The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SINOPSIS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN MENGIKUT BAB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muiz_auni, 2021-10-21 07:22:24

SINOPSIS DARAH TITIK DI SEMANTAN

SINOPSIS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN MENGIKUT BAB

SINOPSIS NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN MENGIKUT BAB

BAB 1 - CEMAS

Tengah hari itu, Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad berjalan ke Masjid Lubuk Terua. Mereka
melalui kebun kelapa dan dusun buah-buahan. Mereka berempat tidak berbual dan hanya melayani
perasaan masing-masing. Zahid terkenang akan Datuk Bahaman, Orang Kaya Semantan yang telah banyak
berubah sejak pulang dari Pulau Tawar. Dahulu, setiap malam selepas menyelia Mat Lela dan Datuk
Panglima Raja Awang Ishak mengajar silat di gelanggang, Datuk Bahaman bercerita tentang pahlawan-
pahlawan Melayu yang terbilang tetapi sekarang tidak lagi. Tiba-tiba, Samad bertanya kepada anak bongsu
Datuk Bahaman, Awang Muhammad tentang perubahan sikap Datuk Bahaman. Awang Muhammad hanya
menggelengkan kepalanya. Antara mereka berempat, Rahmanlah yang lebih mengerti tentang hati dan budi
Datuk Bahaman kerana Rahman bekerja dengan Datuk Bahaman sebagai jurutulis pelatih. Menurut
Rahman, Datuk Bahaman memikirkan perjanjian antara Inggeris dengan raja. Dalam perjanjian itu, banyak
perkara yang dirunding dan diputuskan tidak dimasukkan. Hal ini menyebabkan Datuk Bahaman marah
kepada Inggeris. Setibanya mereka di simpang jalan ke tebing sungai, mereka terjumpa dengan Mat Lela.
Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual tentang ketamakan Inggeris kerana mereka memunggah
emas dan bijih timah dari negeri itu ke negeri mereka serta memungut cukai dan memeras rakyat tempatan.
Perbualan mereka terhenti setelah tiba di halaman masjid. Zahid dan rakan-rakannya masuk dan duduk di
bahagian tengah masjid sementara Mat Lela ke bahagian depan dan duduk di sebelah Datuk Panglima Raja
Awang Ishak. Kelihatan juga Imam Perang Weh yang duduk bersebelahan dengan Datuk Bahaman. Selepas
sembahyang, Datuk Bahaman menyampaikan nasihatnya kepada para jemaah supaya bangkit menentang
Inggeris. Datuk Bahaman menyeru rakyatnya agar menentang Inggeris setelah dada penuh dengan ilmu dan
kepandaian. Oleh itu, Datuk Bahaman meminta rakyatnya meningkatkan latihan dan ajaran agama. Zahid
dan rakan-rakannya bercadang untuk membina kubu di pangkal ‘Merbau Berdarah' di tebing Lubuk Sengarat.
Semasa mereka berbincang tentang perancangan mereka membina kubu itu, Mak Long Esah, ibu Samad
tiba dalam keadaan tergesa-gesa untuk memaklumkan bahawa Inggeris sudah sampai di Lubuk Terua.
Berita kedatangan Inggeris ke Lubuk Terua merebak ke seluruh tempat. Penduduk-penduduk kampung
bersiap sedia dengan keris mereka dan menunggu perintah daripada Datuk Bahaman.

MINDA KREATIF :

1. Apakah nasihat Datuk Bahaman kepada rakyatnya?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................

2. Cadangan Zahid untuk membina kubu adalah cadangan yang baik. Pada pendapat
anda, apakah fungsi kubu?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

