NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ SEMKIP/SMK BUKIT PAYONG,TERENGGANU PEMBANGUNAN NEGARA:POLITIK 3.1.1 KEPEMIMPINAN KAJIAN TEKS SULALATUS SALATIN KMK SEMESTER 2:EDISI KEMAS KINI 19 MEI 2024 *NOTA INI HANYA PANDANGAN PENULIS SAHAJA-SILA RUJUK GURU KMK ANDA “GAPAI IMPIAN A UNTUK KMK”
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 1 TEKS KAJIAN SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) Perkara Halaman Hasil Pembelajaran 3.1.1-Kepemimpinan 2 1.0 Info Am/Pengenalan 2 2.0 Definisi/Konsep 3 3.0 Gaya Kepemimpinan 3 3.1 Gaya kepemimpinan fokus kepada watak raja/sultan 3.1.1 Gaya kepemimpinan SULTAN MANSUR SYAH 4 3.1.2 Gaya kepemimpinan SULTAN ALAU’D-DIN RIAYAT SYAH 5 3.1.3 Gaya kepemimpinan SULTAN MAHMUD SYAH 5 4.0 Kepentingan Gaya Kepemimpinan 6 5.0 Nota Padat Gaya Kepemimpinan Watak-watak 5.1 Kepemimpinan Watak Sultan & Pembesar 7 5.2 Kepemimpinan Watak Pembesar 8 6.0 CONTOH SOALAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN ISI JAWAPAN 6.1 Contoh Soalan Perbincangan 1 9 6.1 Contoh Soalan Perbincangan 2 9 7.0 Contoh Soalan STPM 10 8.0 Soalan Latihan 11 KANDUNGAN PEMBANGUNAN NEGARA:3.1 POLITIK
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 2 PEMBANGUNAN NEGARA 3.1 POLITIK 3.1.1 KEPEMIMPINAN HASIL PMBELAJARAN Calon seharusnya dapat: a) menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara 1.0 INFO AM/PENGENALAN Pembangunan negara menyentuh tentang dua bidang utama, iaitu politik dan ekonomi.Dalam hal ini,aspek politik memperlihatkan kepelbagaian gaya kepemimpinan/kepimpinan,kepentingan nasionalisme serta peraturan dan undangundang dalam pembangunan negara.Sementara itu,aspek ekonomi pula memaparkan sumbangan aktiviti pertanian,usahawan dan perdagangan dalam pembangunan negara. Politik ialah bidang yang berkaitan dengan ‘pemerintahan’ atau dalam Islam dikenali sebagai ‘siasah’.Bidang ini merupakan bidang yang membincangkan ilmu tatanegara.Konsep politik,kepemimpinan dan kerajaan saling berkaitan antara satu sama lain.Dalam konteks Melayu,konsep kerajaan merujuk satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya.Elemen politik dalam perbincangan teks Sulalatus Salatin melibatkan aspek-aspek yang berikut: i) Kepemimpinan ii) Nasionalisme iii) Undang-undang dan peraturan
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 3 2.0 DEFINISI/KONSEP KEPEMIMPINAN & GAYA KEPEMIMPINAN Kepemimpinan: keupayaan (kebolehan,pencapaian,dsb) sbg pemimpin,daya (tindak tanduk,kecekapan,dsb) seseorang pemimpin (kms dwn edisi 4,2007) kepemimpinan ialah sikap,cara berkelakuan,kebolehan,pencapaian,tindak tanduk,kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin. Perkataan “Gaya”- pula merujuk kepada sikap,kesukaan,ketasukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Oleh itu,gaya kepemimpinan pula merujuk kepada sikap,kesukaan,ketasukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang.atau cara keupayaan (kebolehan,pencapaian,dsb) sebagai pemimpin,daya (tindak tanduk,kecekapan,dsb) seseorang pemimpin. 3.0 KEPELBAGAIAN GAYA KEPEMIMPINAN Rajah 1 : Kepelbagaian Gaya Kepemimpinan Dalam Teks SS Berdiplomasi Bijaksana Tegas Sulalatus Salatin Berdaulat Berani Berpandangan jauh/ berwawasan Mementingkan hal agama Adil
