NUKILAN OLEH : CIKGU MOHAZ KMK STPM SEM.2 BHG C/SEMKIP *Nota ini hanya pandangan penulis sahaja.Sila berbincang dengan guru KMK anda. sem. 2 3.0 POLITIK (PEMBANGUNAN NEGARA) KAJIAN TEKS: SULALATUS SALATIN & SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR EDISI KEMAS KINI 15 MEI 2024 BERSAMAAN 07 ZULKAEDAH 1445H NUKILAN :CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN @ CHE OTHMAN (SMK BUKIT PAYONG) SELAMAT MEMBACA DAN KMK MESTI A
1 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL 3.0 POLITIK 1.KONSEP -Mengikut Kamus Dewan,politik bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. -Politik ditafsirkan sebagai orang atau organisasi yang berkuasa dalam sesebuah negara khusunya dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan. -Jadi,politik mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negara. -Selain dari itu juga,politik merujuk kepada ilmu (pengetahuan) cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll) ilmu siasah,ilmu kenegaraan (kamus Dewan Edisi keempat,2007) -Justeru,politik boleh dikatakan sebagai orang(pemerintah) atau organisasi yang berkuasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan 2.Politik dan Sistem Pentadbiran berdasarkan SS POLITIK Peraturan & undang2 Raja mempunyai daulat raja berkuasa mutlak derhaka pembsr yg berwibawa &bijaksana pelantikan/ peganti raja& pbsr berdasarkan keturunan/ wasiat perluasan kuasa& jajahan takluk hubungan diplomatik rakyat setia dasar ekonomi/ percukaian
2 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL 3.Politik dan Sistem Pentadbiran berdasarkan novel SBDKL POLITIK SBDKL Peraturan & undang2 Institusi Sultan raja sebagai simbol perpaduan taat setia rakyat pemimpin yg berwibawa pemimpin yang amanah &bertanggunjawab Dasar ekonomi(DEB dan perdagangan) Islam& pentadbiran sistem pentadbiran Pemilihan wakil rkyt melalui pilihan raya
3 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL KEPENTINGAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA. 4. ANALISISI POLITIK-TEKS KAJIAN SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) a) Peraturan& undang2 -Undang-undang yang wujud dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka berbeza daripada undang-undang yang terdapat pada hari ini kerana ia tidak semestinya menerangkan peraturan yang tertulis sahaja. Ia menjangkaui peraturan dan resam, adat yang diistiadatkan, etika,norma dan akhlak. Peraturan& undang2 -dijadikan sebagai panduan setiap rakyat untuk setia kepada raja dan negara.Pesalah yang melakukan derhaka,memfitnah,menggunakan hak raja, membunuh tanpa izin raja akan dikenakan hukuman bunuh.Contoh: Hang Tuah yang difitnah bermukah dengan dayang raja telah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah. Kepentingan: Mengekalkan keabsahan golongan raja dan negara PEMBANGUNAN NEGARA kemakmuran keamanan kedaulatan keabsahan kestabilan kesejahteraan berdaya saing kemajuan keadilan keselamatan
4 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL b) Raja berdaulat -Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional konsep daulat ini merupakan satu sumber dan hak kuasa yang penting bagi raja. Rakyat mnghormati raja kerana daulatnya. Mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas mereka kalau mereka tidak patyyuh kepada daulat. Kejadian yang seperti ini dinamakan tulah (zainal abidin Abdul Wahid,2008:6) Sultan Mansur Syah mempunyai daulat sehingga menyebabkan Maharaja China yang menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah terkena penyakit kedal.Penyakit hanya sembuh setelah Maharaja China meminum dan mandi air basuhan kaki Sulatan Mansur Syah. Kepentingan: Mengangkat kedaulatan/kebesaran raja dan melahirkan negara yang dipandang tinggi. c) Sistem Beraja berkuasa mutlak -Menurut Khoo Kay Kim (1972), raja merupakan punca kewibawaan dalam sistem politik tradisional. Kuasa raja hampir mutlak dan baginda merupakan ketua bagi perkara yang bersangkutan dengan pentadbiran seperti ketua negeri atau empayar, agama islam,hakim,diplomatik