1.1.KEAGAMAAN PEMBANGUNAN INSAN:ANALISIS TEKS SS & SBDKL SEMESTER 2/KMK/STPM EDISI KEMAS KINI 26 JULAI 2023
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 1 1.1. KEAGAMAAN- KAJIAN TEKS SS & SDBKL KONSEP KEAGAMAAN Keagamaan merujuk kepada perihal agama sama ada yang berbentuk niat,lafaz, perbuatan dan sebagainya.Keagamaan terdiri daripada nilai Islam dan kehidupan beragama. ANALISIS NILAI ISLAM/AGAMA TEKS KAJIAN SULALATUS SALATIN 1. AMANAH/BERTANGGUNGJAWAB Kepentingan Pembangunan Insan: Melahirkan insan yang bertanggungjawab Contohnya: Sultan Alau-d-Din Ri’ayat Syah menunaikan wasiat ayahandanya, Sultan Mansur Syah yang memintanya bersikap adil dan tidak mengambil harta orang. Buktinya,baginda menghukum pencuri dan mengembalikan harta curi kepada tuannya. ASPEK KEAGAMAAN NILAI ISLAM/AGAMA sifat ketinggian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW * Pegangan KEHIDUPAN BERAGAMA Perihal hidup yang mematuhi ajaran agama,taat agama dan beribadat * Amalan Contoh nilai Islam: Pemurah Amanah Reda/pasrah Memaafkan/pemaaf Bersyukur Sabar.adil dll Contoh kehidupan beragama: Berdoa Mengajar mengaji al-Quran Menziarahi orang sakit Mewakafkan harta Bersedekah,berdakwah Pembahagian harta mengikut hukum faraid dll
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 2 2.ADIL Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang dihormati Contohnya,Sultan Mansur Syah berlaku adil dengan menghukum puteranya, Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja. Raja Muhammad yang sepatutnya menjadi raja Melaka telah dihantar ke Pahang dan dirajakan di sana. 3.RENDAH DIRI Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang berakhlak mulia Contohnya, Sultan Muhammad turun dari takhta Mu’tabari dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya kerana ingin menyertai Sharif di Mekah untuk berdakwah ke Semundera. Baginda memakai pakaian fakir dan mengelar dirinya sebagai Fakir Muhammad. 4. SANGGUP BERKORBAN Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang disanjung tinggi Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak. 5.SABAR Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang beroleh ketenangan dalam hidup Contohnya, Sultan Mansur Syah bersabar setelah mengetahui puteranya, Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja. Baginda kemudian menghukum Raja Muhammad dengan menghantarnya ke Pahang untuk dirajakan di sana. 6. TAAT AKAN PERINTAH ALLAH Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang dirahmati Allah Contohnya,Sultan Muhammad dan Sharif di Mekah taat akan perintah NabiMuhammad yang menyuruh mereka untuk mengislamkan isi negeri Semundera. Sultan Muhammad dan Sharif di Melaka belayar ke Semundera dan mengislamkan isi negerinya. 7. PEMAAF Kepentingan Pembangunan Insan : Menerapkan nilai yang positif dalam jiwa insan Contohnya, Tun Fatimah mampu memaafkan perbuatan kejam Sultan Mahmud yang membunuh keluarganya. Hanya insan yang memiliki kekuatan iman sahaja yang mempu mempunyai sikap seperti itu.
