BIL 3/2021 - 24 SEPTEMBER 2021
5,887 PELAJAR SEKOLAH MENERIMA VAKSIN
PORTAL : KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
20 Sept 2021 - Kementerian Pertahanan
bersama Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengadakan
kerjasama dalam Program Vaksinasi
“Back To School” yang bertempat di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Desa Tun Hussein Onn.
Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri
Hishammuddin Tun Hussein berkata,
seramai 5,887 orang pelajar berumur 12
hingga 17 tahun di sekolah-sekolah di
dalam kem-kem ATM akan menerima
vaksin sebagai langkah perlindungan
daripada jangkitan virus COVID-19.
“Untuk hari ini sahaja, 255 orang pelajar
Tingkatan 4 dan 5 SMK Desa Tun Hus -
sein Onn menerima suntikan vaksin Comirnaty (Pfizer BioNtech). Manakala baki 675 orang
pelajar lagi dijangka selesai menerima suntikan masing-masing pada 24 September 2021”,
ujarnya dalam satu sidang media bersama Menteri Kanan Pendidikan, YB Datuk Dr Mohd
Radzi Jidin di sini, pagi ini.
Selaras dengan itu, terdapat 4 buah lagi sekolah menengah di dalam kem-kem ATM iaitu
Maktab Rendah Sains Mara, Kem Terendak, Melaka, SMK Kem Terendak, Melaka, SMK
Pangkalan TLDM, Lumut Perak dan SMK Tanjung Pengelih, Johor yang juga turut menerima
vaksin. Program Vaksinasi akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) yang berhampiran.
Pada masa yang sama, dalam ucapan beliau, Maktab Tentera Diraja (MTD) di Kem Sungai
Besi, Kuala Lumpur juga berada di bawah tanggungjawab ATM. Oleh itu, Program Vaksinasi
Remaja untuk pelajar MTD akan dilaksanakan pada minggu kelima bulan September sebaik
sahaja kesemua 504 orang pelajar kembali melapor diri pada 27 September ini.
255 orang pelajar Tingkatan 4
dan 5 menerima suntikan vaksin
Comirnaty (Pfizer BioNtech)
TONTON VIDEO
DI MINDEF TV
2
MISI PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN COVID-19
KE INDONESIA
FACEBOOK : TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Pesawat C130H berlepas daripada
Pangkalan Udara Subang pada jam 10.30
pagi dan mendarat di Lapangan Terbang
Antarabangsa Halim Perdanakusuma,
Jakarta pada 12.40 tengah hari bagi
melengkapkan misi bantuan kemanusiaan
kali ini.
15 Sept 21- TUDM melaksanakan tugas 880 unit Oxygen Concentrators
penghantaran bantuan kemanusiaan Covid-19 22,220 kotak disposable coverall
kepada Indonesia dengan menggunakan
pesawat angkut C130H dari No. 20 Skuadron. (PPE) suit
Penghantaran bantuan kemanusiaan ini 17,250 kotak medical face masks
adalah bagi menghulurkan bantuan kepada
Indonesia sebagai negara serumpun dalam 1,146 kotak face shield
menangani situasi pandemik Covid-19. 9,300 kotak medical gloves
Pesawat ini telah dikendalikan oleh 1,150 kotak hand sanitizers
juruterbang, Mej Aiman bin Mohd Akhbar, Kapt serta beberapa lagi peralatan
Mohd Shahril Amin bin Dzulkefli dan Kapt lain dengan berat anggaran
Mohd Fuad bin Mohd Nazir, selaku Pembantu
Juruterbang; Mej Nik Hasri bin Nik Leh, keseluruhannya 12 tan
Jurutera Penerbangan; Kapt Muhammad
Firdaus bin Osman TUDM, Jurumalim bersama
tiga (3) Kuartermaster Udara bagi
menyempurnakan misi penghantaran
kemanusiaan tersebut.
