The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohaz, 2023-07-26 22:49:13

jati diri dlm teks SS&SBDKL

PEMBANGUNAN INSAN SEM.1

JATI DIRI DALAM TEKS SS & SBDKL NUKILAN AKSARA CIKGU MOHAZ


1 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A KMK- SASTERA DAN PEMBANGUNAN : SEMESTER 2 1 Pembangunan Insan 1.3 Jati Diri Calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan masyarakat. KONSEP (guna untuk SS&SBDKL) Keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. RUMUSAN HENDAK TULIS KONSEP & CARA INGAT/HAFAL/PERKATAAN MESTI ADA UNTUK PEMBANGUNAN INSAN BIL KONSEP JATI DIRI 1 Merupakan keperibadian unik 2 Lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa 3 Utuh dan istimewa dari segi adat,bahasa,budaya dan agama KEPENTINGAN JATI DIRI (guna untuk SS&SBDKL I) Meningkatkan martabat sosial seseorang insan ii) Melahirkan insan yang berakhlak,amanah dan bertanggungjawab iii) Dihormati & disanjung tinggi iv) Memperoleh ketenangan jiwa v) Mendapat keredaan Allah vi) Mendapat kepercayaan daripada orang lain dll ANALISIS JATI DIRI DALAM TEKS SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU) a)Berdaulat b)Mementingkan ilmu agama c)Menepati Janji d) Berbakti kepada raja e) Murah hati f) Insaf dll


2 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A JATI DIRI GOLONGAN SULTAN Sultan Muzaffar Syah i) Berpandangan jauh Buat Kitab Undang-undang sebagai panduan para menteri dalam pentadbiran untuk mengelakkan konflik dan rampasan kuasa ii) Bijaksana Lantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka kerana kebijaksanaan Tun Perak berkata-kata & merancang strategi perang menentang Siam. iii) Sanggup berkorban Sanggup menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menamatkan perbalahan di antara mereka dan mengekalkan keamanan Melaka iv) Bertanggungjawab Selesaikan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak bagi memastikan keamanan di Melaka kekal terpelihara. v) Tegas Enggan tunduk di bawah pemerintahan Siam& enggan hantar surat sembah kepada Siam. SULTAN MANSUR SYAH i) Berpandangan Jauh menjalin hubungan diplomatik dengan Majapahit & China untk kukuhkan kedudukan & kedaulatan Melaka ii) Bijaksana Hantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera ke Siam untuk memulihkan hubungan Melaka yang renggang dengan Siam iii) Berdaulat Maharaja china terkena penyakit kedal setelah menerima sembah daripada Sultan Mansur Syah & hanya sembuh setelah meminum,mandi & membasuh muka menggunakan air basuhan kaki Sultan Mansur Syah iv) Bersikap terbuka Menerima pandangan Tun Perak yang enggan berajakan Raja Muhammad di Melaka setelah Raja Muhammad membunuh Tun Besar. Raja Muhammad dihantar ke Pahang untuk dirajakan


3 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A v) Adil Menghukum puteranya, Raja Muhamad yang membunuh Tun Besar dengan menghantarnya ke Pahang. SULTAN ALAU’D-DIN SYAH i) Amanah Menunaikan wasiat ayahndanya, Sultan Mansur Syah yang memintanya agar berlaku adil dan tidak mengambil harta orang lain. Baginda telah membunuh pencuri dan memulangkan harta curi kepada pemiliknya ii) Berani Keluar menyamar sebagai pencuri pada waktu malam dgn hanya bertemankan Hang Isap untuk menangani kegiatan pencuri di Melaka. iii) Tegas Menegur Temenggung Seri Maharaja yang tidak berkawal malam sehingga kegiatan pencuri semakin berleluasa di Melaka. Tun Mutahir akhirnya memperketat kawalan malam. iv) Bijaksana Membina Balai Simpang Empat sebagai tempat untuk memulangkan harta cicir yang ditemui untuk dituntut oleh pemiliknya sbg langkah menangani kegiatan pencuri di Melaka v) Adil Mengenakan hukuman potong tangan kepada orang yang tidak memulangkan harta cicir yang ditemui kepada pemiliknya. SULTAN MAHMUD SYAH i) Berpandangan jauh Menyuruh Paduka Tuan menyerang Manjong dan Kelantan untuk meluaskan kawasan jajahan takluk Melaka ii) Berani Berjuang menentang Feringgi yang menyerang Melaka iii) Merendah diri Membawa sendiri Kitab Maklumat dan menggelar dirinya Fakir Mahmud untuk belajar Kitab Maklumat dengan Maulana Yusuf iv) Mementingkan pendidikan ilmu agama Menyuruh putera baginda,iaitu Raja Ahmad untuk belajar mengaji dengan Maulana Sadar Jahan


