PEMBANGUNAN MASYARAKAT NOTA2.1PENDIDIKAN NUKILAN: CIKGU MOHAZ
1 NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.2-PENDIDIKAN DLM SS&SBDKL Pembangunan Masyarakat -Kajian teks SS(SM) 2.1 Pendidikan Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan kepentingan pendidikan dalam pembangunan masyarakat. KONSEP PENDIDIKAN -Merujuk kepada perihal mendidik atau proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang BAGAIMANA HENDAK MENJAWAB SOALAN BERKAITAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN? 1. PENDIDIKAN ILMU AGAMA PENTING UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN AGAMA. -Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu agama, iaitu Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar - Sultan Mahmud Syah mempelajari Kitab Maklumat daripada Maulana Yusuf - Sultan Mansur Syah menghantar Kitab Duri’l Mazlum ke Pasai untuk ditafsirkan oleh Makhdun Patakan agar lebih mudah difahami. PENDIDIKAN ILMU apa? Ilmu agama Ilmu Gajah dll Apa Kepentingannya? -melahirkan MASYARAKAT yang berakhlak mulia - membentuk MASYARAKAT yang berkemahiran tinggi (hujahan ilmu)
2 NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.2-PENDIDIKAN DLM SS&SBDKL 2. PENDIDIKAN ILMU AGAMA PENTING UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERAKHLAK MULIA. -Sultan Muhammad sanggup merendahkan diri dengan turun dari takhta mengenakan pakaian fakir dan menggelar dirinya Fakir Muhammad untuk menyertai Sharif di Melaka dan Sheikh Ismail berdakwah ke Semundera.. 3. PENDIDIKAN ILMU AGAMA PENTING UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN AGAMA. - Maulana Yusuf yang sebelumnya merupakan seorang kadi semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah telah dilantik sebagai guru agama selepas mempelajari Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar 4. PENDIDIKAN ILMU AGAMA PENTING UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG SEIMBANG ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT. Sultan Mansur Syah yang mempelajari Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar telah menjadikannya pemimpin yang beriman dan berkarisma. 5. PENDIDIKAN ILMU AGAMA PENTING UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG PATUH AKAN AJARAN AGAMA. Sultan Muhammad Syah ( Raja Kecil Besar) dan rakyat jelatanya telah berguru tentang tertib mengerjakan solat daripada Syed Abdul Aziz 6. PENDIDIKAN ILMU AGAMA PENTING UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM . Seri Rama (India Muslim), Tun Mai Ulat Bulu (Melayu), dan Sultan Mahmud (Melayu) belajar agama dengan Maulana Sadar Jahan (Arab) 7. PENDIDIKAN ILMU GAJAH PENTING UNTUK MENGUBAH STATUS SOSIAL MASYARAKAT. Maharaja Dewa Sura telah dibebaskan daripada menjadi tawanan perang Sultan Mansur Syah,iaitu Kemanci yang lari ke hutan. 8. PENDIDIKAN ILMU GAJAH PENTING UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG CEKAP DAN BERPENGETAHUAN TINGGI. Sultan Mansur Syah telah menitahkan agar anak tuan-tuan mempelajari ilmu gajah daripada Maharaja Dewa Sura.