BBAB 2 – LUBUK TERUA TERGUGAT

1 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Darah Zahid berderau apabila melihat empat buah perahu yang penuh dengan papan dan atap nipah
tertambat di tebing sungai bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak. Setelah
mendapati ibu dan ayahnya sudah ke sawah, Zahid ke rumah Samad. Kemudian, mereka ke rumah Rahman
tetapi Rahman telah keluar lebih awal ke rumah Datuk Bahaman. Seterusnya, mereka ke rumah Awang
Muhammad. Tujuan mereka berjumpa adalah untuk berbincang tentang kerja-kerja menggali kubu di Lubuk
Sengarat. Selepas itu, mereka bergerak ke rumah Datuk Bahaman. Dalam perjalanan ke rumah Datuk
Bahaman, mereka terserempak dengan Pak Long Abas dan Datuk Panglima Raja yang menghala ke rumah
Datuk Bahaman. Sebaik sahaja Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas tiba, Datuk Bahaman keluar ke
serambi rumahnya. Datuk Panglima Raja melepaskan kemarahannya terhadap tindakan Inggeris
menceroboh Semantan dan menggunakan kawasan dusun duriannya sebagai tempat mereka bertapak
kepada Datuk Bahaman. Pak Long Abas memohon kebenaran Datuk Bahaman supaya membenarkannya
dan rakan-rakannya mengamuk di Semantan. Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman menyabarkan mereka
kerana persiapan mereka untuk menyerang Inggeris belum lagi cukup. Bagi Datuk Bahaman, tiada gunanya
berperang kalau untuk kalah. Datuk Bahaman menyatakan bahawa dia berasa terhina kerana Syres tidak
menemuinya sebelum menggali kubu dan membina rumah pasung di kawasannya. Walau bagaimanapun,
Datuk Bahaman memberitahu pengikutnya bahawa Inggeris tetap akan ditentang setelah menghadap sultan.
Setelah mendengar kata-kata Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan Pak Long Abas berjanji akan terus
menyokong Datuk Bahaman. Datuk Bahaman juga memuji Zahid dan rakan-rakannya kerana tindakan
mereka hendak membina kubu di pangkal merbau berdarah di tebing Lubuk Sengarat. Selain itu, Datuk
Bahaman juga meminta mereka berempat menyiapkan bambu runcing untuk digunakan dalam peperangan
nanti. Dalam perjalanan ke Lubuk Sengarat, Zahid dan rakan-rakannya mengikut jalan di tepi tebing sungai
dan mereka dapat melihat di seberang sungai, mata-mata Inggeris sedang sibuk menggali kubu panjang di
atas tebing yang menghadap ke rumah Datuk Bahaman.

BAB 3 –MENCARI PENYELESAIAN

Rahman mengikut ayahnya, Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja ke Johor. Zahid tertanya-tanya akan
sebab mereka ke Johor. Menurut Samad, mungkin mereka ke sana untuk mengadukan hal Inggeris yang
mendesak raja menurunkan tandatangan pada perjanjian tersebut. Zahid pula mengagak Datuk Bahaman
ke Johor kerana hendak membeli senapang kopak dan peluru yang banyak dijual di pasar gelap di
Singapura. Samad mengusulkan cara berkawal semasa ketiadaan Rahman. Zahid dan Awang Muhammad
bersetuju dengan cadangan Samad supaya mereka bertiga keluar meronda bersama-sama. Zahid
menyangkal kata-kata Samad bahawa pokok merbau berdarah ada penunggu. Zahid berpendapat bahawa
hantu itu ada di dalam hati dan haruslah ditentang supaya tidak dipengaruhi perasaan malas, hasad dengki,
dan besar diri. Tiba-tiba, Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad keluar meronda ke Mempatih.
Mereka ingin melihat persiapan budak-budak sebaya dengan mereka di sana. Setelah sampai di belukar di
dusun durian di Mempatih, mereka melihat Rahmad dan kawan-kawannya sedang bermain sembunyi-
sembunyi. Rahmad mengajak Zahid dan rakan-rakannya bermain bersama-sama. Zahid berkata kepada
Rahmad bahawa sekarang bukan masa untuk bermain-main sebaliknya berlatih untuk bermain senjata atau
membaling bambu runcing kerana peperangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Semasa berada di kubu, Zahid dan rakan-rakannya melihat dua buah perahu yang dikayuh oleh empat orang
Melayu. Perahu pertama membawa seorang Inggeris dan tiga orang mata-mata Inggeris. Perahu kedua pula
membawa empat orang mata-mata Inggeris. Awang Muhammad menghalang Samad supaya tidak
menyerang mereka kerana ayahnya tidak berada di Semantan ketika itu. Zahid dan rakan-rakannya pergi ke
rumah Tuk Muda Bidin untuk melaporkan peristiwa tersebut. Setelah mendengar berita itu, Tuk Muda Bidin
menukar pakaian dan menuju ke sebelah hulu. Mat Lela mengatakan bahawa orang Inggeris itu mungkin
Owen yang datang untuk membanci penduduk di situ atau hendak menakut-nakutkan mereka.

