Di dalam sebuah hutan ada
seekor harimau yang besar.
Semua binatang yang kecil
takut dengan harimau itu.
Pada suatu hari, Si Musang
sedang mencari makanan di
kawasan yang redup.
1
Tiba-tiba ia terdengar bunyi
ranting patah dari arah
belakangnya. Ia terus menoleh
dan nampak seekor harimau
sedang menghampirinya.
Harimau itu mengaum dan Si
Musang tidak sempat
melarikan diri.
2
"Kali ini aku akan makan kau
musang," kata harimau.
"Kau akan dimakan oleh
binatang yang lebih besar,"
kata Si Musang. "Binatang yang
mana berani melawan ku?,"
tanya harimau dengan marah.
3
"Aku berjumpa dengan seekor
harimau yang lebih besar dari
mu. Kata harimau itu, dialah
yang paling kuat di hutan ini."
Harimau menjadi sangat marah
dan mengaum dengan sekuat
hati.
4
"Tunjukkan di mananya, saya
akan mengalahkannya," kata
harimau dengan marah.
Musang berlari pantas diekori
oleh harimau. Sampai di sebuah
kolam, musang pun berhenti.
5
"Aku berjumpa harimau itu di
sini, cubalah kamu tengok,"
kata musang. Harimau pun
menjadi lebih marah dengan
kata-katanya.
Ia pun menjenguk ke dalam
kolam dengan berani.
6
Bayang-bayangnya muncul di
permukaan air yang jernih itu.
Harimau mengaum dan
membuka mulut menunjukkan
taringnya yang tajam. Harimau
di dalam kolam pun membuka
mulut seluas-luasnya.
7
"Pergi lawan dan tewaskannya
harimau,"kata musang.
Harimau terus terjun ke dalam
kolam. Bila ia terjun, bayang-
bayangnya pun hilang.
8
Barulah harimau sedar ia telah
ditipu oleh musang.
Harimau mencuba menaik
tetapi tidak berjaya.
Musang pun melarikan diri.
9
Oleh kerana terlalu angkuh,
akhirnya harimau tewas
dengan bayang-bayangnya
sendiri.
10
Nilai-nilai murni
1. Kebijaksanaan
2. Keberanian
3. Tidak bersikap
sombong
11
Aktiviti
Warnakan suku kata awal yang betul bagi
gambar di bawah.
ha hi ku ko
mi mu hu ho