The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG - SKLanggar-2023 BARU (1)24 Mei 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatimahusl, 2023-05-23 13:47:46

BUKU PROGRAM PIBG KALI KE 45

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG - SKLanggar-2023 BARU (1)24 Mei 2023

T A R I K H : 2 4 M E I 2 0 2 3 ( R A B U ) M A S A : 2 . 0 0 P E T A N G T E M P A T : D E W A N P E R M A T A S R I L A N G G A R SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 Dirasmikan oleh: YBrs. EN. ZINDA KHALIL SASTRO BIN HASSAN CEO, AL KHALIL NETWORK SDN BHD


2 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka Surat 1. Isi Kandungan 2 2. Sekapur Sireh 3 3. Seulas Pinang 4 4. Atur cara Majlis Dan Agenda Mesyuarat 5 5. Jawatankuasa Kerja 6-7 6. Carta Organisasi PIBG 8 7. Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-31 9-13 8. Laporan Tahunan Aktiviti Dan Sumbangan PIBG 2022 / 2023 14 9. Penyata Kewangan 2022 / 2023 15 10. Pelantikan AJK Sesi 2023 / 2024 16 11. Perbentangan Usul 17


3 Assalamualaikum W.B.T Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana mengizinkan saya menyampaikan secoret bicara sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Langgar Kali Ke-45 ini pada Sesi 2023. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK PIBG dan warga sekolah serta pemimpin setempat kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri untuk sama -sama bermesyuarat. Semoga pertemuan kita pada hari ini akan melahirkan suasana yang harmoni dan melahirkan buah fikiran yang bernas demi kecemerlangan pendidikan anak-anak kita pada masa-masa mendatang. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ini adalah satu jambatan penghubung antara ibu bapa dan para guru dalam mencapai kata muafakat demi menyelesaikan segala permasalahan berkaitan pendidikan anak-anak. Justeru itu, permuafakatan dan kerjasama amat diperlukan oleh kedua-dua belah pihak ini. Saya menyeru pada semua pihak yang hadir pada hari ini, agar sama-sama kita memanfaatkan pertemuan ini dan merancang dengan sebaik-baiknya demi kecemerlangan anak-anak kita. Akhir kata, bersama-samalah kita berdoa agar kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak kita adalah hak milik bersama. Insya Allah.... ” PIBG MEMBINA TRANSFORMASI SEMPURNA” Salam hormat, ................................. (TN. ABDULLAH BIN TN. MAN) Pemangku Yang Dipertua PIBG SEKAPUR SIREH


4 SEULAS PINANG Assalamua’laikum W.B.T Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, maka dapatlah saya menyampaikan sekelumit kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Langgar kali ke-45 ini pada sesi 2023. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pemangku Yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG serta pemimpin setempat kerana telah berusaha dalam mengadakan majlis ini yang sangat besar ertinya pada para ibu bapa dan pihak sekolah. Perjumpaan ini diharap dapat memberikan nafas baru dan suntikan semangat kepada semua pihak dalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan, terutamanya untuk anak-anak kita. Saya selaku Guru Besar amat berharap pertemuan pada hari ini juga diharap dapat menjadi perintis ke arah memantapkan lagi hala tuju PIBG dan pihak sekolah dalam melahirkan modal insan yang berimu, berpengetahuan luas, beriman dan beramal. Pendidikan pada masa kini memang amat mencabar dan amat luas. Oleh itu, saya menyeru agar kita bersama bergandingan bahu berusaha dengan lebih jitu lagi agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapai. Akhir kata, mudah-mudahan pertemuan kita pada hari ini diberkati Allah dan apa yang kita putuskan hari ini dapat direalisasikan demi kejayaan anak-anak kita. Insya Allah.... ”SEPAKAT MEMBINA KECEMERLANGAN” Salam hormat, .................................. (MALIKI BIN MUHAMMAD) Penasihat PIBG SK Langgar


5 ATURCARA MAJLIS AGENDA MESYUARAT 2.00 petang - Pendaftaran 2.30 petang - Bacaan Doa - Ucapan alu-aluan Guru Besar - Ucapan Perasmian oleh : Ybrs. EN. ZINDA KHALIL SASTRO BIN HASSAN 3.00 petang - Mesyuarat Agung mengikut agenda - Cabutan bertuah 4.30 petang - Bersurai 1. Ucapan Pengerusi Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-44 2. Perkara-perkara berbangkit 3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Tahun 2022 4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan bermula 1 Januari 2022 dan berakhir 31 Disember 2022. 5. Membahas Usul 6. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023 i) Seorang Yang Di Pertua Ii) Seorang Naib Yang Di Pertua Iii) 5 orang AJK Ibubapa 7. Memilih 2 orang Juruaudit Dalaman 8. Hal-hal lain 9. Ucapan Penangguhan


