KEMAHIRAN
MENULIS
KARANGAN
BERITA
1
Karangan Berita Tingkatan : 3
Kurikulum Standard Sekolah Menengah Gaya LeapEd
Penilaian Bilik Darjah ( PBD )
LO Merangka
format
Standard Standard Standard Prestasi karangan
Kandungan berita
Pembelajaran
Menulis berita
kemalangan
3.4. 3.4.1 SC 1. Tajuk berita
Menulis untuk Menulis terletak di
menghasilkan kerangka Murid dapat bahagian
sesuatu penulisan merangka paling atas
penulisan dengan format teks.
secara menyusun isi karangan
terancang secara berita yang 2. Pembukaan
terancang. merangkumi : berita terdiri
a) Nama daripada
Menulis untuk tempat nama,tempat
menghasilkan b) Tarikh dan tarikh.
sesuatu c) Isi berita
penulisan d) Penutup 3. Kandungan
dengan berita bermula
wacana yang Murid dapat selepas tanda
lengkap serta menulis sempang.
menggunakan karangan
bahasa yang berita 4. Penutup berita
kreatif. kemalangan termasuk
dalam
kandungan
berita sumber.
2
Karangan Berita
1. Karangan jenis berita akan membincangkan tajuk dan peristiwa yang hangat
diperkatakan atau yang menarik perhatian seperti musibah bencana alam,isu
semasa,hiburan,berita sukan luar mahupun dalam Negara.
2. Struktur karangan berita ini mempunyai tajuk,nama tempat dan hari.Pastikan
berita yang ditulis mempunyai tiga perkara ini iaitu pendahuluan, isi dan
penutup.
3. Isi boleh diolah berdasarkan pendapat sendiri atau boleh berdasarkan kisah
yang ingin dilaporkan.Isi karangan boleh terdiri daripada data,hasil
penyelidikan,statistik atau cadangan.
4. Karangan berita ini haruslah dianggap akan terpampang di akhbar,oleh itu
segala maklumat hendaklah benar dan dapat menarik minat para pembaca.
Format Karangan Berita
1. Karangan jenis berita bertujuan untuk memberikan maklumat dan
pengetahuan tentang sesuatu peristiwa penting kepada pembaca.
2. Terdapat beberapa jenis berita seperti:
a) Berita sukan
b) Jenayah
c) Kemalangan
d) Hiburan
e) Hal ehwal semasa
3. Isi karangan berita berkisar tentang lima perkara iaitu:
a) Apa
b) Siapa
c) Bila
d) Dimana
e) Mengapa
4. Bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami.
5. Jumlah perenggan tidak dihadkan tetapi sebaik- baiknya setiap isi dalam satu
perenggan.
3
6. Format :
a) Nama tempat
- Ditulis di sebelah kiri perenggan pertama dengan huruf besar dan
diikuti tanda koma.Contohnya :KUALA TERENGGANU,
b) Tarikh
- Ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang (-) .
Contohnya :KUALA TERENGGANU, 13 MAC-
c) Isi berita
- Didahului dengan isi utama dan isi-isi yang kurang penting
dikemudiankan.
d) Penutup
- Ringkas dan padat.
Karangan Berita
Jenis Situasi
Kebakaran,banjir,kemalangan,rompakan Aktiviti,Peristiwa:
dan lain-lain Hari Sukan,Hari Guru dan lain-
lain
Perenggan 1 Apa,bila,di mana,masa Apa,bila.di mana.masa
Perenggan 2
Perenggan 3 Siapa terlibat,nama,umur Upacara perasmian,aktiviti
Perenggan 4 Bagaimana terjadi,punca-ceritakan Acara dijalankan-nyatakan 4
Perenggan 5 kejadian tersebut aktiviti
Perenggan 6 Bantuan,tindakan-orang Lanjutan acara/aktiviti
ramai,polis,ambulans,bomba dijalankan + huraian
Kesan kejadian-apa kesudahan Siapakah yang menyampaikan
mangsa-kerugian hadiah ?
Penutup ( nasihat polis ) Upacara penutup- bersurai
4
Contoh karangan Kebakaran
Kata Kunci Contoh Ayat
Perenggan 1 Apa,bila,di mana,masa SONG,Sabtu- Dua buah rumah
panjang di kawasan Nanga
Embuau hangus dijilat api dalam
suatu kebakaran pada pukul 11.30
malam tadi.
Perenggan 2 Siapa terlibat,nama,umur Kebakaran itu telah menyebabkan
sebanyak 40 buah keluarga
kehilangan tempat tinggal.Ketika
itu,semua pengguni sedang tidur
dan hanya beberapa orang sahaja
yang berjaga.
Perenggan 3 Bagaimana terjadi,punca- Menurut saksi,iaitu salah seorang
ceritakan kejadian tersebut penduduk di situ,Encik Nyitong
AnakUngai berkata, dia bergegas
ke tempat kejadian sebaik
ternampak kepulan asap di
udara.Ketika itu,dia sedang
mengait jala di tebing sungai.
