Bahagian B Kertas 2
Karangan Respon Terbuka
30 Markah
CARA-CARA MENULIS KARANGAN BAHASA
MELAYU PT3
Cikgu Haliza Halim
SP 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta
menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif
BAHAGIAN B : KARANGAN (30 MARKAH)
• TEKNIK PENULISAN KARANGAN MUDAH BAHASA MELAYU PT3
• PRASYARAT UNTUK CEMERLANG (26-30 MARKAH)
1. MUKA SURAT 11/2 HINGGA 2
2. 4 ISI KESELURUHAN
3. DIGALAKKAN MENGGUNAKAN UBI/UM (UNGKAPAN MENARIK)
4. PERBENDAHARAAN KATA/KOSA KATA
5. PENGGUNAAN PENANDA WACANA YANG BAIK
• TEKNIK MEMULAKAN PENULISAN KARANGAN
1. BACA DAN FAHAMI SOALAN DENGAN BAIK-TANDAKAN PERKATAAN KATA KUNCI
2. TULISKAN FORMULA TEKNIK MENJAWAB YANG MUDAH PADA KERTAS SOALAN.
3. TULISKAN’POINT-POINT’ YANG PENTING PADA SOALAN YANG INGIN DIJAWAB.
4. TULISKAN UNGKAPAN BAHASA INDAH (UBI) YANG SESUAI DENGAN ISI.
Formula Mengarang BM PT3
Ingat formula : 4/5/3
Perenggan Pendahuluan Perenggan Isi Perenggan Penutup
1. Masa/Isu @ Definisi 1. Isi 1. Cadangan
2. Mengapa 2. Huraian 2. Harapan
3. Oleh itu, 3. UBI/KBAT
4. Persoalannya,.....? (Mengapa/Bagaimana)
3. Contoh
4. UBI/KBAT
5. Penegasan
45 3
# UBI = Ungkapan Bahasa Indah (peribahasa dan lain-lain)
#KBAT = Ayat kesan mendalam
#Penegasan= Ayat menegaskan isi yang diberikan
Penggunaan Penanda Wacana yang Mudah
Contoh Soalan
• Internet merupakan suatu kemudahan teknologi maklumat yang dapat
memberikan pelbagai kebaikan kepada masyarakat. Berikan pendapat
anda tentang pernyataan ini.
• Senaraikan kebaikan.
1. Mudah untuk mencari maklumat
2. Dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan
urusan perbankan
3. Ibu bapa akan mudah mendapat dan menyemak keputusan peperiksaan
anak-anak secara cepat dan berkesan
4. Memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa dan
kos
Membina perenggan pendahuluan: ( Ingat formula 4 ayat)
1. Masa/Isu @ Dewasa ini, penggunaan Internet dalam setiap lapisan
masyarakat di negara kita semakin meluas.
Definisi Internet adalah merupakan salah satu kemudahan
teknologi maklumat yang banyak memberikan manfaat
kepada setiap penggunaannya.
2. Mengapa Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam dunia yang serba
moden ini , Internet memainkan fungsinya secara
menyeluruh dalam memudahkan segala urusan mereka.
3. Oleh itu Oleh itu,masyarakat haruslah pandai memanfaatkan
kemudahan Internet untuk kepentingan bersama.
4. Persoalannya, Persoalannya,apakah kebaikan-kebaikan penggunaan
Internet kepada masyarakat?
Membina perenggan isi 1: ( Ingat formula 5 ayat)
1. Isi Antara kebaikan Internet kepada masyarakat adalah
dapat memudahkan kita untuk mencari maklumat
dengan mudah dan cepat.
2. Huraian(mengapa/ Melalui kemudahan Internet segala maklumat yang kita
Bagaimana) perlukan dapat dicari dengan melayari laman-laman
sesawang yang telah disediakan.