Sementara itu, penyerahan bantuan
kemanusiaan Covid-19 kepada Indonesia ini
telah disampaikan oleh Menteri Luar Negeri,
YB Dato’ Saifuddin Abdullah kepada TYT
Hermono, Duta Besar Kedutaan Republik
Indonesia ke Malaysia. Menteri Kanan
Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishamuddin bin
Tun Hussein turut hadir menyaksikan
penyerahan ini bersama-sama Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas),
YB Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima
Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj
Affendi bin Buang TUDM; Panglima Bantuan
Udara, Lt Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin
Aris TUDM mewakili Panglima Tentera Udara
serta beberapa pegawai-pegawai kanan
Kementerian Pertahanan dan Kementerian
yang terlibat.
3
MENGOPTIMAKAN KEUPAYAAN DAN KERJASAMA DALAM
MENANGANI CABARAN BAHARU
FACEBOOK : TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
16 Sept 2021- Cabaran mendepani pandemik, bencana dan ancaman siber merupakan fokus
persidangan secara maya ASEAN Air Chief Conference (AACC) ke-18 yang diketuai oleh
Tentera Udara Diraja Thailand selaku tuan rumah pada tahun ini.
Persidangan AACC yang dihadiri oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj
Abdul Samad membincangkan dan juga fokus kepada pandemik Covid - 19. Beliau berkata,
"mencapai keseimbangan saving lives vs livelihood adalah kunci untuk ASEAN kekal
responsif terhadap matlamat bersama ASEAN dengan mengaplikasikan konsep travel bubble
dan SOP Covid-19 terhadap keperluan-keperluan
operasi bagi menyokong inisiatif-inisiatif ASEAN.
Persekitaran fasa pandemik yang dihadapi akan
menuju ke fasa endemik dan menempuh persekitaran
di mana virus berada di dalam komuniti". Tambahan
beliau lagi, keperluan melihat semula dan
menyesuaikan semua aktiviti masa hadapan tanpa
kehadiran secara fizikal dengan kaedah secara maya
atau meet in the air dalam persekitaran fasa pandemik
yang dihadapi akan menuju ke fasa endemik dan menempuh persekitaran di mana virus
berada di dalam komuniti. Beliau juga menekankan keperluan bagi mencapai herd imunity
merupakan kaedah penting dalam melandaikan lekuk pandemik di dalam jangka masa panj-
ang bagi memulihkan dan kembali menjalani
kehidupan seperti dahulu dan membolehkan
rakan-rakan sejawat mengoptimumkan
kemampuan dan kerjasama di rantau ini. AACC
ke-18 turut disertai oleh Panglima Tentera Udara
negara-negara ASEAN iaitu dari Brunei,
Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina,
Singapura, Thailand dan Vietnam.
4
LMS BADIK KEPULANGANMU DITUNGGU
FACEBOOK : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
17 Sept 2021 - Penasihat Pertahanan Malaysia di China, Laksamana Pertama Zahid bin
Abd Aziz telah mewakili Malaysia dalam satu upacara ringkas penyerahan dan
menandatangani Sijil Penyerahan Fizikal LMS Ketiga di Baiyue International Hotel, Qidong,
Nantong City, China pada 14 September 2021 yang lalu. LMS ke - 3 ini telah dinamakan
sebagai BADIK dalam satu upacara kenamaan yang telah disempurnakan oleh Puan
Rohana binti Osman, isteri kepada Penasihat Pertahanan Malaysia di China. BADIK
merujuk kepada senjata tradisional melayu yang melambangkan simbol kepahlawanan,
perjuangan, keberanian dan kekuatan menentang serta menangkis serangan musuh.
Dibina pada 18 September 2019 dan dilancarkan dipermukaan air pada 28 oktober 2020
serta menjalani ujian penerimaan pelabuhan dan laut sebelum LMS ke - 3 diserahkan
kepada kerajaan Malaysia. Seramai 7 pegawai dan 38 anggota LLP merupakan kru
pertama BADIK yang menjalani latihan intensif selama 5 bulan di China. BADIK dijangka
tiba Malaysia pada hujung September 2021.
