2020
ISU ISU KESEPADUAN SOSIAL
DAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA
CREATED BY :- AISYAH , AMIRA ,
MARJIHAH , NAJWA & NURIN
PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
10/1/2020
KANDUNGAN
Isi Kandungan
Penghargaan 2
Pengenalan 3
Pendahuluan 4-6
Isu-Isu Kesepaduan(EKONOMI) 7-8
Isu-Isu Kesepaduan(PENDIDIKAN) 9
Isu-Isu Kesepaduan(POLITIK&AGAMA) 10-11
Implikasi
Info Tambahan 12
Kesimpulan 13
Rujukan 14
15
1
PENGHARGAAN
SYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T. KERANA LIMPAH DAN
KURNIANYA TERHASILLAH MAJALAH YANG DAPAT
MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA SEMUA . SESUNGGUHNYA
KAMI BERASA BANGGA DAN BERBESAR HATI MELALUI
CORETAN PENA YANG TERPAHAT PADA SETIAP PATAH
KATA DALAM MAJALAH INI . SETINGGI – TINGGI
PENGHARGAAN KAMI INGIN UCAPKAN KEPADA PENSYARAH
SUBJEK PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN , USTAZ
PISOL BIN NASIR DI ATAS BIMBINGAN ,
SUMBANGSARAN PENDAPAT DAN IDEA UNTUK
PENGHASILAN MAJALAH INI . TANPA SOKONGAN DAN
BIMBINGAN DARI BELIAU ADALAH MUSTAHIL BAGI KAMI
MENGHASILKAN CORETAN YANG BERMAKNA INI . TERIMA
KASIH JUGA KHUSUSNYA KEPADA SEMUA AHLI KUMPULAN
YANG TELAH BERTUNGKUS – LUMUS SAMA SAMA UNTUK
MENGHASILKAN OUTPUT YANG TERBAIK YANG AKAN
MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA YANG MEMBACA .
SEGALA INFO DAN ISI KANDUNGAN YANG ADA DIDALAM
NASKAH INI ADALAH DI PASTIKAN DARI SUMBER YANG
SAHIH DAN BENAR . SEMOGA MAJALAH INI DAPAT
MEMBERIKAN PENGISIAN ASAS KEPADA SEMUA .
2
PENGENALAN
Isu mengenai perpaduan dan integrasi penduduk selalu
mendapat perhatian di Negara-negara yang mempunyai
pelbagai kaum terutamaya bagi Negara-negara yang
mempunyai penduduk yang terdiri daripada imigran dari
Negara lain seperti Britain , Kanada , Australia , Jerman
Belanda , Malaysia dan sebagaiya (Soroka et.al 2007).
Imigran-imigran ini membawa agama , kepercayaan ,bahasa ,
budaya dan cara hidup yang berbeza dengan penduduk
tempatan (Abdul Razaq et al 2010) . Penduduk Malaysia
terdiri tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta
kaum-kaum minoriti yang lain. Kewujudan masyarakat
berbilang kaum di negara ini kesan daripada penjajahan
British ke atas Tanah Melayu sekitar yang telah membawa
masuk secara besar-besaran orang-orang Cina dan India
untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang-ladang.
Dasar “pecah dan perintah” yang diperkenalkan oleh British
menyebabkan wujudnya pemisahan dari segi tempat tinggal
dan pekerjaan antara orang Melayu, Cina dan India. Ini
memberi implikasi besar bukan sahaja kepada polarisasi
dan hubungan kaum malah kepada sistem pendidikan di
negara hingga ke hari ini.
3
PENDAHULUAN
Kesepaduan sosial ialah proses membina nilai bersama dan
intepretasi masyarakat bagi membolehkan penduduk sensitif
terhadap perkara yang sama dan menghadapi masalah secara bersama
dalam sebuah negara (Maxwell 1996) . Jenson (1998) pula
menyatakan bahawa kesepaduan sosial merujuk kepada kemahuan
saling kebergantungan antara ahli masyarakat , berkongsi nilai-nilai
kesetiaan bagi tujuan perpaduan . Perkara ini merupakan proses
membangunkan masyarakat mengenai perkongsian nilai , perkongsian
cabaran , peluang sama rata berdasarkan kepada kepercayaan ,
harapan dan kesalingbergantungan . Ia juga merupakan satu proses
sosial yang membantu individu membina rasa kepunyaan dalam komuniti
yang sama.