3 NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.2-PENDIDIKAN DLM SS&SBDKL BAGAIMANA HENDAK MELIHAT/MEMPERJELASKAN TENTANG ILMU AGAMA MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERAKHLAK MULIA DENGAN ADANYA PENDIDIKAN? 1. CINTA DUNIA KEPADA ZUHUD Fakir Muhammad sanggup turun dari takhta kerajaan Muta’bari dan mengenakan pakaian fakir,menggelar dirinya Fakir Muhammad untuk mengikuti Sharif di Mekah berdakwah ke Semundera 2. KURANG BERILMU KEPADA LEBIH BERILMU -Kadi Yusuf menambahkan ilmu pengetahuannya terhadap ilmu Kitab Duri’l Mazlum dengan mempelajarinya daripada Maulana Abu Bakar - Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu Kitab Duri’l Mazlum dengan mempelajarinya daripada Maulana Abu Bakar -Sultan Mahmud Syah mempelajari ilmu Kitab Maklumat dengan mempelajarinya daripada Maulana Yusuf 3. ZALIM KEPADA INSAF SZultan Mansur Syah insaf akan tindakannya yang telah menghukum bunuh keluarga Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir tanpa usul periksa hanya kerana mendengar fitnah yang disampaikan oleh Raja Mendeliar. Tindakannya ini telah menyebabkan permaisuri baginda, Tun Fatimah bersedih dan tidak pernag tersenyum. 4. ZALIM/PENDENDAM KEPADA PENGASIH Sultan Mansur Syah yang pada awalnya bersikap zalim dengan membunuh seluruh keluarga Bendahara Seri Maharaja(BSM) kecuali Tun Fatimah kerana dendam terhadap BSM akhirnya mengasihi Tun Fatimah sehingga baginda menyesali perbuatannya membunuh keluarga Tun Fatimah. 5. GELAP HATI KEPADA TERANG HATI Maulana Abu Bakar memuji Sultan Mansur Syah yang terang hati dan mudah menerima ilmu ketika mempelajari ilmu Kitab Duri’l Mazlum sehingga banyaklah yang dipelajari oleh baginda
4 NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.2-PENDIDIKAN DLM SS&SBDKL SOALAN PERBINCANGAN Pendidikan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Berdasarkan teks SS,huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat[25] CONTOH CADANGAN SKEMA JAWAPAN ISI FAKTA 1 (sila guna formula IFP/IF) Pendidikan ilmu agama penting untuk melahirkan masyarakat yang berakhla mulia HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Ilmu agama wajib dipelajari oleh setiap umat Islam seperti hukum hakam dalam agama.(K) Pendidikan ilmu agama penting untuk melahirkan masyarakat yang berakhla mulia(T) HURAIAN PBGN MASY(P) Apabila sudah menguasai ilmu agama maka terbentuklah akhlak mulia yang begitu penting untuk mewujudkan masyarakat yang disenangi ramai. (Pembangunan masyarakat /mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) Sultan Muhammad berakhlak mulia dengan merendahkan dirinya sehingga sanggup turun dari takhta,mengenakan pakaian fakir dan menggelar dirinya Fakir Muhammad untuk menyertai Sharif di Mekah dan Sheikh Ismail berdakwah ke semundera KK Jelaslah,akhlak mulia penting agar melahirkan masyarakat yang sentiasa dirahmati Allah. Pembangunan Masyarakat -Pendidikan:Kajian teks SBDKL A.BAGAIMANAKAH PENDIDIKAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERPENGETAHUAN?(lihat kepentingannya) 1. Pendidikan ilmu agama penting untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama. - Cth: Lebai Maarup yang mendapat pendidikan agama di Tanjung Karang dan Iman saad mendapat pendidikan agama melalui Lebai Maali,telah menjadikannya anggota masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama yang mantap. dengan adanya pengetahuan agama yang mendalam menjadikan mereka lebih bertakwa. 2. Pendidikan ilmu agama penting untuk melahirkan masyarakat yang utuh jati diri. -Cth: Rahim dan Robert tidak mudah terpengaruh dengan budaya barat sewaktu mereka belajar di England. Begitu juga dengan Lebai Maarup yang telah mendapat pendidikan agama di Tanjung Karang. 3. Pendidikan ilmu perdagangan penting untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing
