The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-31141100, 2022-07-25 13:22:40

Kertas Kerja Tanaman Mini Herba {RBT}

Kertas Kerja Tanaman Mini Herba

SK TITIAN BINTANGOR
KG TITIAN BINTANGOR,
71150 LINGGI, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PROJEK KECEMERLANGAN
KELAB PKUESARTTASUSMKBEERRJA&
ASTRO UNTUPKRMOJEELKABEL
NAMA-TNAAMMAANPMOIKNOI HKERBA
DIPTRAOMGARNAMHERRBBTA–DTAENKNOLOGI
KAWASANPSEERKTOALNAIHAN

2007

2022

Disediakan oleh :
PANITIA RBT DENGAN KERJASAMA SEMUA PANITIA,

PIBG & PSS

SK TITIAN BINTANGOR

PROJEK TAMAN MINI HERBA
PROGRAM RBT – TEKNOLOGI PERTANIAN

1. PENGENALAN
Projek menanam dan melabel nama nama pokok – pokok di Taman Mini Herba dan
taman-taman di persekitaran sekolah merupakan salah satu projek khas Program
Panitia Reka Bentuk Teknologi untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata
pelajaran RBT. Projek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah.

2. MATLAMAT
Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk
menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada
semua.

3. MISI
Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan untuk membantu mereka
mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang
cemerlang.

4. OBJEKTIF
Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :
1. Agar suasana sekolah kami kelihatan ceria dan bersih.
2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.
3. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.
4. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
5. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.

5. MATLAMAT
Terbahagi kepada 3 iaitu :
(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.
- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur, sekolah, PIBG

dan sebagainya.
- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk

melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman dan proses penanaman .
- Menyediaan tanaman herba mengikut keluarga murid di sekolah

(iii) Jangka Panjang:

- Menjadikan taman mini herba ini tempat idaman setiap murid.
- Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini.
- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan

taman.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kami ialah untuk para murid dan guru-guru SK Titian Bintangor serta
masyarakat sekitar.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.
- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.
- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek
- Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di taman herba.
- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di

taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam
Bahasa Malaysia.

8. JAWATANKUASA PROGRAM

8.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Rosminawati Binti Musa
Naib Pengerusi 1 : En. Hasrolazizi Bin Ishak
Naib Pengerusi 2 : Pn. Apizal Binti Md Nor
Naib Pengerusi 3 : En. Ku Mohd Azril Bin Ku Mokhtar

8.2Jawatankuasa Kerja

Penyelaras Program : En. Amirul Faisal Bin Azman

PENYEDIAAN ALATAN FOTOGRAFI & DOKUMENTASI
En. Fikri Nazwan B. Mahmud En. Amirul Faisal Bin Azman

JADUAL TUGASAN BROSUR PROGRAM
En. Hasrolazizi Bin Ishak Pn. Apizal Binti Md Nor

PENYEDIAAN ANAK POKOK RUNNER
Pn. Nur Hafizah Binti Zainol Hamizi En. Ku Mohd Azril Bin Ku Mokhtar
Pn. Norazah Binti Abu Bakar

PERTUKANGAN & KECERIAAN
Tn. Haji Jamaluddin Bin Lasim
En. Mohd Azmi Bin Hj Yunus

9. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk
ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab

dan sasaran projek.
iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .
iv Keberkesanan akan dinilai.

10. KEWANGAN

I. SUMBER KEWANGAN :

BIL. SUMBER NILAI ( RM )
1. PCG RBT RM 900.00
JUMLAH RM 900.00

ii ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. BAHAN KUANTITI ANGGARAN

1 Bahan-bahan pembinaan RM100.00

(simen, kayu dan RM 48.00
RM 150.00
sebagainya) RM100.00
RM 12.00
2 Pasu 20 unit x RM 2.40 RM 30.00
RM 400.00
3 Batu-bata 50 unit x RM 3.00 RM 840.00

4 Baja 5 unit x RM 20.00

5 Biji Benih 5 unit x RM 2.40

6 Tong Air 3 unit x RM 10.00

7 Papan Tanda Taman 1 unit x RM 400.00

JUMLAH

9. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di
samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk
memastikan Taman Mini Herba ini sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-
murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:

………………………….. .................................. .....................................
(AMIRUL FAISAL BIN AZMAN) (HASROLAZIZI BIN ISHAK) (ROSMINAWATI BINTI MUSA)
Penyelaras Program Taman Mini Herba GPK Pentadbiran Guru Besar
SK Titian Bintangor SK Titian Bintangor SK Titian Bintangor

LULUS / TIDAK MELULUSKAN

...............................................................................................................


Click to View FlipBook Version