatus Salatin dapat dilihat melalui cara kehidupan keagamaan
yang telah dikarang oleh pengarang. Nilai keagamaan yang terdapat dalam buku Manikam
Kalbu iaitu cara pemakaian orang islam mengikut syariat yang melambangkan agama Islam
manakala nilai keagamaan yang terdapat dalam buku Sulatus Salatin sifat-sifat yang berkait
dengan amalan agama Islam iaitu melalui Raja Memeluk agama Islam kemudiannya rakyat

8

mengikutinya, sambutan Hari Raya, Perkahwinan dan melakukan solat lima waktu.
Walaupun dalam zaman yang berbeza, namun nilai keagamaan tetap ada dalam kedua-dua
buku tersebut dengan cara yang berbeza dalam pengaruh Islam yang meluas. Dengan
mengamalkan sifat ketakwaan manusia akan hidup lebih sempurna. Kehidupan juga akan
lebih menjadi tenang dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

6.2 Nilai Kemasyarakatan

Dalam buku Manikam Kalbu terdapat Masyarakat Melayu Sopan dan Tertib. Dalam buku
ini pengarang sangat menitikkan aspek kesopanan kehidupan seharian selari dengan ajaran
islam melalui pemakaian. Penceritaan buku ini dipenuhi dengan konsep pakaian menurut
syariat dan pengertian pemakaian Melayu Tradisi. Hal ini dapat dibuktikan dan jelas nyata
yang telah ditunjukkan oleh pengarang melalui syarat pertandingan mereka busana yang telah
diletakkan oleh Tuan Guru Haji Nuh Ha Min.

Pertama: Busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Adat orang Melayu jati,
berkain baju berhati-hati.

Kedua: Busana Melayu itu pantang kainnya nipis kerana berkain baju yang tipis, disitulah
tempat setan dan iblis.

Ketiga: Busana Melayu itu mestilah pantan ia berpotongan yang ketat, kerana memakai yang
ketat menghilangkan agama, membinasakan adat.

Keempat: Busana Melayu itu pantang ia mengada-ada. Membuat baju harus sejudu, jangan
suka meniru-niru dan menjatuhkan maruah.

Kelima: Busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai, kerana apabila berpakaian
memandai-mandai, aib tersingkap, malu terburai.

Manakala dalam buku Sulatus Sulatus Salatin pula Masyarakat yang iri hati dan dengki
sehingga menyebabkan fitnah. Fitnah timbul bersabit dengan iri hati, dengki dan cemburu
dengan kelebihan dan kebolehan orang lain. Salah satu cara yang paling singkat untuk
membalas sakit hati dengan tujuan memusnahkan orang yang dengki ialah dengan
mengadakan fitnah. Seringkali yang tidak bersalah menjadi mangsa. Hukuman yang diterima
amat kejam dan menyeksakan iaitu hukuman bunuh atau sula. Unsur fitnah jelas dalam
Sulalatus Salatin, antaranya:

9

Fitnah pembesar negeri yang menaruh perasaan dengki dan cemburu kepada kebolehan dan
keistimewaan yang diberikan oleh Sultan Mansur Syah pada Hang Tuah. Hang Tuah telah
difitnahkan berkehendak dengan salah seorang dayang raja. Tanpa berfikir panjang dan
tanpa menyiasat terlebih dahulu, Sultan mengeluarkan perintah menghukum Hang Tuah yang
begitu berjasa kepada Melaka. Dalam keadaan marah, tidak ada lagi pertimbangan baik
buruknya hukuman itu sungguhpun Seri Nara Diraja cuba menasihatkan baginda agar Hang
Tuah jangan dihukum bunuh kerana dia pahlawan yang gagah berani. Sultan tetap dengan
keputusannya.

Oleh itu, jelaslah dapat dilihat perbandingan nilai masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua
buku yang dikaji. Nilai masyarakat yang terdapat dalam buku Manikam Kalbu ialah terdapat
Masyarakat Melayu Sopan dan Tertib. Dalam buku ini pengarang sangat menitikkan aspek
kesopanan kehidupan seharian selari dengan ajaran islam melalui pemakaian. Penceritaan
buku ini dipenuhi dengan konsep pakaian menurut syariat dan pengertian pemakaian Melayu
Tradisi manakala nilai masyarakat yang terdapat dalam buku Sulatus Salatin ialah masyarakat
yang iri hati dan dengki sehingga menyebabkan fitnah. Dapat dilihat berbandingan melalui
buku Manikam Kalbu masyarakat yang hidup saling menjaga dengan cara pemakaian agar
maruah sentiasa terjaga sebaliknya dalam buku Sulatus Salatin pula, masyarakat yang suka
menjatuhkan masyarakat yang lebih jauh baik daripadanya sehingga sanggup menabur fitnah
kerana nafsu. Perbandingan ini jelas dan mempunyai bandingan antara masyarakat yang
positif dan masyarakat yang negatif.

