The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Teknik menjawab soalan novel t2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muiz_auni, 2021-10-21 08:07:59

Teknik menjawab novel t2

Teknik menjawab soalan novel t2

Teknik menjawab soalan novel-Nilai

Contoh Peristiwa

Teknik menjawab soalan novel-Nilai

Novel yang saya pelajari ialah __________________________________ karya ______________________.
Nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah ________________________ .Contoh peristiwa yang
pertama ialah _________________________________________________________________________.

Seterusnya, contoh peristiwa yang kedua ialah _______________________________________
_____________________________________________________.

Selain itu, contoh peristiwa lain yang turut diketengahkan ialah
_________________________________________________________________________ .

Praktis I.

Nilai murni merupakan sesuatu sifat atau perbuatan yang baik dan boleh dicontohi oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah
anda pelajari, bincangkan tiga nilai murni yang dikemukakan oleh pengarangnya.

Contoh Jawapan
Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 2 ialah novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani.
Terdapat banyak nilai murni yang dapat dicontohi oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai Cinta akan tanah air. Contohnya

ialah peristiwa Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang
sangat tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan Semantan dan tanah air yang
dicintai.

Selain itu, terdapat juga nilai keberanian. Sebagai contoh, peristiwa Datuk Bahaman berani menentang Inggeris yang cuba
menangkapnya dengan mendirikan rumah pasung di hadapan rumahnya. Contoh yang lain ialah, empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad,
Rahman dan Awang Muhammad juga dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha keras untuk menjayakan
usaha mengusir mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris yang diketuai oleh Owen dan Syres dengan mendirikan kubu mereka sendiri di
Lubuk Senggarat.

Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Contohnya, Zahid, Rahman, Samad dan Awang Muhammad sentiasa bekerjasama dengan
rakan-rakannya untuk menentang penjajah Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk Senggarat. Penduduk kampung juga
sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk Bahaman dalam usaha mngusir penjajah Inggeris dari negeri Pahang.

Akhir sekali terdapat juga nilai kebijaksanaan. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Akhir
sekali terdapat juga nilai kebijaksanaan. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat
dengan memasang rantai besi dan menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik. Datuk Panglima Raja pula bijak menggunakan helah
bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.

Kesimpulannya, memang terdapat banyak nilai murni yang boleh kita contohi dalam novel ini.

Praktis 2 - Pengajaran

Setelah mengkaji novel dalam tingkatan 2, anda mendapati banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Huraikan
pengajaran-pengajaran tersebut dengan contoh yang jelas.

Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 2 ialah novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Antaranya ialah kita hendaklah mempunyai semangat
cinta akan tanah air dan sanggup berjuang menentang musuh yang ingin menjajah tanah air kita yang dicintai. Contohnya ialah
peristiwa Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang sangat
tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan Semantan dan tanah air yang dicintai.

Selain itu, juga kita hendaklah bersikap berani menentang anasir atau penjajah yang cuba mengancam keselamatan, keamanan dan
keharmonian negara kita. Sebagai contoh, peristiwa Datuk Bahaman berani menentang Inggeris yang cuba menangkapnya dengan
mendirikan rumah pasung di hadapan rumahnya. Contoh yang lain ialah, empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad, Rahman dan Awang
Muhammad juga dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha keras untuk menjayakan usaha mengusir
mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris yang diketuai oleh Owen dan Syres dengan mendirikan kubu mereka sendiri di Lubuk Senggarat.

Seterusnya terdapat juga pengajaran kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan
yang diingini. Contohnya, Zahid, Rahman, Samad dan Awang Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang
penjajah Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk Senggarat. Penduduk kampung juga sentiasa memberi kerjasama kepada
Datuk Bahaman dalam usaha mngusir penjajah Inggeris dari negeri Pahang.

Akhir sekali, kita hendaklah bijaksana dalam mengatur strategi untuk menentang musuh supaya mencapai kejayaan yang diingini.
Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Akhir sekali terdapat juga nilai
kebijaksanaan. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai
besi dan menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik. Datuk Panglima Raja pula bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk
memerangkap mata-mata Inggeris.

Kesimpulannya, memang terdapat banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan dalam novel ini.


Click to View FlipBook Version