The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BM SPM KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muiz_auni, 2021-08-30 01:32:41

TEKNIK MENJAWAB

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 1 BM SPM KSSM

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

PLC KERTAS 1 BM SPM KSSM BAHAGIAN A
KERTAS 1 (KARANGAN) / 2 JAM

BIL BAHAGIAN A

1 30 markah dan masa dicadangkan 30 minit 70 markah dan masa dicadangkan 1 jam 30
minit

2 Satu soalan sahaja dan wajib jawab Empat soalan diberi dan calon wajib jawab
satu soalan sahaja

3 Panjang karangan 150-200 patah perkataan. Panjang karangan 350-500 patah

Selepas 200 patah perkataan karangan tidak perkataan. Selepas 500 patah perkataan

dibaca. karangan tidak dibaca.

4 Soalan boleh ada fokus dan tiada fokus. Soalan dinyatakan fokusnya sama ada
Soalan yang tiada fokus boleh rujuk fokus terus terang atau tersirat. (perkataan
pada bahan rangsangan sinonim)

5 Bahan rangsangan disediakan (boleh 2,3,4) Tiada bahan rangsangan.
Pernyataan Isu disediakan.

6 Semua bahan wajib ‘disentuh’ sedikit dalam Petikan daripada mana-mana sumber akan

penulisan karangan di mana-mana bahagian dikemukakan sebelum diikuti oleh soalan.

sama ada pendahuluan, huraian isi atau Kandungan petikan wajib ‘disentuh’

penutup. sedikit dalam penulisan karangan di

mana-mana bahagian sama ada

pendahuluan, huraian isi atau penutup.

7 Soalan berformat boleh ditanya untuk kedua-dua bahagian:
Format-format yang terdapat dalam Dokumen Standard (DSKP):

i. Surat rasmi vi. Syarahan x. Wawancara
ii. Surat tidak rasmi. vii. ceramah
iii. Resume vii. pidato
iv. E-mel viii. ucapan
v. Rencana ix. laporan

CABARAN KARANGAN
FORMAT KSSM

Pelajar cemerlang: Sukar Pelajar sederhana & lemah: tidak
mengehadkan bilangan patah mampu menulis karangan yang
perkataan sehingga 200 dan 500
panjang khasnya bahagian B
pp saja
1

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

KAEDAH MENGANALISIS SOALAN : BaKaT + FF

Ba Baca Baca soalan dengan teliti

Ka Kata Nama/Siapa/ Analisis kata nama atau siapa yang terlibat dalam bahan yang

Sasaran disertakan

Sasaran Soalan boleh merujuk kepada Teknik

DiKeMaSeN+MM

T Tema Kenal pasti tema (perkataan yang diulang banyak kali)

F Fokus/kehendak Kenal pasti fokus soalan menggunakan Teknik FuKeLangC
soalan

F Format Tentukan format yang dinyatakan dalam soalan (resume, e-mel,
surat rasmi, surat tidak rasmi, rencana, pidato, syarahan,
ucapan, ceramah, laporan dan wawancara

KAEDAH MENGENAL PASTI SASARAN SOALAN:

Teknik DiKeMaSeN+MM

BIL DIMENSI HURAIAN

1 DIRI Saya, pelajar, murid, seseorang itu, setiap individu, remaja.

2 KELUARGA ibu bapa, adik-beradik, abang, kakak, adik.
3 MASYARAKAT
komuniti setempat, rukun tetangga, jiran tetangga, jiran
sekeliling, jiran setempat, masyarakat sekeliling, masyarakat
di kawasan kejiranan

KAUM – Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Iban, Melanau

4 SEKOLAH pengetua, pentadbir, guru disiplin, guru mata pelajaran, guru
kaunselor, guru/ahli persatuan dan kelab, guru/ahli sukan dan
permainan.

5 NEGARA/KERAJAAN Kementerian Pendidikan Malaysia (tema pendidikan),
Kementerian Pelancongan (tema pelancongan), Jabatan
Perhilitan atau Jabatan Alam Sekitar (tema alam sekitar), Polis
Diraja Malaysia (tema jenayah/masalah sosial), Dewan Bahasa
dan Pustaka, pihak berkuasa.