Kesepaduan sosial boleh dirumuskan dengan merujuk kepada
masyarakat yang berusaha ke arah kesejahteraan ahli-ahlinya ,
mencipta rasa kepunyaan dan memerangi marginalisation sama ada di
dalam dan di antara kumpulan masyarakat (OECD 2012) . Shamsul
Amri Baharuddin (2011) menyatakan , kesepaduan sosial merujuk
kepada suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang seterusnya pula mempengaruhi para
anggota masyarakat tersebut untuk merangkai pelbagai ikhtiar dan
kegiatan sebagai prasyarat mencapai perpaduan. Usaha ini bertujuan
untuk membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat tetapi masih belum membawakan perpaduan yang
diidamkan .
4
Konsep sosiobudaya pula ialah amalan yang berupa gaya hidup dan
peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan
kecenderongan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang
hidup , untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu . Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan
pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka .
Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan
orang-orang Melayu , orang Cina , orang India dan etnik-etnik yang lain.
Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun,
kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli
keluarga, jiran tetangga dan masyarakat . Walaubagaimanapun
kebudayaan di Malaysia melalui budaya Cina dan India sama seperti
budaya yang diamalkan oleh orang Melayu. Oleh itu, kebudayaan yang
diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka saling
hormat menghormati antara satu sama lain.
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih
berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai etnik terlibat
secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan,
perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan
penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan
samada perayaan untuk etnik Muslim, mahupun Hindu dan Budhha serta
Kristian dan sebagainya. Kesemua etnik akan bergotong royong untuk
menyambut perayaan tersebut.
5
Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan
dijalankan dari rumah ke rumah tanpa mengira etnik dan keturunan.
Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan
suasana Hari Raya dan seterusnya dapat mengeratkan kesepaduan
sesama mereka .
6
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI
EKONOMI
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan
adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan
sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang
yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor
pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan
berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor
yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan
teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan
perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kesimpulannya,terdapat
jurang yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara
Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing
dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan
yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang
pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk.
7
Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi
semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor
pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Sama juga akan berlaku terhadap kaum
India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan
kepada keadaan ekonomi di dunia. Golongan etnik Cina pula akan terus
mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat
hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa
tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak
diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.
8
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI
PENDIDIKAN
Cabaran besar misi pendidikan ialah persoalan bagaimanakah ia
beroperasi dalam suasana kepelbagaian. Bidang pendidikan perlu
memahami bahawa tanpa satu visi dan misi nasional yang jelas kita akan
terheret dengan agenda kepentingan kumpulan yang sempit.
Mempertahankan apa yang kita anggap benar dan betul bukanlah isu
sebenarnya tetapi pendekatan hikmah, sikap rahmah dan punya
kebijaksanaan adalah cabaran sebenarnya.Harmoni menuntut hasil
yang tersusun dengan masing-masing berperanan di tempatnya dan
akur dengan perancangan awal dari ketua yang melihat kepentingan
semua pihak supaya persembahannya menjadi yang terbaik.
9
ISU KESEPADUAN SOSIAL DAN
POLITIK
Isu sosial ketara ialah fenomena kawasan penempatan padat
seperti kawasan setinggan , rumah-rumah flat , kondo rakyat
, rumah murah dan penempatan haram . Kependudukan yang
tidak terurus tersebut menjadi lebih buruk lagi apabila
wujudnya ketidakseimbangan social antara kaum .
10
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI
AGAMA
Pendidikan dan persekitaran sosial tidak sihat menyumbang
kepada didikan moral dan agama tidak berlaku secukupnya .
