PEMBANGUNAN MASYARAKAT-2.2.3/KMK/STPM SEMESTER 2 NUKILAN AKSARA: MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN@CHE OTHMAN EDISI KEMAS KINI 6 RAMADAN 1444H/MARCH 2023
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 1 ISI KANDUNGAN PELAJARAN: 1.Konsep perpaduan 2.Aspek perpaduan 3. Elemen Perpaduan 4.Kepentingan perpaduan 5.Analisis perpaduan 6. Contoh soalan 7. Contoh jawapan 1.Konsep perpaduan Konsep/definisi-perihal berpadu,bergabung menjadi satu,sepakat, dan lain-lain 2.Aspek perpaduan(cabang/bahagian) ASPEK PERPADUAN POLITIK/PEN TADBIRAN BUDAYA ADAT ISTIADAT KEPERCAYAAN SUKAN/PERMAINAN EKONOMI PERKAHWINAN AGAMA PENDIDIKAN ILMU
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 2 3.ELEMEN PERPADUAN - sikap yang diamalkan seperti 4.KEPENTINGAN PERPADUAN -libatkan beberapa/pelbagai kaum 1) Mengekalkan kestabilan politik Sultan Muzzafar Syah menceraikan permaisurinya untuk memastikan Melaka kekal stabil tanpa perpecahan dalam kalangan rakyatnya. 2) Mengelakkan pepecahan masyarakat Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan permaisurinya,Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dan Tun Perak. 3) Mewujudkan kerja berpasukan Perpaduan masyarakat Melaka seperti Mia Ruzul, tentera Keling Melaka yang samasama berjuang menentang Haru yang merosakkan tanah jajahan Melaka membawa kejayaan kepada Melaka. 4) Menyatukan golongan pembesar Golongan pembesar yang berbalah dapat disatukan oleh Sultan Muzaffar Syah melalui pengorbanan baginda menceraikan permaisurinya untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. 5) Mengangkat martabat raja sebagai lambang perpaduan Sultan Muzaffar Syah menjadi lambang perpaduan rakyat apabila berjaya menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dan Tun Perak. ELEMEN PERPADUAN PERKONGSIAN TAAT KUNJUNGMENGUNJUNG MENGHARGAI SANGGUP BERKORBAN PERSAHABATAN
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 3 5.ANALISIS PERPADUAN (GUNA FORMULA : ELEMEN + ASPEK) ELEMEN ASPEK Kasih sayang Kasih sayang dalam aspek perkahwinan perkahwinan Contoh : Perkahwinan di antara Tun Kudu (orang Melayu) dan Seri Nara Diraja (Tamil Muslim) telah mewujudkan kasih sayang di antara mereka.Hubungan kekeluargaan juga wujud di antara Seri Nara Diraja dan Tun Perak kerana Tun Kudu ialah kakak kepada Tun Perak.Seri Nara Diraja menyerahkan jawatan bendahara kepada Tun Perak kerana menganggap Tun Perak lebih berhak memegang jawatan tersebut. ELEMEN ASPEK Bekerjasama bekerjasama dalam aspek ekonomi Ekonomi Contoh: Raja Mendeliar (Tamil Muslim) yang merupakan syahbandar di Melaka bekerjasama dengan Bendahar Seri Maharaja (Melayu) dalam memajukan sektor ekonomi di Melaka dengan menggalakkan kegiatan perdagangan di Melaka. ELEMEN ASPEK Perkongsian Perkongsian dalam aspek pentadbiran Pentadbiran Contoh Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) dilantik sebagai bendahara Melaka sebelum digantikan dengan Tun Perak (Melayu),Sultan Muzaffar Syah (Tamil Muslim) dilantik sebagai sultan. Kadi Yusuf (Arab) dilantik sebagai kadi di Melaka.Raja Mendeliar (Tamil Muslim) dilantik sebagai syahbandar.
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 4 ELEMEN ASPEK Bertolak ansur Bertolak ansur dalam pentadbiran Pentadbiran Contoh : Sultan Muzaffar Syah (Tamil Muslim) menceraikan permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja Tun Ali ( Tamil Muslim) bagi menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak (Melayu).Seri Nara Diraja kemudian menyerahkan jawatan bendahara kepada Tun Perak yang akhirnya mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melaka. ELEMEN ASPEK Hormat-menghormati Hormat-menghormati dalam aspek pendidikan Pendidikan Contoh i)– Sultan Mansur Syah (Melayu) menghormati Maulana Abu Bakar (Arab) dengan menuntut ilmu agama daripada Maulana Abu Bakar,iaitu belajar ilmu Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar ii)_ Raja Ahmad ( Melayu), Bendahara Seri Maharaja (Melayu) Seri Rama (Tamil Muslim) belajar mengaji dengan Maulana Sadar Jahan (Arab) 6.CONTOH SOALAN Perpaduan mampu membangunkan sesebuah masyarakat. Bincangkan elemen pemantapan perpaduan di Melaka sebagaimana yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin (25m) 7.CONTOH JAWAPAN PENGENALAN Perpaduan ialah perihal berpadu,bergabung menjadi satu,sepakat dan lainlain.Perpaduan penting dalam kalangan masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat secara kolektif. Antara elemen perpaduan dalam Sulalatus Salatin ialah kasih sayang dalam perkahwinan,bekerjasama dalam ekonomi,perkongsian dalam pentadbiran dan lain-lain.