6 MEDIA MASSA Televisyen (iklan, dokumentari, drama, filem), Instagram,
Facebook, Whats App, Telegram, Twitter, Tik Tok, surat khabar,

2

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

risalah, poster, papan tanda

KAEDAH PANTAS MENGANALISIS KEHENDAK SOALAN: PuKeLangC

AKRONI KATA KUNCI KATA SAMA MAKNA KATA SAMA MAKNA

M TERSIRAT

Pu PUNCA Faktor , sebab, alasan TIADA

Ke KESAN Akibat, implikasi, impak Kesan positif, kepentingan,

manfaat, faedah, kebaikan,

Atau kelebihan

KEKANGAN Masalah, halangan, Kesan negatif, keburukan
rintangan, aral

Lang LANGKAH Cara, usaha, inisiatif, Peranan, tanggungjawab,
tindakah, kaedah tugas, fungsi, persediaan,
persiapan

C CIRI Kriteria, sifat, bentuk TIADA

PENULISAN PENDAHULUAN: (IKeA) & (IKela)

BIL AYAT HURAIAN AYAT CONTOH AWAL AYAT KARANGAN KARANGAN
A (IKeA) B (IKela)

1 Isu Tema yang Dewasa ini... / /
dibincangkan Pada era globalisasi ini... / /
Meniti arus kemodenan
ini...
Sejak kebelakangan ini...

2 Kenapa Tanya pada diri Perkara ini disebabkan...
sendiri kenapa? Hal ini dikatakan demikian
kerana...

3 Langkah Cara atasi isu Rentetan itu... /
Sehubungan dengan itu... /

/

4 Arahan Kehendak soalan Persoalannya, apakah...
Tegasnya, terdapat...

3

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

PENULISAN ISI YANG LENGKAP (IMBaKU) & (IMBaKUP)

BIL AYAT KARANGAN A (IMBaKU) KARANGAN B (IMBaKUP)

1 Ayat Isi Isi 1 Isi 1
* Pada pendapat saya * Pada realitinya sudah terang lagi
* Usaha-usaha untuk ...
bersuluh
(rujuk fokus soalan)
Isi 2 dan seterusnya
Isi 2 dan seterusnya * Isi yang tidak boleh
* Di samping itu
* Selain itu dikesampingkan..
* Bukan itu sahaja * Tidak cukup dengan itu...
* Menelusuri isi yang terakhir...

2 Ayat Hurai * Hal ini dikatakan demikian * Hal ini tercetus apabila...

Mengapa kerana... * Hal ini realitinya menjelaskan

* Perkara ini disebabkan... bahawa...

* Hal ini dikatakan begitu kerana...

3 Ayat Hurai * Contohnya... * Contohnya...
Bagaiman * Tamsilnya... * Tamsilnya...
a * Misalnya... * Misalnya...
+ * Buktinya... * Buktinya...
Contoh

4 Ayat * Kesannya... * Kesannya...
Kesan * Implikasinya... * Implikasinya...
* Faedahnya... * Faedahnya...
* Manfaatnya... * Manfaatnya...
* Impaknya... * Impaknya...

5 Ungkapan Boleh diletakkan di mana-mana ayat
menarik

6 Ayat * Jelaslah... * Jelaslah bahawa, siang bagai hari,
terang bagai bulan...
Penegasan * Intihanya...
* Intihanya, bergelanggang di mata
orang banyak...

* Oleh itu, tak tumbuh tak melata,
tak sungguh orang tak kata...

4

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

TEKNIK MEMASTIKAN ISI TERHURAI DENGAN MANTAP

TEKNIK STeM – Siapa – Tempat - Masa

SIAPA Siapa yang terlibat dalam huraian isi – rujuk kepada DiKeMaSeN +MM

TEMPAT Di mana? Contohnya rumah, sekolah, taman rekreasi, dataran Putrajaya
dan lain- lain yang difikirkan sesuai dengan isi yang hendak dihuraikan.

MASA Pada waktu bila? Contohnya, pagi, petang, malam, Sabtu, Ahad, bulan
Ogos, sepanjang tahun, waktu lapang, cuti sekolah, waktu perdana
menonton televisyen iaitu 8.00 malam hingga 10.00 malam.

PENULISAN PENUTUP (ACaK)

BIL AKR HURAIAN KARANGAN A KARANGAN B

1 A Arahan Konklusinya/kesimpulannya/ Sebagai menggulung perkara
soalan tegasnya terdapat beberapa yang telah diperkatakan di
kaedah... atas, terdapat beberapa...

