The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muiz_auni, 2021-08-29 09:12:46

Teknik menjawab puisi

teknik menjawab puisi

Teknik Menjawab Soalan Puisi (KOMSAS)
Kelas Cikgu Haliza Halim

CARA MUDAH MENJAWAB SOALAN PUISI

CARA MUDAH MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB SOALAN PUISI

1.TEKNIK MENJAWAB BENTUK PUISI

RAJIN – RANGKAP

BERSENAM- BARIS

KITA- KATA

SENTIASA – SUKUKATA

RASA- RIMA

SIHAT- SIMPUL./KESIMPULAN

CONTOH SOALAN
Baca sajak di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikutnya;

DI DADA MEREKA ADA KHALID

Mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
Dan nama menggunung
Di dada mereka ada Khalid
Di tangan mereka pedang keberanian
Di hati mereka berkubu keyakinan
Seorang mati seribu lagi bingkas
Mengipas bara perjuangan

Perjuangan suci tak pernah tunduk
Pada igau kematian
Mati hanya mampu menumpaskan pengecut
Hidup hanya bererti buat yang berani

Teknik Menjawab Soalan Puisi (KOMSAS)
Kelas Cikgu Haliza Halim

Biar seribu tahun

Perjuangan luhur jalannya berlumpur

Di dada mereka ada Khalid
Singa garang di padang juang
Setiap hari akan mereka nantikan
Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman.

Shahrunizam Abdul Talib

A)Analisis bentuk sajak (10m)

CONTOH JAWAPAN

Sajak di atas berbentuk rangkap. Contohnya tiga rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak
sama.Contohnya antara 5 hingga 7 baris serangkap. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama iaitu
antara 3-6 patah perkataan sebaris. Contohnya ;
3 patah- dan nama menggunung
6 patah-mereka tak pernah menimpikan puja sanjung
Bilangan sukukata dalam setiap baris tidak sama iaitu antara 6-14 patah sebaris. Contohnya;
6 sukukata-dan nama menggunung
14 sukukata-mereka tak pernah mengimpikan puja sanjung
Rima akhir setiap rangkap tidak sama. Contohnya;
R1-aabccdc
R2-abcdbe
R3-abcbc
Kesimpulannya sajak ini berbentuk terikat

Teknik Menjawab Soalan Puisi (KOMSAS)
Kelas Cikgu Haliza Halim

2. GAYA BAHASA PUISI

S - SINGKOF, SIMILE

I - INVERSI

P - PERSONAFIKASI

E - EPIFORA

R - RESPONSIF

M - METAFORA

U - ULANG/PENGULANGAN- ULANG KATA, BARIS,ANAFORA, RESPONSIF,EPIFORA

D - DIKSI /KATA GANDA, DIKSI ARAB, DIKSI/ B.INGGERIS,DIKSI/BAHASA ISTANA, DIKSI/BAHASA

KLASIK

A - ASONANSI, ALITERSI,ANAFORA

H - HIPERBOLA

CARA MUDAH MENJAWAB GAYA BAHASA

LANGKAH PERTAMA ,JAWAB TERLEBIH DAHULU TIGA GAYA BAHASA YANG WAJID ADA DALAM PUISI.

ANAK- Asonansi

AYAM - Aliterasi

DAGING- Diksi yang sesuai/indah/berkesan

LANGKAH KEDUA IALAH CARI GAYA BAHASA YANG MUDAH DALAM PUISI SEPERTI;
SINGKOF-Singkatan kata
SIMILE - Membanding sesuatu dengan sesuatu yang lain menggunakan kata banding
KATA GANDA,
ULANG/PENGULANGAN KATA,
ULANG/PENGULANGAN BARIS,
ANAFORA- Pengulangan kata pada awal ayat yang berderet
RESPONSIF – Pengulangan kata pada tengah ayat yang berderet
EPIFORA- Pengulangan kata pada akhir ayat yang berderet

Teknik Menjawab Soalan Puisi (KOMSAS)
Kelas Cikgu Haliza Halim

LANGKAH KETIGA CARI GAYA BAHASA YANG AGAK SUSAH SEPERTI;
PERSONAFIKASI- memberi sifat manusia kepada benda
METAFORA-perbandingan yang terdiri daripada dua patah perkataan iaitu abstrak dan konkrit
INVERSI- keterbalikan bahasa
HIPERBOLA – perbandingan melampau

CONTOH SOALAN
Berdasarkan sajak ‘Di dada Mereka Ada Khalid’;

a) Analisis gaya bahasa (10 m)

CONTOH JAWAPAN
Gaya bahasa dalam sajak ini ialah Asonansi. Contohnya , di dada mereka ada Khalid.
Alitersi. Contohnya ,perjuangan suci tak pernah tunduk
Diksi yang sesuai/berkesan. Contohnya
Khalid/perjuangan/pengecut/berlumpur/garang/juang/musuh/keranda
Singkof. Contohnya tak
Pengulangan baris. Contohnya
Di dada mereka ada Khalid - R1 B3, R3 B1
Pengulangan kata. Contohnya, walang,tak
Anafora.Contohnya,
Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman
Responsi. Contohnya,
Musuh pulang mengusung walang
Musuh walang mengusung keranda teman
Metafora. Contohnya pedang keberanian, bara perjuangan
Hiperbola.Contohnya biar seribu tahun


Click to View FlipBook Version