Surat Kiriman Rasmi
1. Surat kiriman rasmi ialah surat yang dikirimkan kepada pihak-pihak tertentu bagi tujuan
rasmi dan bukan atas urusan peribadi.
2. Terdapat beberapa jenis surat rasmi, antaranya ialah :
a) Surat bantahan
b) Surat aduan
c) Surat rayuan
d) Surat pesanan
e) Surat permohonan
f) Surat penjelasan tentang sesuatu perkara/edaran/pekeliling
g) Surat jemputan/undangan
3. Bahasa yang baku, mudah, tepat, dan padat hendaklah digunakan.
4. Ejaan dan tanda baca yang digunakan juga hendaklah betul dan tepat.
Surat kiriman rasmi mempunyai format khusus seperti yang berikut :-
Alamat Pengirim
Garis panjang A , Tarikh
melintang ,
B , D
Nama dan alamat C . D
penerima E
F ,
Kata ,
penghormat 2 .
an atau 3 ,
Ppeenrkgahraadapa
Ga
n Fb
Isi - setiap isi ditulis c
dalam satu 4
perenggan dan
dimulakan dari tepi
sebelah kiri surat
dengan diberikan
nombor kecuali
pada perenggan
pertama dan
terakhir.
Pengakuan H
Pengirim F
Tandatangan I ( )
\
Nama Pengirim IJ
Nama K
Jawatan dan
Persatuan
Kemahiran Menulis : Menganalisis soalan
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan 3.4.1 Menulis kerangka karangan
sesuatu penulisan secara terancang. dengan menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.
Soalan :
Kerajaan bercadang untuk mendirikan sebuah premis perniagaan bersebelahan
dengan tempat tinggal anda. Keadaan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas
hati dalam kalangan penduduk di situ kerana kawasan tersebut merupakan
kawasan bukit dan lereng bukit. Anda sebagai setiausaha Jawatankuasa Bertindak
Penduduk di kawasan itu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Yang Dipertua
Majlis Perbandaran untuk membantah tindakan tersebut dengan menyatakan sebab
dan akibat terhadap projek tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.
Analisis Soalan : Surat Rasmi
Format Kerajaan bercadang mendirikan premis perniagaan
Kata kunci bersebalahan tempat tinggal anda.
Kawasan tersebut hutan dan lereng bukit.
Fokus Surat Penduduk tidak berpuas hati.
Sebab tidak berpuas hati
Akibat melaksanakan projek tersebut
Contoh Surat Bantahan (Objection letter)
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan
penulisan secara terancang. karangan dengan wacana yang lengkap,
bahasa yang gramatis dan ungkapan
yang menarik.
Setiausaha,
A Jawatankuasa Bertindak Penduduk,
Taman Uda,
21300 Paka,
Terengganu.
___________________________________________________________________
B
Yang Dipertua 5 APRIL 2020 D
Majlis Perbandaran Dungun,
C 21000 Dungun,
Terengganu.
E Tuan,
Membantah Pembinaan Premis Perniagaan di Taman Uda, Paka. F
Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk Taman Uda, Paka ingin menyatakan
perasaan tidak puas hati terhadap cadangan pihak tuan membina premis perniagaan di taman
perumahan kami.
2. Pihak kami ingin menyatakan bahawa bukanlah hasrat kami untuk menentang
pembangunan tetapi pembangunan itu biarlah bersesuaian dengan keadaan persekitaram.
Kawasan yang dicadangkan itu merupakan kawasan hutan dan lereng bukit yang menjadi
kawasan tadahan hujan. Sekiranya pokok-pokok ditebang sudah tentulah akan berlaku hakisan
G tanah. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk sekiranya tiba musim hujan. Oleh itu, kami akan
terdedah kepada bahaya tanah runtuh dan banjir kilat.