2 Ca Cadangan/ Oleh itu, semua Sehubungan dengan itu semua
pihak/DiKemaSeN+MM
langkah pihak/DiKemaSeN+MM
Perkara ini secara tidak
hendaklah... langsung akan...

3 K Kesan/ Kesannya...

Harapan Akhirnya...

5

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG
BI KETERANGAN
L

1 Isi yang tepat dengan fokus soalan.
2 Memasukkan peribahasa & frasa menarik pada tempat yang sesuai.

Teknik penulisan peribahasa & frasa menarik betul.
3 5 ayat utama dinyatakan dalam huraian isi (IMBaKUP)
4 Huraian isi memasukkan teknik STeM (Siapa, Tempat & Masa) untuk menjadikan isi

jelas difahami ( idea tidak kabur)
5 Bahan ransangan yang terdapat pada soalan dikaitkan dalam penulisan sama ada

pada pendahuluan, huraian isi atau penutup
6 Kosa kata luas (sinonim)

6.1 Fokus soalan
6.2 Penanda wacana untuk ayat topik / isi
6.3 Penanda wacana ayat hurai (mengapa)
6.4 Penanda wacana ayat contoh
6.5 Penanda wacana ayat kesan
6.6 Penanda wacana ayat penegas
6.7 Contoh yang spesifik
* WARNA RUJUK KARANGAN CONTOH

6

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

CONTOH KARANGAN A

Maklumat di bawah berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia . Huraikan pendapat anda
tentang perpaduan kaum di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200
patah perkataan.
BAHAN 1

BAHAN 2

7

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

BaKaT+FF

Ba Baca Baca soalan dengan telitinya sambil menganalisis perkara di
bawah.

Ka Kata nama/Siapa Sasaran (MASYARAKAT/ ORANG RAMAI)

T Tema PERPADUAN

F Fokus soalan/ Bahan 1:Kesan baik

kehendak soalan Bahan 2: Langkah

Gunakan teknik PuKeLangC (Punca/Kesan/Langkah/Contoh)

F Format Tiada

PENDAHULUAN: (IKeA)

I ISU Meniti arus kemodenan ini perpaduan kaum amatlah dituntut.

Ke KENAPA Perkara ini disebabkan masyarakat akan hidup dalam keadaan aman
dan harmoni kerana tanpa rasa syak wasangka antara satu sama lain.

A ARAHAN Persoalannya, apakah langkah-langkah memupuk perpaduan kaum

dalam kalangan masyarakat?

37 patah perkataan

ISI PERTAMA
STeM=SIAPA / TEMPAT / MASA

1)AYAT TOPIK = Sudah terang lagi bersuluh, langkah-langkah untuk menyemai semangat
Isi utama perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah komuniti setempat

8

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

hendaklah mengadakan aktiviti gotong-royong.

2)AYAT HURAI = TIADA
Mengapa/Sebab
3)AYAT HURAI = Aktiviti ini diadakan pada hari Sabtu dan Ahad supaya masyarakat dapat
Bagaimana/Car meluangkan masa kerana tidak bekerja.

a

4)AYAT CONTOH Contohnya, kawasan yang sesuai dibersihkan ialah longkang, taman
permainan dan balai raya.(CONTOH PERLU SPESIFIK)

5)AYAT KESAN = Kesannya, mereka bergaul mesra dengan pelbagai kaum seperti Cina,

Kesan Melayu, India, Kadazan dan Bidayuh tanpa membezakan agama dan

kepercayaan masing-masing

6)AYAT TIADA
Penegasan

70 patah perkataan

ISI KEDUA STeM=SIAPA / TEMPAT / MASA

1)AYAT TOPIK = Selain itu, inisiatif untuk menyuburkan semangat perpaduan ialah kerajaan

Isi utama hendaklah menganjurkan rumah terbuka semasa perayaan secara

besar-besaran di balai raya.

