Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA NAMA KURSUS TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER TAJUK MODUL MODUL 6 : MEMASANG RANGKAIAN KOMPUTER DAN KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) TAJUK SUB MODUL SM 06:01 Menganalisa Pesanan Kerja Rangkaian Komputer dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) TAJUK TEORI T1-Mengenalpasti keperluan perkakasan rangkaian dan Kamera Litar Tertutup OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO) Membuat Analisa pesanan kerja rangkaian computer dan Kamera Litar Tertutup ( CCTV ) yang tela ditetapkan oleh pelanggan. KOD RUJUKAN MUKA: DRPD: NAMA NO. K/P TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan jenis-jenis dan maklumat perkakasan rangkaian dan kamera litar tertutup ( CCTV ) serta keperluan minima instalasi perisian, versi system operasi peranti, penepatan keselamatan peranti dan liputan rangkaian. PENGENALAN : Sistem rangkaian tidak mampu dibangunkan tanpa memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu seperti Sambungan fizikal, Sambungan logikal dan Aplikasi yang menyokong sistem untuk penghantaran dan penerimaan data serta data yang dihantar dapat difahami oleh penerima. Pengawasan (Bahasa Inggeris: surveillance) ialah pemerhatian tingkah laku atau kelakuan, manakala sistem pengawasan ialah proses memerhatikan tingkah laku orang ramai, objek atau proses dalam sistem keakuran pada norma-norma yang dijangka atau dimahukan dalam sistem dipercayai untuk tujuan sekuriti atau kawalan sosial. Lihat juga analisis penyimpangan. Dalam bahasa Melayu, perkataan "pengawas" berpunca daripada perkataan "awas" yang bermaksud pemerhatian teliti semasa melihat. Dalam konteks yang sama, perkataan bahasa Perancis "Sur-Veillance" juga bermaksud "melihat dari atas". Dalam bahasa Inggeris pula, istilah "surveillance" digunakan untuk kesemua jenis pemerhatian, bukan sahaja pemerhatian mata atau visual. Namun, mata serba lihat di langit masih menjadi ikon pengawasan. Perkataan pengawasan sering digunakan untuk menakrifkan pemerhatian dari satu jarak dengan penggunaan alatan elektronik atau lain-lain cara melalui teknologi. HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet)
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 1. RANGKAIAN KOMPUTER 1.1.PERALATAN/PERKAKASAN RANGKAIAN Beberapa perkakasan diperlukan dalam membina rangkaian komputer. Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada : 1. Fail Pelayan (File Server) 2. Stesen Kerja (Workstation) 3. Kad Antara Muka (Network Interface Card) 4. Kad Antara Muka USB Tanpa Wayar (USB WIRELESS) 5. Hab (Hub) 6. Suis (Switch) 7. Pengulang (Repeaters) 8. Jambatan (Bridges) 9. Penghala (Router) 1.1.1 FAIL PELAYAN (FAIL SERVER) Rajah 1 : Fail Pelayan Tonggak utama kebanyakan rangkaian dan merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Sistem Pengoperasian Rangkaian bertapak di dalam komputer bersama-sama perisian aplikasi dan fail data yang boleh dikongsi. Mengawal komunikasi maklumat di antara nod di dalam rangkaian. Tugas-tugas ini memerlukan sebuah komputer yang menyimpan banyak maklumat dan berkongsi di dalam masa yang singkat.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 1.1.2 STESEN KERJA (WORKSTATION) Rajah 2 : Stesen Kerja (Workstation) Semua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Sistem kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antara muka rangkaian (Network Interface Card), perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. 