The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by imah880801, 2022-05-26 04:34:02

Taekwondo 2019

Taekwondo 2019

2

“Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup (Seni Beladiri)
Pahang, Zon Timur & Jemputan 2019” merupakan
kejohanan yang mempertandingkan kemahiran pengamal
seni bela diri Taekwondo seperti Poomsae, Kyorugi dan
Kyukpa. Kejohanan ini adalah penganjuran bagi tahun
yang ke-4 sejak tahun 2016. KUKKIWON yang meru-
pakan Ibu Pejabat Taekwondo Dunia memberi sokongan
dan galakan bagi penganjuran kejohanan ini setiap ta-
hun. Dengan penganjuran ini akan mengembangkan lagi
Seni Mempertahankan Diri Taekwondo dari
perspektif yang lebih luas bukan sahaja dalam kalangan
pelajar sekolah dan pelajar universiti malah akan di-
perkembangkan kepada golongan ibubapa dan
masyarakat sekitar.

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Ke-
bangsaan 2019

3

 Menarik ramai remaja terutamanya pelajar sekolah untuk sertai seni mem-

pertahankan diri.

 Membimbing golongan muda dan masyarakat ke arah kebaikan, mendi-

siplinkan diri dan juga sentiasa menghormati antara satu sama lain.

 Memberi peluang kepada remaja-remaja ini menonjolkan bakat sebagai

atlit Taekwondo.

 Melahirkan remaja berkualiti yang berguna dan bermanfaat kepada keluar-

ga dan tanah air.

 Memperkenalkan cabang kemahiran Seni Taekwondo yang boleh menjadi

pilihan pengamal Taekwondo.

 Mengembangkan Seni Mempertahankan Diri Taekwondo.

 Mencungkil bakat dan melahirkan atlit berkelas dunia sebagai produk

Taekwondo.

 Membentuk disiplin yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab

terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

 Memberi peluang kepada remaja untuk membentuk nilai-nilai murni ter-

hadap keluarga dan masyarakat

 Mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini dengan pen-

erapan nilai-nilai Kemahiran Insaniah dalam diri remaja.

Practice like you've never won, Perform like you’ve never lost

4

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan rahmatNya dapat saya
menyampaikan sedikit amanat dalam buku program ini. Saya amat berterima kasih
kepadaJawatankuasa Pengelola Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon
Timur dan Jemputan Kebangsaan 2019 Umum mengetahui bahawa aktiviti sukan
telah menjadi salah satu fokus utama dalam sistem pendidikan negara dan merupa-
kan aktiviti wajib yang dijalankan sepanjang tahun. Sehubungan dengan itu, Kejo-
hanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Kebangsaan
2019 ini merupakan salah satu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam
pembudayaan sukan di kalangan murid sekolah. Budaya bersukan di kalangan
murid bertujuan untuk melengkapkan kecemerlangan sistem pendidikan bagi me-
lahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani,emosi,rohani dan
intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Pihak Jabatan Pendidikan Pa-
hang sentiasa peka dalam mendukung hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
terhadap keperluan murid dalam bidang sukan dan menyokong pelaksanaan Falsa-
fah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seim-
bang. Justeru itu,melalui dasar ini,setiap murid akan sentiasa melibatkan diri secara
aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar 1 Murid 1
Sukan ini sebenarnya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang bermatlamat untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Akhir kata,sekali lagi saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup
Pahang Zon Timur dan Jemputan Kebangsaan 2019.
Sekian.
Dr Hj Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Ke-
bangsaan 2019