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 4 Rajah 2 : Sambungan Kepelbagaian Gaya Kepemimpinan Dalam Teks SS 3.1 ANTARA GAYA KEPIMPINAN RAJA@SULTAN YANG DISEBUTKAN DALAM SULALATUS SALATIN ADALAH: Seseorang pemimpin atau raja perlu menyiasat aduan dengan teliti. Raja perlu menyiasat setiap aduan dari pembesar atau rakyat dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman. Kecuaian akan menyebabkan golongan tidak bersalah dizalimi. Mangsa akan marah dan akan menentang raja. Sang Rajuna Tapa telah menentang Raja Iskandar Syah kerana anaknya difitnah dan dihukum oleh raja. Akibatnya kerajaan Singapura runtuh. Apabila seseorang pemimpin membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman hendaklah dengan setimpal. Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah perlu setimpal. Ia tidak harus melampaui batas. Demang Lebar Daun telah meminta hukuman dikenakan oleh raja biar bertepatan dengan syariat. Jangan memalukan rakyat. Dalam kes pembunuhan Tuan Jana khatib di Singapura menunjukkan sikap terburu-buru dan tanpa usul periksa raja membuat keputusan. Akibatnya Singapura dilanggar todak dan beribu-ribu orang telah terbunuh akibat kesilapan raja. Pemimpin hendaklah menjalankan dasar diplomatik yang cermat. Hubungan dengan negara luar termasuk layanan terhadap utusan-utusan dari negara luar perlu dilakukan dengan baik. Utusan luar jangan dilayan secara kasar. Dalam kes ‘tartar dan menarah kepala budak’ di Singapura telah berlaku serangan oleh Majapahit ke atas Singapura kerana Raja Singapura melayan utusannya secara kasar dan menghina raja Majapahit. Begitu juga sebaliknya. Berkarisma Mementingkan ilmu Sulalatus Salatin Sabar Bertanggunjawab teguh iman Pemurah
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 5 Raja perlu kuat. Raja tidak boleh dipilih dari kalangan yang lemah. Raja yang lemah menyebabkan dia boleh dimanipulasi oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Raja Ibrahim yang masih kanak-kanak telah menjadi boneka kepada Raja Rekan di Melaka. Bahkan akhirnya Raja Ibrahim atau Sultan Abu Syahid telah mati dibunuh oleh Raja Rekan. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah, baginda telah berhasrat utuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Syah. Pemimpin jangan mengikut hawa nafsu syahwat. Sultan Mahmud Melaka digambarkan terlalu mengikut hawa nafsu syahwatnya menyebabkan dia dibenci oleh rakyatnya. Raja Pahang berhasrat untuk menyerang Melaka setelah tunangannya Tun Teja dilarikan oleh Laksamana ke Melaka. Tun Biajid juga menimang lembing untuk membunuh Sultan Mahmud yang telah berlaku curang dengan isterinya. Semua ini menunjukkan bahawa kesan pemimpin yang hanya mengikut nafsu akan membawa kecelakaan dan konflik dalam negeri. Seorang raja mestilah berani dalam membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Sultan Alauddin Riayat Syah dapat dijadikan contoh yang tepat kerana baginda berani meronda pada waktu malam di Melaka untuk menghapuskan kes pencurian. Beliau telah mengejar dan berjaya membunuh beberapa orang pencuri. Akibat dari tindakan berani itu masalah kecurian dapat diatasi di Melaka. Pemimpin tidak bersifat pilih kasih. Sikap mengutamakan keluarga dalam pemerintahan boleh mengundang bahaya terhadap kerajaan. Sultan Mansur Syah telah sanggup mengeluarkan anaknya sendiri Raja Muhammad ke Pahang setelah Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Tun Perak. Tindakan bijak baginda berjaya menyelamatkan huru hara berlaku di Melaka. Bijaksana dalam pentadbiran kerajaan. Nilai kebijaksanaan golongan raja ditonjolkan melalui keagungan dan kewibawaan raja-raja Melayu. Sifat-sifat seperti adil, alim, kebijaksanaan, berani dan gagah merupakan sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh seorang raja. Sifat ini secara tidak langsung meninggikan lagi imej raja-raja Melayu dimata rakyat jelata. Kebijaksanaan raja digambarkan melalui watak Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu bagi menyelamatkan keadaan dan mengembalikan perpaduan dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka. Seterusnya kebijaksanaan Sultan Alau’ddin Riayat Syah yang digambarkan sebagai seorang pemimpin yang bijak dalam merancang langkah-langkah kawalan dan mencegah masalah pencuri. Pemimpin hendaklah prihatin terhadap golongan yang lemah. Orang yang kuat dan berkuasa tidak boleh menindas golongan yang lemah sesuka hati. Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar. Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 6 Gunung Ledang. Tindakan baginda menunjukkan sikap raja yang sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya. Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air pinang muda. Balasan kepada tindakan zalim ini ialah Melaka diserang Feringgi. 3.2 GAYA KEPEMIMPINAN FOKUS KEPADA WATAK RAJA/SULTAN 3.2.1 GAYA KEPEMIMPINAN SULTAN MANSUR SYAH ADIL-menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah kerana bermukah dengan dayang istana Bijaksana-memulihkan hubungan dengan Siam Bertanggungjawab-menjamin kedaulatan Melaka Tegas-menghantar dan merajakan Raja Muhammad ke Pahang kerana membunuh Tun Besar(membunuh anak Tun Perak secara tidak sengaja masa bermain sepak raga) Mempunyai rasa kemanusiaan-membantu raja di negeri lain Berilmu—belajar kitab Duri’l-mazlun dengan maulana Abu Bakar Berwawasan-jalin hubungan diplomatik dengan Majapahit melalui perkahwinanRaden Galoh Cendera Kirana Bersikap terbuka-terima pandangan Tun Perak dalam hal Raja Muhammad membunuh Tun Besar Beriman-belajar agama dengan Maulana Abu Bakar-minat hal agama-titah Tun Bija Wangsa ke Pasai-tanya isi syurga dan neraka Berdaulat-Raja China terkena tulah 3.1.2 GAYA KEPEMIMPINAN SULTAN ALAU’D-DIN RIAYAT SYAH Adil- mengembalikan harta curi yang dijumpai Bijaksana- kuatkuasakan undang-undang di Melaka bertanggungjawab-menyamar waktu malam Tegas- menegur Tun Mutahir-tugas sebagai Temengggung Mempunyai rasa kemanusiaan-membantu Pasai memerangi Haru Cekap-menyelesaikan masalah di Haru Perancang strategik-gagalkan rampasan kuasa Bersikap terbuka-terima pandangan Tun Perak Amanah-memenuhi wasiat sultan Mansur syah Berani-membasmi pencuri di Melaka
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 7 3.1.3 GAYA KEPEMIMPINAN SULTAN MAHMUD SYAH Hormati guru-membahasakan diri sebagai Fakir Mahmud Pemurah-anugerah usungan kepada Tun Perak dan Hang Tuah Tabah/Gigih-menyerang Peringgi di Melaka Tepati Janji-melantik Raja Ali sebagai pewaris takhta Berani- cuba menentang Peringgi Penyelamat-membantu Pahang menentang Pahang menentang Legor Pentingkan Pendidikan-suruh Raja Ahamad mengaji tasauf dengan Maulana Sadar Jahan Berilmu-belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf Berwawasan-menyerang Manjong dan Kelantan Patriotik-berjuang mempertahankan Melaka 4.0 KEPENTINGAN GAYA KEPEMIMPINAN KEPENTINGAN Kestabilan negara Keamanan perpaduan rakyat kehidupan lebih harmoni berdaulat berdaya saing maju selamat untuk didiami dihormati negara luar
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 8 5.0 NOTA PADAT GAYA KEPEMIMPINAN WATAK-WATAK DALAM SS 5.1 KEPEMIMPINAN WATAK SULTAN & PEMBESAR 1.Mementingkan pendidikan-sultan Mahmud Syah belajar kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf dan menghantar puteranya,Raja Ahmad belajar mengaji dengan Maulana Sadar Jahan.Baginda juga menghantar Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk bertanyakan masalah agama. 2.Berpandangan Jauh- Sultan mansyur Syah menjalin hubungan diplomatik dengan Majapahit dan China melalui perkahwinan dengan puteri dari kedua-dua buah negara. Baginda uga mengutus Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam untuk menjalinkan hubungan berbaik-baik dengan Siam 3. Bijaksana- Bendahara Paduka Raja berjaya mematahkan serangan Siam ke atas Melaka melalui strategi perangnya,iaitu memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai Melaka sehingga berjaya menakut-nakutkan Siam yang menganggap puntung api tersebut sebagai jumlah tentera Melaka yang ramai.Siam akhirnya membatalkan niat untuk menyerang Melaka. 