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 3 KEHIDUPAN BERAGAMA (AMALAN) DALAM TEKS SS 1. BELAJAR ILMU AGAMA Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang disanjung Contohnya. Sultan Mansur Syah belajar ilmu Kitab Duri’Mazlum daripada Maulana Abu Bakar. Baginda juga menyuruh semua orang besar-besar untuk belajar ilmu kitab daripada Maulana Abu Bakar.Maulana Abu Bakar kagum akan Sultan Mansur Syah yang terang hatinya dalam mempelajari ilmu agama. 2. MENGAJAR ILMU AGAMA Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang dihormati Contohnya, Maulana Abu Bakar mengajar ilmu agama tentang Kitab Duri’l Mazlum kepada Sultan Mansur syah dan segala orang besar-besar di Melaka. Maulana Abu Bakar kagum akan Sultan Mansur Syah yang terang hatinya dalam mempelajari ilmu agama. 3. BERDAKWAH Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang dirahmati Allah Contohnya, Fakir Muhammad dan Sharif di Mekah telah berdakwah hingga ke Fansuri, Lamiri,Haru,Perlak, dan Semundera dan mengislamkan isi negeri-negeri tersebut seperti yang disabdakan oleh Rasulullah. 4. MEMBACA AL-QURAN Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang berkemahiran dalam sesuatu bidang Contohnya, Fakir Muhammad menyuruh orang-orang di Fansuri,Lamiri,Haru,Perlak dan semundera membaca al-quran ketika menjalankan dakwah Islamiah di situ. 5. MENGISLAMKAN MASYARAKAT Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang beriman Contohnya, Fakir Muhammad mengislamkan orang-orang di Fansuri, Lamiri, Haru,Perlak dan Semundera 6. BERSOLAT Kepentingan Pembangunan Insan: melahirkan insan yang dirahmati Allah Contohnya, Syed Abdul Aziz dari Jeddah melabuhkan kapalnya di pantai Melaka dan turun dari kapal lalu mengerjakan solat di pantai Melaka.
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 4 7. MEMULIAKAN GOLONGAN BERAGAMA Kepentingan Pembangunan Insan : melahirkan insan yang dihormati Contohnya, Sultan Mansur Syah memuliakan Maulana Abu Bakar dan Kitab Duri’l Mazlum dengan menitahkan agar Maulana Abu Bakar dan Kitab Duri’l Mazlum diarak ke balairung istana. 8. BERSEDEKAH Kepentingan Pembangunan Insan: Melahirkan Insan yang berakhlak mulia Raja Iskandar Zukarnain menyedekahkan emas,perak dan permata yang dihadiahkan kepadanya ketika berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah kepada segala fakir dan orang miskin. CARA JAWAB SOALAN TUNGGAL TENTANG KEAGAMAAN SECARA UMUM Jawapan: 2:3/3:2 2 nilai agama: 3 kehidupan beragama 3 nilai agama: 2 kehidupan beragama contoh soalan; Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan aspek keagamaan dalam konteks pembangunan insan [25] Kerangka Isi: i) rendah diri ii) adil ...nilai agama iii) Mengajar ilmu agama iv) bersolat v) berdakwah….kehidupan beragama CARA JAWAB SOALAN TUNGGAL TENTANG NILAI AGAMA/ISLAM Jawapan ; 5 isi mesti berkaitan Nilai Agama contoh soalan; Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan nilai agama dalam konteks pembangunan insan [25] Kerangka Isi: i) rendah diri ii) adil iii) sabar iv) Amanah v) sanggup berkorban CARA JAWAB SOALAN TUNGGAL TENTANG KEHIDUPAN BERAGAMA Jawapan ; 5 isi mesti berkaitan kehidupan beragama contoh soalan; Berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), bincangkan kehidupan beragama dalam konteks pembangunan insan [25] Kerangka Isi: i) ) Mengajar ilmu agama ii) bersolat iii) berdakwah iv) membaca al-Quran v) belajar ilmu agama
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 5 CONTOH SOALAN DAN TEKNIK MENJAWAB JOM MENJAWAB GUNA TEKNIK/FORMULA ①IFP/IF, ②KTP& ③SABaM ① IFP/IF= guna untuk tulis fakta/isi ②KTP= guna untuk tulis kat huraian ③SABaM = guna untuk tulis contoh ④ KK= guna untuk tulis kesimpulan kecil PENERANGAN TENTANG FORMULA Fakta yang hendak diberikan mesti signifikant/tepat dengan isu dalam soalan.Fakta mesti ditulis dalam bentuk ayat yang gramatis. ①I=Isu(soalan) …F= fakta (isi)..P=penerang(kenapa)..jika soalan tanya berkaitan isu ②Untuk Buat Huraian Guna Formula KTP 1.konsep iaitu pelajar perlu terangkan apa konsep fakta yang diberikan dlm ayat huraian (ttg fakta tabah ) 2. Teks 3.Pembangunan…ketiga2 ni mesti/wajib ada dlm jawapan ②.1.1 konsep..beri pengertian am/kepentingan/fungsi/ciri/kefahaman..pilih unsur2 tersebut..tdk semestinya semua ada..pilih salah satu shj konsep guna…perkataan merujuk kepada..jgn guna perkataan bermaksud,takrifan..jika guna mesti tulis dengan tepat BAHAGIAN A: PEMBANGUNAN INSAN CONTOH PERBINCANGAN DALAM TEKS SBDKL DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA ①IFP/IF, ②KTP& ③SABaM,④KK 1.Huraikan kehidupan beragama berdasarkan watak-watak golongan agama di dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.[25] CADANGAN SKEMA JAWAPAN PENGENALAN P1/A1 Kehidupan beragama merujuk kpd perihal hidup mematuhi ajaran agama,taat agama, beribadat. P2/A2 Golongan agama seperti Imam Saad, Lebai Maarup, Sheikh Syed salim al-Makky, Bilai Endut P3/A3 Menyenaraikan isi