dan perang. Sultan Mahmud Syah berkuasa mutlak dengan menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja yang dikatakan ingin menderhaka dan menjadi raja di Melaka. Kepentingan: Mengekalkan keamanan dalam negara. d) Pembesar yg berwibawa & bijaksana -Biasanya kewibawaan melibatkan autoriti iaitu keupayaan yang membolehkan seseorang itu menguasai atau mengarahkan orang lain atau mempunyai pengaruh yang kuat sebagai pemimpin. sebagai Bendahara, Paduka Raja,Tun Perak begitu berpengaruh dalam banyak perkara yang melibatkan pentadbiran kerajaan Melaka. Bendahara Paduka Raja Tun Perak merupakan pembesar yang berwibawa dengan tegas mengatakan keengganannya berajakan Raja Muhammad yang telah membunuh anaknya,Tun Besar sehingga menyebabkan Sultan Mansur Syah membuang Raja Muhammad ke Pahang untuk dirajakan. Kebijaksanaan Tun Perak terbukti apabila berjaya menakut-nakutkan tentera Siam yang ingin menyerang Melaka melalui strategi perangnya memasang puntung api di sepanjang pantai Melaka sehingga Siam membatalkan niat menyerang Melaka kerana menganggap puntung api itu sebagai jumlah tentera Melaka yang ramai. Kepentingan : Mengekalkan keamanan dalam negara e) Pelantikan pengganti raja/pembesar berdasarkan keturunan/wasiat -Dalam sistem politik kerajaan Melayu tradisional, pengganti raja ditentukan oleh raja yang memerintah. Lazimnya ia terdiri daripada anak lelaki yang sulung sama ada anak gahara atau putera daripada isteri anak bendahara.
5 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL Sultan Masur Syah dilantik sebagai raja menggantikan ayahndanya,Sultan Muzaffar Syah bagi memenuhi wasiat Sultan Muzaffar Syah. Manakala Bendahara Paduka Raja dilantik sebagai bendahara menggantikan Seri Nara Diraja setelah seri Nara Diraja melepasakan jawatan tersebut kerana menganggap Tun Perak lebih berhak kerana Tun Perak merupakan anak kepada Bendahara Seri Wak Raja. Kepentingan: Mengekalkan kestabilan politik dalam negara. f) Peluasan kuasa dan jajahan takluk - Sistem politik dan pemerintahan mempunyai petalian yang erat dengan aspek peluasan kuasa.Peluasan kuasa dan jajahan takluk menjamin kekuatan dan kedaulatan sesebuah kerajaan atau negara dari sebarang ancaman dan serangan dari negara luar. Peluasan kuasa juga dikatakan dapat membawa kepada pembangunan sesebuah negara dari sudut pengukuhan kuasa ekonomi dan politik. Sultan Mansur syah meluaskan jajahan takluk dengan menawan Inderagiri, Indera Pura,Jambi,Tungkal,Siantan dan Kampar. Sultan Mahmud Syah meluaskan jajahan takluk dengan menyerang dan menawan Manjong dan Kelantan. Kepentingan: Melahirkan negara yang berdaya saing dan dipandang tinggi. g) Hubungan diplomatik -Mengikut Salmah Jan Noor Muhammad (2018), hubungan diplomatik merupakan hubungan yang terjalin antara dua atau lebih kerajaan. Matlamat utama hubungan ini terjalin adalah untuk memantapkan pemerintahan dan pentadbiran serta pembangunan sebuah kerajaan, terutamanya kerajaan baharu dan kerajaan yang acap kali dicerobohi atau diganggu oleh pihak musuh. Sultan Mansur Syah menjalinkan hubungan diplomatik dengan benua China dan Majapahit melalui perkahwinan dengan puteri China dan Majapahit. Baginda juga telah mengutus Tun telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam untuk menjalin hubungan berbaik-baik dengan Siam. Kepentingan: Mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara h) Rakyat dan pembesar yang setia -Dalam kalangan masyarakat Melayu, rakyat sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap raja dan institusi raja. Di zaman kerajaan Melayu Melaka, kesetiaan penuh ini merupakan kemestian. Setiap hamba Melayu hendaklah taat setia kepada raja atau pemerintah atas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Bendahara Paduka Raja setia kepada Sultan Mansur Syah dengan tidak bertindak balas terhadap Raja Muhammad yang telah membunuh anaknya,Tun Besar. Tun Perak juga menghalang anak-anak buahnya daripada membunuh Raja Muhammad kerana tidak mahu menderhaka kepada raja.
