PEMBANGUNAN NEGARA 3.2.1.PERTANIAN 3.2: EKONOMI-KAJIAN TEKS SULALATUS SALATIN SEMKIP
1 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN SS HASIL PEMBELAJARAN DIAKHIR PELAJARAN PELAJAR DAPAT: a) Mengenal pasti bidang ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara -Perkara penting yang perlu pelajar kuasai dalam topik ini ialah jenis aktiviti ekonomi dan apa sumbangan kegiatan ekonomi tersebut kepada pembangunan negara KONSEP EKONOMI -Ilmu berkaitan pengeluaran,pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan -Segala kegiatan untuk mendapatkan hasil bagi keperluan hidup sama ada dalam bentuk makanan atau barangan lain. EKONOMI DALAM SULALATUS SALATIN(SS) i) Sara diri seperti perhumaan,bercucuk tanam,berkebun,perikanan ii) Perdagangan seperti eksport & import barangan, percukaian, perkapalan, perkhidmatan, pelabuhan A.KONSEP PERTANIAN -Pertanian merujuk kepada perihal bertani(tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam.Pertanian terdiri daripada pertanian sara diri dan pertanian campur. -Selain itu,kegiatan pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,penternakan,perikanan,dan perhutanan. -Pertanian penting dalam mewujudkan lebihan makanan yang membolehkan negara berkembang maju. B. ANALISIS PERTANIAN 1. Menangkap ikan (Badang) Badang menangkap ikan dengan menahan lukah selain menjalankan kegiatan perhumaan dengan tuannya di Sayung 2. Menternak binatang (Bendahara Seri Maharaja) Bendahara Seri Maharaja menternak binatang berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara 3. Memungut hasil hutan (Badang) Badang memungut pelbagai hasil hutan di Sayung seperti buah kuras yang diidamkan oleh Seri Rakna Wikrama
2 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN SS 4. Menanam padi (Wan Malini & Wan Empuk) Wan Malini & Wan Empuk menanam padi huma di Bukit Siguntang manakala Badang mengusahakan padi huma untuk tuannya di Sayung. 5. Mengusahakan dusun Seri Nara Diraja mengusahakan dusunnya di hulu Melaka tempatnya menyembunyikan dan memasung Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah 6. Menyadap kelapa ( Si Penyadap) Seorang penyadap kelapa di Majapahit yang menyelamatkan Ki Mas Jaya sebagai anak angkatnya. Ki Mas Jaya kemudiannya menjadi Betara Majapahit setelah berkahwin dengan Raden Galuh Awi Kesuma KEGIATAN EKONOMI & SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 1. Memancing/mengail ikan -Mempelbagaikan produk makanan negara -Menjana pendapatan nelayan Contoh: Raja Kassim setelah dibuang oleh Raja Rekan baginda telah tinggal dengan si pengail dan mengail ke laut.Ketika kapal berlabuh semua nelayan menjual ikan termasuklah Raja Kasim menjual ikan juga (ms 84) KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 2. Menternak binatang(kerbau) -meningkatkan hasil dan pendapatan negara -mempelbagaikan produk makanan negara Contoh: Bendahara Seri Maharaja menternak binatang berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara KEGIATAN EKONOMI SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI 3. Mengusahakan dusun -mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat dan negara Contoh: Seri Nara Diraja mengusahakan dusunnya di hulu Melaka tempatnya menyembunyikan dan memasung Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah
3 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN SS INGAT DAN BERHATI-HATI! Aktiviti ( PeN-) Kegiatan (MeN-) - Penangkapan ikan Menternak ikan -Penternakan binatang Menternak binatang -Pemungutan hasil hutan Memungut hasil hutan -Penanaman padi Menanam padi -Pengusahaan dusun Mengusahakan dusun -Penyadapan kelapa Menyadap kelapa * Jika pelajar tulis perkataan kata akar sahaja seperti lada hitam,dusun,padi,tanaman orkid,getah-maka ia menjadi sektor pertanian bukan akiviti atau kegiatan.===(sektor pertanian lada hitam dll) C.CONTOH SOALAN Kegiatan pertanian memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Berdasarkan teks SS,huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara.[25] PENGENALAN AYAT 1: Konsep Pertanian AYAT 2: Kegiatan Pertanian AYAT 3: Senarai Isi D.TEKNIK MENJAWAB DAN CADANGAN JAWAPAN PERENGGAN PENGENALAN AYAT PENGENALAN HURAIAN AYAT 1 Pertanian merujuk kepada perihal bertani(tanam-tanaman); perusahaan bercucuk tanam. Pertanian terdiri daripada pertanian sara diri dan pertanian campur. AYAT 2 Selain itu,kegiatan pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,penternakan,perikanan,dan perhutanan. Pertanian penting dalam mewujudkan lebihan makanan yang membolehkan negara berkembang maju. AYAT 3 Antara kegiatan pertanian yang mampu merangsang pembangunan negara ialah menanam padi huma,memungut hasil hutan,menternak kerbau dan lain-lain.