1.1.3 KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN (NETWORK INTERFACE CARD , NIC) Kad antara muka rangkaian (NIC) menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Mempengaruhi kepantasan dan kebolehan sesebuah rangkaian. Tiga daripada kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan 1. Kad Ethernet 2. Penyambung LocalTalk 3. Kad Gelang Token. a) Kad Ethernet Rajah 3 : Kad Ethernet Kad Ethernet biasanya dijual secara berasingan dengan komputer di pasaran. Kad Ethernet turut menggunakan penyambung melalui kabel koaksial atau kabel pasangan berpintal (atau kedua-duanya sekali). Jika ia direka untuk kabel koaksial, penyambungnya ialah BNC. Jika ia direka untuk kabel pasangan berpintal pula, ia menggunakan penyambung RJ-45. Beberapa kad Ethernet turut mengandungi penyambung AUI, ia digunakan untuk menyambungkan kabel koaksial, pasangan berpintal atau fiber optik kepada kad Ethernet.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA b) Penyambung Localtalk Rajah 4 : Penyambung LocalTalk Merupakan salah satu hasil ciptaan Apple bagi menyelesaikan masalah rangkaian komputer Macintosh. Ia mengandungi satu kotak adapter yang khas dan kabel yang dipasangkan kepada port selari sebuah komputer Macintosh. Kekurangan utama pada LocalTalk ialah ia amat perlahan berbanding dengan Ethernet. c) Kad Gelang Token Rajah 5 : Kad Gelang Token Merupakan kad yang hampir sama dengan Ethernet. Satu perbezaan yang dapat dilihat ialah jenis penyambung yang terletak di bahagian belakang kad tersebut. Kad Gelang Token biasanya mempunyai sembilan pin DIN jenis penyambung bagi meyambungkan kad tersebut kepada kabel rangkaian.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 1.1.4 KAD ANTARA MUKA RANGKAIAN TANPA WAYAR (NIC WIRELESS) Adalah kad rangkaian yang menghubungkan komputer kepada rangkaian tanpa wayar berasaskan gelombang video. Kad ini menggunakan antenna untuk berkomunikasi menerusi gelombang mikro. WNIC di dalam komputer biasanya dipasang pada slot Peripheral Component Interconect (PCI) atau sudah siap bina pada papan induk komputer. Ia sering kali dikaitkan dengan zon WiFi Terdapat 2 jenis NIC WIRELESS: a) Wireless Network Interface Card Rajah 6 : Wireless Network Interface Card b) USB Wireless Adapter Rajah 7 : Wireless Network Interface Card
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 1.1.5 HUB Rajah8 : Hab Satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN). Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian, data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam rangkaian boleh menerima data berkenaan. Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel – kabel dalam sesebuah rangkaian. 1.1.6 SUIS (SWITCH) Rajah 9: Suis Mempunyai banyak fungsi yang sama dengan hab. Alat ini seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut dengan tepat. Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa penghantaran data kepada destinasinya.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 1.1.7 PENGULANG (REPEATERS) Rajah 10 : Pengulang (Repeaters) Satu peranti mengecam isyarat apabila ia melintasinya. Pengulang melakukan ini melalui percikan elektrik pada isyarat yang diterima dan menyiarkannya semula. Boleh jadi sebuah peranti asing atau disatukan dengan concentrator. Digunakan apabila jumlah panjang kabel rangkaian melampaui had standard bagi jenis kabel yang digunakan. 1.1.8 JAMBATAN ( BRIDGES) Rajah11 : Jambatan (Bridges) Membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil supaya lebih cekap. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Satu jambatan bertugas mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang diminta. Digunakan jika kita ingin menambah rangkaian baru kepada rangkaian lama yang sedia ada.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 1.1.9 PENGHALA ( ROUTER ) Rajah 12 : Penghala(Router) Membawa data daripada satu rangkaian kepada rangkaian yang lain Bertindak sebagai suis yang menetukan antara dua atau lebih rangkaian untuk memindahkan data. Peranti rangkaian komunikasi ini mempercepatkan penyampaian data melalui laluan yang terbaik. Juga bzsebagai penghubung rangkaina yang berbeza. 2. KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) 2.1.PERKAKASAN / PERALATAN KAMERAL LITAR TERTUTUP (CCTV) Rajah 13 : Sistem CCTV