Perenggan 4 Bantuan,tindakan-orang Penduduk dari kawasan rumah
ramai,polis,ambulans,bomba panjang yang lain juga turut datang
membantu sebaik ternampak api
dan mendengar jeritan orang
meminta tolong.Mereka berusaha
5
memadamkan api dengan
menggunakan air sungai dan
pasir.Pihak bomba tidak dapat
datang pada malam itu kerana
kawasan tersebut tidak mempunyai
jalan darat sebaliknya hanya
menggunakan laluan sungai.
Perenggan 5 Kesan kejadian-apa Keesokan harinya,Penolong
kesudahan si mangsa- Penguasa Bomba,Encik Amando
kerugian Henry yang ditemui berkata
kebakaran berpunca daripada ubat
nyamuk.Kemungkinan angina kuat
menyebabkan langsir terkena pada
nyalaan api ubat nyamuk.Kesemua
rumah hangus dijilat api.Namun
begitu,tiada kecederaan dan
kemalangan jiwa dilaporkan.
Perenggan 6 Penutup/kesudahan cerita Kesemua mangsa kebakaran akan
( nasihat ) ditempatkan di dewan rakyat
sementara menunggu rumah baru
dibina.Pengawai Daerah dan orang
ramai turut menghulurkan bantuan
berupa barangan dan makanan
kepada mangsa kebakaran.Pihak
bomba juga menasihatkan orang
ramai agar tidak cuai pada masa
akan datang.
6
Kemahiran Menulis : Menganalisis soalan
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu 3.4.1. Menulis kerangka karangan
penulisan secara terancang dengan menyusun dan menganalisis isi
penting secara terancang.
Soalan:
Anda sebagai pemberita, sila laporkan berita yang selengkapkan mengenai kejadian
tanah runtuh di Bukit Jelutong telah mendapat perhatian orang ramai mengenai isu
ini.
Analisis soalan :
Format Karangan Berita
Kata kunci Kejadian tanah runtuh berlaku di
Bukit Jelutong jam 2.00 pagi
ketika mangsa nyenyak tidur
Punca kejadian dipercayai
berkaitan dengan projek
pembinaan di lereng bukit.
Terdapat mangsa maut dalam
kejadian tersebut.
Fokus berita Menyiasat kejadian tanah runtuh
dengan lebih terperinci.
7
Contoh Berita Kemalangan
BUKIT JELUTONG, 24 Mac- Empat orang penduduk maut selepas rumah yang
didiami tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Jelutong jalan keluar menghala
ke arah Lebuh Raya Lembah Klang.Kejadian tanah runtuh itu berlaku kira- kira jam
2.00 pagi ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.
Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ),telah mengenalpasti punca kejadian
yang berlaku akibat daripada pergerakan bawah tanah.Hujan yang berpanjangan
sepanjang hari dan berterusan telah memburukkan lagi keadaan hingga terjadinya
tanah runtuh.Menurut penduduk punca kejadian tersebut juga dipercayai berkaitan
dengan projek pembinaan di lereng bukit tepi jalan Bukit Jelutong.
Usaha pencarian mangsa yang tersekat masih diteruskan oleh pasukan khas
SMART.Operasi mencari mangsa menjadi sukar kerana cuaca hujan ditambah banjir
yang berterusan tanpa henti.
Mangsa-mangsa kejadian telah ditempatkan di pusat penempatan yang
berhampiran.Terdapat juga beberapa orang yang menumpang di rumah saudara
mara.Wang pampasan ganti rugi dan bantuan wang serta kemudahan infrastruktur
asas akan diberikan oleh pihak kerajaan.Jumlah kos kemusnahan masih lagi dalam
siasatan.
Sehubungan dengan itu,penubuhan satu jawatankuasa khas telah diwujudkan bagi
menyiasat kejadian tanah runtuh dengan lebih terperinci.Oleh kerana tidak memiliki
sijil permit pembinaan yang sah,projek pembinaan di lereng telah pun diberhentikan
oleh pihak berkuasa.
8
Senarai Semak Karangan Berita
Bil Format Semak kendiri Semak Rakan
1 Nama tempat – ditulis di sebelah
kiri perenggan pertama dengan
huruf besar dan diikuti tanda
koma.
2 Tarikh- ditulis selepas nama
tempat dan bubuh tanda sempang
(-).
3 Isi berita- Didahului dengan isi
utama dan isi-isi yang kurang
penting dikemudiankan.
4 Penutup- ringkas dan padat.
9
Penilaian Bilik Darjah ( PBD )
Pernyataan Tahap Penguasaan Keseluruhan
Menulis Karangan Berita
Nama Murid :
Tingkatan :
Tarikh :
TAHAP PENYATAAN Next Step
PENGUASAAN
Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
1 meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
Sangat Terhad grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
2 menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
Terhad mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap sangat terhad.
3 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
Memuaskan meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
4 membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
Baik menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
5 gramatis pada tahap terhad.
Sangat Baik Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap memuaskan.
Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap kukuh.
Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap tekal dan terperinci.
10
6 Menulis ungkapan, ayat dan pendapat dengan betul,
Cemerlang meringkaskan maklumat, mengadaptasi prosa dan bahan
grafik,
membina kerangka dan menghasilkan penulisan dengan
menggunakan bahasa yang menarik dan gramatis serta
mengedit dan menyunting teks dengan betul, tepat dan
gramatis pada tahap tekal, terperinci dan menjadi
teladan.
Tandatangan
Guru
Nama Guru
11