4. Sanggup Berkorban-sultan Muzaffar Syah sanggup memnceraikan permaisurinya,Tun Kudu utuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menamatkan perpecahan di antara Seri Nara Diraja dan Tun Perak bagi mengekalkan keamanan di Melaka. 5.Berani- Sultan Alau’d-Din Riayat syah keluar menyamar sebagai pencuri pada waktu malam dengan hanya bertemankan Hang Isap dan Hang Ishak bagi membanteras kegiatan pencuri yang berleluasa di Melaka.Baginda terserempak dengan lima orang pencuri dan berjaya membunuh dua orang pencuri 6. Setia Tun Perak setia kepada raja dengan tidak bertindak balas kepada Raja Muhammad yang telah membunuh anaknya,Tun Besar bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dengan raja.Tun Perak bagaimanapun enggan berajakan Raja Muhammad dan Raja Muhammad dihantar ke Pahang untuk dirajakan di sana 7. Bertanggugjawab-Sultan Alau’d-Din Riayat Syah bertanggungjawab menjaga keharmonian Melaka dan keselamatan rakyatnya daripada ancaman pencuri dan membunuh pencuri yang ditemuinya. 8.Tegas- Sultan Alau’d-Din Riayat Syah bersikap tegas dengan menegur Temenggung Seri Maharaja yang tidak berkawal malam sehingga menyebabkan kegiatan pencuti semakin berleluasa di Melaka. Teguran baginda ini menyebabkan Temenggung Seri Maharaja memperketat kawalan malam.Sesiapa yang keluar pada waktu malam akan dibunuh.Kesannya, kegiatan pencuri berjaya ditangani 9. Amanah- Tun Perak menjalankan amanah yang diwasiatkan oleh Seri Nara Diraja dengan menjaga anak-anak seri Nara Diraja,iaitu Tun Tahir dan Tun Mutahir setelah kematiannya. Setelah dewasa,Tun Perak meyerahkan peti harta berisi emas peninggalan seri Nara Diraja kepada Tun Tahir dan Tun Mutahir
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 9 10. Berbakti kepada raja-Tun Perak dan Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud Syah ketika baginda sakit buang air besar.Mereka berjaya menghalang Raja Tua daripada mendekati dan melaksanakan niatnya untuk membunuh Siltan Mahmud Syah .Setelah sembuh, Sultan Mahmud Syah menganugerahkan usungan kepada Tun Perak dan Hang Tuah sebagai menghargai bakti mereka berdua. 11.Adil- sultan Mansur Syah bersikap adil dengan menjatuhkan hukuman kepada puteranya,Raja Muhammad yang telah membunuh anak Tun Perak.Raja Muhammad dihantar ke Pahang untuk dirajakan di sana. 12. Merendah diri- Sultan Mahmud Syah merendahkan dirinya dengan mendatangi rumah Maulana Yusuf dan menggelar dirinya Fakir Mahmud semata-mata kerana ingin belajar Kitab Maklumat daripada Maulana Yusuf Tun perak enggan menggunakan usungan yang dianugerahkan oleh sultan Mahmud syah kerana tidak mahu orang menganggapnya sama taraf dengan raja 5.2 KEPEMIMPINAN WATAK PEMBESAR BENDAHARA PADUKA RAJA TUN PERAK 1. Merendah diri- Tun perak enggan menggunakan usungan yang dianugerahkan oleh sultan Mahmud syah kerana tidak mahu orang menganggapnya sama taraf dengan raja. 2. Berbakti kepada raja-Tun Perak menjaga Sultan Mahmud Syah ketika baginda sakit buang air besar bagi memastikan keselamatan Sultan Mahmud Syah .Baginda akhirnya sembuh dan terhindar daripada rencana jahat nendanya,Raja Tua yang ingin membunuhnya. 3. . Bijaksana- BPR berjaya mematahkan serangan Siam ke atas Melaka melalui strategi perangnya,iaitu memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai Melaka sehingga berjaya menakut-nakutkan Siam yang menganggap puntung api tersebut sebagai jumlah tentera Melaka yang ramai.Siam akhirnya membatalkan niat untuk menyerang Melaka. 4.Tegas- menyuarakan keenggannya untuk berajakan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar kepada Sultan Mansur Syah.Baginda kemudian menghukum Raja Muhammad dengan menghantarnya ke Pahang untuk dirajakan 5. Setia-tidak bertindak balas terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar malah melarang anak-anak buahnya daripada bertindak ke atas Raja Muhammad BENDAHARA SERI MAHARAJA 1. Berani –Berani melawan Peringgi sehingga menimbulkan rasa kagum dan takut Peringgi yang mengatakan selagi Tun Mutahir masih ada,Peringgi tidak akan dapat mengalahkan Melaka 2. Pasrah- menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan oleh Sultan Mahmud Syah ke atasnya dgn pasrah