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 5 FAKTA 1 Elemen pemantapan perpaduan di Melaka ialah kasih sayang dalam perkahwinan.Kasih sayang dalam perkahwinan penting agar dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat. Tanpanya pasti sesebuah rumah tangga tidak akan bahagia akan berlaku keruntuhan yang boleh menggugat keharmonian hidup masyarakat. Contohnya,perkahwinan di antara Tun Kudu (orang Melayu) dan Seri Nara Diraja (Tamil Muslim) telah mewujudkan kasih sayang di antara mereka. Hubungan kekeluargaan juga wujud di antara Seri Nara Diraja dan Tun Perak kerana Tun Kudu ialah kakak kepada Tun Perak.Seri Nara Diraja menyerahkan jawatan bendahara kepada Tun Perak kerana menganggap Tun Perak lebih berhak memegang jawatan tersebut. Jelaslah, kasih sayang penting agar melahirkan masyarakat yang hidup harmoni dan bersatu padu. FAKTA 2 Elemen seterusnya ialah bekerjasama dalam aspek ekonomi. Kerjasama dalam aspek ekonomi penting agar dapat membentuk masyarakat yang bersatu hati dalam membangunkan ekonomi demi kesejahteraan bersama.Tanpanya pasti ekonomi negara sukar/ Sekiranya tiada kerjasama ekonomi maka negara sukar dibangunkan dan ini akan membawa kesan kepada hidup masyarakat.Contohnya, Raja Mendeliar (Tamil Muslim) yang merupakan syahbandar di Melaka bekerjasama dengan Bendahar Seri Maharaja (Melayu) dalam memajukan sektor ekonomi di Melaka dengan menggalakkan kegiatan perdagangan di Melaka. Jelaslah, kerjasama dalam ekonomi penting agar meningkatkan taraf hidup masyarakat.
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 6 FAKTA 3 Di samping itu,perkongsian dalam pentadbiran juga merupakan elemen pemantapan perpaduan di Melaka.Perkongsian dalam pentadbiran penting agar dapat memupuk semangat toleransi dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat. Tanpanya pasti masyarakat akan bersikap pentingkan diri sendiri dan gila kuasa. Contohnya, Seri Nara Diraja Tun Ali (Tamil Muslim) dilantik sebagai bendahara Melaka sebelum digantikan dengan Tun Perak (Melayu),Sultan Muzaffar Syah (Tamil Muslim) dilantik sebagai sultan. Kadi Yusuf (Arab) dilantik sebagai kadi di Melaka.Raja Mendeliar (Tamil Muslim) dilantik sebagai syahbandar.Jelaslah,perkongsian dalam pentadbiran penting agar membentuk masyarakat yang bertolak ansur dan dipandang tinggi. FAKTA 4 Selain itu,elemen bertolak ansur dalam pentadbiran juga wujud di Melaka dalam membentuk perpaduan. Bertolak ansur dalam pentadbiran penting agar mewujudkan sikap terbuka dan menghargai orang lain. Tanpanya pasti masyarakat akan bersikap angkuh dan pentingkan diri sendiri/Sekiranya,tidak bertolak ansur dalam pentadbiran maka masyarakat akan bersikap angkuh dan pentingkan diri sendiri.Contohnya, : Sultan Muzaffar Syah (Tamil Muslim) menceraikan permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja Tun Ali ( Tamil Muslim) bagi menamatkan perbalahan di antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak (Melayu).Seri Nara Diraja kemudian menyerahkan jawatan bendahara kepada Tun Perak yang akhirnya mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melaka.Jelaslah, bertolak ansur dalam pentadbiran penting agar melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.
nukilan aksara:cikgu mohaz/semkip/#notasem2 7 FAKTA 5 Akhir sekali, ialah elemen hormat-menghormati dalam pendidikan.Hormatmenghormati dalam pendidikan penting agar membentuk masyarakat yang ikhlas dan tawaduk dalam menimba ilmu.Tanpanya pasti masyarakat akan berskap angkuh dan memandang rendah terhadap orang lain. Contohnya, Sultan Mansur Syah (Melayu) menghormati Maulana Abu Bakar (Arab) dengan menuntut ilmu agama daripada Maulana Abu Bakar,iaitu belajar ilmu Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar.Jelaslah, hormat-menghormati dalam pendidikan penting agar melahirkan masyarakat yang berakhlak dan dipandang tinggi. PENUTUP Kesimpulannya/konklusinya, terdapat pelbagai elemen pemantapan perpaduan iaitu kasih sayang dalam perkahwinan,kerjasama dalam ekonomi,perkongsian dalam pentadbiran,bertolak ansur dalam pentadbiran,dan hormat-menghormati dalam pendidikan…. Oleh itu,setiap masyarakat perlu menerapkan elemen perpaduan agar membentuk masyarakat yang harmoni dan dipandang tinggi.