BADIK menyertai skuadron
LMS ke-11 bersama KD
KERIS dan KD SUNDANG
berpangkalan di Kota
Kinabalu
MISI LORONG TIKUS GAGAL
FACEBOOK : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
21 Sept 2021 - ATM berjaya menahan 9 orang PATI yang
cuba menyeludup masuk ke Malaysia menggunakan lorong
tikus di kawasan Biawak, Lundu kira-kira 300m dari
sempadan Malaysia - Indonesia dalam kejadian pada pagi
ini.
Kumpulan PATI berkenaan berjaya diberkas oleh Anggota
ATM yang sedang melaksanakan serang hendap di
kawasan berkenaan. Hasil siasatan mendapati 9 PATI berk-
enaan yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan seorang wanita berusia di antara 22 hingga
45 tahun datang ke Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan ditahan telah diusir keluar
dari Malaysia.
KEDAULATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA 5
PORTAL : KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
17 Sept 2021 - Tugas menjaga negara bukanlah hak eksk-
lusif warga ATM semata-mata, namun rakyat juga perlu
memainkan peranan dalam mempertahankan negara dan
ianya bertepatan dengan tema sambutan Hari ATM Ke -
88 pada tahun ini iaitu "Kedaulatan Negara Tanggung-
jawab Bersama".
Mengambil intipati teks khutbah khas ia menekankan ke-
pada kepentingan menjaga kedaulatan tanah air. Jika
dilihat dari segi maksud 'kedaulatan' bagi sesebuah negara,
ia merujuk kepada suatu kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara untuk membuat
keputusan tentang hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan politik. Khutbah khas ini
disampaikan oleh Mej Jen Hj Mohamad Azmi bin Wahab, Ketua Pengarah KAGAT dan Mej Hj
Mohd Nizam bin Dato Hj Termizi Al Hafiz, Imam Besar Masjid Khalid Al-Walid yang
memimpin solat Jumaat dengan ketetapan pematuhan SOP yang dikeluarkan iaitu
melibatkan 250 jemaah sahaja.
Turut menghadiri khutbah khas ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato'
Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM bersama kepimpinan KEMENTAH serta kehadiran Menteri
Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein serta kepimpinan Tentera Darat,
Laut dan Udara serta warga ATM di Masjid Khalid Al Walid sempena Hari Angkatan Tentera
Malaysia Ke-88 yang disambut pada 16 September 2021.
ADSIMEX SIRI 4/202
FACEBOOK : TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
20 Sept 21 – Ketua Staf Markas
Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1), Brig
Jen Abdul Halim bin Abu Hassan
TUDM telah menyempurnakan
pembukaan Air Defence Simulation
Exercise (ADSIMEX) Siri 4/2021 yang
diadakan di Auditorium Institut
Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA),
Pangkalan Udara Kuantan. Ketibaan
beliau telah disambut oleh Brig Jen
Dato’ Mohd Shaifuddin bin Mohd
Shariff TUDM selaku Pengarah
Eksesais.
ADSIMEX merupakan latihan Field Training Exercise (FTX) melibatkan pegawai-pegawai
dari Cawangan Kawal dan Lapor (K&L) dan anggota LLP dari ketukangan Juruteknik
Pengawasan Udara (JPU) meliputi semua skuadron pertahanan udara. Eksesais ini
dilaksanakan secara simulasi menggunapakai sistem simulasi C2 Sentry di Skn 320.
ADSIMEX siri ini juga turut disertai wakil dari skuadron pejuang serta melibatkan
penglibatan dari Skn 401 dan Fighter Controller (FC) TLDM.
