3.2.1 PERTANIAN DALAM TEKS SBDKL STPM-KMK: SEMESTER 2: BAHAGIAN C
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN TEKS SBDKL 1 HASIL PEMBELAJARAN DIAKHIR PELAJARAN PELAJAR DAPAT: a) Mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara -Perkara penting yang perlu pelajar kuasai dalam topik ini ialah jenis aktiviti ekonomi dan apa sumbangan kegiatan ekonomi tersebut kepada pembangunan negara KONSEP EKONOMI -Ilmu berkaitan pengeluaran,pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan -Segala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain. A.KONSEP PERTANIAN -Pertanian merujuk kepada perihal bertani(tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam.Pertanian terdiri daripada pertanian sara diri dan pertanian campur. -Selain itu,kegiatan pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,penternakan,perikanan,dan perhutanan. -Pertanian penting dalam mewujudkan lebihan makanan yang membolehkan negara berkembang maju. B.ANTARA AKTIVITI& KEGIATAN EKONOMI DALAM NOVEL SBDKL AKTIVITI KEGIATAN Perusahaan/pengilangan- kilang papan Menanam orkid Pengeksportan&pengimportan Memungut hasil hutan Perniagaan runcit/pengusahaan kedai makan Menanam getah Pengusahaan restoran Menanam kelapa perkhidmatan Mengusahakan dusun perlombongan Menangkap ikan perladangan Menanam padi Menanam lada hitam
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN TEKS SBDKL 2 INGAT DAN BERHATI-HATI! Aktiviti ( PeN-) Kegiatan (MeN-) - Penangkapan ikan Menternak ikan -Penternakan binatang Menternak binatang -Pemungutan hasil hutan Memungut hasil hutan -Penanaman padi Menanam padi -Pengusahaan dusun Mengusahakan dusun -Penyadapan kelapa Menyadap kelapa * Jika pelajar tulis perkataan kata akar sahaja seperti lada hitam,dusun,padi,tanaman orkid,getah-maka ia menjadi sektor pertanian bukan akiviti atau kegiatan.===(sektor pertanian lada hitam dll) C.KEGIATAN EKONOMI & SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 1. Mengusahakan estet/ladang getah - merangsang pertumbuhan ekonomi negara Contoh: Datuk Tan teringat akan estet getahnya di Pekan Tualang seluas 180 ekar saja (ms 11) KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 2. Menoreh getah -Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat *Contoh: “Di sini tak ada mata pencarian selain menorah getah,menjadi buruh tali air(ms 41) KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 3. Menanam orkid -Mempelbagaikan produk yang mampu menjana pendapatan negara *Contoh: “…tanah kita ini memang sesuai untuk tanam orkid(ms 22) KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 4. Menangkap ikan -Meningkatkan pendapatan rakyat dan negara -Meningkatkan sumber makanan Contoh: ada juga seorang berdua yang bekerja menangkap ikan menjala di Sungai Tualang (ms 41) KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 5. Menanam lada hitam -Menjana pendapatan yang lumayan kepada pengusaha -Meningkatkan/menambah pendapatan negara Contoh: Syarikat Serba Dagang International berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam kepada Syarikat Frankfurt Import-Eksport di Jerman selama 7 tahun.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN TEKS SBDKL 3 D.CONTOH SOALAN STPM P2/S2 2015 6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan saranan untuk memajukanekonomi yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara. [25] CADANGAN ISI JAWAPAN Memperluaskan kerjasama dalam bidang ekonomi – kerjasama En. Muhammad dan Datuk Tan dalam perniagaan lada hitam dan perlombongan bijih timah. Meluaskan pasaran ke luar negara – En Muhammad mengeksport lada hitam selain daripada Jerman. Mempelbagaikan/memperbanyakkan jenis (produk) perniagaan – En. Muhammad ada perancangan untuk mendapatkan tanah untuk kegiatan perlombongan. Beliau juga bercadang menjadikan Jeram Medang sebagai tempat pelancongan. Melibatkan lebih banyak jaringan keluarga dalam perniagaan. Meneroka bidang ekonomi baru. Melaksanakan kajian atau R&D dalam sektor ekonomi yang berdaya maju. Menghasilkan produk lain berasaskan sumber/bahan sedia ada. Menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti ekonomi yang diceburi