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 6 PERENGGAN FAKTA/ISI FAKTA 1 (sila guna formula IFP/IWFP) Solat HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Solat merupakan tiang agama(apa/konsep) yang boleh membentuk keperibadian seorang muslim dan boleh membina insan untuk bertakwa. (bagaimana/ada dlm teks) HURAIAN PBGN INSAN(P) Dengan mendirikan solat,pasti dapat membentuk akhlak insan yang mulia(Pembangunan/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) Imam saad, Bilai Endut dan Lebai Maarup (siapa) sentiasa solat berjemaah di surau Kg.Pulai.(apa) Bahkan semenjak Lebai Maarup datang, Jemaah bertambah ramai menunaikan solat di surau dan kadang-kadang sampai 10 orang-ms 307.(bagaimana) menjadikan mereka orang yang bertakwa/beriman kepada Allah.(mengapa/kesan) KK Jelaslah, solat menjadikan Imam Saad, Bilai Endut dan penduduk Kg.Pulai yg lain sebagai insan bertanggungjawab. CONTOH PENULISAN LENGKAP/ESEI FAKTA 1 Kehidupan beragama (isu/I) yang ada pada watak-watak golongan agama adalah dengan menunaikan solat (fakta/F) berjamaah.(penerangan fakta/P). Solat merupakan tiang agama(apa/konsep) yang boleh membentuk keperibadian seorang muslim dan boleh membina insan untuk bertakwa. (bagaimana/ada dlm teks) Dengan mendirikan solat,pasti dapat membentuk akhlak insan yang mulia(Pembangunan/mengapa-kesan) . Contohnya, Imam saad, Bilai Endut dan Lebai Maarup (siapa) sentiasa solat berjemaah di surau Kg.Pulai.(apa) Bahkan semenjak Lebai Maarup datang, Jemaah bertambah ramai menunaikan solat di surau dan kadang-kadang sampai 10 orang (bagaimana) menjadikan mereka orang yang bertakwa/beriman kepada Allah.(mengapa/kesan) Jelaslah, solat menjadikan Imam Saad, Bilai Endut dan penduduk Kg.Pulai yang lain sebagai insan bertanggungjawab.
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 7 FAKTA 2 (sila guna formula IFP/IWFP) Berdakwah HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Setiap insan yang beriman dan berpengetahuan agama adalah berkewajiban berdakwah(apa/K) dalam menyeru orang lain agar berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan yang dimurkai Allah. (T/bagaimana) HURAIAN PBGN INSAN(P) Amalan berdakwah dapat membentuk diri agar menjadi insan yang prihatin dan amanah menunaikan perintah Allah.(P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) Lebai Maarup(S-watak yg difokuskan dlm khndk soalan) berdakwah(a) menyeru dan mengajak penduduk Kg.Pulai untuk kembali mengamalkan ajaran Islam(b) yang menyebabkan penduduk kg.itu agar mentaati Allah (m/k)khususnya kepada golongan muda spt Kemat Jerangkung(s). KK Oleh itu, dakwah yang dilaksanakan Lebai Maarup mampu melahirkannya insan bermotivasi tinggi. FAKTA 3 (sila guna formula IFP/IWFP) Mengajar mengaji al-Quran/ menyampaikan ilmu HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Guru agama hendaklah menurunkan ilmu mengaji al-Quran kepada orang lain supaya dapat membantu perkembangan ilmu tersebut kepada diri seseorang insan yang lain.(apa & bagaimana/KT) HURAIAN PBGN INSAN(P) Penyebaran ilmu agama khasnya pasti mewujudkan/melahirkan insan bersahsiah tinggi. (P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) Imam Saad(S) mengajar orang kampung(a) mengaji di surau termasuklah Gayah(s) sebagai anak muridnya.(b) Lebai Maarup(S) mengajar penduduk kampung(a) mengaji di surau dan Milah(s) anak Bilai Endut merupakan salah seorang anak muridnya. (b) Justeru,ternyata Imam Saad bertanggunjawab melaksanakan tugasnya sebagai imam yang berkesan untuk menjadikan kanak-kanak mahir alQuran manakala orang dewasa pula dapat meningkatkan ilmu agama mereka pula. (m-k)/ Justeru,ternyata Lebai Maarup yang mempunyai kemahiran ilmu agama islam dapat pula berkongsi untuk meningkatkan ilmu agama penduduk kg pula. (m-k) KK Oleh itu mengajar mengaji al-Quran mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bersahsiah tinggi.