3. Contoh Sebagai contoh, apabila kita ingin mendapatkan
maklumat tentang tempat-tempat menarik untuk pergi
melancong, kita hanya perlu menaipkan nama tempat
tersebut dan info mengenai tempat itu akan dipaparkan.
4. UBI/KBAT Hal ini amat memudahkan urusan kita dan sesuai dengan
slogan yang berbunyi segalanya di hujung jari.
5. Penegasan Jelaslah bahawa kemudahan Internet dapat membantu
kita untuk mencari maklumat dengan mudah dan cepat.
Perenggan Isi 2
1. Isi Seterusnya, mari kita selusuri tentang kebaikan Internet
iaitu dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian
seperti membayar bil dan urusan perbankan.
2. Huraian(mengapa/ Kebaikan membayar bil atau cukai secara atas talian
Bagaimana) menjimatkan masa dan memudahkan rakyat Malaysia
membayar cukai dan bil masing-masing serta mendorong
kepada pembayaran yang tidak bertangguh dan tidak
bermasalah.
3. Contoh Misalnya, pembayaran cukai dan bil boleh diselesaikan
dengan mengunakan kemudahan pembayaran
Maybank2u atau cara lain untuk menyelesaikan bayaran
tersebut.
4. UBI/KBAT Oleh itu, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita
dengan membayar perkara-perkara tersebut kerana
hendak seribu daya , tidak hendak seribu dalih.
5. Penegasan Sudah terang lagi bersuluh, kita perlu menghargai
Perenggan Isi 3
1. Isi Selain itu,Internet membenarkan ibu bapa mendapatkan
keputusan peperiksaan anak-anak secara cepat dan
berkesan.
2. Huraian(mengapa/ Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing
Bagaimana) sehingga tidak mempunyai masa untuk melihat prestasi
anak-anak di sekolah.
3. Contoh Tamsilnya,laman web SAPS disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kemudahan ibu
bapa menyemak keputusan peperiksaan anak secara atas
talian.
4. UBI/KBAT Tegasnya,Kementerian Pelajaran Malaysia kini berusaha
membuat Transformasi Pendidikan Negara ke arah
5. Penegasan pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita
boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
pendidikan negara maju di dunia.
Perenggan Isi 4 Selanjutnya, kebaikan Internet juga adalah memudahkan
urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan masa,
1. Isi tenaga, dan kos.
2. Huraian
Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan rutin harian
(mengapa/Bagaimana) mereka iaitu bekerja dan mereka tidak mempunyai masa
3. Contoh untuk beriadah atau membuat urusan lain,Internet boleh
memudahkan urusan pembelian barang secara atas talian.
4. UBI/KBAT Contoh aplikasi pembelian atas talian yang popular dalam
kalangan masyarakat Malaysia seperti Shopee, Lazada dan
5. Penegasan mudah.my. Setiap aplikasi menawarkan pelbagai jenis produk
di samping promosi yang berbeza bagi menarik minat
pengguna.
Kemudahan logistik yang cekap, selamat dan mudah ini telah
menjadi norma baharu dalam masyarakat di mana
penggunaan masa itu adalah penting ibarat peribahasa
Melayu, masa itu emas.
Jelaslah bahawa, pembelian barang secara atas talian
memberi banyak kebaikan kepada semua masyarakat pada
Membina Perenggan Penutup (Ingat formula ayat 3)
1. Cadangan Kesimpulannya, kita haruslah pandai menggunakan
kemudahan Internet secara berhemah ke arah kebaikan
kita semua.
2. Harapan ( ada agar ) Peranan dan kerjasama semua pihak amatlah
diharapkan agar kemudahan Internet yang ada tidak
disalahgunakan oleh masyarakat yang boleh
mendatangkan kesan negatif kepada diri dan negara.
3. UBI Ibarat kata pujangga Melayu, bulat air kerana
pembetung,bulat kata kerana muafakat.
