The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sanruburn, 2020-11-04 09:35:22

Efolio (San Ruburn)

A Report By:

San Ruburn a/l Muruga

21DDT20F1160
Syamalan a/l Sathia Siuam

21DDT20F1156

Munish a/l Bathmanathan

21DDT20f1159
Vickneswaran a/l Vathumalai

21DDT20F1153

Mohamed Arshad Bin Abdul Majeed

Pengenalan



Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969
ialah rusuhan kaum yang

berlaku dan kemuncak masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini
yang

mengakibatkan kehilangan nyawa
serta harta benda dan mempunyai
kaitan yang
rapat dengan "Pilihan Raya Umum

1969" merupakan satu titik hitam
dalam sejarah negara Malaysia.

Peristiwa


Isu perkauman dalam pilihan raya
1969.Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta
ahli-ahli
politik dari kalangan parti
pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal Bangsa
Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai (Bumiputra)
dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini
telah memberi kesempatan kepada
ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah
dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti prikatan
yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah
gagal memperolehi majoriti 2/3
diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat
mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat(parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan),
Parti Tindakkan Demokratik(DAP) dan Parti
Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS
menang 12 kerusi.

Pihak
pembangkang yang memperoleh pencapaian
gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei
1969. Perarakan tersebut sebenarnya
tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir
pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat
diketahui) telah mengeluarkan
slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman
semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12
Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi
kawasan Melayu, melontar penghinaan
sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.

PUNCA PERISTIWA





1) Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera
J-Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat
Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan
secara berbeza-beza.. Masyarakat Cina
umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-
orang Melayu.


-Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah
berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami
antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang melayu dan
cina.

2) Dasar Pecah & Perintah Penjajah
-Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan
konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca
wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-
bandar menjalankan perniagaan

--Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar
sebagai petani atau nelayan kecil.Kaum India
kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan
dan pekerja di ladang .


-Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu
menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan
ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi
yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-
ekonomi mereka tidak seimbang

3) Latar belakang pendidikan yang
berbeza
- Latar belakang pendidikan yang
berbezajuga telah dikaitkan sebagai
punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei.



-Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melyu
sebelum merdeka terbahagi kepada
empat aliran mengikut kaum iaitu
sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.

4) Pertelingkahan Parti Politik
-Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat
(Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam
pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan
antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan
raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu
.Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang .
-Bagaimanapun setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP
yang gagal untuk menyertai Perikatan telah
menukar corak kempennya dengan menyerang
UMNO dan orang-orang Melayu .
-Mereka mula membangkitkan kedudukan
istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan
taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu.

5) Perasaan tidak puas hati terhadap hak

istimewa orang melayu
-PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak
puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak
istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah
diketepikan kononnya mereka telah tersisih
daripada keadilan

-Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah terkebawah
berbanding dengan kaum Cina .

6 )Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara
-Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan
telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi
negara
.-Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan
mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.

Kesan Peristiwa



Pengisyttiharan darurat



Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-
Pertuan Agong di bawah Ordinan No.2 (
Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.
(A) 149. Dengan pengisytiharan itu,
Perlembagaan Persekutuan digantung.
Darurat menjadikan ibu kota Kuala
Lumpur seperti kota lama ditinggalkan,
bergelap serta seakan berkabung atas
kehilangan nyawa yang begitu banyak
dalam satu masa. Apabila
berkuatkuasanya Ordinan Darurat maka
Parlimen dibubarkan.

Majlis Gerakan Rakyat

(MAGERAN) ditubuhkan






MAGERAN dibentuk bertujuan
diwujudkan bagi:

1.Mengembalikan keamanan dan
undang-undang negara.
2.Menentukan pentadbiran yang licin
dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana
keharmornian dan kepercayaan antara
kaum di Malaysia.

Kesedaran





Kebanyakan parti politik

mula menyedari bahawa peri
pentingnya bersatu dalam
satu barisan yang

menggabungkan pelbagai
kaum. Justeru wujudlah
Barisan Nasional yang lahir
atas kesedaran untuk
mengatasi maslah

perpaduan kaum akibat
peristiwa 13 Mei 1969.

Kesimpulan





kerajaan mengambil iktibar daripada

peristiwa 13 Mei dan merangka dasar-
dasar yang mampu menganani

masalah tersebut.Dasar-dasar seprti
rukun negara,dasar pendidikan
kebangsaan,dasar ekonomi baru dan

dasar kebudayaan kebangsaan telah
diperkenalkan dan diuar-uarkan

keseluruh negara supaya prinsip-
prinsipnya dapat dihayati oleh segenap

rakyat tanpa mengira kaum.


Click to View FlipBook Version