6 Sambutan Guru Besar Pemangku Yang Di-Pertua PIBG Guru-Guru Penolong Kanan Guru Kaunselor AJK PIBG Buku Program dan Laporan PIBG Muhd Zullhisham Bin Muhamad Zin ( K ) Siti Fatimah Nurul Naim Binti Hussin Wan Noor Aishah Binti Wan Yusoff Siti Rahayu Binti Abd Rahim Jamilah Binti Ali Nik Ismail Bin Nik Sof (KAFA) Shamsuddin Bin Harun(STAFF PEJABAT) Pengacara Majlis Halili Bin Md Yusuf Normaizan Binti Zahari Siaraya & Backdrop Nazri bin Hassan ( K ) Wan Azhar Bin Wan Mat Bacaan Doa Mohamad Bin Adam Hiasan Pentas Mohd Rozaman Bin Muhamad Zin JAWATANKUASA KERJA Persegaran VIP & Guru Normah Binti Mohamad Nor ( K ) Aziran Binti Abu Bakar Nor Amira Binti Mohd Affandi (STAFF PEJABAT) Hafizah Binti Hassan (STAFF PEJABAT) Norlia Binti Ismail (KAFA) Anis Nabila Binti Kamaruddin (KAFA) Persegaran Ibu Bapa Rohani Binti Abdullah Aishah Binti Abdullah Wan Nor Izah Binti Wan Ismail Wan Yusrizal Bin Wan Yusoff Azariah Binti Abdul Rahman Kamariah Binti Abu Bakar (KAFA) Majidah Binti Mat Yusof (KAFA) Zunah Nur Syafiqah Binti Zaihan (KAFA)


7 JAWATANKUASA KERJA Persiapan Dewan Sebelum dan Selepas Majlis Sebelum majlis Hazman Bin Mohd Yunus ( K ) Hamzani Bin Hassan Pekerja-pekerja Swasta Selepas majlis Jauhari Bin Awang ( K ) Mohd Helmi Bin Zahari Pekerja-pekerja Swasta Kupon & Cabutan Bertuah Fairoz Binti Abdullah ( K ) Fauziah Binti Ismail YM. Tg Zuraini Binti Tuan Mahmud Hasrin Binti Othman Afifah Binti Mohamad Rosmadiah Binti Salleh Nik Rusmawati Binti Idris Rohani Binti Abdul Ghafa (KAFA) Norazlina Binti Hussin (KAFA) Nurhanum Binti Ismail (KAFA) Laporan Keseluruhan Majlis Rozanita Binti Ahmad Pendaftaran Wan Noor Azira Binti Wan Saidi (Praktikum) Noraida Binti Awang (Praktikum) Normah Binti Deraman (KAFA) Rahimah Binti Mohd Mokhtar (KAFA) Rohaya Binti Ab Rahim (KAFA) Rohayati Binti Hussein (KAFA) Cenderahati VIP Zalwatie Binti Zakaria Siti Aminah Binti suddin (KAFA) Jurugambar Mohd Hakimi Bin Hassan Tabung Derma Rufeah Binti Ibrahim Wan Faridah Binti Wan Deraman (KAFA) Pencatat Minit Mesyuarat Norizan Binti Abdul Rahman ( K ) Noriah Binti Osman


8 AHLI JAWATANKUASA PIBG SKL SESI 2022/ 2023 EX-OFFICIO 1. MALIKI BIN MUHAMMAD (GURU BESAR) 2. MAZRI BIN IBRAHIM (PEN.KANAN PENTADBIRAN) 3. MOHD FADLILAH BIN DERAMAN (PEN. KANAN HEM) 4. MAZIANA BINTI ABDULLAH (PEN. KANAN KOKURIKULUM) PEMANGKU YDP TN. ABDULLAH BIN TUAN MAN SETIAUSAHA MUHD ZULLHISHAM BIN MUHAMMAD ZIN BENDAHARI HAMZANI BIN HASSAN AHLI JAWATANKUASA HALILI BIN MD YUSUF (Guru) NORIZAN BINTI ABDUL RAHMAN (Guru) SITI FATIMAH NURUL NAIM BINTI HUSSIN (Guru) SITI SARAH BINTI HASYIM (Ibubapa) MOHD FAISAL BIN OTHMAN (Ibubapa) SHARIFAH BT TN. BAKAR (ibubapa) MOHD HISYAM BIN RAHIM (Ibubapa) ROSNIZA BINTI RAHMAN (Ibubapa)


