NOTA CINTA AKAN ALAM SEKITAR KAJIAN TEKS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR [Document subtitle] SEMKIP KMK STPM GRAFIK OLEH:CIKGU MOHAZ
1 NAMA:NIK NORSYAMINA RASYIQAH BINTI NIK RUSLAN ANGKA GILIRAN:ST0117/1037 TINGKATAN:6A KMK SEMESTER:2/2020/2021 TAJUK PEMBENTANGAN:CINTA AKAN ALAM SEKITAR DALAM TEKS SBDKL [PEMBANGUNAN MASYARAKAT] Kertas kerja ini telah diselia,ditambah baik,diperbaiki dan disemak oleh cikgu Mohd Hazli Bin Che Othman sebagai guru subjek KMK. “KMK MESTI A”
2 ISI KANDUNGAN HALAMAN TAJUK/PERKARA 1.AM:MAKSUD SETIAP PERKATAAN 3 2.0 KONSEP CINTA AKAN ALAM SEKITAR 3 2.1.PERASAAN AMAT SAYANG AKAN ALAM SEKITAR 4 2.1.1 ANALISIS PERASAAN CINTA AKAN ALAM SEKITAR DALAM TEKS SBDKL 4 2.2 PROLOG BERKAITAN GAMBARAN PERI PENTINGNYA CINTA AKAN ALAM SEKITAR 5 3.0 USAHA MEMUPUK RASA CINTA 7 AKAN NEGARA 4. 0 KEPENTINGAN ALAM SEKITAR 7 5.0 PERANAN/FUNGSI ALAM SEKITAR DALAM SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR 8 6. 0 BAHAN RUJUKAN 10
3 CINTA AKAN ALAM SEKITAR [ SBDKL ] HASIL PEMBELAJARAN Calon seharusnya dapat: a) menyatakan rasa cinta akan alam sekitar 1.0 Am:Maksud setiap perkataan Maksud cinta-perasaan sayang Maksud Alam-dunia,bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi Maksud sekitar-di tempat atau di sekeliling (nota tambahan daripada cikgu Hazli) 2.0 KONSEP CINTA AKAN ALAM SEKITAR Cinta akan alam sekitar bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan ( cinta akan ) kepada segala yang ada di langit dan dibumi ( bumi , binatangbinatang , tumbuh tumbuhan , sungai , hutan rimba dan lain-lain ) yang berada di sekeliling kita( Kamus Dewan Edisi Keempat ; 2007 ) . Alam sekitar berdasarkan kefahaman “ environmentalisme “ merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia ( A. Bullock & O.Stallybrass , 1997 ) . Jadi cinta akan alam sekitar ialah perasaan sayang kepada segala yang ada di langit dan di bumi yang wujud secara semula jadi.
4 2.1 PERASAAN AMAT SAYANG AKAN ALAM SEKITAR Rajah 1: Perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan alam sekitar Dalam Teks SBDKL 2.1.1 Analisis Perasaan cinta akan alam sekitar dalam teks SBDKL *beri mana-mana perasaan cinta akan alam sekitar lain yang bersesuaian(gunakan kata kerja untuk menyatakan perasaan cintakan alam sekitar. Perasaan Cinta akan alam sekitar (terhadap apa?) 1.Takjub keindahan jeram 2.Kagum keindahan sungai 3.Menjaga keindahan alam sekitar 4.Memulihara Habitat hidupan liar Perasaan Amat Sayang Akan Alam Sekitar Melindungi Menghargai Menjaga Mengekalkan Pemuliharaan Takjub/Kagum Memelihara Pemuliharaan
5 2.1.1.1 Fakta (perasaan) Menghargai keindahan jeram Contoh Ketika Sudin dan Sarip di bawa oleh Ali ke suatu kawasan mereka telah memandang ke hulu kelihatan batu-batu besar bertingkat-tingkat menakjubkan dicelah-celah aliran sungai yang menggemuruh mendesah berlompatan turun yang dikenali sebagai Jeram Medang.Mereka sangat takjub dengan Jeram Medang yang tidak berapa tinggi,melandai kira-kira 25 darjah sepanjang kira-kira dua puluh rantai.Jeram itu ada empat lapis atau empat tingkat.Tiap-tiap satu lapis dipisahkan oleh sebuah lubuk yang tenang dan jernih seperti kolam mandi beriak-riak kecil ditiup angin bukit. 2.1.1.2 Fakta (perasaan) Menghargai keindahan sungai Contoh Mereka (merujuk kepada Ali,Sudin dan Sarip ) sampai ke tebing;tidak tinggi tebingnya,malah di sana sini ada yang dua kaki sahaja.Sungai itu berbatu-batu pejal,bulat-bulat.Di sana sini ada batu besar seperti busut…mereka membuka kasut…lalu meranduk air jernih yang dingin. (nota tambahan daripada cikgu Hazli) 2.2 PROLOG BERKAITAN GAMBARAN PERI PENTINGNYA CINTA AKAN ALAM SEKITAR Dalam novel Saudagar Besar Dari kuala Lumpur , dapat dilihat bagaimana perancangan rapi sebelum pembukaan lombong dilakukan . Kerisauan penduduk kampung terhadap aktiviti yang mungkin boleh memusnahkan alam adalah gambaran betapa masyarakat berfikir peri pentingnya alam sekitar . Perkara tersebut juga diperjuangkan oleh Rahim yang sentiasa mengikuti perkembangan kegiatan bapanya di Jeram Medang walaupun dia berada jauh di luar negara . Susun atur tempat operasi perlombongan dirancang sebegitu rupa agar kegiatan yang dilakukan tidak mengancam