Seramai 88 pegawai dan anggota LLP terlibat menjayakan ADSIMEX Siri 4/21 ini yang
bermula pada 19 - 24 September 21. Di dalam ucapan pembukaan eksesais, Ketua Staf
MAWILUD 1 menekankan keperluan menjaga SOP serta komitmen sepenuhnya daripada
semua peserta agar objektif eksesais yang digariskan dapat dicapai.
6
TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA
FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
20 Sept 21 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang
TUDM telah menerima kunjungan hormat sempena persaraan dari 3 orang Pegawai
Kanan ATM bertempat di pejabat rasmi. Seluruh warga ATM merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ketiga-tiga Pegawai Kanan ATM yang akan bersara dan tamat
perkhidmatan dalam ATM khususnya.
Laksamana Muda
Dato’ Khalid bin
Jaafar
(Panglima Pendidikan dan
Latihan, Markas
Pemerintahan Pendidikan
dan Latihan TLDM)
Laksamana Muda
Dato’ Anuar bin Hj
Alias
(Komander Markas
Pangkalan TLDM
Lumut.)
Mejar Jeneral
Datuk Jamaluddin
bin Jambi,
(Panglima Markas
21 Gerup Gerak
Khas)
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
semua pegawai kanan atas segala sumbangan
jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang
berkhidmat dalam ATM.
Jasamu Dikenang
7
AN SAMBUTAN
- 8 BUKTI KESIAGAAN
ASET & KOMPETENSI ATM
FACEBOOK : ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
22 Sept 2021 - Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-88 pada tahun ini
dengan tema ‘Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama’ telah disempurnakan oleh
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM.
Julung kalinya sambutan telah diadakan di Kem Segenting, Port Dickson Negeri Sembilan,
secara fizikal mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang terkawal tanpa
kehadiran penonton dari kalangan masyarakat setempat atau luar. Ini adalah sebagai
kawalan bagi memastikan acara dapat diadakan dengan lancar dan mengawal sebarang
kebarangkalian penularan wabak Covid - 19.
Keseluruhan penglibatan pegawai dan anggota ATM dalam menjayakan sambutan Hari ATM
pada tahun ini adalah seramai 2,500 orang. Sambutan kali ini juga agak berbeza berbanding
tahun sebelumnya di mana pada tahun ini telah dipertontonkan dengan Latihan Kesiagaan
Aset dan Kompetensi ATM sebelum disusuli dengan Perbarisan Statik Tempur serta
Penyampaian Perutusan Panglima Angkatan Tentera yang turut disiarkan secara lintas
langsung oleh Stesen Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Antara aset yang terlibat dalam segmen Latihan Kesiagaan ialah Kereta Kebal PT-91M
PENDEKAR, Kenderaan Perisai 8x8 GEMPITA, Kenderaan Berperisai Berantai ADNAN,
Kenderaan Berperisai 4x4 LIPAN BARA, Meriam 105mm LG 1 MK III, Helikopter LOH A109
Agusta, SUPACAT, Kenderaan Pengangkut Senjata VAMTAC, Scrambler, 72 Bot Tempur dan
Rigid Inflatable Boat (RIB) dari TDM; KD MAHAWANGSA dan KD JEBAT dari TLDM dan
Pesawat Pengangkut C130H, Pesawat Tempur SU 30 MKM SUKHOI dan Helikopter EC 725
dari TUDM selain dari penglibatan pegawai dan anggota dari ketumbukan 10 Briged Para, 4
Briged (Mek), Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Gerup Gerak Khas (GGK),
penyampaian Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan
Tentera yang merupakan anugerah tertinggi di dalam
ATM. Sambutan Hari ATM ke - 88 turut memberi penghar-
gaan dan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera
kepada Panglima 10 Bgd (Para), Brigedier Jeneral Khairul
Azmizal bin Ahmad Natal, Pegawai Memerintah KD LEKIR
dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen
Zulkiffli Bin Hj Musa telah menerima piala pusingan serta
wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ribu.
CERITA
MENARIK
8