4 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A v) Menepati Janji Melantik Raja Ali,puteranya dengan Tun Fatimah sebagai pewaris takhta Melaka setelah berjanji dengan Tun Fatimah akan melantik putera mereka sebagai pewaris takhta jika Tub Fatimah tidak menggugurkan kandungannya. ANALISIS JATI DIRI GOLONGAN PEMBESAR (SS) BENDAHARA PADUKA RAJA TUN PERAK 1. Bijaksana -Merancang strategi perang untuk menakut-nakutkan Siam yang ingin menyerang Melaka dengan memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai Melaka.Kesannya Siam yang takut kerana menyangkakan obor di sepanjang pantai Melaka itu sebagai jumlah tentera Melaka yang sangat ramai telah membatalkan niat menyerang Melaka dan balik ke Siam. 2. Merendah Diri Tun perak enggan menggunakan usungan yang dianugerahkan oleh sultan Mahmud syah kerana tidak mahu orang menganggapnya sama taraf dengan raja. 3. Berbakti kepada raja -Tun Perak menjaga Sultan Mahmud Syah ketika baginda sakit buang air besar bagi memastikan keselamatan Sultan Mahmud Syah .Baginda akhirnya sembuh dan terhindar daripada rencana jahat nendanya,Raja Tua yang ingin membunuhnya. 4. Tegas -menyuarakan keenggannya untuk berajakan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar kepada Sultan Mansur Syah.Baginda kemudian menghukum Raja Muhammad dengan menghantarnya ke Pahang untuk dirajakan 5. Setia -tidak bertindak balas terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar malah melarang anak-anak buahnya daripada bertindak ke atas Raja Muhammad BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN MUTAHIR 1. Berani Berani melawan Peringgi sehingga menimbulkan rasa kagum dan takut Peringgi yang mengatakan selagi Tun Mutahir masih ada,Peringgi tidak akan dapat mengalahkan Melaka 2. Setia – Tidak bertindak balas apabila dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah malah melarang anaknya, Temenggung Tun Hassan daripada melawan Tun Indera segara yang dititahkan untuk menjalankan hukuman bunuh ke atasnya kerana tidak mahu dianggap penderhaka


5 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 3. Tabah Menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas dirinya dengan tenang dan pasrah 4. Patriotik Berjuang mempertahankan Melaka daripda serangan tentera Peringgi. 5. Mementingkan Ilmu Agama Mempelajari ilmu tasauf daripada Maulana Sadar Jahan LAKSAMANA HANG TUAH 1. Setia -Menerima hukuman bunuh yang dijatuhkan oleh Sultan Mansur Syah kepadanya atas kesalahan bermukah dengan dayang raja. 2. Amanah Sanggup membunuh sahabatnya, Hang Jebat setelah dititahkan oleh Sultan Mansur Syah kerana Hang Jebat telah menderhaka kepada raja 3. Bijaksana Membunuh orang Jawa yang mengamuk di Melaka dengan menggunakan tipu muslihat,iaitu dengan menjatuhkan kerisnya yang kemudian diambil oleh orang Jawa itu. Hang Tuah kemudian mengambil golok milik orang Jawa lalu menikammnya sehingga mati. 4. Patriotik Menentang Semerluki yang merosakkan Ujung Tanah dan segala teluk rantau jajahan Melaka. 5.Berbakti kepada Raja menjaga sultan Mahmud Syah ketika baginda sakit buang air dan berjaya menghalang niat busuk Raja Tua yang ingin membunuh Sultan Mahmud Syah ANALISIS JATI DIRI WATAK WANITA TUN FATIMAH 1. SETIA Tun Fatimah setia mendampingi Sultan Mahmud Syah hingga ke akhir nyawanya walaupun pada mulanya Tun Fatimah amat mendendami Sultan Mahmud Syah. Tun Fatimah ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat setelah Melaka dikalahkan oleh Peringgi.


6 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 2. Tegas Tun Fatimah bertindak tegas dengan menggugurkan kandungannya setiap kali hamil sebagai manifestasi rasa bencinya terhadap suaminya,Sultan Mahmud Syah yang membunuh ayah,adik,suami dan ayah mertuanya. 3. Tabah Tun Fatimah tabah berdepan tragedi pembunuhan ayah,adik,suami dan ayah mertuanya yang dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah 4. Bijaksana Bertindak menggugurkan anak setiap kali mengandung kerana tahu puteranya tidak akan menjadi raja memandangkan Raja Ahmad akan menjadi raja setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah. Sultan Mahmud Syah kemudian berjanji jika anak yang dilahirkan Tun Fatimah lelaki,maka anak itu akan dijadikan raja. 5. Tidak mementingkan Harta Tun Fatimah tetap berdukacita walaupun sudah menjadi permaisuri Sultan Mahmud Syah. Tun Fatimah sedih mengenangkan ayah,adik,suami dan ayah mertuanya yang dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah. SOALAN PERBINCANGAN TEKS SS Tun Perak dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) digambarkan sebagai seorang tokoh yang mempunyai jati diri yang unggul. Bincangkan bagaimana jati diri tokoh ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda.[25] Kerangka/struktur jawapan perenggan pendahuluan 3 ayat:i) Definisi jati diri Jati diri merujuk kepada keperibadian unik,utuh dan istimewa dari segi adat,bahasa,budaya, dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa ii) Latar belakang Tun Perak Tun Perak ialah anak kepada Bendahara Seri Wak Raja dan pernah menjadi penghulu di Kelang sebelum menjadi Bendahara Melaka iii) Senarai isi Antara jati diri pada Tun Perak ialah setia,bijaksana,berbakti kepada raja dan lainlain.