6 lestari alam sekitar sedia ada . Projek membuka ladang orkid sebenarnya dihasrat oleh isteri Encik Muhammd iaitu Cik Puan Tipah . Encik Muhammd datang kerumah abangnya untuk menyatakan hasrat isterinya membuka ladang orkid . Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah juga ada bercadang untuk memajukan tanah mereka di Jeram Medang unuk dijadikan tempat percutian yang indah . Mereka juga ada bercadang memagar kawasan hutan untuk dijadikan tempat buruan kecil dan bercadang untuk membina motel di tanah tersebut . Di samping itu , Ali yang sedang mengetuai pembersihan tanah untuk membuka ladang orkid yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah dipanggil oleh Sudin untuk hadir ke rest house untuk membincangkan suatu perkara penting dan mendapat tahu bahawa semua kebun tersebut milik Penghulu Mahmud dan orang yang mendirikan rumah dan pondok di situ hanya menumpang , begitu juga dengan tanah lapang , gerai-gerai dan tanah seberang sungai . Projek perumahan rumah murah yang ingin diusahakan untuk kekuatan penduduk kampung itu sebenarnya adalah untuk kekuatan politiknya di wilayah Tualang manalaka tauke chan ingin menambahkan kekayaan dan sudin berhajat untuk mendapat pertolongan daripada Yang Berhormat Mohd Yusuf untuk melunaskan hutangnya yang banyak . Kini tugas , sudin hanya mencari jalan untuk bagaimana untuk menghadapi keluarga Penghulu Mahmud kerana projek perumahan itu melibatkan tanah pusaka keluarga tersebut . Namun , YB Muhd Yusuf berasa gusar kerana ada tanda-tanda usaha tanaman orkid itu akan menjadi penghalang kepada projek perumahan tersebut . YB Muhd Yusuf bimbang rancangannya akan digagalkan oleh Encik Muhammad . ( kupasan daripada teks hlm.47-49, SDBKL:2018)
7 3.0 USAHA MEMUPUK RASA CINTA AKAN ALAM SEKITAR DI JERAM MEDANG Mengekalkan ekosistem semulajadi – Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah mengusahakan ladang orkid di Jeram Merdang Mengalakkan pertumbuhan sektor pelancongan – Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah bercadang untuk memajukan tanah di Jeram Medang untuk dijadikan tempat percutian yang indah serta bercadang untuk membina hotel di tanah tersebut Mempergiatkan projek pembangunan kampung – YB Muhammad Yusuf menjalankan satu projek pembangunan untuk mendirikan rumah murah bagi penduduk kampung , khasnya mereka duduk menumpang di atas tanah keluarga Penghulu Mahmud 4.0 KEPENTINGAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN MASYARAKAT 4.1 Mengekalkan ekosistem flora dan fauna terpelihara Generasi akan dating dapat melihat sendiri keindahan alam semula jadi jika ekosistem flora dan fauna dapat dikekalkan 4.2 Menambah pendapatan negara/sektor ekonomi Kehadiran pelancong bukan sahaja membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,malah turut menyumbang kepada ekonomi negara 4.3 Menarik pelancong /menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan Alam sekitar yang terpelihara mampu menggamit lebih ramai pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara. 4.4 Memulihara habitat hidupan Liar Habitat hidupan liar yang semakin terjejas akibat penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan perlu dipulihara bagi mengelakkan kepupusan hidupan liar tersebut seperti pelanduk. 4.5 Mengelakkan pencemaran demi kelangsungan hidup generasi akan datang Usaha memulihara alam sekitar bukan sahaja untuk menjamin kelangsungan hidupan flora dan fauna,malah secara tidak langsung dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar dengan adanya kesedaran dalam diri individu demi kelangsungan hidup generasi akan datang pula. (nota dibaiki& dikemaskini oleh cikgu Hazli)