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 8 SOALAN PERBINCANGAN DAN LATIHAN : SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU 2021 1. Penyebaran agama telah menerapkan nilai Islam. Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan berdasarkan teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) [25] Pengenalan/Pendahuluan Ayat 1: Keagamaan -perihal agama/hal-hal yang berkaitan dengan agama sama ada berbentuk niat,lafaz,perbuatan, atau sebagainya. Ayat 2: Keagamaan dalam konteks ini terdiri dari nilai-nilai Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan menjadi pegangan insan bagi membentuk kehidupan yang baik. Ayat 3: Antara nilai Islam yang membentuk pembangunan insan ialah bertaqwa/beriman,reda,adil,bertanggungjawab, merendah diri ,kepatuhan pada agama dan suruhan Allah SWT, dan lain-lain. Latihan 1: Sila tulis kembali perenggan pengenalan/pendahuluan di atas dalam bentuk penulisan esei. Latihan 2 :Perenggan Isi- Sila cerakin dan tulis kembali perenggan esei tersebut dengan menggunakan kotak formula IFP/IF, KTP,SABaM & KK Penyebaran agama telah menerapkan nilai Islam iaitu nilai bertaqwa/beriman/takut pada Allah. Takwa membentuk keimanan insan.Taqwa adalah mengingati dan memelihara perintah Allah dan mengharapkan keredaan serta rahmatnya. Insan yang bertaqwa kepada Allah akan dapat membentuk modal insan yang cemerlang.Contohnya, Sultan Muhammad sanggup meletakkan jawatan sebagai Raja di negeri Muttabahri, semata-mata untuk berdakwah menyebarkan ajaran Islam di alam Melayu demi cintanya pada Allah dan Rasul.Jelaslah, nilai ketakwaan dapat membentuk insan yang beriman dan cintakan agama serta bersungguh-sungguh melaksanakan perintahnya. CONTOH CARA MENJAWAB LATIHAN 2 FAKTA 1 FAKTA 1 (sila guna formula IFP/IWFP) Penyebaran agama telah menerapkan nilai Islam(I) iaitu nilai bertaqwa/beriman/takut(F) pada Allah.(P) HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Takwa membentuk keimanan insan.(K/a)Taqwa adalah mengingati dan memelihara perintah Allah dan mengharapkan keredaan serta rahmatnya.(T) HURAIAN PBGN INSAN(P) Insan yang bertaqwa kepada Allah akan dapat membentuk modal insan yang cemerlang CONTOH (sila guna formula SABaM) Contohnya, Sultan Muhammad(s) sanggup meletakkan jawatan (a) sebagai Raja di negeri Muttabahri,(Ba) sematamata untuk berdakwah menyebarkan ajaran Islam di alam Melayu demi cintanya pada Allah dan Rasul.(m)
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 9 KK Jelaslah, nilai ketakwaan dapat membentuk insan yang beriman dan cintakan agama serta bersungguh-sungguh melaksanakan perintahnya. Penyebaran kedua ialah nilai reda dengan takdir Allah.Reda menerima ketentuan Allah dapat membentuk insan yang sentiasa berlapang dada. Malah sanggup memberikan kemaafan dan menerima segala ketentuan yang telah ditetapkanNya.Insan yang reda dengan ketentuan Allah akan melahirkan ketenangan dalam hidup. Contohnya, Tun Mutahir reda dengan takdir Allah yang menimpanya apabila dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud kerana dituduh cuba merampas kuasa.Beliau melarang anaknya Tun Hassan daripada menentang hukuman tersebut dengan membuang peti-peti emas mereka.Kesimpulannya,sifat reda dengan ketentuan Allah membentuk sifat berani menghadapi sesuatu cabaran. JAWAPAN FAKTA 2 FAKTA 2 (sila guna formula IFP/IWFP) HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) HURAIAN PBGN INSAN(P) CONTOH (sila guna formula SABaM) KK Nilai islam yang lain ialah nilai adil dalam pentadbiran/melaksanakan tugas tanpa pilih kasih. Adil meletakkan sesuatu pada tempatnya. Nilai ini dapat mengelakkan penindasan dan kesalahan,penyelewangan serta penyalahgunaan kuasa.Malah nilai adil yang diamalkan ketika membuat hukuman itu tidak mengira ahli keluarga atau orang lain. Nilai adil ini akan menjadikan insan itu dihormati dan disanjungi.