5

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyampaikan amanat dalam buku program
Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Kebangsaan
2019. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada
semua warga kerja dan AJK pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan Kejohan-
an Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Kebangsaan 2019.
Saya sebagai Pengetua SMK Padang Garuda amat berbesar hati kerana Dewan Ibnu
Khaldun dipilih sebagai tempat Kejohanan Taekwondo yang berlangsung di Negeri
Pahang ini. Usahasama pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam Kejohanan
Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Kebangsaan 2019
membuktikan bahawa kita mampu bersatu menggembleng tenaga dalam memben-
tuk generasi pemangkin masa hadapan. Sudah pasti kejohanan seperti ini mampu
mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan taekwondo. Kejohanan Taekwondo ini
juga mampu memberi pendedahan awal kepada peserta agar generasi ini dipupuk
dengan semangat kesukanan demi kepentingan masa hadapan dan memberi pema-
haman kepada peserta bahawa taekwondo merupakan salah satu disiplin seni
mempertahankan diri dan merupakan satu aktiviti riadah yang baik untuk
kesihatan. Saya difahamkan Kejohanan Taekwondo anjuran Kukkiwon mempunyai
keistimewaan sendiri. Kejohanan ini tidak hanya tertumpu dalam acara sparring
( kyorugi ) dan pattern ( poomsae ) sahaja malah peserta boleh memilih untuk ber-
tanding dalam acara lain seperti “breaking” ( kyukpa ) yang melibatkan penggunaan
genting dan papan. Akhir kata, tahniah dan syabas sekali lagi kepada pihak pengel-
ola Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Kebang-
saan 2019. Teruskan usaha untuk mencipta kecemerlangan dalam seni memper-
tahankan diri.

PUAN JUWITA BINTI JAMALUDIN

PENGETUA

SMK. PADANG GARUDA, KUANTAN PAHANG

Practice like you've never won, Perform like you’ve never lost

6

Kata-kata Aluan
Presiden

Professional Taekwondo Centre,
Kukkiwon Advisory, Malaysia

Salam sejahtera kepada semua ahli Keluarga Taekwondo Malaysia!
Saya begitu gembira dan berbesar hati kerana kita, keluarga taekwondo dapat
sama-sama berkumpul dan meraikan acara-acara yang dipertandingkan dalam
kejohanan ini. Baik sebagai peserta, penyokong, pengadil, pengelola, pembantu,
penyumbang atau pun penonton, inilah kita keluarga taekwondo.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kelab Taekwondo (WTF) Dan Seni Bela
Diri Cemerlang kerana berjaya mengelola Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup
(Seni Beladiri) Pahang, Zon Timur & Jemputan Kebangsaan 2019 buat kali yang
ke empat dan saya juga mengalu-alukan penyertaan semua peserta.
Kejohanan ini diadakan mengikut zon, bagi tujuan memberi peluang dan
pendedahan kepada peminat senibeladiri taekwondo di seluruh Malaysia dalam
menguji dan mempamerkan kemahiran taekwondo sepanjang menjadi ahli
Taekwondo. Menguji kekuatan dalam acara ‘Kyukpa ’ (Pemusnahan). Menguji
ketepatan pergerakan dan penghayatan dalam acara ‘Poomsae’ ( Bentuk
pergerakan). Menguji kepantasan dan kombinasi pergerakan dalam acara
‘Kyorugi’ (Tempur). Ia bukanlah untuk menunjukkan siapa yang lebih gagah dan
kuat, tetapi ia untuk mencabar kemampuan diri sendiri secara mental dan fizikal
dalam menghadapi cabaran serta membuat keputusan yang betul ketika ia
diperlukan dalam situasi yang diluar jangkaan kita. Inilah penerapan nilai insaniah
yang diterapkan dalam diri setiap peserta secara tidak langsung.
‘Menyatukan Dunia Dengan Taekwondo’ , moto yang digunakan oleh Kukkiwon,
menyatukan kita semua tanpa mengira kaum, bangsa, agama, warna kulit dan
perbezaan pandangan politik. Bertepatan dengan itu kita harus berbangga kerana
berjaya mengetepikan semua itu dan kita berada di kejohanan ini pada tahun ini.
Kekalkan perpaduan, kekalkan hubungan persahabatan dan kekalkan semangat
kekeluargaan sesama kita peminat Seni Beladiri Taekwondo.
“Taekwondo For All”
Terima kasih,
GRAND MASTER TONY WONG HEE KEE 9th DAN KUKKIWON

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Ke-
bangsaan 2019

7

Kata-kata Aluan

Pengerusi

Kelab Taekwondo (WTF) & Seni Bela Diri Cemerlang

Assalamualaikum wbt dan Salam Sayangi Malaysia.