9 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR JALAN SULTAN YAHYA PETRA, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 SESI. Tarikh : 22 Jun 2022 Hari : Rabu Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Permata Sri Langgar, SK Langgar. Kehadiran : ( Rujuk Lampiran ) 1.0 Ucapan Guru Besar (Puan Rosliza bt Ahmad) 1.1 Merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada wakil PPD Unit SISC+ (BM) Pn. Nor Hayati binti Hussin, barisan AJK PIBG 2021/2022, guru-guru serta para ibu bapa kerana telah hadir ke mesyuarat PIBG ke 44. 1.2 Menyatakan syukur kerana dapat bersemuka setelah dua tahun mesyuarat secara dalam talian. Jawatankuasa 2021 telah bertungkus-lumus melaksanakan mesyuarat PIBG secara dalam talian. 1.3 Murid mula hadir ke sekolah pada 21 Mac 2022 walaupun murid dan guru ber”pdpr”tetapi pembelajaran yang dilaksanakan agak terbatas dan banyak kekangan. Tahniah kepada ibu bapa yang membantu urusan anak-anaknya ber”pdpr” di rumah dan terdapat murid-murid yang langsung tidak menyertai pdpr. 1.4 Menjelaskan masalah kehadiran murid yang kurang memuaskan kerana ibu bapa memaklumkan anak tidak bangun tidur untuk ke sekolah. Terdapat juga murid terutama Tahun 1 yang tidak mahu hadir ke sekolah kerana ada Kelas Fardhu Ain( berada lama di sekolah). Masalah ini dapat diatasi dengan bantuan kaunselor. 1.5 Kehadiran murid amat penting terutama bagi murid Tahap 1 kerana ia adalah asas pendidikan. Kehadiran murid lain juga penting kerana mereka telah hanyut dengan pandemik selama dua tahun sebelum ini. Asas pembelajaran masih lemah dan perlu sentiasa dibantu walaupun tiada peperiksaan. Untuk makluman, penilaian masih diteruskan kerana sistem PBD masih dilaksanakan. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKL KALI KE – 44 2022


10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKL KALI KE – 44 2022 1.6 Jika terdapat anak-anak batuk atau selesema murid bolehlah tidak hadir tetapi mereka perlu mendapatkan sijil cuti sakit daripada doktor. 1.7 Untuk makluman, pihak sekolah akan kehilangan beberapa orang guru bagi tempoh yang akan datang kerana bersara (Cikgu Salmah pada 30 Jun dan Cikgu Kamal pada bulan 10). Guru akan ditambah dan 3 guru lelaki telah melapor diri. 1.8 Mohon ibu bapa supaya dapat hantar awal anak-anak ke sekolah kerana terdapat program bacaan Surah Yasin bagi semua murid dan terdapat murid yang terlibat dengan RMT. 1.9 Bantuan KWAMP akan dimaklumkan nanti, dan program E-Kasih melibatkan 26 orang murid. Sekolah juga telah dapat bantuan cat daripada Ahli Parlimen Kota Bharu untuk mengecat bangunan sekolah. Pihak sekolah juga menganjurkan pertandingan ‘Kelas Bersih, Ceria dan Selamat’’ 1.10 Pihak sekolah mengalu-alukan ibu bapa supaya hadir berbincang jika terdapat sebarang permasalahan demi kebaikan anak-anak dalam pembelajaran. 2.0 Ucapan Perasmian oleh Pn. Nor Hayati binti Hussin (Pegawai Perhubungan Sekolah PPDKB) 2.1 Puan Nor Hayati mengucapkan terima kasih kerana menjemput ke mesyuarat PIBG SK Langgar. Tahniah kepada SK Langgar bersama dengan jawatankuasa PIBG yang komited untuk jalankan mesyuarat pada hari ini. 2.2 Diharap permuafakatan dalam pemilihan AJK baru yang akan dilantik bersama-sama dapat berbincang untuk kemenjadian murid. 2.3 Peranan PIBG sangat penting dan akan memberi kesan besar kepada sekolah untuk mencapai kejayaan. Setiap murid ada hak untuk mendapatkan pendidikan yang baik bagi merubah kehidupan seperti keluar dari kemiskinan. 2.4 PIBG yang mampan adalah dari segi kepimpinan yang berwibawa untuk mencapai objektif yang komprehensif. Perlu ada hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru untuk menjana kecemerlangan sekolah. 2.5 Murid perlu dipupuk budaya mencintai ilmu dan mempunyai jati diri untuk menghindari unsur-unsur negatif. 2.6 PBS tetap diteruskan walaupun UPSR telah dimansuhkan. PBS ini dilaksanakan untuk mengukur kebolehan murid dalam pembelajaran. Pelaporan PBS dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. Antara elemenelemen dalam PBS ialah PAJSK, psikometrik, PBD dan ujian SEGAK.