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 10 3. Pemurah- memberi segenggam emas kepada anak-anak buahnya sebagai permainan.Setelah emas tersebut hilang,BSM memberikan mereka segenggam lagi emas 4. Beriman- Mengerjakan solat sebelum hukuman bunuh ke atasnya dijalankan 5. Setia – Tidak bertindak balas apabila dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah malah melarang anaknya, Temenggung Tun Hassan daripada melawan Tun Indera segara yang dititahkan untuk menjalankan hukuman bunuh ke atasnya kerana tidak mahu dianggap penderhaka LAKSAMANA HANG TUAH 1.Berani – berani menentang Hang Jebat walaupun dalam keadaan yang lemah setelah lama dipasung dan keris Taming Sari berada di tangan Hang Jebat. Hang Tuah juga berani menentang Semerluki yang telah merosakkan kawasan takluk Melaka 2.Bijaksana- berjaya membunuh Hang Jebat melalui tipu muslihat,iaitu menikam Hang Jebat ketika kerisnya melekat di dinding istana. 3. Mementingkan pendidikan- mempelajari ilmu kepahlawanan ketika berada di Melaka 4.Setia – sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri, Hang Jebat setelah dititahkan oleh Sultan Mansur Syah kerana Hang Jebat telah menderhaka kepada raja. 5. Berbakti kepada raja- menjaga sultan Mahmud Syah ketika baginda sakit buang air dan berjaya menghalang niat busuk Raja Tua yang ingin membunuh Sultan Mahmud Syah 6.0 CONTOH SOALAN PERBINCANGAN DAN CADANGAN ISI JAWAPAN 6.1 Contoh Soalan Perbincangan 1 Kepemimpinan merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan teks SS(25) Soalan Tunggal-Format mesti ada pendahuluan,isi dan kesimpulan Kata Tugas/Tugasan- Huraikan.Untuk tulis jawapan dalam perenggan isi mesti ada elemen fakta,huraian pro,contoh dan kesimpulan kecil. Kepemimpinan-umum-jadi calon dikehendaki memberi gaya kepemimpinan melibatkan watak sultan dan pembesar.(cadangan agihan isi 3:2/2:3) 6.2 Contoh Soalan Perbincangan 2 Kepemimpinan merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan watak-watak golongan pembesar seperti yang terdapat dalam teks SS (25) Soalan Tunggal-Format mesti ada pendahuluan,isi dan kesimpulan
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 11 Kata Tugas/Tugasan- Huraikan.Untuk tulis jawapan dalam perenggan isi mesti ada elemen fakta,huraian pro,contoh dan kesimpulan kecil. Kepemimpinan -khusus-MERUJUK kepada watak-watak golongan pembesar jadi calon dikehendaki memberi gaya kepemimpinan melibatkan watak –watak golongan pembesar SAHAJA.(cadangan agihan isi boleh ambil watak bendahara(BPR&BSM) dan laksamana atau mana-mana watak pembesar) Kerangka jawapan Pendahuluan(3 ayat) - definisi kepemimpinan - senarai golongan pembesar & -senarai isi Isi- nyatakan/tulis dulu gaya kepemimpinan kemudian sebut watak dan contoh peristiwa i) bijaksana-BPR ii) Berani –Laksamana Hang Tuah iii) Berbakti kepada raja-Bendahara Tun Perak & Laksamana Hang Tuah iv) Setia- Bendahara Seri Maharaja v) pemurah- Bendahara Seri Maharaja Penutup : 2 ayat - i) Rumusan - ii) Pandangan/saranan/cadangan/Harapan…kait dengan Pembangunan negara 7.0 CONTOH SOALAN STPM 7.1 STPM 2016:SOALAN 5 Pemerintah yang mempunyai kepelbagaian gaya kepimpinan dapat menggemilangkan negara.” Berdasarkan penyataan tersebut, bincangkan kepimpinan Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah dalam teks SS.
