1 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) PERMULAAN MAJLIS Sebelum memulakan perhimpunan minggu ini / semua guru / PPM / dan murid / diminta bangun dengan senyap / dan berdiri tegak. Bagi memulakan perhimpunan pagi ini / Kita akan sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku / Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Lagu Negaraku Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan ( 2 kali ) Raja kita selamat bertakhta
2 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Lagu Wilayah Persekutuan Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah Maju Membangun Dijulang Megah Aman Sentosa Disepanjang Masa Teguh Disemai Sentiasa Membara Semangat Setiap Warganya Cergas Mindanya Semangat Waja Pada Wilayah Ditumpah Setia Hormat Hormati Penuh Mesra Bersatulah Berbaktilah Semua Warga Wilayah Sayangilah Lindungilah Sepenuh Jiwa Raga Kita Jaga Keharmonian Semua Maju Sejahtera Wilayah Persekutuan
3 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Lagu Sekolah : Berusaha, Berilmu, Berbakti SK Seri Nilam yang dicintai Bermegah semua warganya Berusaha, berilmu serta berbakti Menuju ke arah satu cita Terus menerus tiada hentinya Tuntut ilmu hingga berjaya Ke arah mencapai wawasan kita Cita-cita akan jadi nyata Hormat-menghormati dan beradab sopan Menepati masa amalan kami semua Cintakan kebersihan, ikhlas dan amanah Kami jadikan pegangan bersama SKSN terus gemilang Demi bangsa juga negara Doa serta restu kami pohonkan (2 kali) Kejayaan milik kita …………………………………………………………………………… Terima kasih diucapkan atas nyanyian sebentar itu tadi. Assalamualaikum, Selamat sejahtera dan selamat pagi.
4 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Yang Berusaha / Puan Guru Besar / Puan Noor Asmah binti Shariff / guru-guru penolong kanan / guru-guru / PPM / dan rakan-rakan sekalian. Bagi memberkati perhimpunan pada pagi ini / majlis menjemput / pengawas yang bertugas untuk membacakan doa. Dipersilakan.
5 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) ------------------(bacaan doa)---------------------- Ya Allah Ya tuhan Kami, Tuhan yang menguasai / langit dan bumi./ Hanya padaMu sahaja / kami panjangkan kesyukuran / atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan perhimpunan ini, / kami mohon inayah dan taufikMu. / Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian / serta kesihatan jasmani / dan rohani. / Bukakanlah hati-hati kami, / lapangkanlah dada kami / menerima ilmu dan pengetahuan / serta bimbingan / para guru yang kami kasihi./
6 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami mohon dengan kudrat dan iradatMu,/ berikanlah kekuatan dan ketabahan / menghadapi perjuangan menimba / dan mencari ilmu pengetahuan, / anugerahkanlah kejayaan / dan kecemerlangan / kepada kami / muridmurid SK Seri Nilam. Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram, Tambahkanlah kepada kami / kecintaan kepada segala kebaikan,/ Jadikanlah kami,/ guru-guru kami, / pemimpin-pemimpin kami / terus beristiqamah / berkhidmat menabur bakti / membangunkan umat, / masyarakat, bangsa dan agama.
7 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Seterusnya / majlis menjemput pengawas yang bertugas / untuk membacakan Ikrar Rukun Negara / Ikrar Perjanjian Peraturan Sekolah / serta Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Dipersilakan Rukun Negara Bahawasanya kami / rakyat Malaysia / berikrar / akan menumpukan / seluruh tenaga / dan usaha kami / untuk mencapai / cita-cita tersebut / berdasarkan / di atas / prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan.
8 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Perjanjian Peraturan Sekolah Kami warga SKSN sentiasa: • Tepati Masa • Bertanggungjawab • Jaga Kebersihan • Hormati Orang Lain • Bijak Belajar • Utamakan Keselamatan
9 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) VISI & MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA VISI “PENDIDIKAN BERKUALITI / INSAN TERDIDIK/ NEGARA SEJAHTERA” MISI “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” Terima Kasih saya ucapkan kepada Pengawas yang bertugas. ----------------------------------------------------
10 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Semua guru dan murid dipersilakan duduk dengan senyap dan teratur. --------(pastikan murid telah bersedia)--------- Seterusnya, majlis ingin menjemput wakil guru yang bertugas pada minggu lepas untuk memberikan laporan. Dipersilakan. …………………………………………..
11 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Sekarang, Majlis ingin menjemput wakil guru yang bertugas pada minggu ini untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. Ucapan Guru Bertugas • Sekarang cikgu akan memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Mereka adalah : En / Pn / Cik……… (sebutkan nama penuh guru) • Sekiranya ada apa-apa masalah, muridmurid boleh berjumpa dengan guru-guru yang telah disebutkan tadi. …………………………………………………. ***JIKA ADA PERKARA BERIKUT: PENYAMPAIAN HADIAH / SIJIL / ANUGERAH KELAS TERBERSIH / WAKIL SEKOLAH/ SUKAN / PERMAINAN SILA RUJUK MUKA SURAT 15 & 16 *** JIKA TIADA, TERUSKAN PADA MUKA SURAT 12.
12 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Dengan ini / majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan : (Puan Guru Besar, PUAN NOOR ASMAH BINTI SHARIFF) (GPK Tadbir Dan Kurikulum, EN.SAIFUL ADLI BIN ABDUL RAZAK) (GPK Hal Ehwal Murid, EN. RAZIMAN BIN RAMLEE) (GPK Kokurikulum, MOHD NORUL HAFFISZ BIN NORDIN) (GPK PPKI, CIK HASZANARITA BT HASIM) Untuk memberikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ………………..
13 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Terima kasih diucapkan kepada/ …………………………… di atas ucapan /dan amanat beliau / sebentar tadi. Murid-murid diminta berdiri dengan senyap. ……..(pastikan semua murid berdiri).....
14 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) Bagi menutup perhimpunan pada pagi ini / majlis menjemput pengawas yang bertugas untuk membacakan Surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah. Dengan ini perhimpunan boleh bersurai. Mohon bantuan pengawas Tahap 2 untuk menyusun kerusi.
15 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) PENYAMPAIAN HADIAH / SIJIL / ANUGERAH KELAS TERBERSIH / WAKIL SEKOLAH/ SUKAN / PERMAINAN ( JIKA ADA ) Dipersilakan Yang Berusaha, Puan Guru Besar / GPK Tadbir dan Kurikulum / GPK HEM / GPK Kokurikulum / GPK PPKI……. (sebutkan nama) (Puan Guru Besar, PUAN NOOR ASMAH BINTI SHARIFF) (GPK Tadbir Dan Kurikulum, EN.SAIFUL ADLI BIN ABDUL RAZAK) (GPK Hal Ehwal Murid, EN. RAZIMAN BIN RAMLEE) (GPK Kokurikulum, MOHD NORUL HAFFISZ BIN NORDIN) (GPK PPKI, CIK HASZANARITA BT HASIM)
16 | B U K U R U J U K A N P E R H I M P U N A N R A S M I S E K O L A H ( S K S E R I N I L A M ) untuk menyampaikan hadiah / sijil kepada …………………………………… • Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar / GPK Tadbir dan Kurikulum / GPK HEM / GPK Kokurikulum / GPK PPKI….. (sebutkan nama) atas penyampaian hadiah / sijil sebentar tadi.