6 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL Bendahara Seri Maharaja(BSM) setia akan Sultan Mahmud Syah dengan menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atasnya denga pasrah.BSM juga melarang anaknya Tun Hassan Temenggung dari pada melawan Tun Sura Diraja & Tun Indera segara daripada menjalankan hukuman bunuh ke atasnya. Kepentingan : Mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara. i) Dasar ekonomi dan perdagangan antarabangsa -Sistem politik yang berkesan adalah satu sistem pemerintahan yang berjaya menetapkan kegiatan ekonomi yang mantap bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara yang mampan. Antara kegiatan ekonomi yang mampan ialah perdagangan dan perkapalan. Sultan Muhammad Syah menggalakkan kedatangan pedagang untuk berdagang di Melaka sehingga Melaka menjadi tumpuan para pedagang dan digelar “Malakat”. Pelbagai hasil dagang bertumpu di Melaka kerana kemakmuran Melaka dan keadilan raja serta para pembesarnya. Kepentingan: Melahirkan negara yang berkembang maju dan mapan ekonominya. 5. CONTOH SOALAN sistem politik yang diamalkan oleh negara kota Melaka memainkan Peranan penting dalam pembangunan negara. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan teks Sulalatus Salatin. [25] -Apa yang perlua ada dalam jawapan?...perlu perenggan pengenalan,isi dan penutup. CADANGAN JAWAPAN PERENGGAN PENGENALAN(bina 3 ayat sahaja) -Ayat 1:Definisi politik -Ayat 2: Kepentingan politik -Ayat 3: Senarai isi PERNGGAN ISI/FAKTA FAKTA 1: Peraturan dan undang-undang FAKTA 2: Raja berdaulat FAKTA 3: Raja berkuasa mutlak FAKTA 4: Pembesar yang berwibawa FAKTA 5: Rakyat yang setia PERENGGAN PENUTUP(bina 2 ayat sahaja) A/K/P 1: Rumusan keseluruhan +kesan/impak A/K/P 2: saranan/pandangan/harapan/peniliaan/cadangan
7 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL Kata Tugas- Huraikan 1)Beri apa faktanya/isinya? -Fakta yang tepat dengan kehendak soalan (IF/IFP)/ayat fakta 2) Apa yang perlu dibuat/ditulis dalam huraian? -Konsep/ apa Teks/bagaimana & Pembangunan negara (Pn)/ kesan/ayat kepentingan Perkara yang perlu ditulis dalam huraian kepada fakta yang diberikan Dari Formula Cg.Mohaz (K,T,P) Formula Standard/umum (A,B,M/K) Formula Lain Hurai konsep fakta yang diberikan (ada 5 cara ) Apa huraian yang menyokong fakta? Ayat penerangan detail kpd fakta Teks-hurai yg ada dlm teks brdsrkan cth peristiwa Bagaimana-penjelasan lanjut Ayat perbincangan lanjut Ayat Pembanguan negara/Kptgn Mengapa/Kesan kepada P.Negara/Kptgn Ayat kepentingan (Pn) contoh contoh contoh kk kk Ayat peneguhan Sistem politik yang diamalkan oleh negara Kota Melaka yang memainkan peranan penting(isu) adalah dari segi peraturan dan undang undang(fakta). Sesuatu peraturan atau keseluruhan undang-undang itu digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat (K) Peraturan dan undang-undang penting dalam sesebuah negara agar dapat dijadikan sebagai panduan setiap rakyat untuk setia kepada raja dan negara.(huraian pro fakta-boleh dikait terus dengan kepentingan dan sila guna formula KTPn untuk huraian fakta) Contohnya, Hang Tuah yang difitnah bermukah dengan dayang raja telah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah kerana perbuatan Hang Tuah yang menggunakan hak raja,iaitu dayang raja merupakan satu kesalahan berat yang jika dibiarkan akan mengancam kedaulatan raja. (contoh)Jelaslah,peraturan dan undang-undang penting agar mengekalkan keabsahan golongan raja dan keamanan negara.(kk)