7 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A Cadangan Skema Jawapan isi 1) Setia 2) Bijaksana 3) merendah diri 4) Tegas 5) Berbakti kpd raja. Kerangka/struktur jawapan perenggan isi FAKTA ( berkaitan nilai jati diri pd wtk Tun Perak) Setia (sila guna formula IFP) HURAIAN PRO (kepentingan nilai jati diri pd diri pelajar-guna’saya’) …(KTP) (Pentingnya setia pada diri pelajar sendiri) HURAIAN KONTRA (kesan jika nilai jati diri tidak diamalkan oleh pelajar-guna ‘saya’ … (Kesan jika pelajar tidak amalkan nilai setia) CONTOH (contoh peristiwa Tun Perak amalkan Jati diri yg dijadikan fakta) ….(SABaM) (contoh kesetiaan Tun Perak berdasarkan cerita dlm teks Sulalatus Salatin-yg tepat & mesti berkaitan dgn fakta yg dikemukakan) KK( penegasan ideacadangan& harapan, kaitkan dgn diri pelajar& guna perkataan ‘saya’ Setia penting+ saya+agar… Contoh penulisan lengkap fakta/isi Nilai jati diri pada watak tersebut ialah setia perlu ada pada setiap insan dalam dunia ini.Setia merupakan teguh hati atau berpegang teguh seperti pada janji dan sebagainya(K)… ( TP-buat sendiri) Setia penting untuk saya jadikan amalan agar menjadikan saya seorang insan yang teguh hati dan sanggup berkorban untuk orang lain. Tanpanya pasti saya akan menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, Tun Perak memaparkan nilai setia,iaitu setia akan raja dengan tidak bertindak balas terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh puteranya, Tun Besar malah melarang anak-anak buahnya yang ingin membalas perbuatan Raja Muhammad. Jelaslah,nilai setia penting saya amalkan agar menjadikan saya seorang insan yang disanjung tinggi/dipercayai oleh orang lain. Kedua… ialah bijaksana... ….(Huraian gunan KTP) Bijaksana penting untuk saya jadikan amalan agar menjadikan saya seorang insan yang mampu bertindak menangani sebarang permasalahan hidup terutamanya dalam pelajaran. Tanpanya pasti saya akan menjadi seorang insan yang sering gagal menangani permasalahan hidup dan dipandang rendah oleh orang lain. Contohnya Tun Perak merancang strategi perang untuk menakut-nakutkan Siam yang ingin menyerang Melaka dengan memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai Melaka. Kesannya Siam yang takut kerana menyangkakan obor di sepanjang pantai Melaka itu sebagai jumlah


8 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A tentera Melaka yang sangat ramai telah membatalkan niat menyerang Melaka& balik ke Siam. Jelaslah, nilai bijaksana penting saya amalkan agar menjadikan saya seorang insan yang berjaya dan dihormati oleh orang lain. Ketiga…. ialah merendah diri…..….(Huraian gunan KTP) Merendah diri penting untuk saya jadikan amalan agar menjadikan saya seorang insan yang tidak sombong dan memandang rendah terhadap orang lain. Tanpanya pasti saya akan menjadi seorang insan yang bersikap tinggi diri dan dibenci oleh orang lain.Contohnya, Tun Perak merendah diri dengan enggan menggunakan usungan yang dianugerahkan oleh Sultan Mahmud Syah kerana tidak mahu dianggap sama taraf dengan raja/ dianggap raja oleh para pedagang Jelaslah, nilai rendah diri penting saya amalkan agar menjadikan saya seorang insan yang berakhlak mulia. Seterusnya… ialah tegas….….(Huraian guna KTP) Tegas penting untuk saya jadikan amalan agar menjadikan saya seorang insan yang berpendirian teguh dan tidak mudah diperlekehkan oleh orang lain. Tanpanya pasti saya akan menjadi seorang Insan tiada pendirian dan mudah diperlekehkan oleh orang lain. Contohnya, Tun Perak tegas dengan enggan berajakan Raja Muhammad yang telah membunuh puteranya, Tun Besar sebagai raja di Melaka. Kesannya Sultan Mansur Syah telah menghantar Raja Muhammad ke Pahang untuk dirajakan di sana. Jelaslah, nilai tegas penting saya amalkan agar menjadikan saya seorang insan yang dikagumi oleh orang lain. Kelima/Akhir sekali….. ialah berbakti kepada raja….….(Huraian gunan KTP) Berbakti kepada raja penting untuk saya jadikan amalan agar menjadikan saya seorang insan yang patriotik dan mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. Tanpanya pasti saya akan menjadi seorang insan yang tiada jati diri dan dipandang rendah oleh orang lain. Contohnya, Tun Perak berbakti kepada raja dengan menjaga Sultan Mahmud Syah ketika baginda sakit buang air besar bagi memastikan keselamatan sultan Mahmud Syah. Baginda akhirnya sembuh dan terhindar daripada rencana jahat nendanya, Raja Tua yang ingin membunuhnya. Jelaslah, nilai berbakti kepada raja penting saya amalkan agar menjadikan saya seorang insan yang sanggup berkorban demi raja dan dipandang tinggi oleh orang lain. PENUTUP Kesimpulannya, Tun Perak memaparkan pelbagai nilai jati diri seperti setia, merendah diri, tegas dan lain-lain yang memainkan peranan penting dalam pembangunan diri seseorang insan.(A/P1) Setiap insan terutamanya saya haruslah mencontohi jati diri pada watak Tun Perak ini agar menjadikan saya seorang insan yang berkeperibadian unggul dan dipandang tinggi.(A/P2) SOALAN LATIHAN/UJI DIRI TEKS SS Laksamana Hang Tuah dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) digambarkan sebagai seorang tokoh yang mempunyai jati diri yang dikagumi. Bincangkan bagaimana jati diri tokoh ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda.[25]