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 12 7.2 STPM 2018: soalan 5 “Pemimpin yang berwibawa dapat membangunkan negara” Jelaskan penyataan tersebut dengan merujuk kepada kepemimpinan bendahara-bendahara di Melaka dalam teks SS (25) 8.0 SOALAN LATIHAN Huraikan aspek kepemimpinan yang terdapat pada watak-watak sultan di Melaka dalam teks SS dalam konteks pembangunan negara. Cadangan Jawapan Perenggan Pengenalan A1-Kepemimpinan merujuk pada keupayaan (kebolehan,pencapaian dsb) sebagai pemimpin;daya (tindak-tanduk),kecekapan dsb) seseorang pemimpin.Kepemimpinan juga melibatkan sikap,cara kelakuan,kebolehan,pencapaian,tindaktanduk,kecekapan dsb yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin. A2- Watak-watak sultan di Melaka,antaranya ialah Sultan Muzafar Syah,Sultan Mansur Syah dan Sultan Mahmud Syah A3-Aspek kepemimpinan yang terdapat dalam teks SS antaranya ialah pemimpin yang berwawasan,berani,bijak,cekap serta gigih.Kesemuanya mampu memberi sumbangan dalam konteks pembangunan negara. Perenggan ISI ISI/FAKTA 1 Fakta(IF) Pemimpin yang merendah diri Huraian Pemimpin yang bersifat merendah diri akan melahirkan pemimpin yang sentiasa reda dan bersyukur dengan anugerah Allah SWT. (Konsep)Pemimpin yang merendah diri akan disegani dan disayangi oleh rakyat dan mewujudkan hubungan yang akrab antara raja dengan rakyat.(teks)Hubungan ini akan menjamin keamanan dan kemakmuran sesebuah negara.(pembangunan negara-PN) Contoh Sultan Mahmud Syah(s) menggelar dirinya Fakir Mahmud (a)sematamata ingin menuntut ilmu iaitu kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf(ba) dan begitu merendah diri semasa belajar ilmu agama.(m) KK Jelaslah pemimpin dan rakyat haruslah bersikap merendah diri supaya dapat bekerjasama demi kemajuan sesebuah negara.
NUKILAN AKSARA :CIKGU MOHAZ/PEMBANGUNAN NEGARA-POLITIK:KEPEMIMPINAN DLM SS/SEMKIP/”KMK MESTI A” 13 ISI/FAKTA 2 Fakta Pemimpin yang pemurah Huraian Sikap pemurah yang ada dalam diri pemimpin akan disukai oleh rakyat dan membawa kepada kemajuan dan kemakmuran negara kerana rakyat sudah pasti akan bersama-sama berusaha memajukan negara.Kesannya akan menjadikan negara di bawah pemerintahan pemimpin tersebut dalam keadaan aman Contoh Sultan Mahmud Syah memberi anugerah kepada rakyatnya yang berjasa.Baginda menganugerahkan persalinan dan usungan kepada BPR dan HT kerana menjaganya semasa baginda sakit buangbuang air. KK Oleh itu, setiap pemimpin dan warganegara haruslah mengamalkan sikap pemurah demi keharmonian dan kemakmuran negara. *ISI/FAKTA 3,4 & 5…PELAJAR DIKEHENDAKI BUAT SENDIRI PENUTUP/KESIMPULAN A1 Kesimpulannya,aspek kepemimpinan yang terdapat pada watak pemimpin seperti pemimpin yang merendah diri mampu memberi sumbangan dalam konteks pembangunan negara A2 Seorang pemimpin seharusnya memiliki nilai-nilai positif dalam diri mereka agar mereka dapat memipin dengan baik dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara *Sila ambil maklum-Jawapan lengkap mesti ditulis dalam bentuk esei.