8 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL Seterusnya peranan penting dalam sistem politik Kota Melaka ialah adanya raja berdaulat….kedudukan raja yang tinggi dalam struktur pemerintahan itu menambahkan lagi kedaulatan raja bukan sahaja dari segi kekuasaannya dalam pemerintahan negara tapi juga merupakan lambang status politik dan kehebatan raja yang luar biasa yang akan dipandang tinggi oleh negara lain. Contohnya,Sultan Mansur Syah mempunyai daulat sehingga menyebabkan Maharaja China yang menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah terkena penyakit kedal.Penyakit hanya sembuh setelah Maharaja China meminum dan mandi air basuhan kaki Sulatan Mansur Syah.Jelaslah, raja berdaulat penting agar dapat mengangkat kebesaran raja dan melahirkan negara yang dipandang tinggi. Ketiga,…raja berkuasa mutlak…. Kuasa mutlak pada raja penting digunakan dengan adil agar dapat memastikan raja dapat bertindak wajar demi kesejahteraan rakyat dan negara. Contohnya,Sultan Mahmud Syah berkuasa mutlak dengan menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja yang dikatakan ingin menderhaka dan menjadi raja di Melaka. Jelaslah,raja yang berkuasa mutlak penting agar dapat mengekalkan keamanan negara. Keempat,….. pembesar yang berwibawa dan bijaksana….. Sikap berwibawa dan bijkasana penting agar pemimpin dapat merancang dan melaksanakan strategi pembangunan negara.Contohnya, Bendahara Paduka Raja Tun Perak merupakan pembesar yang berwibawa dengan tegas mengatakan keengganannya berajakan Raja Muhammad yang telah membunuh anaknya,Tun Besar sehingga menyebabkan Sultan Mansur Syah membuang Raja Muhammad ke Pahang untuk dirajakan. Kebijaksanaan Tun Perak terbukti apabila berjaya menakut-nakutkan tentera Siam yang ingin menyerang Melaka melalui strategi perangnya memasang puntung api di sepanjang pantai Melaka sehingga Siam membatalkan niat
9 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/POLITIK/DLM TEKS SS&SBDKL menyerang Melaka kerana menganggap puntung api itu sebagai jumlah tentera Melaka yang ramai.Jelaslah,pembesar yang berwibawa dan bijaksana penting dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Akhir sekali, sistem politik yang diamalkan oleh negara kota Melaka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara (isu)ialah rakyat yang setia(fakta)……. sikap setia perlu ada pada setiap rakyat agar sentiasa taat akan raja dan negara demi kesejahteraan negara.(huraian sila guna K,T,Pn)Contohnya, Bendahara Paduka Raja setia kepada Sultan Mansur Syah dengan tidak bertindak balas terhadap Raja Muhammad yang telah membunuh anaknya,Tun Besar. Tun Perak juga menghalang anak-anak buahnya daripada membunuh Raja Muhammad kerana tidak mahu menderhaka kepada raja.Jelaslah,rakyat yang setia penting dalam sesebuah negara agar melahirkan negara yang sejahtera dan dipandang tinggi. PERENGGAN PENUTUP (bina dalam 2 ayat) Ayat 1: Rumusan Isi Ayat 2: cadangan dan harapan (kaitkan dengan pembangunan negara.