PEMBANGUNAN NEGARA: POLITIK 3.1.1 KEPEMIMPINAN KAJIAN TEKS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR KMK SEMESTER 2 DIKEMASKINI PADA 19 MEI 2024 *NOTA INI HANYA PANDANGAN PENULIS SAHAJA “GAPAI IMPIAN A UNTUK KMK ” TEKS KAJIAN SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ SEMKIP/SMK BUKIT PAYONG,TERENGGANU
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 1 Perkara Halaman Hasil Pembelajaran 3.1.1-Kepemimpinan 2 1.0 Info Am/Pengenalan 2 2.0 Definisi/Konsep 3 3.0 Gaya Kepemimpinan 3 3.1 Gaya Kepemimpinan Fokus Kepada Watak -Watak 3.1.1 Gaya kepemimpinan Encik Muhammad 5 3.1.2 Gaya kepemimpinan Encik Muhammad ( + ) 6 3.1.3 Gaya kepemimpinan Encik Muhammad ( - ) 3.1.4 Gaya kepemimpinan Rahim 6 7 3.2.2 Gaya kepemimpinan Lebai Maarup 7 4.0 Kepentingan Gaya Kepemimpinan 8 5.0 Contoh Soalan STPM 8 6.0 Soalan Latihan 8
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 2 PEMBANGUNAN NEGARA 3.1 POLITIK 3.1.1 KEPEMIMPINAN HASIL PMBELAJARAN Calon seharusnya dapat: a) menghuraikan kepelbagaian gaya kepemimpinan dalam pembangunan negara 1.0 INFO AM/PENGENALAN Pembangunan negara menyentuh tentang dua bidang utama, iaitu politik dan ekonomi.Dalam hal ini,aspek politik memperlihatkan kepelbagaian gaya kepemimpinan/kepimpinan,kepentingan nasionalisme serta peraturan dan undangundang dalam pembangunan negara.Sementara itu,aspek ekonomi pula memaparkan sumbangan aktiviti pertanian,usahawan dan perdagangan dalam pembangunan negara. Politik ialah bidang yang berkaitan dengan ‘pemerintahan’ atau dalam Islam dikenali sebagai ‘siasah’.Bidang ini merupakan bidang yang membincangkan ilmu tatanegara.Konsep politik,kepemimpinan dan kerajaan saling berkaitan antara satu sama lain.Dalam konteks Melayu,konsep kerajaan merujuk satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya.Elemen politik dalam perbincangan teks Sulalatus Salatin melibatkan aspek-aspek yang berikut: i) Kepemimpinan ii) Nasionalisme iii) Undang-undang dan peraturan
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 3 Bertanggunjawab Bijaksana Amanah Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur sabar/tabah/ cekal Berani Berpandangan jauh/ berwawasan 2.0 DEFINISI/KONSEP KEPEMIMPINAN & GAYA KEPEMIMPINAN Kepemimpinan: keupayaan (kebolehan,pencapaian,dsb) sbg pemimpin,daya (tindak tanduk,kecekapan,dsb) seseorang pemimpin (kms dwn edisi 4,2007) kepemimpinan ialah sikap,cara berkelakuan,kebolehan,pencapaian,tindak tanduk,kecekapan dan sebagainya yang menjadi ciri seseorang itu sebagai pemimpin. Perkataan “Gaya”- pula merujuk kepada sikap,kesukaan,ketasukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang. Oleh itu,gaya kepemimpinan pula merujuk kepada sikap,kesukaan,ketasukaan dan cra berkelakuan yang menjadi ciri seseorang.atau cara keupayaan (kebolehan,pencapaian,dsb) sebagai pemimpin,daya (tindak tanduk,kecekapan,dsb) seseorang pemimpin. 3.0 KEPELBAGAIAN GAYA KEPEMIMPINAN Rajah 1 : Kepelbagaian Gaya Kepemimpinan Dalam Teks SBDKL patriotik
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 4 1.Berpandangan jauh/berwawasan. i) walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperoleh ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, Rahim sanggup bekerja dengan syarikat lombong lembah tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan lebai maarup berhubung dengan tanah wakaf di kampung pulai. ii) Encik Muhammad tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa perniagaaan lain.Lantaran itu Encik Muhammad memperlihatkan kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan, khususnya membantu firma serba dagang international