9 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A ANALISIS JATI DIRI DALAM TEKS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR 1.Berpandangan jauh/berwawasan -Encik Muhammad tidak mahu bangsanya diperlekeh oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan. Kejituan idea dan pandangannya terserlah dalam menangani dunia perniagaan firma Serba Dagang Internasional, iaitu berjaya mendapatkan kontrak membekalkan lada hitam ke Jerman selama tujuh tahun. -Encik Muhammad ingin memajukan tanah milik keluarganya di Jeram Medang sebagai kawasan pelancongan 2.Bijaksana -Pendidikan yang diterima Rahim ketika belajar di London menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong di Lembah Tualang yang pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung. - Rahim berjaya memujuk dan menundukkan ego ayahnya, Encik Muhammad untuk menerima tanah yang diwakafkan oleh Lebai Maarup bagi tujuan pembinaan surau dan kompleks pekerja. Rahim hanya bersetuju bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang jika ayahnya menerima tanah wakaf tersebut. 3.Amanah Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan ketika belajar di luar negara. Selama belajar di London,Rahim tidak terpengaruh dengan budaya barat dan akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dagang 4.Merendah diri Walaupun Rahim berpendidikan tinggi dan berasal dari keluarga yang kaya namun Rahim tidak bersikap sombong dan bangga diri. Malah Rahim sanggup mendengar dan menerima cadangan Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanahnya untuk kegunaan penduduk kampung terutamanya para pekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang 5.Berani -Rahim berani mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang ingin menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang dianggapnya lebih mengutamakan keuntungan peribadi semata-mata tanpa memikirkan nasib penduduk Kampung Pulai yang terpaksa berpindah ke Tanah Rancangan FELDA -Encik Muhammad berani mengambil risiko memajukan perniagaannya melalui Syarikat Firma Serba Dagang International, iaitu membekalkan lada hitam ke Jerman selama tujuh tahun.


10 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 6.Pemurah Lebai Maarup mewakafkan tanah pusakanya seluas dua ekar kepada Encik Muhammad untyk kegunaan penduduk kampung,iaitu didirikan surau dan kompleks pekerja apabila Syarikat Lombong Lembah Tualang ditubuhkan 7.Beriman Lebai Maarup mengajak penduduk Kampung Pulai untuk mengaji dan bersolat Jemaah di surau beramai-ramai. sebelum kedatangan Lebai Maarup hanya Imam Saad dan Bilal Endut sahaja yang solat di surau. Namun selepas kedatangan Lebai Maarup semakin ramai penduduk kampung bersolat di surau. 8.Sabar -Encik Muhammmad bersabar menghadapi cabaran dalam memastikan usahanya untuk membina semula Syarikat Lombong di Lembah Tualang dapat direalisasikan -Lebai Maarup bersikap sabar dengan Mat Akil dan rakan-rakannya yang memukul dan mencederakannya selain menghadapi tuduhan -tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati. 9.Bertanggungjawab -Rahim bertanggungjawab membela nasib penduduk Kampung Pulai dengan menentang keinginan ayahnya, Encik Muhammad yang ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang kerana jika usaha ini diteruskan penduduk kampung akan kehilangan tanah mereka. -Encik Muhammad bertanggungjawab dengan menghantar anaknya, Rahim belajar di luar negara dalam jurusan Pengurusan Dagang bagi membolehkan Rahim meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka. 10.Gigih Encik Muhammad gigih berusaha bagi memastikan rancangannya untuk membina Syarikat Lombong Lembah Tualang dapat direalisasikan walaupun Encik Muhammad menghadapi pelbagai tentangan daripada penduduk kampung dan daripada anaknya sendiri, iaitu Rahim yang menganggap perbuatannya itu sebagai mengutamakan kepentingan perbadi dan menganiaya penduduk kampung 11. Berwibawa Encik Muhammad sentiasa mencari peluang dalam perniagaan dengan bercadang membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang selain ingin memajukan tanah milik keluarganya di Jeram Medang sebagai pusat pelancongan.