Karangan Lengkap
Dewasa ini, penggunaan Internet dalam setiap lapisan masyarakat di negara kita semakin meluas.Hal ini
dikatakan demikian kerana, dalam dunia yang serba moden ini , Internet memainkan fungsinya secara menyeluruh
dalam memudahkan segala urusan mereka.Oleh itu,masyarakat haruslah pandai memanfaatkan kemudahan
Internet untuk kepentingan bersama.Persoalannya,apakah kebaikan-kebaikan penggunaan Internet kepada
masyarakat?
Antara kebaikan Internet kepada masyarakat adalah dapat memudahkan kita untuk mencari maklumat
dengan mudah dan cepat.Melalui kemudahan Internet segala maklumat yang kita perlukan dapat dicari dengan
melayari laman-laman sesawang yang telah disediakan.Sebagai contoh, apabila kita ingin mendapatkan maklumat
tentang tempat-tempat menarik untuk pergi melancong, kita hanya perlu menaipkan nama tempat tersebut dan
info mengenai tempat itu akan dipaparkan.Hal ini amat memudahkan urusan kita dan sesuai dengan slogan yang
berbunyi segalanya di hujung jari.Jelaslah bahawa kemudahan Internet dapat membantu kita untuk mencari
maklumat dengan mudah dan cepat.
Seterusnya, mari kita selusuri tentang kebaikan Internet iaitu dapat menyelesaikan pelbagai urusan
sehaian seperti membayar bil dan urusan perbankan.Kebaikan membayar bil atau cukai secara atas talian
menjimatkan masa dan memudahkan rakyat Malaysia membayar cukai dan bil masing-masing serta mendorong
kepada pembayaran yang tidak bertangguh dan tidak bermasalah.Misalnya, pembayaran cukai dan bil boleh
diselesaikan dengan mengunakan kemudahan pembayaran Maybank2u atau cara lain untuk menyelesaikan bayaran
tersebut.Oleh itu, kita mesti menjalankan tanggungjawab kita dengan membayar perkara-perkara tersebut kerana
hendak seribu daya , tidak hendak seribu dalih.Sudah terang lagi bersuluh, kita perlu menghargai kegunaan
Internet dengan membuat perkara berfaedah seperti membayar bil dan urusan perbankan.
Selain itu,Internet membenarkan ibu bapa mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak secara cepat dan
berkesan.Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mempunyai masa untuk melihat prestasi
anak-anak di sekolah.Tamsilnya,laman web SAPS disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
kemudahan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak secara atas talian.Tegasnya,Kementerian Pelajaran
Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke arah pendidikan bertaraf dunia agar
pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.
Selanjutnya, kebaikan Internet juga adalah memudahkan urusan pembelian barang sekali gus menjimatkan
masa, tenaga, dan kos.Masyarakat sekarang semakin sibuk dengan rutin harian mereka iaitu bekerja dan mereka
tidak mempunyai masa untuk beriadah atau membuat urusan lain,Internet boleh memudahkan urusan pembelian
barang secara atas talian.Contoh aplikasi pembelian atas talian yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia
seperti Shopee, Lazada dan mudah.my. Setiap aplikasi menawarkan pelbagai jenis produk di samping promosi
yang berbeza bagi menarik minat pengguna. Kemudahan logistik yang cekap, selamat dan mudah ini telah menjadi
norma baharu dalam masyarakat di mana penggunaan masa itu adalah penting ibarat peribahasa Melayu, masa
itu emas.Jelaslah bahawa, pembelian barang secara atas talian memberi banyak kebaikan kepada semua
masyarakat pada hari ini.
Kesimpulannya, kita haruslah pandai menggunakan kemudahan Internet secara berhemah ke arah kebaikan
kita semua.Peranan dan kerjasama semua pihak amatlah diharapkan agar kemudahan Internet yang ada tidak
disalahgunakan oleh masyarakat yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada diri dan negara.Ibarat kata
pujangga Melayu, bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat.
( pp)