BAB 4 – BUDI KEDAPATAN

2 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Awang Muhammad mengajak Zahid dan Samad ke Mempatih. Semasa tiba di kawasan dusun durian, Zahid
dan Samad terkejut apabila melihat kawasan semak di dusun itu bertukar menjadi padang kecil. Kehairanan
mereka terjawab apabila Rahmad mengatakan bahawa dia dan rakan-rakan menjadikan kawasan itu
sebagai tempat untuk latihan membaling bambu runcing. Rahmad juga menerangkan bahawa mereka juga
belajar silat dengan Abang Lajis. Zahid memuji tindakan Rahmad dan rakan-rakannya. Zahid, Samad, dan
Awang Muhammad hendak meneruskan rondaan mereka ke sebelah hilir, tetapi diingatkan oleh Rahmad
tentang kehadiran dua orang pemuda Melayu yang tidak dikenali. Semasa tiba di hujung kampung dan
berdekatan dengan rumah Lajis, Zahid dan rakan-rakannya mendengar suara perempuan meminta tolong.
Zahid melihat dua orang pemuda sedang mengepung Kak Minah, iaitu isteri Lajis. Zahid, Samad, dan Awang
Muhammad bergelut dengan dua orang pemuda itu. Tiba-tiba, muncul Datuk Bahaman, Rahman, dan Datuk
Panglima Raja di situ. Datuk Bahaman menyoal dua orang pemuda itu. Kedua-dua orang pemuda itu
mengatakan bahawa mereka ke Lubuk Terua untuk membuat bancian atas arahan Owen. Datuk Bahaman
menghalau kedua-dua orang pemuda itu dari situ. Sebelum itu, Datuk Bahaman mengingatkan mereka
supaya tidak menjadi pengkhianat bangsa sendiri. Setelah kedua-dua orang pemuda itu pergi, mereka
dipeluk oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raja. Awang Muhammad bertanya kepada ayahnya
tentang hasil perjumpaan ayahnya dengan Gabenor Singapura. Menurut Datuk Bahaman, Gabenor
Singapura hanya mengakui apa-apa yang ditulis dalam perjanjian sahaja dan hakikatnya mereka tidak
berpegang pada janji kerana banyak perkara yang dipersetujui tidak dinyatakan dalam perjanjian. Tidak lama
kemudian, Lajis dan Rahmad tiba. Setelah mendengar cerita daripada Samad tentang kejadian yang
menimpa isterinya, dia naik angin dan bersumpah akan menentang Inggeris.

BAB 5 – INGGERIS MENCABAR LAGI

Samad tertanya-tanya akan kedatangan Syres ke Lubuk Terua. Samad berpendapat bahawa terdapat dalam
kalangan orang Semantan yang menjadi hantu Inggeris dengan melaporkan kegiatan anak-anak muda di
situ kepada Inggeris. Lajis datang ke kubu Zahid untuk mengucapkan terima kasih kepada Zahid dan rakan-
rakannya yang telah menyelamatkan isterinya. Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa
peristiwa tempoh hari telah menyedarkan dia untuk bangkit menentang Inggeris. Lajis telah bermuafakat
dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel untuk membuat bedil. Menurut Lajis, Datuk Bahaman juga
memberikan jaminan bahawa beliau telah berjumpa dengan seorang saudagar Melayu yang sanggup
membekalkan besi untuk dibuat laras bedil. Datuk Bahaman telah menyuruh ayah Samad, iaitu Pak Long
Abas mencari rotan yang akan dijual dan hasil jualannya akan diberikan kepada saudagar Melayu itu. Lajis
memberitahu Zahid dan rakan-rakannya bahawa Datuk Bahaman meminta dia menjadi pengintip di Kuala
Semantan. Dia dan Rahmad akan menjadi pekerja kedai kopi di pekan itu. Segala gerakan pihak Inggeris
akan dimaklumkan kepada Datuk Bahaman. Sebelum pulang, Lajis memberitahu Zahid dan rakan-rakannya
bahawa Datuk Bahaman mahu semua orang berkumpul di masjid pada malam itu untuk bacaan surah Yasin.

MINDA KREATIF :

1. Mengapakah Datuk Bahaman meminta Lajis menjadi pengintip?

.................................................................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................................................