11 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 12. Bersyukur Encik Muhammad solat tahajud dan bersyukur kepada Allah setelah usahanya untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang yang menghadapi pelbagai halangan dan tentangan daripada penduduk kampung dan anaknya, Rahim, akhirnya berjaya dilaksanakan 13. Prihatin Encik Muhammad prihatin akan nasib penduduk Kampung Pulai yang bakal kehilangan tanah mereka diambil untuk dijadikan kawasan pembinaan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Encik Muhammad memberikan pampasan kepada semua penduduk kampung termasuklah kepada mereka yang menumpang di atas tanah milik keluarganya SOALAN FORMATIF/UJI DIRI& SOALAN PERBINCANGAN 1. Huraikan aspek jati diri En.Muhammad dalam novel SBDKL yang termuat dalam teks Permata Sastera. [25] ASPEK JATI DIRI LEBAI MAARUP 1.Pemurah Lebai Maaurp mewakafkan tanah pusakanya seluas dua ekar kepada Encik Muhammad untuk kegunaan penduduk kampung, iaitu didirikan surau dan kompleks pekerja apabila Syarikat Lombong Lembah Tualang ditubuhkan. 2. Beriman Lebai Maarup mengajak penduduk Kampung Pulai untuk mengaji dan bersolat Jemaah di surau beramai-ramai. Sebelum kedatangan Lebai Maarup hanya Imam Saad dan Bilai Endut sahaja yang solat di surau. Namun selepas kedatangan Lebai Maarup semakin ramai penduduk kampung bersolat di surau 3. Sabar Lebai Maarup bersikap sabar dengan Mat Akil dan rakan-rakannya yang memukul dan mencederakannya selain menghadapi tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati. 4. Berpandangan jauh Lebai Maarup mewakafkan tanahnya kepada Encik Muhammad kerana tahu rancangan Encik Muhammad untuk membina Syarikat Lombong Lembah Tualang di Kampung Pulai dalam jangka masa panjang akan memerlukan tapak surau dan kompleks pekerja untuk kegunaan penduduk di situ


12 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 5.Pemaaf Lebai Maarup memaafkan Mat Akil dan kawan-kawannya yang telah memukul dan mencederakannya dan tidak mahu kes tersebut dipanjangkan sehingga ke balai polis ASPEK JATI DIRI GENERASI MUDA 1. Bertanggungjawab -Rahim bertanggungjawab membela nasib penduduk Kampung Pulai dengan menentang keinginan ayahnya, Encik Muhammad yang ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang kerana jika usaha ini diteruskan penduduk kampung akan kehilangan tanah mereka. 2. Berani-ambil contoh Rahim 3. Gigih -Sudin gigih berusaha memujuk penduduk Kampung pulai agar menjual tanah mereka kepada Encik Muhammad untuk dibangunkan sebagai kawasan perlombongan, iaitu dengan penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang 4. Bersyukur Sudin meminta penduduk Kampung Pulai bersyukur kerana mempunyai pemimpin seperti Yang Berhormat Mohd.Yusuf dan Encik Muhammad yang baik hati dan prihatin akan kebajikan hidup penduduk Kampung Pulai. 5. Suka Menolong -Sudin menolong Sani untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan dirinya -Sudin mencari jalan untuk menyelesaikan konflik di antara Encik Muhammad dan Lebai Maarup yang ingin mewakafkan tanahnya kepada Encik Muhammad namun ditolak oleh Encik Muhammad yang tidak mahu egonya sebagai seorang saudagar kaya tercabar apabila menerima tanah wakaf tersebut. 6. Hormat-menghormati Mahani menghormati majikannya, Encik Muhammad dengan memanggil Encik Muhammad sebagai tuan ketika di pejabat Mahani menghormati ibu bapanya dengan menerima keputusan ibu bapanya untuk menerima pinangan daripada Rahim


13 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A CONTOH SOALAN Jati diri melahirkan insan yang disanjung tinggi. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak-watak dalam novel SBDKL [25] Contoh Cadangan Jawapan Perenggan Pendahuluan Keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. Jati diri penting untuk meningkatkan status sosial seseorang insan.Sebut dan nyatakan latar belakang watak. Antara jati diri dalam novel SBDKL ialah berani,berpandangan jauh,pemurah, dan lain-lain. Perenggan Isi Jati diri yang pertama berdasarkan watak-watak dalam novel SBDKL ialah berani menyatakan tentang kebenaran. Sikap berani penting dalam melahirkan insan yang berupaya menyuarakan sesuatu ketidakwajaran(K) …(sila guna T) menjadikan seseorang insan disanjung tinggi.(P) Tanpanya seseorang insan tidak akan memiliki wibawa dan dipandang rendah oleh orang lain. Contohnya, Rahim berani mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang ingin menubuhkan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang dianggapnya lebih mengutamakan keuntungan peribadi semata-mata tanpa memikirkan nasib penduduk Kampung Pulai yang terpaksa berpindah ke Tanah Rancangan FELDA. Jelaslah, sikap berani penting agar dapat melahirkan insan yang dipandang tinggi. Kedua….. ialah berpandangan jauh…. Nilai berpandangan jauh penting dalam membentuk insan yang memiliki daya fikir yang kreatif dan inovatif ke arah mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan. (K) …(sila guna huraianT&P-serta huraian kontra buat sendiri) Contohnya, Encik Muhammad tidak mahu bangsanya diperlekeh oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan. Kejituan idea dan pandangannya terserlah dalam menangani dunia perniagaan firma Serba Dagang Internasional, iaitu berjaya mendapatkan kontrak membekalkan lada hitam ke Jerman selama tujuh tahun.Jelaslah, nilai berpandangan jauh penting dalam melahirkan insan yang disanjung tinggi. Ketiga….. ialah pemurah….. Nilai pemurah penting dalam membentuk insan yang prihatin akan kebajikan dan kesusahan orang lain.(K) …(sila guna huraianT&P- buat sendiri)Tanpanya sudah tentu kebajikan dan kesuasahan yang dialami oleh orang lain tidak dihiraukan.Keadaan ini boleh juga menyebabkan orang yang kedekut itu tidak disukai oleh orang lain. Contohnya, Lebai Maaurp mewakafkan tanah pusakanya seluas dua ekar kepada Encik Muhammad untuk kegunaan penduduk kampung, iaitu didirikan surau dan kompleks pekerja apabila Syarikat Lombong Lembah Tualang ditubuhkan.Jelaslah, nilai pemurah penting dalam melahirkan insan yang berjiwa luhur dan berakhlak mulia.


