The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohaz, 2024-04-01 02:02:43

PENDIDIKAN

BHG.B- PBGN MSYKT

NOTA PEMBANGUNAN MASYARAKAT: PENDIDIKAN [BAHAGIAN B:SEMESTER 2] DITINTA OLEH: CIKGU MOHAZ IMBAS BLOG LAMAN RENCAH DIDIK NOTA KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF SMK BUKIT PAYONG


1 Konsep Pembangunan Masyarakat DEFINISI / KONSEP: PEMBANGUNAN : untuk meningkatkan kesejahteraan atau taraf hidup masyarakat. MASYARAKAT:- Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu Rumusan: PEMBANGUNAN MASYARAKAT: Perubahan secara berencana dan dilakukan secara berencana pula dari keadaan yang kurang baik menuju pada keadaan yang lebih baik. Hubungan antara sastera dengan Pembangunan Masyarakat: Implikasi penting dalam hubungan ini ialah sastera dikatakan sebagai cermin masyarakat. Hal ini bermakna sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh penulis sebenarnya datang daripada kesan perhubungan, implikasi, dan renungan penulis terhadap masyarakat. Apa-apa yang terkandung dalam denyut nadi masyarakat akhirnya menjadi rangka dan bahan karya yang dihasilkan oleh pengarang. PENDIDIKAN PENGENALAN: Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individu di samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.


2 Pendidikan mampu mematangkan golongan muda dari aspek keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan minda dan keterampilan sahsiah. Rentetan itu, pembangunan masyarakat dan negara harus ditekankan dan dijayakan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. DEFINISI / KONSEP: Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan, ajaran. Maka bolehlah dikatakan disini bahawa pendidikan adalah pengajaran dan ia termasuklah semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Hal ini juga bermakna pendidikan boleh melibatkan perkara yang baik mahupun yang tidak baik. Apa-apa sahaja perkara yang boleh diajar adalah termasuk sebagai pendidikan. Maka, semua orang harus benar-benar memahami erti sebenar pendidikan ini. Ia bukan hanya satu perkataan yang dibina daripada sepuluh huruf tetapi hakikatnya ia membawa makna yang lebih mendalam dan merupakan suatu perkara yang dapat memberi impak yang amat besar kepada seseorang individu, kumpulan, masyarakat, bangsa, negara malahan seluruh dunia. Tidak kiralah sama ada impak tersebut positif mahupun negatif sekiranya ia disalahgunakan. DEFINISI SARJANA: Menurut Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia.


3 Plato berpendapat, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganaegaraan yang baik. Menurut Aristotle pula, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup. John Dewey pula mengatakan bahawa pendidikan adalah satu proses perkembangan individu. Mengikut beliau, pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi. Atan Long pula di dalam bukunya bertajuk “Psikologi Pendidikan” memuatkan di dalamnya beberapa pandangan mengenai pendidikan yang telah dikemukakan oleh beberapa sarjana dan ilmuan Islam. Antaranya ialah; Syed Muhammad Qutb menyatakan bahawa pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau, tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah tahap kesempurnaan. Berdasarkan Sejarah Melayu( Sulalatus Salatin) Pendidikan yang wujud dalam Sejarah Melayu adalah mendekati pendapat John Mc Donald. Konsep pendidikan dalam Sejarah Melayu tentunya disesuaikan dengan masyarakat feudal pada zaman tradisional dan primitif. Antaranya ialah pelajaran adat resam, kepercayaan, cara sembahyang dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa budaya pendidikan yang telah diamalkan dan diceritakan dalam karya Sejarah Melayu seperti berikut: Kepentingan mempelajari ilmu membaca al-Quran sebagaimana Tun Mai Ulat Bulu belajar daripada Makhdum Sadar Jahan. Mempelajari al-Quran adalah salah satu petunjuk penting kepada celik huruf masyarakat zaman itu. Ia menjadi budaya golongan masyarakat yang mesti mempelajari ilmu mengaji bagi membolehkan mereka


4 menghayati kehidupan beragama Islam secara asas. Setelah itu, baharulah masyarakat akan mempelajari ilmu agama yang lain termasuk solat. Kepentingan menuntut ilmu agama berdasarkan kitab muktabar seperti kitab Duril Mazlum daripada Maulana Abu Bakar. Kebolehan membaca dan mempelajari kitab adalah satu tahap pendidikan tinggi yang memungkinkan seseorang itu layak menjadi guru. Seseorang yang telah berguru seperti itu dianggap telah memperolehi ilmu yang melebihi ilmu asas seperti mengaji al-Quran sebelum ini. Oleh itu memang wajar seorang sultan mempelajari tahap ilmu ini kerana dirinya adalah pemimpin tertinggi negara. Jika sultan tidak belajar tinggi, sudah tentu dirinya dipandang rendah oleh ahli masyarakat feudal dan dipertikaikan kepimpinannya. Kepentingan menuntut ilmu kepahlawanan sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan Melaka seperti Hang Tuah dan Tun Bijaya Sura. Pada zaman berkenaan, ilmu kepahlawanan adalah sesuatu yang penting kerana ia adalah salah satu cara mempertahankan diri dan negara daripada serangan musuh. Pembelajaran ilmu tersebut mampu menjadikan masyarakat Melaka hidup aman damai tanpa gangguan. Keperluan mendapatkan penyelesaian masalah hukum hakam agama sebagaimana yang dilakukan oleh sultan bertanya tentang masalah hukum ke sebuah negara lain. Seperti kisah "Bertanya Satu Masalah Agama ke Pasai" (hlm. 247). Dalam peristiwa berkenaan, satu masalah agama telah dikemukakan kepada bijak pandai daripada negara luar. Gambaran ini menunjukkan bahawa, dalam soal pendidikan, kita harus mempunyai semangat kerjasama dan sering berbincang sesama umat dan ahli masyarakat. Jika perkara ini tidak dilakukan, akan menyebabkan diri ahli masyarakat dalam keadaan jahil dan sesat kerana tidak mahu menambahkan ilmu di dada dan bersifat bakhil ilmu.