*Contohnya, Sultan Mansur Syah berlaku adil dengan menghukum puteranya, Raja Muhammad yang membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja. Raja Muhammad yang sepatutnya menjadi raja Melaka telah dihantar ke Pahang dan dirajakan di sana menunjukkan keadilan baginda dalam pemerintahan. *Contohnya, Sultan Mansur Syah menerapkan nilai adil dalam pentadbiran setelah mempelajari Kitab Duri’l-Mazlum dari Maulana Abu Bakar. Pentadbiran menjadi semakin baik.Jelaslah, nilai Islam seperti nilai adil mampu membentuk insan supaya taat dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab/melahirkan insan yang dihormati. * Pilih salah satu contoh sahaja
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 10 JAWAPAN FAKTA 3 FAKTA 3 (sila guna formula IFP/IF) HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) HURAIAN PBGN INSAN(P) CONTOH (sila guna formula SABaM) KK Penyebaran agama juga berjaya menerapkan nilai islam seperti nilai amanah/bertanggungjawab terhadap apa-apa pesanan dan tugas yang dipikul. Seseorang itu hendaklah melaksanakan tanggungjawab/amanah yang diberikan dengan baik.Amanah yang dilaksanakan dalam menjalankan tugas akan mewujudkan keadilan dalam pemerintahan. Insan yang amanah/bertanggungjawab dalam tugas yang dipikul akan melahirkan insan yang berakhlak,beriman,bertanggungjawab dan amanah dalam dirinya.Contohnya: Sultan Alau-d-Din Ri’ayat Syah menunaikan wasiat ayahandanya, Sultan Mansur Syah yang memintanya bersikap adil dan tidak mengambil harta orang. Buktinya,baginda menghukum pencuri dan mengembalikan harta curi kepada tuannya. Baginda berusaha mencontohi pentadbiran Khalifah Umar dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir negara berlandaskan syariat Islam.Jelaslah, melaksana tanggunjawab/amanah yang diberikan dengan baik akan dapat melahirkan insan yang bertanggungjawab. JAWAPAN FAKTA 4 FAKTA 4 (sila guna formula IFP/IF) HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) HURAIAN PBGN INSAN(P) CONTOH (sila guna formula SABaM) KK
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 11 Akhir sekali, nilai merendah diri dalam jiwa seseorang insan juga terbit daripada penyebaran agama islam. Sifat merendah diri merupakan sifat terpuji yang perlu ada dalam jiwa insan.Sifat sebegini akan menjauhi seseorang daripada perasaan sombong dan angkuh. Justeru, nilai merendah diri sebenarnya akan meningkatkan kualiti diri dan menggambarkan diri insan itu seorang yang berakhlak tinggi. Contohnya, Sultan Muhammad turun dari takhta Mu’tabari dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya kerana ingin menyertai Sharif di Mekah untuk berdakwah ke Semundera. Baginda memakai pakaian fakir dan mengelar dirinya sebagai Fakir Muhammad. Jelaslah, nilai Islam dapat membentuk nilai akhlak yang terpuji dalam diri insan seterusnya agar dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. JAWAPAN FAKTA 5 FAKTA 5 (sila guna formula IFP/IF) HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) HURAIAN PBGN INSAN(P) CONTOH (sila guna formula SABaM) KK Latihan 3: SILA BUAT PERENGGAN PENUTUP SENDIRI-2 ayat. ANALISIS NILAI ISLAM TEKS KAJIAN SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR 1. PEMURAH (En. Muhammad) Contoh i: En.Muhammad menyumbang RM10 ribu untuk membiayai kenduri meraikan pelantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera ketika Majlis Puja Umur Duli Yang Maha Mulia Sultan. Contoh ii: En. Muhammad memberi pampasan kepada penduduk yang menumpang di tanah milik keluarganya jika mereka mahu berpindah ke Tanah Rancangan FELDA. 2. AMANAH ( Lebai Maarup) Contoh: Lebai Maarup berdakwah mengajak manusia agar mendekatkan diri dengan Allah dengan mengajar budak-budak mengaji al-Quran.