14 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A Seterusnya… ialah bijaksana….. Seseorang yang bijaksana akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan beroleh kejayaan dalam hidup. .(K) …(sila guna huraianT&P- buat sendiri) Sekiranya tidak bijaksana maka segala masalah yang dihadapi tidak akan dapat diselesaikan dan tidak aka ada kejayaan dalam hidup .Contohnya, Pendidikan yang diterima Rahim ketika belajar di London menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong di Lembah Tualang yang pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.Jelaslah,bijaksana penting dalam meningkatkan status sosial seseorang insan. Akhir sekali….. ialah gigih…... Sikap gigih penting dalam membentuk seorang insan yang berjiwa kental dan tidak mudah mengalah dengan sebarang halangan dalam hidupnya. .(K) …(sila guna huraianT&P- buat sendiri) .(K) …(sila guna huraianT&Pbuat sendiri)Sekiranya seseorang itu cepat mengalah dan berjiwa goyah/tidak kental dalam menghadapai pelbagai cabaran hidup,maka pasti dalam kehidupan akan gagal.Contohnya, Encik Muhammad gigih berusaha bagi memastikan rancangannya untuk membina Syarikat Lombong Lembah Tualang dapat direalisasikan walaupun Encik Muhammad menghadapi pelbagai tentangan daripada penduduk kampung dan daripada anaknya sendiri, iaitu Rahim yang menganggap perbuatannya itu sebagai mengutamakan kepentingan perbadi dan menganiaya penduduk kampung. Jelaslah,gigih penting dalam meningkatkan serta melahirkan insan yang berjiwa besar dan dipandang tinggi. PERENGGAN PENUTUP/KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai jati diri mulia dalam novel SBDKL seperti berani, berpandangan jauh,pemurah,bijaksana,dan gigih….. Jati diri mulia ini harus dijadikan teladan oleh setiap insan agar melahirkan insan yang berkarisma dan dipandang tinggi oleh orang lain. CONTOH-CONTOH AYAT YG WAJIB DIMASUKKAN SAMA ADA DLM HURAIAN/KK (PEMBANGUNAN INSAN)-HAFAL 6@7 1. Membentuk modal insan cemerlang 2. Keluar dari kepompong kemiskinan 3. Melahirkan insan yang berakhlak,beriman,bertanggungjawab dan amanah 4. Dihormati dan disanjungi 5. mampu bersaing 6.Dirahmati Allah 7. Meningkatkan kualiti diri 8. Melahirkan ketenangan dalam hidup 9.Meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang 10.Mengangkat martabat atau status sosial


15 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A JATI DIRI MULIA BERDASARKAN TEKS SULALATUS SALATIN JATI DIRI KONSEP WATAK PEMBANGUNAN INSAN 1)Bijaksana individu yg berakal budi arif,pandai,cerdik Tun Fatimah Hang Tuah Tun Perak Sultan Mansur Sultan Alau’d-Din -melahirkan insan yang berani dalam membuat tindakan -melahirkan insan yg arif dan boleh menyelesaikan masalah -melahirkan insan yang maju/berdaya saing 2)Setia Ketaat yg tidak berbelah bagi/tidak menderhaka Tun Perak Hang Tuah -melahirkan insan yang patriotik -melahirkan insan yg berakhlak mulia 3)Merendah diri/menghormati guru/tdk bermegahmegah Rendah hati/tidak sombong Tun Perak Sultan Mahmud Sltn Muhammad Sultan Mansur -melahirkan insan yang berakhlak mulia -melahirkan insan yang beriman -melahirkan insan yang tdk sombong -melahirkan modal insan yang seimbang 4)Berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan/perkembangan masa depan Sltn Mansur Sltn Mahmud -melahirkan insan yang berjaya -menjadikan insan yang bijak merancang -menjadikan insan yang berdaya saing 5) Adil Tidak berat sebelah/menyebelahi phk yg benar Sltn Alau’dDin Sltn Mansur -melahirkan insan yang bertanggunjawab -melahirkan insan yang berakhlak mulia 6) sanggup berkorban kerelaan/kesungguhan melakukan sesuatu Hang Tuah Tun Kudu Tun Mutahir -menjadikan insan yang berbakti/berjasa -menjadikan insan yang berani -melahirkan insan yang berkarisma 7) Berani Keupayaan dalam menanggung risiko Hang Tuah Sltn Alau’dDin -menjadikan insan yang berkualiti -menjadikan insan yang bertanggungjawab 8) Berbakti Berjasa kpd nusa&bangsa Tun Perak Hang Tuah -melahirkan insan yang bertanggunjawab -menjadikan insan yang berakhlak mulia 9) Gigih/tabah Rajin/komited dlm sesuatu perkara yg diusahakan Sltn Mahmud Tun Fatimah -melahirkan insan yang berjaya