2)AYAT HURAI =
Mengapa/Sebab TIADA

Semasa rumah terbuka diadakan, tetamu akan bergaul dengan tetamu yang

3)AYAT HURAI = berbilang bangsa dan dapat merasa makanan tradisional kaum lain seperti

Bagaimana/Cara masyarakat Melayu terkenal dengan lemang dan rendang serta kaum Cina

4)AYAT CONTOH terkenal dengan kuih bulannya. (CONTOH PERLU SPESIFIK)=syarat
(GABUNG)
karangan cemerlang

9

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

5)AYAT KESAN = Secara tidak langsung, masyarakat akan hidup dalam keadaan aman
dan harmoni kerana tanpa rasa syak wasangka antara satu sama lain.
6)AYAT
Penegasan TIADA

71 patah

perkataan

PENUTUP KARANGAN TEKNIK ACaK

A ARAHAN Konklusinya, terdapat beberapa cara untuk memupuk
SOALAN semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Ca CADANGAN Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur
/ dengan tebing bagi memastikan perpaduan kaum dapat
dikekalkan.
LANGKAH
Akhirnya, semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
KESAN Malaysia dapat disemai dan disuburkan.
K / HARAPAN
39 patah perkataan
KARANGAN LENGKAP

Meniti arus kemodenan ini perpaduan kaum amatlah dituntut.
Perkara ini disebabkan masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan
harmoni kerana tanpa rasa syak wasangka antara satu sama lain. Persoalannya,
apakah langkah- langkah memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat?

Sudah terang lagi bersuluh, langkah untuk menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah komuniti setempat

10

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG
hendaklah mengadakan aktiviti gotong- royong. Aktiviti ini diadakan pada hari
Sabtu dan Ahad supaya masyarakat dapat meluangkan masa kerana tidak
bekerja. Contohnya, tempat yang sesuai dibersihkan ialah longkang, taman
permainan dan balai raya. Kesannya, mereka bergaul mesra dengan pelbagai
kaum seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan Bidayuh tanpa membezakan
agama dan kepercayaan masing-masing.

Selain itu, inisiatif untuk menyuburkan semangat perpaduan ialah
kerajaan hendaklah menganjurkan rumah terbuka semasa perayaan secara
besar-besaran. Semasa rumah terbuka diadakan, pengunjung akan bergaul
dengan pengunjung yang berbilang bangsa dan dapat merasa makanan
tradisional kaum lain seperti masyarakat Melayu terkenal dengan lemang dan
rendang serta kaum Cina terkenal dengan kuih bulannya. Secara tidak langsung,
masyarakat akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana tanpa rasa
syak wasangka antara satu sama lain.

Konklusinya, terdapat beberapa cara untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, semua pihak hendaklah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan perpaduan kaum
dapat dikekalkan. Akhirnya, semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
Malaysia dapat disemai dan disuburkan.

212 patah perkataan.

11

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

KARANGAN BAHAGIAN B

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti kitar semula merupakan kaedah
terbaik untuk mengurangkan sampah sisa pepejal. Pelbagai usaha perlu dilakukan
untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kerana kesedaran
terhadap amalan tersebut masih rendah. Sehubungan dengan itu, anda
dikehendaki menulis sebuah rencana bagi menggalakkan masyarakat
mengamalkan kitar semula. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Usaha-usaha
Menggalakkan Amalan Kitar Semula’.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

PENDAHULUAN KARANGAN BAHAGIAN B 4 AYAT
(TEKNIK IKeLA)

I ISU Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah
12

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

setiap hari.

Ke KENAPA Perkara ini disebabkan tahap kesedaran masyarakat terhadap amalan
kitar semula masih rendah.
L LANGKAH
Rentetan itu, semua pihak haruslah melangkah sederap ke hadapan
A ARAHAN untuk mengamalkan amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar.
SOALAN
Persoalannya, apakah usaha-usaha menggalakkan amalan kitar semula?
perkataan
48 patah

ISI PERTAMA:(IMBaKUP) & (STeM)

AYAT TOPIK = Pada realitinya, sudah terang lagi bersuluh, langkah-langkah
Isi untuk menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat

ialah ibu bapa hendaklah mempraktikkan amalan kitar
semula di rumah.

AYAT HURAI = Hal ini dikatakan demikian kerana segala perlakuan dan tindakan ibu
Mengapa bapa akan menjadi ikutan anak-anak kerana bagaimana acuan
begitulah kuihnya.

AYAT CONTOH Contohnya, ibu bapa menyediakan tiga kategori tong sampah di
= Bagaimana rumah supaya ahli keluarga mudah membuang sampah mengikut
kategori yang ditetapkan. Tong sampah yang berwarna coklat untuk
membuang kaca, berwarna biru untuk membuang kertas dan
berwarna jingga untuk membuang plastik dan aluminium. Setiap
hujung minggu barangan yang dikumpulkan dihantar ke pusat
pengumpulan kitar semula.