Dengan hormat dan takzimnya, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan
kesyukuran kehadrat ilahi atas limpah rahmatnya dapat kita menjayakan
Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup (Seni Beladiri) Pahang, Zon Timur
& Jemputan Kebangsaan 2019.

Tujuan penganjuran pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan dan
memupuk minat pengamal Taekwondo Kukkiwon dalam kemahiran Seni
Beladiri Korea ini. Melalui kejohanan ini kita sama sama memperkasakan
senibeladiri Taekwondo dengan sikap toleransi sesama kita yang menjadi
kunci dalam merapatkan silaturrahim sebagai satu keluarga tanpa mengi-
ra latarbelakang masing-masing. ‘Kyorugi’, ‘poomsae’ dan ‘kyukpa’yang
merupakan acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini bukan hanya
semata-mata untuk mempamerkan dan beradu kekuatan, tetapi yang
penting sekali pembentukan sahsiah peserta dapat kita terapkan dan
praktikkan.

Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Garuda, Kuantan atas kesudian bekerjasama buat kali kedua untuk
menganjurkan kejohanan, tidak lupa juga kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Pahang ,dan Jabatan Belia dan Sukan
Pahang yang telah memberi kerjasama yang terbaik di sepanjang
kejohanan ini yang pernah dianjurkan. Selain itu tidak ketinggalan juga
kepada Jurulatih-jurulatih Kelab Taekwondo & Seni Beladiri Cemerlang
sebagai perancang dan nadi utama kejohanan. Usaha dan permuafakatan
ini merupakan kunci utama kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh kelab
ini. Semoga kesepakatan ini dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Akhir kata, terima kasih kepada semua peserta dan individu yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan kejohanan ini.

Sekian Wassalam.

MASTER HJ RAMLI BIN JAHAR

7th DAN KUKKIWON

Practice like you've never won, Perform like you’ve never lost

8

Penasihat Teknikal: Ketua Pengadil Poomsae :
Master Zulsham Azlimi
Grand Master Tony Wong Hee Kee 7th DAN Kukkiwon
9th DAN Kukkiwon 2nd Class Master Instructor Kukkiwon
2nd Class International Examiner Kukkiwon
Kukkiwon Advisory Member 2nd Class International Kukkiwon Referee
1st Class Master Instructor Kukkiwon
1st Class International Examiner Kukkiwon Penyelaras Pengadil Kyorugi :
1st Class Kukkiwon International Referee Master Ayub Bin Ismail
7th DAN Kukkiwon
WT International Referee 2nd Class Master Instructor Kukkiwon
3rd Class International Kukkiwon Referee
Principal Examiner Malaysia
Ahli Jawatankuasa :
Pengerusi: Master Haminuddin Bin Hassan
6th DAN Kukkiwon
Master Hj Ramli Bin Jahar 3rd Class Master Instructor Kukkiwon
7th DAN Kukkiwon 3rd Class International Kukkiwon Referee
2nd Class Master Instructor Kukkiwon
2nd Class International Examiner Kukkiwon Master Ahmad Haziq Bin Ramli
2nd Class International Kukkiwon Referee 5th DAN Kukkiwon
3rd Class Master Instructor Kukkiwon
WT International Referee P3 – International Kukkiwon Referee