BAB 6 – KEDATANGAN MAT KILAU

3 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Sementara menunggu waktu Isyak, Zahid dan Samad beredar ke pekarangan masjid. Zahid ternampak ada
orang asing yang datang. Orang itu ialah Mat Kilau. Mat Kilau bersalaman dengan Datuk Bahaman dan
Datuk Panglima Raja. Mat Kilau membawa berita tentang mesyuarat antara Clifford,sultan dan orang -orang
besar di Pulau Tawar. Banyak perkara tentang Datuk Bahaman dibincangkan dalam mesyuarat itu. Syres
mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman tidak memberikan kerjasama kepadanya sewaktu dia
membina rumah pasung. Owen pula berkata Datuk Bahaman menghalang orangnya membuat bancian.
Rodger pula mengadu kepada sultan bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada Residen Selangor
meminta Semantan ini di masukkan di bawah pemerintahan Selangor. Perkara paling menyedihkan apabila
Clifford meminta sultan menitahkan Datuk Bahaman telah menderhaka.Jika sultan tidak mahu
mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka,Inggeris menganggap bahawa sultan menyebelahi
Datuk Bahaman. Sultan boleh dibuang daerah ke lautan hindi.Sultan terpaksa bersetuju lalu
menandatangani perisytiharan itu yang berbunyi Datuk Bahaman telah derhaka. Oleh itu segala gelaran
datuk yang telah dianugerahi sultan telah ditarik semula.Datuk Bahaman tidak berkuasa lagi di Semantan.
Datuk Bahaman memberitahu orang di Semantan bahawa pangkat tidak penting baginya. Inggeris telah
mencabarnya. Inggeris telah memisahkan dan memecahbelahkan bangsa Melayu. Dengan demikian senang
mereka mengalahkan bangsa Melayu. Menurut Datuk Bahaman lagi,semasa di Johor dahulu Gaabenor
Singapura telah menawarkan wang berjumlah 500 ringgit sebulan kepadanya jika beliau tidak memihak
kepada rakyat.Namun Datuk Bahaman menolak.

BAB 7 – RETAK MENANTI BELAH

Zahid dan Awang Muhammad mengawal di kubu Lubuk Sengarat. Rahman membantu Pak Cik Hassan
Tahmid di rumah Datuk Bahaman kemudian datang Imam Perang Weh bersama Datuk Panglima Raja. Lajis
pula tiba membawa berita bahawa Ismail, Pak Long Abas dan Samad ditangkap Desborough dekat Batu
Hampar. Datuk Bahaman mengajak mereka ke hilir Kuala Semantan untuk membebaskan Pak Uda Ismail,
Pak Long Abas, dan Samad. Mereka tiba di Kuala Semantan lewat tengah malam. Datuk Bahaman
membacakan sesuatu. Dua orang pengawal yang sedang berkawal tertidur lena. Pak Uda Ismail,Pak Long
Abas, dan Samad berjaya diselamatkan. Perang sebenar semakin hampir kata Datuk Bahaman. Inggeris
pasti akan datang dalam tempoh yang singkat untuk menangkapnya. Walaubagaimanapun, Datuk Bahaman
berpendapat bahawa peperangan perlu dielakkan buat masa itu. Datuk Bahaman juga menyampaikan titah
sultan yang berharap agar barisan mereka sangat kuat sebelum berperang.

BAB 8 – DARAH TITIK DI SEMANTAN

Tengah hari itu, Rahman dan Awang Muhammad sedang mengawal kubu. Zahid dan Samad meronda di
hujung kampung. Kamudian mereka ke bengkel membuat senapang. Setelah wang dihantar,barulah besi
laras senapang akan dihantar daripada Singapura.
Tiba-tiba Long Abas berlari menuju ke sebelah hulu dengan pakaian basah kuyup.Kelihatan Pak Long Abas
terlentang di tangga rumah Datuk Bahaman.Samad mengejar ayahnya. Mereka berlari ke arah rumah Datuk
Bahaman. Pak Long Abas tersedar setelah Datuk Bahaman memercikkan air sejuk ke mukanya. Pak Long
Abas menceritakan kejadian pagi tadi apabila rakit mereka ditahan oleh Desborough. Desborough kenal Pak
Long Abas kerana dia pernah ditangkap suatu ketika dahulu oleh Desborough. Desborough menyatakan
bahawa Datuk Bahaman mesti ditangkap. Selepas itu,Pak Long Abas terjun ke dalam air dan terus
menyelam untuk menyelamatkar diri. Dia tidak mengetahui tentang nasib Ismail. Desborough tetap
mengatakan Datuk Bahaman derhaka kerana tidak mahu mengikut perintah Inggeris.Kini, Datuk Bahaman
tidak peduli lagi kepada siapa-siapa. Datuk Bahaman akan menentang Inggeris. Kata Datuk Bahaman,
sekiranya benar Ismail telah ditembak di Sungai Semantan, itulah titik darah pertama di Semantan. Kali ini
giliran darah Desborough pula menitik. Datuk Bahaman mengarahkan mereka bersiap sedia untuk
menentang Inggeris.