AYAT KESAN = Impikasi daripada amalan ini anak-anak akan terbiasa
Kesan dengan cara pembuangan sampah sebegini kerana alah
bisa tegal biasa.

AYAT Intihanya, bergelanggang di mata orang banyak peranan ibu
Penegasan bapa dalam memastikan amalan kitar semula menjadi amalan
seharian amatlah signifikan demi menjaga alam sekitar yang tercinta
ini.

132 patah perkataan

13

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

ISI KEDUA: (IMBaKUP) & (STeM)

AYAT TOPIK = Isi yang tidak boleh dikesampingkan, pihak rukun tetangga
Isi hendaklah menggalakkan masyarakat setempat

mengamalkan amalan kitar semula.

AYAT HURAI = TIADA
Mengapa

AYAT CONTOH Misalnya, pengerusi taman atau ketua kampung boleh mengadakan
= Bagaimana pertandingan mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula

seperti surat khabar, botol kaca dan tin minuman. Pertandingan itu
mestilah melibatkan penduduk taman atau kampung dan dijalankan
sepanjang tahun kerana usaha ini janganlah seperti hangat-hangat
tahi ayam. Kaedah pengumpulan barangan kitar semula ini
hendaklah dikumpulkan secara sistematik seperti dikumpulkan di

dewan orang ramai atau balai raya bagi memudahkan pengurusan

menjual barangan kitar semula ini. Pemenang mestilah diberi hadiah
yang lumayan supaya memberi motivasi kepada peserta untuk

mengumpulkan barang-barang kitar semula.

AYAT KESAN = Secara tidak langsung melalui pertandingan ini, masyarakat setempat

Kesan akan menjadikan amalan kitar semula sebagai amalan hidup.

AYAT Oleh itu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
Penegasan kata, inisiatif pihak masyarakat amatlah diperlukan bagi
merealisasikan hasrat murni ini iaitu mengamalkan amalan kitar
semula dalam kehidupan seharian.

138 patah perkataan

ISI KETIGA: (IMBaKUP) & (STeM)

AYAT TOPIK = Tidak cukup dengan itu, menelusuri isi yang terakhir, media massa
Isi hendaklah turut memainkan peranan penting melestarikan

14

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG
amalan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia.

AYAT HURAI = Media massa seperti televisyen, Facebook, Instagram dan Twitter
Mengapa mempunyai pengaruh yang besar dalam menyampaikan sesuatu
mesej kepada masyarakat.

AYAT CONTOH Tamsilnya, pihak televisyen hendaklah menyiarkan iklan kepentingan
= Bagaimana amalan kitar semula dan kesan negatif sekiranya masyarakat tidak
mengamalkan amalan kitar semula. Iklan hendaklah disiarkan waktu
perdana iaitu antara pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam kerana
pada masa inilah jumlah penonton paling ramai berada di rumah dan
beristirahat di depan kaca televisyen. Tidak cukup dengan itu,
televisyen juga boleh menyiarkan dokumentari tentang pengusaha
kitar semula yang berjaya melalui rancangan Majalah 3.

AYAT KESAN = Kesannya, masyarakat mulai sedar akan kepentingan menjaga alam

Kesan sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

AYAT Jelaslah bahawa, siang bagai hari, terang bagai bulan,
Penegasan kaedah-kaedah untuk menjaga alam sekitar melalui kitar semua
hendaklah dibantu oleh pihak media massa.

140 patah perkataan

PENUTUP KARANGAN TEKNIK ACaK

ARAHAN Sebagai menggulung segala yang telah

SOALAN diperkatakan, terdapat pelbagai cara untuk

A menggalakkan amalan kitar semula.

CADANGAN Sehubungan dengan itu, semua pihak hendaklah

/ LANGKAH bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi

Ca memastikan amalan kitar semula dapat menjadi amalan
seharian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

K KESAN Secara tidak langsung, keindahan alam sekitar dapat
dikekalkan dan generasi akan datang dapat menikmati

/ keindahan flora dan fauna.