5 Kepentingan mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seperti kisah Sang Rajuna Tapa yang belot dan akhirnya menjadi batu, penderhakaan Hang Jebat dan lain-lain. Pendidikan ini adalah bersifat kemasyarakatan kerana ia dapat dilihat dan dirasakan oleh ahli masyarakat yang terlibat. Mengambil pengajaran daripada pelbagai peristiwa dan musibah yang dialami masyarakat adalah satu proses pembelajaran yang paling berkesan. Ahli masyarakat akan terus mengingati pristiwa yang telah berlaku dan berazam tidak mahu mengulangi kesilapan lalu. Kepentingan mendengar dan mengikuti nasihat daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman seperti yang terdapat dalam wasiat sultan Maliku's Salleh, wasiat Sultan Muzafar, Alaudin. Mansur dan wasiat bendahara Paduka Raja Tun Perak. Golongan tua dan berpengalaman adalah ahli masyarakat yang mampu mengajar dan memberi petunjuk yang berkesan. Ahli masyarakat yang terkemudian wajar akur dan mengambil perhatian tentang pengalaman pemimipin terdahulu. Ternyata kebanyakan nasihat dari wasiat yang telah disebut secara kebetulan telah berlaku ke atas ahli masyarakat yang berkenaan. Oleh itu wajarlah perkara yang berkaitan dengan wasiat diambil perhatian. Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Pendapat tentang pendidikan dalam SBDKL adalah dengan mendekati definisi yang diutarakan oleh kebanyakan sarjana moden kerana novel ini diterbitkan sesuai pada zaman dan keperluannya. Isu masyarakat moden ini diperjuangkan oleh penulis kerana menyedari kepentingan pendidikan kepada pembangunan masyarakat masa kini. Pendidikan peringkat tinggi penting untuk keperluan diri dan mendapat pengiktirafan masyarakat. Keperluan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang dilakukan oleh encik Muhammad ke atas anaknya. Rahim telah dihantar ke London untuk belajar pengurusan perniagaan. Manakala Datuk Tan menghantar Robert untuk belajar tentang kejuruteraan. Akhirnya mereka lulus dan mendapat pengiktirafan dengan memperolehi segulung ijazah. Kemudian itu, mereka layak menjawat sebarang jawatan peringkat tinggi dalam profesyen masing-masing.


6 Pendidikan agama penting untuk mengawal tingkah laku manusia dan untuk menuju kehidupan hari kemudian. Lebai Maarup ialah golongan ilmuan agama yang telah belajar agama dan mampu menyampaikan ilmu kepada orang ramai. Pengetahuan agama Lebai Maarup pula telah menyumbang kepada keseimbangan tuntutan dunia dan akhirat. Lebai sangat berakhlak orangnya. Beliau mengajar masyarakat agar menyumbangkan harta pada jalan Allah S.W.T seperti usaha yang telah dilaksanakan oleh beliau,iaitu dengan mewakafkan harta arwah ibu bapanya. Pendidikan daripada nasihat orang tua penting supaya mendapat panduan hidup. Sudin akhirnya sudi mendengar dan mengikuti nasihat ibu bapa walaupun sebelum ini sering membantah kata-kata orang tuanya. Begitu juga penerimaan pendapat pihak lain yang menjadi salah satu bentuk pendidikan moden. Kita perlu sedar bahawa diri manusia tidak lengkap dan menguasai segala ilmu. Oleh encik Muhammad sedar bahawa dirinya mungkin hebat dalam ilmu perniagaan tetapi ada kekurangan yang lain dari aspek ilmu agama dan kemasyarakatan. Pendidikan penting untuk mengetahui undang-undang dan peraturan negara. Seseorang itu perlu belajar dan mengetahui selok belok undang-undang negara. Jika tidak mampu mempelajari ilmu undang-undang secara mendalam, cukuplah sekadar mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh setiap individu yang menjadi warga negara. Jika tidak, sudah tentu diriya akan bertindak mengikut emosi dan mengabaikan aspek undang-undang. Hal ini telah berlaku ke atas Mat Akil yang sering melanggar udang-undang dan mengganggu masyarakat sekitar. Tindakannya mengganggu majlis kenduri kahwin, membocorkan tayar bas dan memukul Lebai Maarup merupakan tindakan yang salah dan boleh dijatuhkan hukuman tertentu.


Click to View FlipBook Version