Naib Pengerusi I: Master Ridzuan Bin Alias
4th DAN Kukkiwon
Master Dr Fauzi Bin Ahmad Marzuki 3rd Class Master Instructor Kukkiwon
6th DAN Kukkiwon P3 – International Kukkiwon Referee
3rd Class Master Instructor Kukkiwon
3rd Class International Kukkiwon Referee Master Farizul Ariff Bin Abd Manaf
4th DAN Kukkiwon
Naib Pengerusi II: 3rd Class Master Instructor Kukkiwon
P3 – International Kukkiwon Referee
Master Nazaruddin Bin Mohamad
6th DAN Kukkiwon
3rd Class Master Instructor Kukkiwon
3rd Class International Kukkiwon Referee

Setiausaha :

Master Adam Yunus Bin Abdul Wahab
4th DAN Kukkiwon
3rd Class Master Instructor Kukkiwon

P3 – International Kukkiwon Referee

Bendahari :

Master Abdul Karim Bin Hasan Basri
5th DAN Kukkiwon
3rd Class Master Instructor Kukkiwon

P3 – International Kukkiwon Referee

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Ke-
bangsaan 2019

9

SAMBUTAN VVIP/VIP

Grandmaster Tony Wong Hee Kee ( Presiden, Professional Taekwondo Centre)
Master Ramli bin Jahar ( Pengerusi Kelab TKD WTF dan Seni Beladiri Cemerlang )
Pn Juwita bt Jamaludin ( Pengetua SMK Padang Garuda, Kuantan )
En Ahmad Nor Azmi bin Mohd Ali ( GPK Kokurikulum, SMK Padang Garuda, Kuantan )
En Wan Norazmi bin Wan Rosli ( Unit Sukan, JPNP )
Wakil Majlis Sukan Pahang
Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan

PENDAFTARAN / URUSETIA:
1. Master Ahmad Haziq Bin Ramli (Kelab TKD Cemerlang)
2. Master Karim Hassan (Kelab TKD Cemerlang)

PERSIAPAN TEMPAT & LOGISTIK
1. En Mohd Ifzad Adelei bin Mustafa ( SK (F) Lepar Hilir 1, Kuantan )
2. En Mohd Saifullah bin Sihabudin (SMK Seri Mahkota, Kuantan)
3. En Ahmad Qutaibah bin Hj Sihabudin (Kelab TKD Cemerlang)
4. En Mohd Faizal bin Ismail (SK Sungai Mas, Kuantan)

STATISTIK, PUBLISITI DAN WEBSITE
1. En. Mohd Radzi b. Md Isa ( SK Indera Shahbandar, Pekan )
2. En Ahmad Fauzi bin Abdul Rahman ( SK Kempadang, Kuantan)
3. En Ahmad Fazli bin Ahmad ( Koresponden TV3 )

HADIAH, SIJIL PERTANDINGAN
1. Master Haminuddin bin Hassan (Kelab TKD Cemerlang)
2. Pn Nor Rashila bt Ramli @ Muzkir ( SK Pandan, Kuantan )
3. Pn Nur Munirah bt Che Ali ( SK Bunut Rendang, Kuantan )
4. Pn Che Haslinda bt Che Hassan ( SAR As Syarif, Kuantan )
5. Pn Thian Siew Lee ( SMK Seri Mahkota, Kuantan )

BANNER DAN BUNTING
1.Master Haminuddin bin Hassan (Kelab TKD Cemerlang)
2..En Mustapah bin Maraining (SK Jugra, Banting)
3. En Mohd Saifullah bin Sihabudin (SMK Seri Mahkota, Kuantan)
4. En Ahmad Qutaibah bin Sihabudin (Kelab TKD Cemerlang)

JURUCATAT / DOKUMENTASI
1. Master Adam Yunus bin Abdul Wahab (Kelab TKD Cemerlang)
2. Pn Faridah bt Abdullah (SK Fakeh Abdul Samad, Kuantan)
3. Pn Syarifah Nurul Nadiah bt Syed Salim ( SK Pandan, Kuantan )

Practice like you've never won, Perform like you’ve never lost

10

JURU ACARA PROGRAM / PERTANDINGAN
1. Cik Fatimah Laili bt Bustaman ( SMK Padang Garuda, Kuantan )
2. Master Haminuddin bin Hassan ( Kelab TKD Cemerlang)