8 5.0 PERANAN/FUNGSI ALAM SEKITAR YANG TERDAPAT DALAM SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR Alam sekitar pencetus minat dan hobi untuk mengisi masa lapang dan membentuk gaya hidup.Persekitaran rumah Cik Puan Tipah yang merupakan kawasan elit di Kuala Lumpur menggalakkan Cik Puan Tipah mengusahakan kebun orkid secara kecil-kecilan.\ Alam sekitar menimbulkan idea untuk mengkomersialkan hobi atau minat. Kawasan yang redup,sejuk dan bersuhu rendah di Jeram Medang menimbulkan minat mendalam kepada Cik Puan Tipah untuk mengkomersialkan tanaman orkidnya dan akan menggunakan kira – kira lima ekar tanah milik keluarga suaminya . Alam sekitar dan rupa bumi sebagai pencetus motivasi dan memberikan ilham.Syarifah Mahani tidak melepaskan peluang untuk menghirup udara pagi yang segar dan bersih yang dianggap sebagai pembangkit semangat(motivasi) kepada dirinya.Dia memerlukan udara yang segar sebelum berangkat ke tempat kerja kerana tugasannya yang banyak dan fikirannya yang berserabut memikirkan hubungannya dengan kekasihnya,Rahim. Alam sekitar dan rupa bumi memupuk intergrasi atau perpaduan masyarakat setempat. Sungai di Kampung Pulai menjadi tempat Mak Minah(ibu Sudin) dan wanita-wanita di kampung itu membasuh pakaian dan menjadi tempat berkumpul.Ketiadaan air paip menjadikan
9 sungai sebagai sumber alam untuk memenuhi keperluan penduduk kampung yang akhirnya menjadikan hubungan masyarakat kampung bertambah erat(keluar memmbasuh pakaian beramai-ramai secara serentak).Hubungan integrasi sesame penduduk kampung meningkat. Aktiviti riadah – beberapa orang kampung kerjanya menjala atau memancing sahaja dan kadang-kadang ada yang berkelah Alam sekitar mencetus aktiviti ekonomi perladangan seperti import eksport lada hitam – Encik Muhammad akan bermesyuarat dengan Tan sri Syed Aris dan pegawai kanan Firma Serba Dagang Internasional berkaitan dengan pembukaan ladang hitam bagi memenuhi kontrak membekalkan lada hitam kepda Frankfurt ImportEksport di Jerman Alam sekitar telah membangkitkan semangat anak muda dalam menceburi bidang perniagaan – Ali asalnya bekerja sebagai pemandu kereta kepada encik Muhammad tetapi berkat motovasi , panduan dan tunjuk ajar encik Muhammad dan cik puan tipah dia semakin berminat menyertai dunia perniagaan dan menguruskan ladang orkid di Jeram Merdang Menjadikan alam sekitar sebagai sumber pendapatan tambahan- YB Muhammad Yusuf tetap bergiat aktif menceburi dunia perniagaan dengan membuka kilang papan sebagai kegiatan sampingan Menjadikan sumber ilmu – Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah membuka ladang orkid untuk mengajar anak-anak muda kampung ilmu menanam orkid (nota dibaiki& dikemaskini oleh cikgu Hazli)
10 BAHAN RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Keris Mas (2013). Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Muhammad Fudhail Bin Ishak (2019) Kesusasteraan Melayu Komunikatif . Selangor ; Local Publications[M] SDN BHD Wan Addenan Bin Wan Ahmad (2013) Sastera dan Pembangunan . Kuala Lumpur :??(nama penerbit) * sila susun nama mengikut abjad * Perhatian kepada pelajar yang lain sila ikut panduan ini untuk menulis bibliografi BAHAN RUJUKAN/BIBLIOGRAFI Pekara yang perlu ditulis Tulis nama(tahun). Tajuk-dimiringkan/italic.Tempat diterbitakan dan nama penerbit. Contoh: Ali Bin Abu (1998). Analisis Komprehensif Permata Sastera STPM. Kuala Lumpur: Pustaka ABC. halaman/ms 1 telah dibaiki oleh cikgu