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 12 3. REDA/PASRAH (Lebai Maarup) Contoh: Lebai Maarup reda dengan peristiwa buruk yang menimpanya,iaitu dipukul oleh Mat Akil dan kawan-kawannya. Lebai Maarup menyatakan bahawa dia tidak berdendam dan membalas perbuatan Mat Akil dan kawan-kawannya. 4. MEMAAFKAN/PEMAAF(Lebai Maarup) Contoh: Lebai Maarup memaafkan perbuatan Mat Akil dan kawan-kawannya yang telah memukulnya 5. BERSYUKUR (Sudin/En.Muhamaad) Contoh i: Sudin bersyukur kerana tidak mati setelah dipukul oleh Mat Akil dan rakanrakannya. Contoh ii: En. Muhammad bersyukur kerana Syarikat Lombong Lembah Tualang berjaya ditubuhkan dan usaha memindahkan penduduk Kampung Pulai berpindah ke Tanah Rancangan FELDA berjalan lancar. 6. SABAR (Lebai Maarup) Contoh: Lebai Maarup bersabar apabila dipukul oleh Mat Akil dan kawan-kawannya. Dia tidak mahu menuntut keadilan dengan melaporkannya kepada pihak polis dan mahu kes itu ditutup begitu sahaja tanpa umpat-mengumpat dan huru-hara. ANALISIS KEHIDUPAN BERAGAMA 1. BERDOA Contoh: Encik Muhammad berdoa agar usaha membina Syarikat Lombong Lembah Tualang akan dapat dijayakan (ms 260) 2. MENGAJAR MENGAJI AL-QURAN Contoh: Imam Saad menjadi imam dan bertanggunjawab mengajar budak-budak kampung mengaji al-Quran (ms 93) 3. MENZIARAHI ORANG SAKIT Contoh i: Yang Berhormat Muhd yusuf melawat Sudin yang terlantar di rumah sakit setelah dipukul oleh Mat Akil (ms 105) Contoh ii: Encik Muhammad melawat Lebai Maarup yang terlantar di rumah sakit setelah dipukul oleh Mat Akil dan kawan-kawannya. (ms 341) 4.MEWAKAFKAN HARTA Contoh: Lebai Maarup mewakafkan tanahnya seluas dua ekar kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk didirikan kompleks pekerja dan surau (ms 360) 5. BERSEDEKAH Contoh: En.Muhammad menyumbang RM10 ribu untuk membiayai kenduri meraikan pelantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera ketika Majlis Puja Umur Duli Yang Maha Mulia Sultan.(ms 171)
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 13 6.PEMBAHAGIAN HARTA MENGIKUT HUKUM FARAID CONTOH SOALAN PERBINCANGAN Aspek keagamaan membentuk insan berakhlak mulia. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.[25] TEKNIK MENJAWAB DAN FORMAT SOALAN Format: soalan bentuk tunggal. Ada perenggan pendahuluan,isi dan penutup. Kata Tugas-BINCANGKAN PENGENALAN (3 markah) Ayat 1; Definisi/Konsep keagamaan Ayat 2: Konsep nilai Islam dan kehidupan beragama Ayat 3: Senarai isi yang hendak dibincangkan PERENGGAN ISI (20 markah-kombinasi/nisbah isi ialah 3:2 @ 2:3) Nilai islam… pemurah,amanah dan memaafkan/pemaaf Kehidupan beragama….berdoa,mewakafkan harta PERENGGAN PENUTUP ( 2 markah) Ayat 1: Rumusan isi Ayat 2: Cadangan & Harapan-kaitkan dengan pembangunan Insan. CONTOH PENULISAN ESEI PERENGGAN PENDAHULUAN Keagamaan merujuk kepada perihal agama sama ada yang berbentuk niat,lafaz, perbuatan dan sebagainya.Keagamaan terdiri daripada nilai Islam dan kehidupan beragama.Antara aspek keagamaan dalam novel SBDKL ialah pemurah,amanah,berdoa dan sebagainya. LATIHAN 4: Perenggan fakta/isi yang diberikan di bawah adalah tidak lengkap. Jadi sila baiki