4 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

BAB 9 – ADA UBI ADA BATAS

Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu lubuk Sengarat. Buluh runcing sudah siap. Pak
Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang. Keris diselir dipinggangnya, berserta senapang yang
tersandang di bahunya. Datuk Bahaman tiba dengan seutas rantai besi. Diikatnya rantai itu di pangkal pokok
merbau berdarah. Datuk Bahaman memegang rantai besi lalu terjun ke dalam sungai dan berenang ke
seberang. Sampai di seberang terus mengikat itu pada pangkal pokok jambu air. Datuk Bahaman berenang
balik naik ke darat. Rantai besi itu dijampi. Datuk Bahaman mengarahkan, Tuk Muda Bidin dan Imam Perang
Weh untuk mengumpulkan orang kampung bagi mengepung rumah pasung. Apabila mendengar bunyi
tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang-orangnya akan merempuh rumah pasung itu dan membunuh semua mata-
mata Inggeris. Zahid dan Samad diarah agar balik makan dahulu dan kembali ke kubu Lubuk Sengarat untuk
menanti ketibaan Inggeris.Berita Desborough mudik dengan lima puluh orang mata-mata Inggeris. Salah
sebuah perahu itu berkayuh ke hilir Sungai Semantan. Dalam perahu itu ada mayat. Bisik Datuk Bahaman,
tentu mayat Ismail. Enam buah perahu yang lain sedang berpatah balik untuk menangkap Datuk Bahaman.
Pihak Inggeris menyatakan bahawa mereka mesti menangkap Datuk Bahaman dengan hidup-hidup. Apabila
senjata tiba, perahu yang membawa Desborough sampai ke tempat air berpusing di hilir lubuk. Perahu-
perahu yang lain pun sampai. Perahu Desborough cuba bergerak semula. Apabila bahagian tengah perahu
itu bersetentangan dengan rantai yang tenggelam dalam air,Datuk Bahaman merentap rantai besi sehingga
tegang. Perahu Desborough pun terbalik. Desborough dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai.
Tabuh dibunyikan. Datuk Bahaman memberi perintah untuk menyerang. Berpuluh-puluh buluh runcing
bertaburan menghujani tempat air berpusing mengenai sasaran. Beberapa orang Inggeris hilang di olak
lubuk. Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya. Dia mengejar musuh-musuh yang
berpaut pada perahu yang terlingkup. Kira-kira sejam kemudian, keadaan kembali tenang. Orang-orang
Datuk Bahaman pun pulang ke kubu mereka.Pada malamnya, di rumah Datuk Bahaman Tuk Muda Bidin
berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan yang besar. Semua mata-mata Inggeris di rumah
pasung tewas kecuali seorang dua yang dapat melarikan diri. Senjata-senjata dan ubat bedil kini dalam
kawalan mereka. Pada malam itu juga suatu rnesyuarat penting diadakan di rumah Datuk Bahaman.

MINDA KREATIF :

1. Jelaskan nilai yang boleh dicontohi dalam sinopsis Bab 9 di atas?

...............................................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................

BAB 10 – INGGERIS MESTI DIKALAHKAN

5 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Mesyuarat malam itu berbeza daripada mesyuarat yang lalu. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin
dan Imam Perang Weh membawa sebanyak lima hingga enam puluh orang di rumah pasung itu untuk
menyerang Bentong pada malam itu juga. Rahman dan Hassan Tahmid berkawal di Lubuk Terua, untuk
kuatkan semangat orang-orang di situ.Perang sudah bermula. Pesanan juga disampaikan kepada Tuk
Selampi dan Batin Orang Asli di hutan. Mereka juga perlu untuk bersarna-sama berjuang. Datuk Bahaman,
Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela bersama empat hingga lima puluh orang akan berjalan kaki ke Temerloh
dan dijangka sampai pada malam itu juga untuk menyelamatkan mayat Ismail. Zahid, Awang Muhammad,
dan Samad pula akan mengikut Datuk Bahaman ke Kuala Semantan. Selepas selesai mesyuarat, semua
orang pun beredar. Zahid, Samad Awang Muhammad dan Lajis mengikut Datuk Bahaman ke Kuala
Semantan. Mereka tiba di Kuala Semantan sebelum subuh. Datuk Bahaman bergerak ke rumah pasung. Dia
berhenti kira-kira tiga puluh depa daripada rumah pasung itu, lalu membaca sesuatu. Kemudian, dua orang
mata-mata yang berkawal di situ terlentok tidur. Mayat Ismail kemudian dibawa ke perahu. Datuk Bahaman
memerintahkan empat, lima orang mudik semula ke Lubuk Terua dan mengebumikan mayat Ismail keesokan
harinya. Datuk Bahaman dan orang-orangnya kemudian bergerak ke rumah pasung. Datuk Bahaman dan
Mat Lela masuk ke dalam. Semua mata-mata Inggeris telah dibunuh. Senapang dan peluru telah dirampas.
Mereka kemudian naik perahu menyeberang Sungai Semantan dan terus ke tanjung dan berehat di situ.
Datuk Bahaman mengarahkan orang-orangnya agar jangan tidur berbaris bagi mengelakkan diri daripada
dipukau.