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA Singkatan Bahasa Inggeris sistem pemantauan TV ialah: CCTV (kamera litar tertutup), sistem pengawasan CCTV adalah sistem keselamatan menyeluruh lintas-industri, yang menggunakan teknologi penginderaan paling maju di dunia, teknologi kamera pengawasan, teknologi komunikasi dan teknologi Komputer, yang sangat tinggi sistem pemprosesan pintar yang serba boleh dan dipantau secara komprehensif. Sistem pemantauan televisyen litar tertutup telah menjadi alat utama bagi bidang keselamatan semasa kerana ia dapat memberi orang perasaan dan pendengaran yang paling langsung, serta penglihatan, masa nyata dan objektif objek yang dipantau. Ia telah digunakan secara meluas. Sistem pengawasan CCTV adalah sistem keselamatan komprehensif rentas industri yang menggunakan teknologi penginderaan yang paling canggih di dunia, teknologi kamera pengawasan, teknologi komunikasi dan teknologi komputer untuk membentuk pemantauan pelbagai fungsi dan komprehensif dan pemprosesan pintar sistem. Sistem pengawasan CCTV merekodkan keterlihatan, masa nyata dan objektif objek yang dipantau kerana ia memberikan pengalaman visual dan pendengaran kepada orang. Komponen utama sistem pemantauan litar tertutup adalah : kamera atau peranti pengimejan yang mengumpul imej, transmisi imej dan peranti kawalan, pemprosesan imej dan peranti paparan. Keperluan teknikal sistem pengawasan CCTV adalah : Kejelasan kamera, lebar jalur penghantaran sistem, nisbah isyarat-ke-bunyi isyarat video, format isyarat TV, keupayaan kamera untuk mencapai kualiti imej yang lebih tinggi dan operasi, dan penyesuaian alam sekitar dari pelbagai bahagian sistem. Sistem pengawasan CCTV yang lengkap terdiri daripada peralatan audio dan video pemerolehan data akhir, media penghantaran, pemantauan terminal dan peralatan pemantauan dan peralatan kawalan. Kawasan pemantau dipantau secara real time dengan memasang kamera tetap atau kamera omnidirectional di kawasan pengawasan. Isyarat yang dikumpul oleh kamera disalurkan kepada pengedar imej atau penguat melalui talian penghantaran, dan kemudian dihantar ke pemantauan untuk memantau secara menyeluruh kawasan pemantauan. Secara umumnya, isyarat video disalurkan oleh kabel video sepaksi, dan juga boleh dihantar melalui medium seperti gentian, gelombang mikro atau pasangan berpintal.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 2.1.2 Kelengkapan Sistem CCTV Rajah 14 : Perkakasan Kelengkapan CCTV Kelengkapan utama dalam sistem pengoperasian CCTV adalah seperti berikut: 1) Kamera Kamera CCTV berfungsi sebagai alat perakam imej bergerak (video) dan menukarkannya kepada isyarat video komposit. Terdapat beberapa jenis kamera yang berbeza dari segi kualiti, penggunaan dan fungsi-fungsinya. Setiap kamera akan disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR) secara langsung. Rajah 15 : Jenis Kamera CCTV
