The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muiz_auni, 2021-09-05 19:51:12

teknik menjawa ulasan

Teknik Menjawab Ulasan PT3

TEKNIK MENJAWAB
ULASAN PT3

Disediakan oleh :
Cikgu Arnella Binti Matdin

PANDUAN MENJAWAB SOALAN ULASAN

Apakah ulasan ? Apakah bentuk ulasan ?
Ulasan ialah soalan Ulasan ada pelbagai
pemindahan maklumat bentuk seperti, info grafik,
daripada pelbagai poster, illustrasi, kartun,
bentuk yang graf, carta, kartun, iklan,
bergambar kepada rencana, pelan dan carta
maklumat bertulis. pai.

MARKAH : MASA MENJAWAB :
15 markah 20 MINIT

JUMLAH PATAH PERENGGAN:
PERKATAAN : Satu perenggan

80 sehingga 100 sahaja
patah perkataan

ISI : MAKSUD ISI TERSURAT:
Mesti ada Isi tersurat ialah
isi tersurat & maklumat bertulis yang
isi tersirat terdapat dalam gambar

MAKSUD ISI TERSIRAT:
Isi tersirat ialah isi lain,
selain yang terdapat
dalam gambar, tetapi
berkaitan dengan info
yang diberi.

Sila tulis jumlah patah
perkataan di bahagian
akhir ulasan.

Contohnya :
98 patah perkataan

CARA PENGIRAAN PATAH PERKATAAN

Perkataan dikira yang dikira
sebagai satu perkataan

Nama khas – Kementerian Pendidikan Malaysia
Kata majmuk – atur cara
Kata depan – di belakang/ ke rumah
Tarikh – 10 Julai 2020
Kata ganda – bertiga-tiga
Angka yang ditulis dalam perkataan – enam ratus tujuh puluh dua
Gelaran – Tun Mahathir Mohamad

KERANGKA Pendahuluan
ULASAN Tulis satu ayat pernyataan tentang tajuk
yang dibincangkan berdasarkan gambar.

Isi Tersurat
Isi atau maklumat yang terdapat dalam
gambar.

Isi Tersirat
Isi yang tidak terdapat dalam gambar
tetapi isi yang berkaitan dengan
maklumat yang diberi.

Penutup
Satu ayat merumuskan keseluruhan ulasan.

Bentuk-bentuk
soalan ulasan

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan CONTOH JAWAPAN
maklumat yang terdapat dalam poster tersebut,
tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 Demam denggi ialah sejenis penyakit yang
patah perkataan. disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Terdapat
beberapa simptom demam denggi. Antara gejala
tersebut ialah pesakit akan mengalami gejala
seperti sakit perut dan cirit-birit. Selain itu,
pesakit akan muntah-muntah, demam dan sakit
kepala.Di samping itu, sakit otot , sakit sendi serta
ruam merah di kulit. Gejala-gejala ini akan timbul
selepas 5 hingga 6 hari pesakit digigit oleh nyamuk
Aedes. Terdapat pelbagai jenis cara untuk
mencegah demam denggi seperti memastikan
tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kita
haruslah membuang bekas-bekas yang boleh
menakung air. Air bertakung merupakan tempat
nyamuk Aedes membiak. Oleh itu, marilah kita
semua memastikan kawasan rumah bersih.

98 patah perkataan


Click to View FlipBook Version