BAB 11: DESBOROUGH DATANG LAGI

Pasukan yang diketuai oleh Datuk Bahaman dan Datuk Panglima Raha semuanya terdiri daripada orang-
orang muda yang tahan lasak.Pasukan ini ditugaskan untuk meronda di luar kawasan bandar Kuala
Semantan. Semasa meronda itu mereka terdengar dari sebuah bukit bunyi orang bercakap dalam bahasa
yang tidak difahami. Ada lima orang Inggeris yang sedang memasak roti di dalam hutan itu. Tiba-tiba pemudi
yang membawa senapang kopak dari pasukan mereka telah menembak mata-mata Inggeris itu. Pada malam
itu mereka tidak tidur di tanjung tempat mereka bermalam pada malam sebelumnya.
Keesokan harinya, mereka menyambung perjalanan. Datuk Panglima Raja mengarahkan Zahid, Awang
Muhammad, Samad, dan lima orang lagi untuk meminjam sebiji kawah, lima puluh biji mangkuk dan sepuluh
biji kelapa parut serta gula kabung. Beberapa pemuda yang lain diarahkan pergi mencari ubi gadung di
hutan. Mereka hendak membuat bubur ubi gadung. Bubur itu diisikan ke dalam mangkuk dan dihidangkan
di atas tikar yang terbentang di tempat lapang itu. Kemudian, Datuk Panglima Raja mengarahkan mereka
bersembunyi. Tidak lama kemudian datang empat puluh orang mata-mata Ingeris dan dua orang Inggeris.
Mata-mata Inggeris itu berebut-rebut memakan bubur ubi gadung itu. Walau bagaimanapun, dua orang
Inggeris itu tidak menjamah bubur itu termasuklah Desborough. Mata-mata Inggeris itu mula mabuk. Seorang
demi seorang terjun ke dalam sungai.
Akhirnya, semua mata-mata Inggeris itu hilang dibawa arus. Dua orang Inggeris itu melarikan diri. Setelah
lima hari di Kuala Semantan, mereka bertemu semula dengan kumpulan Datuk Bahaman. Mereka balik ke
Lubuk Terua. Rahman dan Hassan Tahmid telah mendapatkan nama beratus-ratus orang yang mahu
berjuang menentang Inggeris.Tugas mereka belum selesai kerana Desborough dan Owen masih belum
mati.

BAB 12 – TIPU HELAH INGGERIS

6 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Keadaan di Semantan tenang dalam dua hingga tiga minggu. Mat Lela menyediakan daftar bertugas
pemuda-pemuda bagi mengawal kampung. Imam Perang Weh menyusun jadual latihan menembak. Tuk
Selampit menggerakkan orang Asli menyiapkan khemah dan kubu di Darat Kelubi. Malam itu suatu
mesyuarat diadakan di rumah Datuk Bahaman. Keesokan harinya, semua perajurit Semantan dikumpulkan
oleh Datuk Bahaman untuk memberitahu bahawa musuh akan mudik ke Semantan. Beliau meminta semua
bersiap sedia. Batu Hampar di bawah jagaan Datuk Panglima Raja. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin
akan mengetuai kawalan kubu dekat Pasir Tuk Anjang. Tuk Muda Bidin, Datuk Bahaman, Mat Lela dan Tuk
Selampit mengawal Lubuk Sengarat. Menurut Datuk Bahaman lagi, Desborough sendiri akan mengetuai
satu pasukan yang terdiri daripada lima puluh orang mata-mata Inggeris. Mereka akan tiba bersama-sama
dengan tiga ratus orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali. Pesan Datuk Bahaman lagi, jika askar-
askar sultan bercampur gaul dengan mata-mata Inggeris, mereka akan berundur.Datuk Bahaman
mengarahkan Zahid, Samad, Awang Muhammad, dan Rahman untuk mengikut pasukan Datuk Panglima
Raja ke Batu Hampar. Mereka membina kubu sebaik sahaja mereka sampai di sana. Zahid dan Samad yang
diarahkan oleh Datuk Panglima Raja untuk pergi mengintai musuh, ternampak akan mata-mata Inggeris yang
bersama-sama dengan askar-askar sultan. Apabila mendengarkan perkhabaran itu, Datuk Panglima Raja
mengarahkan orang-orangnya berundur ke Lubuk Terua. Menjelang senja, Desborough tiba di Lubuk Terua.
Namun, tidak kelihatan askar-askar sultan di dalam perahunya itu. Sebaik-baik bahagian haluan perahu itu
bersetentangan dengan rantai yang merentang Sungai Semantan, Datuk Bahaman pun menarik rantai itu.
Perahu Desborough terbalik menyebabkan Desborough dan mata-mata Inggeris tercampak ke dalam air.
Orang-orang Datuk Bahaman menghujani Desborough dan orang-orangnya menggunakan bambu runcing.
Tuk Selampit pula menyumpit bertalu-talu menggunakan sumpitannya. Perahu-perahu musuh yang lain tidak
mahu mudik lagi. Akhirnya, Datuk Bahaman mengarahkan Samad untuk memukul tabuh. Pengawal-
pengawal di sebelah hilir Lubuk Sengarat bertindak menyerang perahu-perahu mata-mata Inggeris. Askar-
askar sultan terpinga-pinga, lalu dari hilir semula ke Batu Hampar dan terus ke Kuala Semantan. Keadaan
di Semantan kembali tenang. Mat Kilau datang dari Pulau Tawar membawa berita bahawa Clifford tidak
berpuas hati kerana tiada seorang pun askar sultan yang mudik hari itu tercedera. Inggeris menganggap
bahawa askar-askar sultan telah ada perjanjian dengan Datuk Bahaman. Clifford mengugut sultan dengan
ugutan akan dibuang daerah ke mana-mana pulau di Lautan Hindi. Rodger sangat marah terhadap Datuk
Bahaman dan akan mudik ke Semantan dengan membawa sultan dan Tengku Ali. Jika askar-askar sultan
tidak menembak perajurit-perajurit Datuk Bahaman, bererti sultan menyebelahi Datuk Bahaman. Rodger
tahu apa yang perlu dilakukannya kelak. Kini, Datuk Bahaman dalam dilema. Mat Kilau mengusulkan Datuk
Bahaman agar berunding dengan sultan apabila baginda tiba kelak.