BACAAN DOA
1. En Jamil Haris bin Abdul Rahim ( SK Pandan, Kuantan )
2. En Syahrussalam bin Saari (SK Pandan, Kuantan)

PERUBATAN, KECEMASAN DAN BANTU MULA
1. En Mohamad Jamaluddin bin Abdul Raffar ( PBSMM Pahang, Kuantan )
2. Ahli Persatuan Bulan Sabit Malaysia Kuantan / Pahang

AUDIO / SIARAYA
1. En Helan Wahyudi bin Mohamad Ali (SMK Padang Garuda, Kuantan)
2. En Syaiful Fahmi bin Ismail (SK Pandan, Kuantan)

JAMUAN VVIP / VIP & PEGAWAI PERTANDINGAN
1. Pn Farah Wahida bt Mamat ( SK Pandan, Kuantan )
2. Pn Hamsina bt Said ( SK Pandan, Kuantan )
3. Pn Ayu Rahmah bt Yusof (SK Pandan, Kuantan )
4. Pn Sharipah Noramina bt Syed Alwi ( SK Pandan, Kuantan )
5. Pn Nazura by Md Dom ( SK Pandan, Kuantan )
6. Pn Noraishah bt Abd Ghani ( SK Bunut Rendang, Kuantan )
7. Pn Rohaya bt Mat Yassim ( SK Bunut Rendang, Kuantan )

FOTOGRAFI
1. En Zainal Omar Faryd bin Zainul Abidin ( SK Pandan, Kuantan)
2. En Radzuan bin Mat Diah (SMK Padang Garuda, Kuantan)
2. En Mohd Faizal bin Ismail (SK Sungai Mas, Kuantan)
3. Pelajar kelab Fotografi SMK Padang Garuda

KEBERSIHAN
1. Pn Raja Norma bt Raja Ibrahim (SMK Padang Garuda, Kuantan)
2. Pn Wan Rokiah bt Wan Saleh ( SMK Padang Garuda, Kuantan)

BUKU PROGRAM
1. Pn Melor Fatihah binti Hamzah ( SK Pengkalan Tentera, Kuantan)
2. Pn Nurul Norasizan binti Abdullah (SK Pengkalan Tentera, Kuantan)

TUGAS-TUGAS KHAS / SUKARELAWAN
1. En Wan Rusli bin Wan Musa ( SMK Padang Garuda, Kuantan)
2. 20 pelajar Ting 6 Jurusan Sains Sukan, SMK Pdg Garuda

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Ke-
bangsaan 2019

11

Sabtu 14 September 2019

11.45 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat

12.00 tengahari : Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Pahang

: Bacaan Doa

: Ucapan aluan oleh
Pengetua SMK Padang Garuda, Kuantan

: Ucapan Grand Master Tony Wong Hee Kee
9th Dan Kukkkiwon Black Belt
Kukkiwon Advisory Member

: Ucapan & Perasmian oleh
Haji Mohd Rauf Bin Haji Jali
Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

: Penyampaian sijil & cenderahati

12.50 tengahari : Majlis bersurai.

Practice like you've never won, Perform like you’ve never lost

12

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih :
1. Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Jabatan Pendidikan Pahang
3. Jabatan Belia dan Sukan Pahang
4. SMK Padang Garuda
5. Pengadil – pengadil kejohanan
6. Persatuan Bulan Sabit Merah , Kuantan
7. Professional Taekwondo Centre
8. Kelab Taekwondo (WTF) & Seni Beladiri Cemerlang
9. Hadi – PTC
10. PTC – Loo (Kuala Lumpur)
11. Terengganu Team (Terengganu)
12. Cemerlang Taekwondo Kuantan (Pahang)

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Pahang Zon Timur dan Jemputan Ke-
bangsaan 2019


Click to View FlipBook Version