16 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 10) Berilmu Pemikiran yg sentiasa memperbaharui sesuatu yg diusahakan Sltn Mahmud Hang Tuah Sltn Mansur Tun Perak -melahirkan insan yang berilmu -menjadikan insan yang berakhlak mulia -menjadikan insan yang berjaya 11) Tegas/Teguh pendirian Tidak ragu-ragu, jelas/terang Sltn Alau’dDin Sltn Mansur Tun Fatimah -melahirkan insan yang berjaya -menjadikan insan yang berkeyakinan tinggi -menjadikan insan yang berpengaruh -menjadikan insan yang berakhlak mulia/tabah 12) berdaulat memiliki karisma dan berkaliber/mempunyai kuasa/berkuasa/berwibawa Sltn mansur -melahirkan insan yang berkarisma/berpengaruh/ berkaliber 13) bersikap terbuka kesanggupan menerima/akur dgn pdgn org lain dlm sst perkara sltn Mansur Sltan alau’dDin sltn Mahmud -menjadikan insan yang penyayang -melahirkan insan yang berakhlak mulia 14) Beriman patuh kpd larangan dan suruhan Allah/berpegang teguh Sltn Mansur sltn Mahmud -melahirkan insan yang beriman/bertaqwa -melahirkan insan yang merendah diri/berakhlak mulia -melahirkan insan yang seimbang/kamil 15) cekap berkebolehan,pantas,mahir dlm membuat sesuatu perkara s.Alau’d-Din -melahirkan insan yang bijak/arif -menjadikan insan yang berjaya 16)* bertanggunjawab ( nilai kemanusiaan) amanah yg dipikul bagi memastikan tgs yg dipikul dilaksanakan dgn lancar Hang Tuah Tun Perak -menjadikan insan yang berani dalam tindakan -melahirkankan insan yang bertanggunjawab -melahirkan insan yang berjaya/maju


17 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A JATI DIRI MULIA BERDASARKAN TEKS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR JATI DIRI KONSEP WATAK PEMBANGUNAN INSAN 1)Bijaksana/berilmu individu yg berakal budi arif,pandai,cerdik Rahim En.Muhd Mahani -melahirkan insan yang berani dalam membuat tindakan -melahirkan insan yg arif dan boleh menyelesaikan masalah -melahirkan insan yang maju/berdaya saing 2) Merendah diri Rendah hati/tidak sombong Rahim En.Muhd Mahani -melahirkan insan yang berakhlak mulia -melahirkan insan yang beriman -melahirkan insan yang tdk sombong -melahirkan modal insan yang seimbang 3) Patriotik/cinta akan tanah air ketaatan yg tdk berbelah bagi/tdk menderhaka Rahim -melahirkan insan yg patriotik -melahirkan insan yg berakhlak mulia 4) Berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan/perkembangan masa depan Rahim En.Muhd -melahirkan insan yang berjaya -menjadikan insan yang bijak merancang -menjadikan insan yang berdaya saing 5) Tegas/tetap pendirian/berprinsip Tidak raguragu,jelas/terang Rahim Lebai Maarup Mahani -melahirkan insan yang berjaya -menjadikan insan yang berkeyakinan tinggi -menjadikan insan yang berpengaruh -menjadikan insan yang berakhlak mulia/tabah 6) sanggup berkorban kerelaan/kesungguhan melakukan sesuatu Lebai Maarup -menjadikan insan yang berbakti/berjasa -menjadikan insan yang berani -melahirkan insan yang berkarisma 7) berani Keupayaan dalam menanggung risiko Rahim En.Muhd -menjadikan insan yang berkualiti -menjadikan insan yang bertanggungjawab


18 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A JATI DIRI WATAK-WATAK DALAM SBDKL KONSEP Keperibadian unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa. JATI DIRI WATAK EN.MUHAMMAD - Berpandangan jauh, bijak mengurus, gigih berusaha,tenang/sabar, berkarisma dll JATI DIRI WATAK RAHIM -Berpandangan jauh,bijaksana/berilmu, gigih,berani, merendah diri dll JATI DIRI WATAK LEBAI MAARUP - Beriman,pemurah,gigih, sabar/tabah,sanggup berkorban dll JATI DIRI WATAK YB MUHD.YUSUF - Bijak, prihatin,kuat bekerja, pandai menarik perhatian rakyat dll JATI DIRI WATAK MAHANI - Hormat orang tua,bertanggungjawab,bijaksana,gigih/tekun/rajin, tegas/berprinsip LATIHAN BERDASARKAN PETIKAN PETIKAN JATI DIRI 1) Tetapi dengan orang seperti ini dia mesti bertolak ansur,merendahkan sedikit rasa ketinggian dan kekayaannya. Kekayaannya tidak boleh bertambah dengan sikap meninggi diri tetapi kerapkali harus dengan menundukkan kepala sedikit untuk terus dapat menegakkan kuasa. (ms.1) Bertolak ansur Merendah diri 2) YB Muhd.Yusuf memandang jauh ke seberang jalan melintasi sungai yang mengalir lesu. Dia memikirkan rancangan perumahan untuk orang-orang yang tidak mempunyai rumah dan tanah seperti rancangan perumahan rumah murah di seberang sana itu.(ms.55) Berwawasan 3) “Perkara begini memang telah saya duga”, kata Lebai Maarup. “Bila kita bekerja menyebarkan seruan agama, cubaannya memang selalu berat. Saya tidak apa-apa, syukur kepada Allah. Semua itu takdir-Nya.(ms.340) Tabah Syukur Reda PENERANGAN TENTANG JATI DIRI 1)BERANI - Tidak takut kepada apa-apa kecuali takut kepada Allah s.w.t -mampu mengatasi perasaan takut -mampu menghadapi tekanan dan ancaman yang datang dalam pelbagai bentuk