membekalkan lada hitam ke jerman.encik Muhammad mengambil langkah ke hadapan apabila beliau berusaha untuk mendapatkan konsesi tanah di Johor bagi membuka ladang lada hitam. Usaha encik Muhammad ini dilihat dapat membantu firma serba dagang international mendapatkan bekalan lada hitam yang mencukup bagi memenuhi kontrak membekalkan lada hitam ke jerman sebanyak 800hingga 1000 tan dalam masa tujuh tahun. Selain dari itu juga, encik Muhammad bercadang menjadikan tanahnya di jeram medang sebagai tempat percutian yang indah. Beliau juga bercadang membina motel di situ untuk menarik kedatangan pelancong. 2. Amanah -Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. -Lebai Maarup telah menunaikan amanah sebagai umat Islam dengan cara berdakwah mengajak penduduk Kampung Pulai untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, membaca al-Quran, dan menegah masyarakat daripada melakukan dosa dan maksiat. 3.Bijaksana/berilmu - Pendidikan yang diperoleh pada Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana.Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki,beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan negatif kepada penduduk kampung.
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 5 4.Bertanggunjawab -Lebai Maarup bertanggungjawab menjalankan dakwah kepada generasi muda di Kampung Pulai. _Sikap bertanggungjawab Rahim yang cuba membela nasib penduduk Kg.Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika Encik Muhammad membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan. 5.Berani -Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggap tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kg.Pulai apabila ayahnya ingin membuka SLLT. 6.Sabar/tabah/cekal -Lebai Maarup sabar apabila dicederakan dan difitnah oleh Mat Akil. - Encik muhammad tenang/ sabar apabila menghadapi cabaran dalam menguruskan syarikat lombong lembah tualang. Keterangan dan kesabaranya jelas dapat dilihat apabila beliau dapat menerima secara rasional tuduhan yang dilemparkan oleh pemuda berjubah dan jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati. 7.Patriotik/cinta tanah air -walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperoleh Ijazah dalam bidang pengurusan dagang,namun dia kembali ke tanah air untuk mencurahkan baktinya. 3.1 GAYA KEPEMIMPINAN ENCIK MUHAMMAD 1.Berwawasan/berfikiran dinamik -bercadang memajukan Jeram Medang - dalam memajukan perniagaanyan, encik muhammad sentiasa mengikuti perkembangan semasa dunia perniagaan dan sentiasa memperbaharui stategi perniagaannya. 2.Berani-membekalkan lada hitam ke Jerman 3.Tegas-bahagi harta pusaka ikut hukum faraid 4.Merendah diri- merendah diri dengan YB Muhamad Yusuf 5.Bertanggungjawab-menghantar Rahim ke London 6.Berkarisma-tokoh perniagaan Melayu berjaya dan disegani
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 6 7.Berilmu- tahu kepentingan menuntut ilmu-hantar anaknya belajar di London 8.Sabar/tenang-menghadapi cabaran uruskan syarikat perlombongan 9.Beriman-menunaikan solat tahajud 10.Bijaksana-menyelesaikan masalah untuk dapatkan bekalan lada hitam 11. Bersyukur- encik muhammad mensyukuri kejayaan yang dikecapi/ perolehi dengan melakukan solat sunat syukur, solat tahajud, berzikir, berdoa dan bermunajak pada malam penubuhan syarikat lombong lembah tualang. 12. Gigih- encik muhammad gigih meluaskan empayar perniagaanya walau di mana sahaja asalkan ada peluang yang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonimi Baru yang mahukan penyertaan orang melayu dalam dunia perniagaan. 