Ia merupakan prasyarat kepada kestabilan dalam mendepani
sebarang isu yang mencetuskan konflik atas sebab agama dan
etnik. Kajian lepas menunjukkan hubungan antaraagama etnik
di Malaysia bersifat turun naik yang digambarkan dalam tiga
fasa ; era konflik , era stabil tetapi tegang dan era
kesepaduan sosial.
11
IMPLIKASI KESEPADUAN SOSIAL
DAN BUDAYA.
Salah satu implikasinya adalah keharmonian negara terjejas.
Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di
kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang
serupa dan tidak dikongsikan bersama. Seperti mana yang kita tahu
bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun
sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk
perpaduan dan integrasi nasional dalam negara. keadaan masyarakat
sekeliling berasa tidak tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan
diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada
perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan
dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan
perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya
mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. pendidikan di Malaysia.
Sekiranya tidak ada perpaduan secara tidak langsung menjejaskan
sistem pendidikan di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu misi
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangankan
potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan
matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia,
bersepadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan,
sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperlua
kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua
warganegara.Jelas dinyatakan odalam misi Kementerian Pelajaran
Malaysia yang mana misinya juga amat menitikberatkan hal kesepaduan
dan perpaduan
12
INFO TAMBAHAN
Kepentingan Perkembangan Kesepaduan Sosial dan Kebudayaan
Merentas Bangsa di Malaysia :
I. Untuk mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan
mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan
menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu,
masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami
kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman
antara kaum dan agama.
II. Sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh
dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama
masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan.
Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan
sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi
penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara
yang aman dan harmoni
III. Untuk menjamin kselamatan negara agar kemerdekaan yang kita
kecapi sekarang ini berkekalan. Hal ini adalah untuk mengelakkan
berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13
Mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini
kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam
peristiwa berdarah ini.
IV. Mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan
kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan
sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum.
Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan
lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang
matang lagi bertanggungjawab.
13
KESIMPULAN
Kesepaduan Sosial dan Kebudayaan Merentas Bangsa di Malaysia
adalah penting bagi sesebuah Negara untuk kita yang sedang menuju
kewawasan 2020. Segala peristiwa pahit haruslah dijadikan iktibar
untuk kita terus memupuk perpaduan kaum. Malaysia merupakan
sebuah negara yang aman dan damai dengan rakyatnya yang berbilang
kaum. Keamanan ini hanya dapat dikekalkan apabila semua kaum
bekerja sama dan saling hormat-menghomarti antara satu sama lain.
Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan
keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang
tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang
telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga
antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat
perpaduan di antara kita.
Sehubungan itu, kita sebagai rakyat Malaysia harus mengekalkan
keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup
dalam sebuah komuniti. Oleh itu, walaupun ada perbezaan ideologi
politik, kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta
menjaga hubungan baik sesame masyarakat dengan kerharmonian yang
telah terbina sekian lama.
14
RUJUKAN
- Abdul Halim Ramli. 2009.Hubungan Kaum di
Malaysia:Sejarah dan Asas Perpaduan. Shah
Alam:UPENA.
- https://www.researchgate.net/publication/32524762
0_Pemupukan_Kesepaduan_Sosial_Melalui_Kurikulum_P
ersekolahan_di_Malaysia
- Abdul Halim Ramli. 2009.Hubungan Kaum di
Malaysia:Sejarah dan Asas Perpaduan. Shah Alam: UPENA
-Abdul Razak Baginda & Schier,P. 2005. Educational in
Multicultural Societies: Perspectives on
Education in Malaysia.London : ASEAN Academic Press
Ltd.
-https://www.sistemguruonline.my/2014/11/cabaran-
hubungan-etnik-di-malaysia.html
-https://www.malaysiakini.com/news/501900/
- Wasatiyyah Dalam Kesepaduan Sosial Di Malaysia karya
Wan Kamal Mujani & penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
- https://www.slideshare.net/ezonearefizt/bab-1-
malaysiakesepaduan-dalam-kepelbagaian
- https://www.slideshare.net/arieshaks/memahami-
konsepkesepaduan-sosial-di-malaysia
- https://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-
wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-nasional-di-
malaysia
15