11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKL KALI KE – 44 2022 2.7 Murid-murid perlu sentiasa hadir ke sekolah supaya pelaksanaan PBS ini berjalan lancar. Peranan guru untuk memberi ilmu dan membentuk sahsiah murid. Elemen sekolah sejahtera perlu diterapkan dalam pdp guru. 2.8 Syabas dan tahniah kepada jawatan kuasa PIBG kerana melaksanakan mesyuarat kali ini . Seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG kali ke 44 SK Langgar. 3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-43 3.1 Pengerusi telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 dan lampiran kehadiran untuk disahkan. 3.2 Tn Abdullah b. Tn Mat mengesahkan minit dan disokong oleh En. Mohd Faisal b Othman. 4.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Aktiviti 4.1 YDP PIBG telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG untuk diterima. 4.2 En. Rozaman b Muhammad Zin mengesahkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG dan disokong oleh En. Roslan bin Husin. 5.0 Membentangkan dan Menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG 5.1 YDP membentangkan Laporan Penyata Kewangan yang berakhir untuk diterima. 5.2 Pn Nor Haslinda b Ariffin mengesahkan Laporan Penyata Kewangan dan disokong oleh En. M Shahrizan b Rosli. 6.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 6.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2020/2021. 7.0 Pelantikan Pengerusi Sementara 7.1 Pengerusi En Roslan b Hussin dilantik menjadi menjadi pengerusi sementara.


12 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKL KALI KE-45 2023 8.0 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 /2023 8.1 Ustaz Halili mencadangkan En. Ahmad Zaizol bin Zainal sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023 dan disokong oleh Tn Abdullah b Tn Mat. Keputusan disokong sebulat suara. 8.2 En. Rozaman bin Muhammad Zin mencadangkan Tn Abdullah bin Tn Mat sebagai Naib Yang Dipertua PIBG. Keputusan disokong sebulat suara. 8.3 En. Ahmad Zaizol b Zainal mencadangkan Tn Sharifah bt Tn Bakar sebagai AJK PIBG. Keputusan disokong sebulat suara. 8.4 Tn Abdullah bin Tn Mat mencadangkan Encik Faisal bin Osman sebagai AJK PIBG. Keputusan disokong sebulat suara. 8.5 Encik Faisal bin Osman mencadangkan En. Mohd Hisyam b Rahim sebagai AJK PIBG. Keputusan disokong sebulat suara. 8.6 Encik Wan Azhar b Wan Mat mencadangkan Pn Rosniza bt Rahman sebagai AJK PIBG. Keputusan disokong sebulat suara. 8.7 Puan Haslinda mencadangkan Pn Siti Sarah bt Hasyim sebagai AJK PIBG. Keputusan disokong sebulat suara. 8.8 Perbentukan Jawatankuasa Pibg 2022/2023 YDP PIBG : En Ahmad Zaizol bin Zainal NYDP PIBG : Tn Abdullah b Tn Man AJK : Tn Syarifah bt Tn Bakar Encik Mohd Faisal b Othman En M. Hisyam b Rahim Pn Rosliza bt Rahman Pn Siti Sarah bt Hashim