perenggan-perenggan fakta di bawah supaya menjadi ayat yang lengkap dengan menggunakan formula ①IFP/IF, ②KTP& ③SABaM & ④KK Pertama, pemurah. Sikap pemurah penting agar seseorang insan prihatin akan nasib orang lain yang memerlukan bantuan. Tanpanya pasti seseorang insan tidak menghiraukan nasib orang lain.Contohnya, En.Muhammad menyumbang RM10 ribu untuk membiayai kenduri meraikan pelantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Indera ketika Majlis Puja Umur Duli Yang Maha Mulia Sultan. Jelaslah,prihatin penting agar melahirkan insan yang disenangi oleh orang lain. Seterusnya, amanah. Sikap amanah penting agar seseorang insan menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Tanpanya pasti seseorang insan tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Contohnya, Lebai Maarup berdakwah mengajak manusia agar mendekatkan diri dengan Allah dengan
OLEH:CIKGUMOHAZ/SEM2/KEAGAMAAN DLM TEKS SS&SBDKL-NILAI AGAMA&KEHIDUPAN BERAGAMA/EDISIKMSKINI 22 MAC 2023 14 mengajar budak-budak mengaji al-Quran. Jelaslah, amanah penting agar melahirkan insan yang dipandang tinggi oleh orang lain. Ketiga, memaafkan/pemaaf. Sikap memaafkan penting agar seseorang insan bersikap ikhlas dan tidak menaruh dendam terhadap orang lain. Tanpanya pasti seseorang insan tidak bersikap ikhlas dan mudah menaruh dendam terhadap orang lain. Contohnya, Lebai Maarup memaafkan perbuatan Mat Akil dan kawankawannya yang telah memukulnya. Jelaslah, sikap memaafkan penting agar melahirkan insan yang disenangi oleh orang lain. Selain itu, mewakafkan harta. Amalan berwakaf penting agar seseorang insan bersikap ikhlas mendermakan harta miliknya untuk kegunaan orang lain. Tanpanya pasti seseorang insan tidak sanggup berkongsi harta untuk digunakan oleh orang lain. Contoh: Lebai Maarup mewakafkan tanahnya seluas dua ekar kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk didirikan kompleks pekerja dan surau.Jelaslah, sikap mewakafkan harta penting agar melahirkan insan yang dihormati oleh orang lain. Akhir sekali, berdoa. Amalan berdoa penting agar seseorang insan sentiasa beriman dan mendekatkan diri dengan Allah. Tanpanya pasti seseorang insan akan lalai dalam tanggungjawabnya terhadap agama. Contohnya,Encik Muhammad berdoa agar usaha membina Syarikat Lombong Lembah Tualang akan dapat dijayakan. Jelaslah, amalan berdoa penting agar melahirkan insan yang dirahmati Allah.Kesimpulannya, lima aspek keagamaan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah pemurah,amanah,memaafkan,berwakaf, dan berdoa. Aspek keagamaan ini penting diamalkan setiap insan agar melahirkan insan yang berakhlak mulia. PERENGGAN PENUTUP- 2 ayat CONTOH-CONTOH AYAT YG WAJIB DIMASUKKAN SAMA ADA DLM HURAIAN/KK (PEMBANGUNAN INSAN)-HAFAL 6@7 1. Membentuk modal insan cemerlang 2. Keluar dari kepompong kemiskinan 3. Melahirkan insan yang berakhlak,beriman,bertanggungjawab dan amanah 4. Dihormati dan disanjungi 5. mampu bersaing 6.Dirahmati Allah 7. Meningkatkan kualiti diri 8. Melahirkan ketenangan dalam hidup 9.Meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang 10.Mengangkat martabat atau status sosial