3.1.1 GAYA KEPEMIMPINAN ENCIK MUHAMMAD(+) 1.Berwawasan-bercadang memajukan Jeram Medang 2.Berani-membekalkan lada hitam ke Jerman 3.Tegas-bahagi harta pusaka ikut hukum faraid 4.Jaga Kebajikan-rai pekerja dengan jamuan di Paddock 5.Prihatin-masalah penduduk Kg.Pulai tiada tanah-tempat semula ke rancangan FELDA 3.1.2 GAYA KEPEMIMPINAN ENCIK MUHAMMAD(-) 1.Tamak-pentingkan keuntungan tanpa fikir nasib orang lain-buka SLLT 2.Pentingkan diri sendiri-tidak peduli kesan kepada orang lain-pindah penduduk ke Felda 3.Pentingkan kekayaan-keuntungan dari segi materialistik-buka SLLT untuk tambah kekayaan 4.Sombong-bangga dengan kedudukan dan pangkat-tidak terima cadangan Lebai Maarup hendak wakaf tanah untuk agama 5.Hipokrit-berpura-pura baik-berbaik dengan golongan tua di Kg. Pulai untuk kaburi mata supaya rancangannya tidak ditentang
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 7 GAYA KEPEMIMPINAN RAHIM Amanah- Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya berjaya menamatkan pengajianyan dengan memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang. Patriotik/ cinta tanah air- walau rahim belajar di London dan berjaya memproleh ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau kembali ke tanah air untuk mencurah baktinya. Merendah diri- biarlah Rahim memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri . Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangan Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampung pulai. Bersyukur- Rahim telah mengucapkan syukur kepada tuhan kerana ayahnya telah sedar daripada kesesatan. Ayahnya telah “sedar bahawa pembangunan ekonomi ini bukan banjir besar yang boleh melanda apa saja”. GAYA KEPEMIMPINAN LEBAI MAARUP Bertaqwa/ beriman/ patuh kepada hukum agama- Lebai Maarup memaafkan kesalahan Mat Akil yang memukulnya sehingga menyebabkan beliau terlantai di hospital. Pemaaf- Lebai Maarup memaafkan kesalahanmat akil. Amanah- Lebai Maarup telah menunaikan amanah sebagai umat islam dengan cara berdakwah mengajar penduduk kampung pulai untuk mendekatkan diri kepada allah melalui solat berjemaah, membaca al-Quran, dan menegak masyarakat daripada melakukan dosa dan maksiat. Cekap dan berwibawa- Lebai Maarup merupakan seorang pendakwah yang amat menitik beratkan ajaran dan tuntutan agama. Hal ini boleh dilihat apabila beliau sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk keperluan masyarakat kampung Pulai mendirikan surau. Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh Lebai Maarup adalah kerana kecintaannya terhadap agama islam sebagaimana yang dinyatakannya kepada encik Muhammad. Pengorbanan yang dilakukan oleh Lebai
GAYA KEPEMIMPINAN WATAK EN.MUHAMAD/KMKSTPMSEM.2/BHG C:PEMBANGUNAN NEGARA/TEKS SBDKL 8 Maarup menjadikanya seorang yang penyabar, pemurah, redha, dan dekat dengan Allah. Kesanggupan berkorban demi agama mampu membentuk individu yang bersifat zuhud dan tidak pentingkan diri sendiri. 4.0 Kepentingan Gaya Kepemimpinan Rajah 2 : Kepentingan Gaya Kepemimpinan Dalam Teks SBDKL 5.0 CONTOH SOALAN STPM SO STPM 2013:soalan 6 Berdasarkan novel SBDKL,nilaikan kepimpinan YB Muhd Yusuf sebagai wakil rakyat dalam konteks pembangunan negara (25) STPM (U) 2017: soalan 5 Berdasarkan novel SBDKL,huraikan aspek kepemimpinan dalam konteks pembangunan negara (25) STPM (U) 2019: SOALAN 5 “Kepimpinan melalui teladan asas kepada pembangunan negara” Jelas pernyataan tersebut berdasarkan novel SBDKL (25) 5.0 SOALAN LATIHAN “ Kepemimpinan(2) merupakan aspek penting dalam pembangunan sesebuah negara” Huraikan (1)pernyataan tersebut berdasarkan watak-watak dalam teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.[25]