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA Terdapat pelbagai jenis kamera yang dijual dipasaran antaranya ialah : 1. Dome Camera Rajah 16 : Dome Camera Sesuai dengan namanya - Dome Camera - kamera ini berbentuk seperti kubah. Reka bentuknya yang simple menjadikannya jenis kamera yang paling popular dan sering digunakan dalam pemasangan CCTV, kerana kamera ini sangat mudah untuk dipasang. Posisi kanta kamera yang tidak kelihatan kerana terhalang oleh lapisan dome, membuatkan kita tidak dapat mengetahui arah mana yang sedang di fokuskan oleh kamera tersebut. Kamera jenis ini sesuai digunakan untuk pemasangan di dalam ruang (indoor), baik di dalam rumah atau pun di ruang pejabat. 2. Waterproof Camera Rajah 17 : Waterproof Camera Kamera ini biasanya untuk pemasangan outdoor. Berbentuk bullet camera – kamera yang mempunyai reka bentuknya seperti peluru. Reka bentuk pelindung luarannya direka khusus agar dapat menahan air hujan, debu, dan suhu yang melampau
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 3. Infra Red Camera Rajah 18 : Infra Red Camera Tingkat pencahayaan yang kurang di malam hari menyebabkan perlunya pemasangan kamera yang menggunakan Infra Red. Semakin banyak titik infra red di dalam kamera, maka akan semakin jelas kecerahan gambar yang dirakam oleh kamera 4. IPCamera Rajah 19 : Hidden Camera Sesuai dengan namanya, kamera ini merupakan kamera CCTV yang dimaksudkan untuk penggunaan yang tersembunyi di mana ia tidak dapat dikesan oleh individu tertentu . Bentuknya bermacam-macam, ada yang seperti smoke detector, jam dinding, lampu, bahkan pemancut air.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 5. Stabdard Box Camera dan banyak lagi dipasaran Rajah 20 : Standard Box Camera Berbentuk seperti kotak, kamera ini sering digunakan untuk pemasangan baik indoor mahupun outdoor. Jenis kamera ini boleh juga digunakan untuk keperluan pemantauan jarak jauh. 6. Vandal Proof Camera Rajah 21: Vandal Proof Camera Vandal proof camera bermaksud kamera tersebut anti kerosakan. Ia diperbuat dari bahan yang di reka khusus untuk melindungi kamera dari sebarang kesan kerosakan yang melampau.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA 2) Digital Video Recorder (DVR) Rajah 22 : Digital Video Recorder (DVR) DVR adalah sistem yang digunakan oleh CCTV untuk merakam video dalam bentuk digital. Bagi menyimpan data atau maklumat yang dirakam, DVR hendaklah disertakan dengan hard disk dengan kapasiti yang besar sekurang-kurangnya 80Gb. Pada masa kini terdapat pelbagai lagi jenis sistem CCTV hasil daripada penyelidikan dan kemajuan berterusan. Antaranya seperti kepelbagaian DVR yang boleh disambungkan ke talian internet, sistem pemantauan berkomputer dan yang menjadi perhatian masa kini adalah IP Camera Sistem IP (Internet Protokol) Camera menghantar isyarat video dan audio melalui jaringan tanpa wayar dengan memakai protokol TCP/IP.Menarik sistem ini, ianya boleh dipantau di mana sahaja melalui internet. Ia juga tidak memerlukan DVR. Artikel berkenaan IP Camera akan diterangkan secara terperinci pada catatan akan datang 3) Monitor Monitor digunakan untuk memaparkan imej yang dirakam oleh kamera secara langsung. Paparan imej pada monitor bergantung kepada bilangan port yang digunakan pada DVR. Monitor komputer adalah yang paling popular digunakan kerana harganya yang murah dan mudah dipasang. Contoh penyambungan dalam sistem pemasangan CCTV adalah seperti gambarajah di bawah.
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA Rajah 23 : Sambungan sistem pemasangan CCTV
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA SOALAN KUIZ: 1. Apakah definisi CCTV ? 2. Apakah 2 jenis perkakasan rangkaian? 3. Nyatakan komponen tambahan dalam pemasangan CCTV ?
Hakcipta Terpelihara © 2020 GIATMARA RUJUKAN: 1. http://amriobc.blogspot.com/2018/11/pengenalan-kepada-perisian-operasi-dan.html 2. https://blog67736.wordpress.com/2016/04/18/perkakasan-dan-peralatan-rangkaian/ 3. http://team5gigih.blogspot.com/2016/04/mengenalpasti-perkakasan-rangkaian.html 4. http://my.leddisplaymii.com/info/detailed-introduction-to-cctv-surveillance32988051.html