The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohaz, 2024-05-22 22:51:35

USAHAWAN DALAM SS

BHG.C S2

3.2.2 USHAWAN :ANALISIS TEKS SS PEMBANGUNAN NEGARA:KMK STPM OLEH MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN SMK BUKIT PAYONG SEMESTER 2


1 3.2.2 USAHAWAN HASIL PEMBELAJARAN Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara 1. 1 DEFINISI MENGIKUT KAMUS DEWAN 1.1.1 USAHAWAN -Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat (2007) usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan,pengusaha. 1.1.2 KEUSAHAWANAN - Keusahawanan merujuk kepada (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran ushawan(KDE keempat 2007) 1.2 KONSEP PENGUSAHA - Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan - Pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industry atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. 1.3 KONSEP USAHAWAN -Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara seperti: i) mencari peluang perniagaan ii) memenuhi keperluan orang ramai iii) sedia membuat inovasi untuk tingkatkan daya pengeluaran iv) mengambil risiko yang telah dipertimbangkan 1.4 RUMUSAN KONSEP -Usahawan akan menjalankan aktiviti keusahawanan iaitu mencari peluang perniagaan,memberi perkhidmatan dan menyediakan keperluan kepada orang ramai,membuat perubahan serta mencipta sesuatu yang memberi faedah dan mampu mendapat untung. -Kegiatan usahawan mampu menyumbang kepada pembangunan negara sama ada dari sudut ekonomi,politik dan sosial.


2 2.KRITERIA/CIRI-CIRI/SIFAT USAHAWAN a. Tidak harap kejayaan dalam sekelip mata b. Berkeyakinan tinggi c. Sedar kepentingan sumbangan kepada masyarakat dan negara d. Sentiasa mencari peluang perniagaan e. meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan peribadi f) berkemahiran perancangan strategik dan pengurusan strategik g) Komitmen tinggi untuk capai kemajuan berterusan h) sanggup mengambil risiko yang telah dipertimbangkan i) Rajin dan tekun j) berani megambil risiko k) kreatif dan inovatif l) bersedia buat pembaharuan untuk tingkat daya pengeluaran m) dapat memenuhi keperluan orang ramai n) bijak merebut peluang o) mengusahakan perniagaan yang memberi kebaikan kepada diri dan masyarakat 3. BIDANG KEUSAHAWAN DALAM TEKS SULALATUS SALATIN -berdasarkan keperluan masyarakat zaman berkenaan 3.1 Perusahaan membuat makanan-membuat kuih Contoh: Bab IV-Tuan Jana Khatib telah dibunuh di ujung negeri,tempat orang membuat bikang(s).Darahnya setitik jatuh ke tanah lalu ditutup dengan tudung bikang(a). Dengan hasil jualan bikangnya(BA),perempuan yang menutup darah itu menjadi kaya(M) (Siapa,Apa,BAgaimana,Mengapa=SABAM formula untuk contoh) 3.2 Perusahaan membuat pakaian-membuat corak kain,menyulam,menjahit Contoh: Hang Nadim(s) dititahkan ke Benua Keling oleh Sultan Mahmud Syah “kerana terlalu pandai berpekerjaan” untuk membeli kain serasah 40 bagai,1 bagai 10 helai ,..1 helai 40 jenis bunga(a).. Menumpang Kapal Hang Isap. Mengadap Raja Keling. Raja Keling menghimpunkan 500 orang yang mahir corak kain tapi tidak memenuhi kehendak Hang Nadim. (BA)Cuma 2 orang sahaja yang pandai mencorak.Akhirnya Hang Nadim lukis sendiri.(m)


3 3.3 Menternak Haiwan- memproses ternakan dan menjual daging Contoh: Tun Mutahir(s) yang membela ternakan(a),selain itu beliau menjual daging kerbau(ba) dan dikatakan kerbau yang dipeliharanya banyak,jika anak buahnya tidak beroleh perburuan maka ditikamnya & disembelih 2 atau 3 ekor kerbau BSM TM di Kayu Ara..sebagai …(m) sumber pendapatan 3.4 Perniagaan -dalam kalangan penduduk Melaka Contoh: Zaman sultan Mansur Syah ,Melaka telah menjadi pusat perniagaantempat tumpuan segala dagang datang berdagang seperti rempah ratus dari Ketara, tembikar dari China dan lain-lain.Pedagang dari Arab telah menggelarkan Melaka dengan nama “Malakat” yang bermaksud perhimpunan segala dagang. 3.5 Perusahaan membuat keris-menempa keris dan membuat sarung keris Contoh:Di Melaka -Sang Guna(s) pandai membuat keris(a)-merupakan tukang keris tempa Melaka yang mahir(b) dan dikagumi/disayangi oleh Sultan Mahmud Syah.(m)


Click to View FlipBook Version