5 NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.2-PENDIDIKAN DLM SS&SBDKL -Cth: Encik Muhammad, Datuk Tan,Tan Sri Syed Aris dan lain-lain mampu bersaing di peringkat global kerana mereka memiliki pengetahuan dalam bidang perniagaan. Buktinya, Encik Muhammad dan Datuk Tan melalui Syarikat Serba Dagang Internasional telah berjaya mendapatkan kontrak membekalkan lada hitam kepada Syarikat Frankfurt Import-Eksport di Jerman 4. Pendidikan ilmu perlombongan penting untuk melahirkan masyarakat yang berkemahiran tinggi dalam perlombongan. -Cth: Robert telah dihantar oleh ayahnya, Datuk Tan belajar di salah sebuah universiti di London berkaitan Kejuruteraan Perlombongan dengan harapan apabila tamat pengajian kelak Robert dapat membantunya untuk mengusahakan lombong bijih timah peninggalan datuknya di Lembah Tualang. 5.Pendidikan ilmu kesetiausahaan penting untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai pekerjaan/jawatan yang lebih baik. -Cth:Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 meneruskan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun. Kemudian bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Beliau merupakan seorang setiausaha yang cekap,bijak dan dipercayai oleh majikannya. 6.Pendidikan ilmu perlombongan penting untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai kecekapan dalam sesuatu bidang. -Cth: Robert menguasai bidang kejuruteraan perlombongan di Universiti London. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran yang dimilikinya, membolehkannya bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. 7. Pendidikan ilmu pengurusan penting untuk melahirkan masyarakat berkemahiran dalam pengurusan sesebuah organisasi. -Cth: Pendidikan yang diterima oleh En.Muhammad dan Datuk Tan dalam bidang pengurusan membolehkannya menguruskan Syarikat Firma Serba Dagang Internasional sehingga syarikat berkenaan berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam kepada Syarikat Frankfurt Import-Eksport di Jerman. CONTOH SOALAN&LATIHAN Pendidikan penting dalam konteks pembangunan masyarakat. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel Saudagar Besari Dari Kuala Lumpur[25] B.BAGAIMANAKAH PENDIDIKAN ILMU AGAMA MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERAKHAK MULIA? 1. DARIPADA JAHAT KEPADA BAIK Cth: Sebagai anggota masyarakat, Lebai Maarup pada peringkat awal merupakan seorang yang agak nakal. Namun begitu, setelah mendapat pendidikan agama di Tanjung Karang, sikap Lebai Maarup telah berubah menjadi seorang anggota masyarakat yang mempunyai akhlak terpuji kesan daripada pendidikan yang diterimanya di Tanjung Karang,Selangor.
6 NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHAZ/SEMKIP/KMKSTPM/SEM.2-PENDIDIKAN DLM SS&SBDKL 2. JAHIL KEPADA BERILMU Cth: Sebelum menerima pendidikan agama di Tanjung Karang, Lebai Maarup merupakan seorang anggota masyarakat yang agak jahil. Namun begitu, setelah mendapat pendidikan agama di Tanjung Karang beliau memiliki ilmu yang tnggi dan mampu berkongsi dengan anggota masyarakat di Kampung Pulai. 3. TIDAK BERKEMAHIRAN MENJADI LEBIH MAHIR Cth: Melalui pendidikan, Mahani sebagai anggota masyarakat telah belajar ilmu kesetiausahaan. Dengan adanya ilmu kesetiausahaan menjadikannya sebagai anggota masyarakat yang cekap dalam pengurusan pejabat. Kecekapannya menjadikannya sebagai pekerja yang disayangi oleh majikannya,yakni encik Muhammad. 4. BERDENDAM MENJADI BAIK-BAIK Cth: Imam Saat dengan arwah Yaakob,ayah Gayah pernah berdendam kerana tanah. Apabila sudin dan Gayah berkahwin maka wujud hubungan kekeluargaan. Pendidikan agama yang diterima oleh Imam Saat dari Imam Maali telah menjadikannya seorang yang sedar tentang duduk perkara sebenarnya yang akhirnya merestui perkahwinan Sudin dengan Gayah. Ini agak berbeza dengan Mat Akil yang kurang mendapat pendidikan agama. Beliau sentiasa menyimpan dendam terhadap Sudin yang membawa keretakan hubungan antara anggta masyarakat. 5. Kurang matang menjadi lebih matang Cth: Sebagai anggota masyarakat,En.Muhammad,Rahim dan Robert telah mendapat pendidikan di London. dengan pendidikan yang sempurna menjadikan mereka anggota masyarakat yang berilmu, dan telah mematangkan mereka. Pendidikan yang diterima oleh En.Muhammad juga telah menjadikannya anggota masyarakat yang matang dan berjaya dalam bidang perniagaan. CONTOH SOALAN & LATIHAN 1)Pendidikan penting dalam membentuk akhlak masyarakat. Berdasarkan teks SS(Sejarah Melayu), bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat.[25] 2. (a) Huraikan tiga peranan Lebai Maaruf mengenai kepentingan pendidikan dalam konteks pembangunan masyarakat seperti yang digambarkan dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur.[9] (b) Berdasarkan peranan Lebai Maaruf dalam (a), kemukakan pandangan anda tentang kepentingan itu dalam konteks pembangunan masyarakat hari ini. [16]