MINDA KREATIF :

1. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman anda, apakah faedah yang diperolehi
sekiranya kaedah perundingan digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah?

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

BAB 13 – SEBUAH PERJANJIAN

7 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Berita kedatangan musuh kali ini disambut penduduk Semantan dengan keadaan kelam-kabut. Empat hari
kemudian Datuk Bahaman tiba di Lubuk Sengarat. Beliau mengakui apa-apa yang dikatakan oleh Mat Kilau,
iaitu Rodger seperahu mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Oleh itu, Datuk Bahaman mengarahkan Hassan
Tahmid memindahkan semua orang perempuan, kanak-kanak dan orang tua ke Darat Kelubi. Datuk
Panglima Raja dan Imam Perang Weh akan berkubu di tebing Pasir Tuk Anjang. Tuk Selampit membantah
kata-kata Datuk Bahaman. Dia tetap mahu menyumpit orang-orang Inggeris dan mata-mata Inggeris. Datuk
Bahaman tetap bertegas bahawa Tuk Selampit hanya boleh menyumpit Rodger jika sultan tidak duduk di
sebelahnya. Suasana di Lubuk Sengarat petang itu sepi.Tiba-tiba Lajis datang memberitahu mereka bahawa
musuh sudahpun sampai. Rodger berada dalam perahu yang pertama sekali sampai di Lubuk Sengarat. Dia
diapit oleh sultan dan Tengku Ali. Tuk Selampit hendak menyumpit Rodger etapi dihalang oleh Datuk
Bahaman. Akhirnya, perahu-perahu yang membawa mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan berlalu satu
demi iaitu. Tuk Selampit beredar dari situ dalam keadaan marah. Malam itu, Datuk Bahaman dan orang-
orangnya berpindah ke darat Pasir Tuk Anjang. Datuk Bahaman bersiap-siap hendak berjumpa dengan
sultan. Setelah berjumpa dengan sultan, Datuk Bahaman balik ke kubu pada nalam itu juga. Menurut Datuk
Bahaman, baginda sultan sememangnya menyokong perjuangan mereka. Baginda mahukan perjuangan
esoknya menjadi perjuangan yang penghabisan. Selepas itu Datuk Bahaman dan pengikut-pengikut perlu
meletakkan senjata dan menjalani kehidupan seperti biasa. Baginda sultan akan mengampunkan mereka
dan menganugerahkan pangkat dan kuasa semula kepada Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian yang dibuat
antara sultan dengan Datuk Bahaman, askar-askar baginda akan naik ke darat dan berpura-pura melakukan
peperangan dengan pihak Datuk Bahaman. Namun sebenarnya, mereka hanya akan menembak ke udara.
Pihak Datuk Bahaman juga akan menembak ke udara. Kemudian, lewat tengah hari pihak Datuk Bahaman
akan melarikan din. Pihak sultan dan Inggeris akan bersorak bagi menandakan kemenangan dan akan
mengajak Rodger nenyaksikan kemenangan itu. Bagi memastikan pengikut-pengikutnya faham akan apa-
apa yang bakal berlaku, Datuk Bahaman menyuruh Mat Lela pergi ke kubu Datuk Panglima Raja, Tuk Muda
Bidin dan kubu Imam Perang Weh supaya memberitahu mereka tentang perjanjian itu.