4 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN SS PERENGGAN ISI FAKTA 1 Menanam Padi Huma Huraian Fakta + kptgn PN Penanaman padi huma merupakan aktiviti pertanian yang mampu menjana pendapatan kepada rakyat dan negara.Walaupun aktiviti menanam padi hua merupakan aktiviti ekonomi sara diri tetapi ia mampu menjana hasil yang baik untuk menampung pengeluaran beras dan makanan kepada negara. Pengeluaran beras/padi huma dapat menampung kekurangan pengeluaran padi sawah dan ini menjamin bekalan makanan asas kepada negara. Contoh *Wan Empuk dan Wan Malini membuat perhumaan di Bukit Si Guntang *Penduduk Minangkabau juga menjalankan kegiatan perhumaan * Badang berhuma untuk tuannya di Sayung. KK Jelaslah aktiviti perhumaan mampu menambah jumlah bekalan dan agar dapat menjamin bekalan negara berterusan. FAKTA 2 Menangkap ikan Huraian Fakta + kptgn PN Ikan merupakan sumber protein yang utama bagi orang Melayu khususnya dan bagi orang Asia amnya. Ia dijadikan lauk untuk dimakan dan dijadikan hasil untuk dijual bagai mendapatkan keuntungan.Penangkapan ikan,sama ada ikan sungai atau laut secara tidak langsung boleh menjana pendapatan sama ada kepada masyarakat dan juga negara serta secara tidak langsung membangunkan sesebuah negara. Contoh * Badang juga menjalankan kegiatan menangkap ikan,menahan lukah *Raja Kassim menjadi pengail/nelayan dengan menangkap ikan setelah dihalau keluar dari istana.Baginda teleh menjual hasil tangkapan mereka kepada orang di atas kapal yang berlabuh di Melaka. KK Jelaslah,kegiatan menangkap ikan mampu menjana pendapatan masyarakat atau negara ,seterusnya agar dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara .
5 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN SS FAKTA 3 Memungut hasil hutan Huraian Fakta + kptgn PN Memungut hasil hutan seperti mencari dan mendapatkan damar,rotan,getah jelutung dan buahbuahan hutan merupakan kegiatan ekonomi pertanian.Hasil hutan yang dicari dan dikumpul dapat dipasarkan / dijual untuk mendapatkan keuntungan. Hasil hutan tertentu mempunyai nilai komerisal yang tinggi dan menjadi rebutan pedagang/peniaga. Hasil hutan ini dapat menambah pendapatan rakyat / negara serta menjamin bekalan bahan mentah untuk aktiviti ekonomi yang lain seperti pembuatan dan perdagangan yang juga akan menjana pendapatan negara. Contoh * Badang cuba mendapatkan buah kuras yang diidamkan oleh Seri Rakna Wikrama * Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura kerana Indera Pura Kaya dengan hasil hutannya. KK Jelaslah,kegiatan memungut hasil hutan dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan agar dapat menjana pendapatan negara apabila ada bekalan sumber mentah yang mencukupi. FAKTA 4 Menternak kerbau Huraian Fakta + kptgn PN Kegiatan menternak kerbau juga salah satu aktiviti pertanian yang mampu memenuhi keperluan permintaan sama ada dalam mahupun luar negara.Seharusnya binatang yang diternak perlu dipelbagaikan bagi menjamin bekalan makanan berterusan.Penternakan-menambah pendapatan rakyat/negara-menjamin bekalan bahan makananmemenuhi permintaan dalam negara mahupun luar negara-menjana pendapatan negara/membangunkan negara Contoh * Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir menternak kerbau berkandang-kandang di Kayu Ara KK Jelaslah…
6 NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/KMKSTPM/SEM.2/PEMBANGUNAN NEGARA/BHG.C/EKONOMI-PERTANIAN SS FAKTA 5 Mengusahakan kebun Huraian Fakta + kptgn PN Hasil daripada buah-buahan dapat dijadikan sumber makanan kepada penduduk dan lebihannya dapat dijual untuk mendapat keuntungan. Mengusahakan dusun buah-buahan / berkebun-mempelbagaikan sumber makanan dan menjadi sumber pendapatan rakyat-menjamin bekalan makanan negara dan menambah pendapatan negara Contoh *Seri Nara Diraja mempunyai dusun di hulu Melaka. Hang Tuah dipasung oleh SND di dusunnya setelah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah. * Taman Puteri Gunung Ledang di Kaki Gunung Ledang terdapat kebun buah-buahan.Tun Mamat dikatakan melihat segala jenis buah sebelum sampai ke pondok Puteri Gunung Ledang. KK Jelaslah…