19 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A 2. BERTANGGUNGJAWAB - Kewajipan yang dipikul oleh seseorang atau segala yg wajib ditanggung 3. SABAR - Dapat menahan diri daripada sesuatu yang tidak disukai/dibenci 4. BIJAK -tajam akal,pandai, cerdik -bertindak berdasarkan akal yang sihat dan logik -dapat menyesuaikan/menempatkan diri megikut keadaan 5.SETIA -Patuh/taat kpd seseorang atau sesuatu Huraian fakta jati diri Kenapa pentingnya jati diri tersebut? Contoh 1. Berani menanggung risiko dalam perniagaan Keberanian yang wujud dalam diri diharapkan dapat membawa perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang yg diceburi dan dapat merubah status sosial dalam kalangan masyarakat En.Muhammad yg mempunyai jati diri berani iaitu berani menghadapi risiko dalam bidang pernigaan yg banyak cabaran dan dugaannya. Antaranya En.Muhamaad berani menghadapi risiko dlm bidang perniagaan dgn membuka SLLT iaitu perniagaan perlombongan yg jarang dibat olh org Melayu dan memerlukan modal yg besar ttp En.Muhammad meneruskan juga sebab beliau mpy jati diri dan yakin bhw beliau blh melakukannya 2. Bertanggungjawab… Seseorang yg bertanggungjawab terhdp tgs dan amanah yg dipikulnya merupakan org yg memiliki akhlak mulia akn sentiasa dikenang serta disanjung tinggi oleh org lain. En.Muhammad juga merupakan suami yg bertanggungjawab dgn memenuhi segala hasrat isterinya, Cik Tipah yg berminat dgn bunga orkid, akhirnya membeli tanah keluarganya seluas 5 hektar utk mengusahakan ladang orkidnya. 3. Sabar… Akan menjadikan seseorang itu kuat dan tahan uji apabila berhadapan dengan musibah atau kesukaran. En.Muhammad sabar dgn kerenah anaknya, Rahim yg sentiasa bersikap keras terhadapnya melalui surat-surat yg dihantar. Rahim mengatakan En.Muhammad seorang yg kejam,zalim, pentingkan diri sendiri dan yg paling teruk, Rahim mengatakan ayahnya sama dgn ahli perniagaan lain iaitu berakhlak rendah. 4. Bijak/berilmu… mampu menyelesaikan segala masalah yg dihadapinya dan seterusnya dpt membawa kemajuan diri sendiri,masyarakat dan negara En.Muhammad bijak menyusun strategi dlm dunia perniagaan menerusi FSDI. Buktinya, sykt trsbt brjaya berurusniaga hingga ke pgrkt antarabangsa iaitu berurusniaga dgn sykt Franfurt di Jerman iaitu dgn mengeksport lada hitam selama 7


20 | N U K I L A N A K S A R A : C I K G U M O H A Z / S E M K I P / K M K S T P M / J A T I D I R I / B H G . A thn dgn jum.lada hitam sbnyk 800-1000 tan. 5. Setia… akan melahirkan insan yg sanggup berkorban apa shj sbg bukti kesetiaan, mlhrkn insan yg berjiwa kental. Sudin begitu setia dgn kekasihnya, Gayah walaupun cintanya tdk kesampaian menyebabkan Sudin merajuk dan mekarikan diri ke KL selama 15 tahun,akhirnya kembali semula ke kg.halaman iaitu ke rumah ibu bapanya. En.Muhd-setia kpd isterinya Cik Puan Tipah.Walau pun En.Muhd, seorg ahli korporat, dia tetap setia trhdp isterinya. Buktinya, Dato’Tan tlh mnwrkn kpd En.Muhd. utk mengambil semula Mery sbg su di SPLT ttp En.Muhd. menolak. CONTOH SO STPM (U) 2016 En.Muhammad dlm SBDKL memperlihatkan jati diri yg wajar dicontohi. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan jati diri beliau yang dapat anda terapkan dlm kehidupan seharian.[25] SOALAN PERBINCANGAN/LATIHAN Huraikan jati diri watak Mahani dalam novel SBDKL dlm konteks pembangunan insan.[25] CADANGAN JAWAPAN PENGENALAN A1- KONSEP JATI DIRI A2-LATAR BELAKANG MAHANI A3-SENARAIKAN ISI CADANGAN PERENGGAN ISI FAKTA(IFP) Bertanggungjawab dalam melaksankan tugas HURAIAN/PI (KTP) Insan yg bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipikulnya merupakan insan yang memiliki akhlak yang mulia…(K)….(sila buat sendiri huraian T) …… akan sentiasa dikenang serta disanjung oleh orang lain.(PI) CONTOH (SABaM) Mahani melaksanakan tugas sebagai seorg.setiausaha dgn penuh amanah dan komited. Buktinya Mahani menyambut tetamu, Datuk Tan yg berkunjung ke pjbt En.Muhd. dengan mesra. KK Jelaslah,..


Click to View FlipBook Version