7.0 PERBANDINGAN ASPEK POLITIK
Dalam novel Manikam Kalbu, Sultan Muhammad Syah telah berlayar ke negeri China untuk
menjalinkan hubungan diplomatik demi kepentingan keselamatan negeri Melaka dari
ancaman Majapahit dan Siam. Peristiwa ini dapat dilihat melalui petikan ini,
“Hatta berangkatlah Sultan Muhammad Syah bersama 24 lancang dan bedar Melayu ke
negeri China” m/s 294, Manikam Kalbu (2015)

Maka, Sultan Muhammad Syah pun menitahkan agar Manikam Kalbu menghasilkan
beberapa jenis busana sebagai hadiah demi menawan hati Maharaja China. Hal ini tidak
terjadi dalam salah-satu peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin iaitu „Peristiwa

10

Tatal dan Menarah Kepala Budak‟ di Singapura. Peristiwa ini telah menggambarkan
berlakunya serangan dari Majapahit ke atas Singapura kerana Raja Singapura melayan
utusannya secara kasar dan menghina raja Majapahit. Begitu juga sebaliknya. Maka, dapat
disimpulkan bahawa Singapura dan Majapahit tidak menjalinkan hubungan diplomatik yang
sihat.

Namun, terdapat juga persamaan dari aspek politik dalam kedua-dua karya ini iaitu
terdapat pemerintahan bercorak demokratik, dan bijaksana. Dalam novel Manikam
Kalbu, Sultan Muhammad Syah telah mengada acara peragaan dan memanggil rakyat jelata
serta para pembesar untuk menentukan busana rasmi rakyat Melaka. Tindakan Sultan
Mahammad Syah yang bersifat demoratik dan bijaksana ini adalah demi menegakkan
keadilan ke atas semua pihak supaya tiada yang ditindas dalam memilih busana rasmi rakyat
Melaka. Dalam teks Sulalatus Salatin pula, watak Sultan Alaudin Riayat Syah telah dikenali
sebagai sultan yang berjiwa rakyat kerana baginda sanggup berkorban untuk rakyat jelata.
Baginda telah keluar pada waktu malam untuk menangkap pencuri yang telah mengganggu
kesejahteraan rakyatnya. Gaya kepimpinan kedua-dua pemerintah ini boleh dijadikan
tauladan.

8.0 PERBANDINGAN ASPEK EKONOMI
Dari segi ekonomi, novel Manikam Kalbu dan teks Sulalatus mempunyai gambaran kegiatan
ekonomi yang sama iaitu bekerja di istana dan berkidmat untuk sultan. Hal ini demikian
kerana kedua-dua karya ini mempunyai latar masa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dalam
novel Manikam Kalbu, Manikam Kalbu dan Dang Nurhalijah telah bekerja sebagai
jurubusana istana. Manakala, dalam teks Sulalatus Salatin, kebanyakkan masyarakatnya
bekerja di istana sebagai pengawal istana, laksamana, dayang dan pembesar istana. Hal ini
dapat dilihat melalui kehidupan Hang Tuah dan Badang yang telah dilantik sebagai
laksamana. Mereka telah diberi persalinan yang gah, wang, kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat dan dihormati oleh semua orang termasuk raja.

Selain itu, terdapat juga kegiatan ekonomi sistem sara diri dalam teks Sulalatus
Salatin. Buktinya, sebelum dilantik sebagai laksamana, Badang sering menangkap ikan
menggunakan lukah demi menambahkan rezekinya. Seterusnya, kegiatan pertanian dapat
dilihat dalam teks Sulalatus Salatin dimana dua adik-beradik iaitu Wan Empuk dan Wan
Malini telah mengerjakan padi huma di Bukit Siguntang.

11

Watak Ziryab dalam novel Manikam Kalbu pula bekerja sebagai tukang jahit bagi
menyara kehidupan dia dan nenek. Ziryab memilih menjadi tukang jahit bagi meneruskan
legasi kedai jahit neneknya yang telah sakit tua. Kegiatan ekonomi bekerja dalam bidang
tekstil juga dapat dilihat dalam novel ini. Terdapat beberapa kelompok masyarakat yang
bekerja dalam bidang tekstil. Contohnya masyarakat Pantai Sidek menjalankan kegiatan
menenun kain songket manakala masyarakat di negeri China dan buana Keling pula mahir
menghasilkan pelbagai jenis kain yang elok. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan ini,

“Di negeri China tamadunnya besar sekali dan benua Kelingpula menyimpan dan
membekalkan bermacam-macam panca kain yang elok dan dibuat bermacam-macam
busana” m/s 123, Manikam Kalbu (2015).

Kesimpulannya, terdapat persamaan dan perbezaan dari segi pekerjaan yang
dilakukan oleh masyarakat dalam kedua-dua karya.