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN TEKS SBDKL 4 E. SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU STPM 2021 SEM.2 6. Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan kegiatan pertanian yang mampu merangsang pembangunan sesebuah negara. [25] Cadangan Jawapan PERENGGAN PENDAHULUAN/PENGENALAN[3m] AYAT PENGENALAN HURAIAN AYAT 1 Pertanian merujuk kepada perihal bertani(tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam. Pertanian terdiri daripada pertanian sara diri dan pertanian campur. AYAT 2 Selain itu,kegiatan pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,penternakan,perikanan,dan perhutanan. Pertanian penting dalam mewujudkan lebihan makanan yang membolehkan negara berkembang maju. AYAT 3 Antara kegiatan pertanian yang mampu merangsang pembangunan negara ialah menanam padi huma,memungut hasil hutan,menternak kerbau dan lain-lain. ATAU AYAT PENGENALAN HURAIAN AYAT 1 Pertanian ialah perihal bertani, perusahaan bercucuk tanam. Pertanian terdiri daripada pertanian sara diri dan pertanian campur. AYAT 2 Kegiatan pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,penternakan,perikanan,dan perhutanan.Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun,dengan penanaman,perikanan dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan negara berkembang maju. AYAT 3 Antara kegiatan pertanian yang mampu merangsang pembangunan negara ialah menanam lada hitam,menanam orkid,menanam getah,menanam kelapa dan menanam padi.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN TEKS SBDKL 5 PERENGGAN ISI [20m] FAKTA 1 Menanam lada hitam Huraian Fakta Penanaman lada hitam merupakan salah satu kegiatan pertanian yang mampu merangsang pembangunan sesebuah negara. Lada hitam merupakan sejenis rempah yang amat popular di seluruh dunia,mempunyai pelbagai kegunaan sama ada dalam bidang masakan mahupun dalam bidang perubatan.Maka tidak hairanlah jika penanaman lada hitam ini mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Contoh Encik Muhammad,melalui syarikatnya iaitu Syarikat Serba Dagang International berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam kepada Syarikat Frankfurt Import-Eksport di Jerman selama 7 tahun. KK Jelaslah,kegiatan menanam lada hitam menjana pendapatan yang lumayan dan secara tidak langsung ia mampu menambah pendapatan negara apabila hasil tanaman tersebut di eksport ke luar negara. FAKTA 2 Menanam orkid Huraian Fakta Kegiatan pertanian menanam orkid juga boleh merangsang pembangunan negara.Tanaman orkid merupakan tanamana yang mempunyai pasaran tempatan yang luas dan boleh dieksport ke luar negara disebabkan bunganya yang cantik dan tahan lama. Contoh Encik Muhammad memaklumkan kepada Penghulu Mahmud yang dia bercadang hendak menggunakan tanah di kawasan Jeram Medang untuk projek penanaman orkid yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah. Tujuannya untuk mengajar pemuda kampung berusaha menanam orkid untuk dijadikan perniagaan kerana orkid mempunyai pasaran di Bandar dan boleh dieksport ke luar negara. KK Jelaslah ,kegiatan menanam orkid memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi setempat dan seterusnya agar dapat meningkatkan pendapatan negara apabila berlakunya eksport bunga orkid ke luar negara.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN TEKS SBDKL 6 FAKTA 3 Menanam getah Huraian Fakta Pertanian bukan hanya melibatkan proses penanaman pokok renek bermula dari biji benih tetapi ia juga melibatkan proses penanaman pokok yang melibatkan penuaian hasil sepanjang masa seperti pokok getah.Hasil tuaian dari pokok getah boleh diproses dan dijadikan tayar kenderaan dan sebagainya.Bahan mentah yang dihasilkan melalui penanaman getah dapat digunakan dalam perindustrian dalam negara di samping dapat dieksport ke luar negara. Contoh Datuk Tan mengusahakan ladang getah peninggalan ayahnya seluas 180 ekar di Pekan Tualang KK Jelasnya kegiatan menanam getah penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negaranegara luar. FAKTA 4 Menanam kelapa Huraian Fakta Industri kelapa penting untuk memenuhi keperluan industri kelapa segar dan pemprosesan negara di samping berkeupayaan menjana sumber-sumber pertumbuhan yang baru berasaskan pokok kelapa. Contoh Penduduk kampung Pulai mengusahakan tanaman kelapa untuk kelangsungan hidup harian mereka. KK Jelaslah,kegiatan menanam kelapa masih merupakan industri penting kepada negara kerana ia menyumbang kepada sosioekonomi negara khususnya dalam pembasmian kemiskinan dalam kalangan pekebun kecil kelapa. FAKTA 5 Menanam padi Huraian Fakta Walaupun kegiatan menanam padi ini merupakan aktiviti ekonomi sara diri,tetapi ia mampu menjana hasil yang agak baik untuk menampung pengeluaran beras dan makanan negara.Pengeluaran padi ini sekiranya ia dipasarkan,ia mungkin dapat menjana pendapatan yang agak lumayan kepada pengusahanya. Contoh Penduduk kampung Pulai mengusahakan tanaman padi untuk sumber makanan dan keperluan harian mereka. KK Jelas kegiatan pertanian,khususnya kegiatan menanam padi merupakan aktiviti pertanian yang mampu menjana pendapatan kepada rakyat dan negara serta secara tidak langsung mampu menjana pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN [2] AYAT 1 Menyimpulkan apa2 yang dibincangkan/rumusan AYAT 2 Mengemukakan pandangan,saranan,cadangan,harapan