HARAPAN

15

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

54 patah perkataan

KARANGAN LENGKAP

Setiap rakyat Malaysia secara purata membuang 0.8 kilogram sampah setiap hari.
Perkara ini disebabkan tahap kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula masih
rendah. Rentetan itu, semua pihak haruslah melangkah sederap ke hadapan untuk
mengamalkan amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Persoalannya, apakah
usaha-usaha menggalakkan amalan kitar semula?

Pada realitinya, sudah terang lagi bersuluh, langkah-langkah untuk
menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat ialah ibu bapa
hendaklah mempraktikkan amalan kitar semula di rumah. Hal ini dikatakan
demikian kerana segala perlakuan dan tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Contohnya, ibu bapa menyediakan tiga
kategori tong sampah di rumah supaya ahli keluarga mudah membuang sampah
mengikut kategori yang ditetapkan. Tong sampah yang berwarna coklat untuk
membuang kaca, berwarna biru untuk membuang kertas dan berwarna jingga untuk
membuang plastik dan aluminium. Setiap hujung minggu barangan yang dikumpulkan
dihantar ke pusat pengumpulan kitar semula. Impikasi daripada amalan ini anak-anak
akan biasa dengan cara pembuangan sampah sebegini kerana alah bisa tegal biasa.
Intihanya, bergelanggang di mata orang banyak peranan ibu bapa dalam
memastikan amalan kitar semula menjadi amalan seharian amatlah signifikan demi
menjaga alam sekitar yang tercinta ini.

16

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG

Isi yang tidak boleh dikesampingkan, pihak rukun tetangga hendaklah
menggalakkan masyarakat setempat mengamalkan amalan kitar semula.
Misalnya, pengerusi taman atau ketua kampung boleh mengadakan pertandingan
mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, botol kaca dan
tin minuman. Pertandingan itu mestilah melibatkan penduduk taman atau kampung dan
dijalankan sepanjang tahun kerana usaha ini janganlah seperti hangat-hangat tahi
ayam. Pusat pengumpulan barangan kitar semula ini hendaklah dikumpulkan secara
sistematik seperti dikumpulkan di dewan orang ramai atau balai raya bagi memudahkan
pengurusan menjual barangan kitar semula ini. Pemenang mestilah diberi hadiah yang
lumayan supaya memberi motivasi kepada peserta untuk mengumpulkan barang-barang
kitar semula. Secara tidak langsung melalui pertandingan ini, masyarakat setempat akan
menjadikan amalan kitar semula sebagai amalan hidup. Oleh itu, tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata, inisiatif pihak masyarakat amatlah diperlukan
bagi merealisasikan hasrat murni ini iaitu mengamalkan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian.

Tidak cukup dengan itu, menelusuri isi yang terakhir media massa hendaklah
turut memainkan peranan penting dalam melestarikan amalan kitar semula
dalam kalangan rakyat Malaysia. Media massa seperti televisyen, Facebook,
Instagram dan Twitter mempunyai pengaruh yang besar dalam menyampaikan
sesuatu mesej kepada masyarakat. Tamsilnya, pihak televisyen hendaklah menyiarkan
iklan kepentingan amalan kitar semula dan kesan negatif sekiranya masyarakat tidak
mengamalkan amalan kitar semula. Iklan hendaklah disiarkan waktu perdana iaitu
antara pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam kerana pada masa inilah jumlah
penonton paling ramai berada di rumah dan beristirahat di depan kaca televisyen.
Tidak cukup dengan itu, televisyen juga boleh menyiarkan dokumentari tentang
pengusaha kitar semula yang berjaya melalui rancangan Majalah 3. Kesannya,
masyarakat mulai sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar supaya dapat
dinikmati oleh generasi akan datang. Jelaslah bahawa, siang bagai hari, terang

17

KAEDAH KARANGAN CEMERLANG
bagai bulan, kaedah-kaedah untuk menjaga alam sekitar melalui kitar semua
hendaklah dibantu oleh pihak media massa.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, terdapat pelbagai cara
untuk menggalakkan amalan kitar semula. Sehubungan itu, semua pihak hendaklah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan amalan kitar semula dapat
menjadi amalan seharian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Secara tidak langsung,
keindahan alam sekitar dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat menikmati
keindahan flora dan fauna.
(513 patah perkataan)

Yang kurek itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Terima kasih...
....Cikgu Ruzita

18

TEKNIK KARANGAN CEMERLANG
19


Click to View FlipBook Version