9.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat sedikit pesamaan dan perbezaan dari segi beberapa aspek yang
dikaji dalam kedua-dua buah karya yang dikaji. Walaupun begitu, masing-masing karya ini
mempunyai daya tarikan dan kekuatan yang tersendiri dalam menyampaikan ilmu, pemikiran
dan isu yang diangkat untuk disebarkan kepada masyarakat. Hasil dapatan kajian mendapati
latar masa yang dilakar dalam novel Manikam Kalbu mempunyai dua latar masa yang
berbeza iaitu, zaman Kesultanan Melayu Melaka dan zaman moden. Manakala dalam
Sulalatus Salatin, latar masa yang digunakan ialah latar masa zaman Kesultanan Melayu
Melaka sahaja. Dari segi tema, dapat kita lihat novel Manikam Kalbu menekankan tema
semangat patriotisme iaitu perasaan cinta terhadap dunia fesyen dan busana alam Melayu,
manakala, dalam Sulalatus Salatin bertemakan politik iaitu tentang kegemilangan
pemerintahan sultan-sultan Melaka. Kedua-dua karya ini banyak menekankan zaman
kegemilangan negeri Melaka yang penuh dengan adat istiadat, pengaruh Islam dan sistem
perhambaan yang lazim pada zaman dahulu. Dari aspek politik, banyak pengajaran yang
boleh diambil dari peristiwa hubungan diplomatik sehinggalah corak pemerintahan yang
digunakan oleh sultan-sultan dalam kedua-dua karya ini. Seterusnya, perbandingan yang
dibuat dari aspek nilai agama, kemanusiaan, aspek ekonomi, mendapati masing-masing karya
ini mempunyai persamaan dan berbezaan disebabkan menpunyai latar masa yang sama dan
berbeza. Secara keseluruhan, kedua-dua karya ini dapat didefinisikan sebagai sebuah karya

12

yang bertaraf antarabangsa mengikut acuan zaman masing-masing. Hal ini demikian kerana,
novel Manikam Kalbu dan teks Sulalatus Salatin banyak membincangkan dan mengangkat
isu dan pemikiran yang bersifat universal dan sangat luas sehingga boleh memberi impak
yang besar terhadap pemikiran para pembaca dan masyarakat. Diharapkan, akan ada lebih
banyak lagi kajian yang dilakukan terhadap novel atau karya-karya tempatan yang bagus dan
menarik agar karya-karya ini turut mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

13

RUJUKAN

A. Rahim Abdullah. (2010). Nasionalisme roh dan jiwa Melayu dalam novel Malaysia.
Dewan Sastera. Ogos, 26-30

Ahmad, A.S (2008). Salalatus Salatin. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amri, L. (2009, April 12). Cerita Tentang Buku. Dimuat turun daripada
http://myulatbuku.blogspot.com/2009/04/manikam-kalbu.html?m=1

Azida, F. (2014, Oktober 18). Karya Agung Melayu. Dimuat turun daripada
http://karyaagungmelayu14.blogspot.com/2014/10/tun-seri-lanang.html?m=1

Bogdan, Robert & Steven J. Taylor. (1975). Introduction to Qualitative Research. New York.

Faisal Tehrani. (2015). Manikam Kalbu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisonal. Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kamarudin Jeon. (2017). Aspresiasi Sastera: Naratif Ogonshoto. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.

Mohd. Taib Osman. (2011). Sastera dan Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Manjoi, B. (2011, November 1). Biodata Faisal Tehrani: Pencetus Minda Sambil Membaca
Novel. Dimuat turun daripada https://budakmanjoiwordprescom.cdn.
ampproject.org/v/s/budakmanjoi.wordpress.com/2011/11/01/biodata-faisal-tehrani-
pencetus-minda-sambilmembacanovel/amp/?amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp
=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#aoh=16420925028723&referrer=
https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=http

14

s%3A%2F%2Fbudakmanjoi.wordpress.com% 2F2011%2F1 1%2 F01% 2Fbiodata-
faisal-tehrani-pencetus-minda-sambil-membaca-novel%2F

Patton, M.Q. (1987). How to Use Qualitative Methods in Evaluation. Beverly Hills, CA:
Sage.

Rosli, N. (2018, Mei 29). Sejarah Melayu. Dimuat turun daripada
http://sejarahmelayusastera.blogspot.com/2018/05/tema-dalam-sulalatus
salatin.html?m=1

Strauss, A., & Corbin, J. (1998). Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures
for Developing Grounded Theory. Thousand Oaks, CA: Sage Publications, Inc.

Shahnoh Ahmad. (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd. Saman. (2005). Industri teori: Proses pembinaan sastera kebangsaan dan
serantau, dlm. Teori dan Kritikan sastera Melayu Serantau, diselenggarakan oleh
Hajijah Jais dan Muhamad Ikhram Fadhly Hussin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

15


Click to View FlipBook Version