MINDA KREATIF :

1. Jelaskan peranan dan tanggungjawab sultan terhadap rakyatnya.

..............................................................................................................................................................................................
.
..........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................
...........................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................

BAB 14 – JATUHNYA LUBUK TERUA

8 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Dari Pasir Tuk Anjang naik sekumpulan askar sultan ke atas tebing sambil meniarap dan menghalakan
senapang ke atas. Datuk Bahaman telah memberikan arahan agar tembakan dibuat ke udara sahaja.
Pasukan kedua naik ke darat. Diikuti oleh pasukan ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sehingga ke
tebing Pasir Tuk Anjang itu dipenuhi oleh askar-askar sultan. Tidak berapa lama kemudian, tembakan
pertama dilepaskan oleh askar sultan. Pasukan Datuk Bahaman membalas tembakan. Semua tembakan
dihalakan ke udara juga. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Mat Lela terkena tembakan askar sultan.
Seterusnya, Awang Muhammad pula terkena tembakan di dadanya. Awang Muhammad tidak berjaya
diselamatkan. Datuk Panglima Raja menyuruh orang-orangnya mengamuk kerana askar-askar sultan telah
mungkir janji. Namun, Datuk Bahaman tidak membenarkan kerana dia berpegang pada janji. Imam Perang
Weh dan Tuk Muda Bidin sedar tentang perbalahan antara Datuk Bahaman dengan Datuk Panglima Raja.
Tiba-tiba Datuk Panglima Raja merampas senjata daripada Zahid dan melompat keluar dari kubu. Datuk
Panglima Raja tercedera bahu kanannya semasa hendak menghentak peluru dan ubat bedil. Tuk Muda Bidin
dan Imam Perang Weh pula berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Tetapi nasib mereka
begitu malang kerana ketua askar sultan telah menikam perut Tuk Muda Bidin dan Imam Perang
Weh. Menjelang waktu zuhur bunyi tembakan tidak kedengaran lagi. Perajurit-perajurit Semantan telah
berundur ke Darat Kelubi. Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Petang itu, sultan dan Tengku Ali telah
membawa Rodger ke darat. Rodger mengucapkan tahniah kerana telah menang dan berkata bahawa Datuk
Bahaman mungkin telah mati.Pada suatu petang yang hening, Mat Kilau telah datang ke Darat Kelubi untuk
menemui Datuk Bahaman. Dia membawa surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh
Sultan Ahmad. Hassan Tahmid membaca perintah daripada Sultan Ahmad. Semua yang telah menentang
Inggeris telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Datuk Bahaman mengarahkan Hassan Tahmid supaya
menghebahkan kepada orang ramai bahawa mereka boleh pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang Tuk Gajah dengan tiga ratus orang askar mudik ke Batu
Hampar. Datuk Bahaman memberitahu Tuk Gajah bahawa dia sudah keseorangan. Menurut Tuk Gajah lagi,
rancangan besar-besaran Mat Kilau yang dirancang dahulu hampir gagal kerana Inggeris telah tahu akan
rahsia itu. Perancangan untuk membunuh Clifford juga gagal. Sultan diberi amaran terakhir dan dipindahkan
ke Pekan semula. Tuk Gajah pula akan mudik Sungai Tembeling dan terus ke Kelantan atau Terengganu
berserta dengan Mat Kilau. Seminggu kemudian askar-askar sultan di bawah pimpinan orang lain datang ke
Lubuk Terua. Mata-mata Inggeris yang diketui oleh Wise turut serta dalam kumpulan itu. Mereka mencari
Datuk Bahaman, tetapi tidak berhasil lalu mereka bertindak membakar semua rumah orang kampung. Orang
muda, tua, perempuan, dan kanak-kanak turut ditembak dan dibakar hingga hangus. Datuk Bahaman yang
telah meninggalkan Semantan berpatah balik. Beliau dan orang-orangnya telah banyak membunuh mata-
mata Inggeris. Kemudian, Datuk Bahaman mudik ke Sungai Tembeling untuk bersatu dengan Tuk Gajah dan
Mat Kilau.

MINDA KREATIF :

1. Terangkan kesan peperangan kepada rakyat dan negara.

...............................................................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................................

.........................................................................................................................................................................

9 WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2019

Click to View FlipBook Version