Suatu masa dahulu, hiduplah Sang Serigala
yang menghabiskan masanya memerhatikan
sekawan biri-biri. Ia membayangkan sedang
memakan biri-biri itu.
Serigala sering mendekati kawanan biri-biri
dengan bertujuan untuk menangkap anak biri-biri.
Akan tetapi, penggembala cepat bertindak
dengan menghalau serigala daripada menghampiri
ternakannya.
Suatu hari, Sang Serigala berjalan di hutan
lalu terjumpa kulit biri-biri yang using. Ia
pun mendapat idea lalu memakai kulit biri-
biri itu seperti memakai baju.
Sang Serigala pun mendekati
kawanan biri-biri lalu
merancangkan sesuatu.
Sang Serigala pun
meneruskan lakonannya
bermain dengan biri-biri
sehingga waktu malam.
Akan tetapi, penggembala telah merancang
untuk memasak rendidih anak biri-biri sebagai
hidangan makan malam tanpa diketahui Sang
Serigala. Penggembala ternampak anak biri-biri
yang yang besar lalu menangkapnya.
Selepas menangkap biri-biri itu, penggembala
terus menyembelihnya. Alangkah terkejutnya
penggembala apabila melihat biri-biri tersebut
adalah seekor serigala yang memakai kulit biri-
biri.
PENGAJARAN
Jangan cuba menyamar sebagai orang lain
kerana jika tidak, bala akan menimpa.