13 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SKL KALI KE-45 2023 Disediakan oleh, ________________ MUHD ZULLHISHAM BIN MUHAMAD ZIN Setiausaha PIBG Tarikh : 22 Jun 2022 Disemak oleh, ______________ AHMAD ZAIZOL BIN ZAINAL Yang Dipertua PIBG Tarikh : 22 Jun 2022 9.0 Melantik Juruaudit 9.1 Mesyuarat agung putuskan kepada pihak sekolah untuk melantik guru sebagai juruaudit. 10.0 Membahaskan dan Menerima Usul 10.1 Tiada usul dibahaskan. 11.0 Ucapan Penangguhan (YDP PIBG) 11.1 Merupakan satu jawatan yang berat bagi beliau. Beliau menyarankan ibu bapa perlu ada hubungan yang baik dengan pihak sekolah bagi meningkatkan kemenjadian anak-anak. 11.2 Pihak PIBG akan membantu dan menyokong sekolah dari segi pembelajaran, motivasi dan aktiviti untuk sekolah. 11.3 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan semua ibu bapa serta guru yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG. 11.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik dan berharap agar jawatankuasa dapat membantu cemerlangkan SK Langar. 11.5 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada penerima cabutan bertuah dan semua yang hadir. 12.0 Hal-hal lain 12.1 Guru besar mencadangkan untuk mengekalkan sumbangan PIBG berjumlah RM 30.00 setiap keluarga dan diterima sebulat suara. Tindakan: Semua Ibu Bapa/Penganga Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.


14 LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SESI 2022 /2023 BIL. TARIKH AKTIVITI CATATAN 1. 10.5.2022 Majlis Hari Raya Murid dan Guru 2. 2.6.2022 Hari Merentas Desa / MSSD Murid dan Guru 3. 22.6.2022 Mesyuarat Agung PIBG ke-44 Murid, PIBG dan Guru 4. 3.8.2022 Sukan Tahunan Murid, PIBG dan Guru 5. 30.11- 2.12.2022 Perkhemahan Sekolah Murid dan Guru 6. 9.2.2023 Khatam Al-Quran Murid, Guru dan Pihak Masjid 7. 14.2.2023 Hari Anugerah Nilam Murid, PIBG dan Guru 8. 14.2.2023 Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apreasiasi Tahun 6 Murid, PIBG dan Guru


15 PENYATA KEWANGAN PIBG SKL 2022 BERMULA DARI 01.01.2022 HINGGA 31.12.2022


16 YANG DIPERTUA ……………………………………………………………………….. NAIB YANG DIPERTUA ……………………………………………………………………….. PELANTIKAN AJK SESI 2023/2024 AHLI JAWATANKUASA : 1. ……………………………………………………………………………………………….. 2. ……………………………………………………………………………………………….. 3. ……………………………………………………………………………………………….. 4. ……………………………………………………………………………………………….. 5. ……………………………………………………………………………………………….. 6. ……………………………………………………………………………………………….. PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 : 7. ………………………………………………………………….


17 PEMBENTANGAN USUL USUL 1 Mohon pihak pengurusan sekolah membuka pintu pagar belakang koperasi bagi mengelakan kesesakan yang berlaku NAMA PENCADANG Mohd Badri Bin Mohd Shaufi USUL 2 Mohon pihak sekolah pertimbangkan pembukaan pagar dekat kedai kuning (Jalan ke Masjid Langgar) NAMA PENCADANG USUL 3 Pembersihan dan penjagaan tandas untuk kemudahan Tahap 1 NAMA PENCADANG Siti Nur Habibah Binti Zawawi USUL 4 Mohon Pihak Sekolah kawal selia kualiti makanan yang dijual di kantin NAMA PENCADANG Nurul Farizan Binti Yusuff


18 FB SK LANGGAR https://www.facebook.com/profile.php?id=10001476 4398850 Pengerusi dan Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Langgar Kali Ke-45 Merakamkan seringgi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : YBrs. EN. ZINDA KHALIL SASTRO BIN HASSAN CEO, AL KHALIL NETWORK SDN BHD Tn. Abdullah Tn. Man (Pemangku Yang Dipertua PIBG SK Langgar) YBrs. En. Maliki Bin Muhammad (Guru Besar SK Langgar) Penaja dan penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, masa, & buah fikiran Ahli Jawatankuasa PIBG SK LANGGAR Guru-guru SK LANGGAR Ibu bapa/Penjaga Murid-murid SK Langgar Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Langgar kali ke - 45 Terima kasih Sekalung Penghargaan


Click to View FlipBook Version