3. Di samping itu, pembinaan premis tersebut akan mencemarkan keindahan alam semula
jadi kawasan tersebut. Lori-lori yang keluar masuk akan menyebabkan debu-debu berterbangan
dan menganggu lalu lintas di situ. Selain itu, pembinaan premis tersebut juga akan
menyebabkan pencemaran bunyi dan memberi kesan buruk terhadap kehidupan dan aktiviti
harian kami.
4. Kami tidak dapat membayangkan kesulitan yang akan kami hadapi nanti. Debu-debu
yang berterbangan akan menyebabkan penyakit batuk dan lelah. Kesihatan kami, terutamanya
warga emas dan anak-anak kecil akan terganggu.
5. Kebiasaannya, buruh-buruh asing akan dibawa masuk untuk membina premis tersebut.
Kehadiran buruh asing sudah tentu menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan
penduduk di sini. Kita sedia maklum bahawa buruh-buruh tersebut mempunyai latar budaya
yang berbeza dengan penduduk di sini. Kami bimbang kemasukan mereka akan meningkatkan
kadar jenayah dan menganggu ketenteraman penduduk.
6 Oleh itu, kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan tindakan untuk
membina premis berkenaan semula. Pihak tuan boleh membinanya di tempat lain yang lebih
strategic agar tidak menganggu persekitaran semula jadi di kawasan ini
Sekian, terima kasih. K
H Saya yang benar,
Asri I
J (ASRI BIN JUSOH)
Setiausaha,
Jawatankuasa Bertindak Penduduk
Taman Uda.
Surat Bantahan ARAS 1 Weak
Pendahuluan : Mewakili penduduk
Tidak berpuas hati
Sebab bantahan pertama : Membina premis
Sebab bantahan kedua :
perniagaan
Akibat kepada penduduk pertama : Di taman perumahan
Akibat kepada penduduk kedua :
kami
Kesimpulan / penutup :
Kawasan hutan dan
lereng bukit.
Kawasan tadahan hujan.
Hakisan tanah runtuh
dan banjir kilat.
Mencemarkan keindahan
alam.
Lori keluar masuk
menghasilkan debu.
Menyebabkan
pencemaran bunyi.
Menyebabkan penyakit
seperti batuk dan lelah
Lebih bahaya kepada
warga emas dan kanak-
kanak.
Kemasukkan buruh
asing.
Latar budaya yang
berbeza.
Meningkatkan kadar
jenayah.
Mohon pihak
tuan
mempertimbang
kan semula.
Dibina di tempat
yang lebih
strategik.
Surat Bantahan ARAS 2 Average Level
Pendahuluan :
Tujuan menulis surat
o Sebab – bantahan pertama
o Sebab – bantahan kedua
o Akibat kepada penduduk - petama
o Akibat kepada penduduk - kedua
Penutup / Kesimpulan
o Harapan
o Cadangan
Surat Bantahan ARAS 3 Strong
Pendahuluan
o Sebab
o Sebab
o Akibat
o Akibat
Kesimpulan
Senarai Semak Penulisan Format
Surat Kiriman Rasmi
Bil Format Semak Semak
Kendiri Rakan
A Alamat pengirim – di bahagian atas di sebelah kiri
surat.
B Garis panjang melintang – di bawah alamat
terakhir pengirim.
C Nama dan alamat penerima – ditulis di bawah
garis melintang.
D Tarikh – ditulis di sebelah kanan surat
E Kata penghadapan atau penghormatan surat,
misalnya Tuan, Puan dan sebagainya.
F Perkara – ditulis di bawah kata penghormatan
G Isi – setiap isi ditulis dalam satu perenggan dan
dimulakan dari tepi kanan surat dengan diberikan
nombor kecuali pada perenggan pertama dan
terakhir.
H Pengakuan pengirim (misalnya, saya
menjalankan tugas) ditulis di sebelah kiri surat
I Tandatangan – ditulis di bawah pengakuan
pengirim.
J Nama pengirim – ditulis dengan huruf besar di
bawah tandatangan (di dalam kurungan)
K Nama jawatan dan persatuan