EDISI KEMAS KINI RAMADAN 1444H/MARCH 2023 NUKILAN AKSARA:MOHD HAZLI CHE SEMAN TEKNIK MENJAWAB BHG.B-PERPADUAN TEKS SBDKL
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 1 TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B: PEMBANGUNAN MASYARAKAT-PERPADUAN (TEKS KAJIAN-NOVEL SBDKL/SEMESTER 2 KMK STPM) PENERANGAN CARA MENGANALISIS KEHENDAK SO BAHAGIAN B:NO.4 Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan (2) perpaduan (1) masyarakat majmuk (3) dalam konteks pembangunan masyarakat.(4) PERINCIAN/KEHENDAK TUGASAN 1. Isu (tajuk) 2. Kata Tugas Soalan-bincangkan 3. Fokus 4. Kaitan dengan Pembangunan
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 2 CONTOH LAIN UNTUK MENGANALISIS TUGASAN SO.BHG.B NO.4 Pendidikan (1) ialah asas pembangunan sesebuah masyarakat.Idea ini terdapat dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan(2) kepentingan pendidikan(3) untuk membangunkan masyarakat.(4) PERINCIAN/KEHENDAK TUGASAN 1. Isu (tajuk) 2. Kata Tugas Soalan-bincangkan 3. Fokus 4. Kaitan dengan Pembangunan BENTUK SOALAN DI ATAS IALAH CARA MENJAWAB A. PENGENALAN (3 MARKAH ) -Bergantung pada soalan sama ada ISU atau TOKOH PENGENALAN ISU TOKOH 1.Takrif/definisi/konsep 2. Ciri-ciri /Fungsi/Kepentingan/ 3. senaraikan isi-isi jawapan 1. Takrif/definisi/konsep 2. Latar belakang tokoh(jika soalan menyebut watak) 4.mengemukakan sinopsis ringkas 3.menyenaraikan isi-isi jawapan
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 3 B.ISI APA ITU FAKTA? - sesuatu yang benar-benar berlaku/sesuatau yang benar dan boleh dibuktikan/maklumat tentang seseorang atau sesuatu. APA ITU HURAIAN ? Keterangan yang (agak) panjang lebar lagi teratur ( untuk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat dan lain-lain-BOLEH GUNA FORMULA KTP) APA ITU HURAIAN CONTOH ? Peristiwa dalam karya-siapa/perbuatan (kelakuan,hal,tindakan yang dibuat-berkait dengan fakta) yang menjadi teladan. APA ITU KESIMPULAN? Ringkasan dari apa-apa yang telah dibicarakan , inti atau isi daripada keseluruhannya,kesudahan pendapat,ikhtisar
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 4 PERBINCANGAN SOALAN Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur menggambarkan perpaduan (1) masyarakat majmuk(3). Bincangkan (2) pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan masyarakat. (4) ( 25 m)
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 5 A. CADANGAN JAWAPAN PENGENGENALAN(3M)
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 6 B.ISI(20M) FAKTA 1(IFP) Perpaduan masyarakat majmuk dalam novel SBDKL dapat dilihat dalam perkongsian saham syarikat dalam bidang ekonomi HURAIAN HURAIAN PRO (KT) Perkongsian saham dalam syarikat boleh dijelmakan dengan adanya sikap saling mempercayai antara satu sama lain yang mampu menerbitkan hubungan kaum yang erat dan harmoni. HURAIAN P.MASYKT (P) Keadaan ini membawa kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial kepada masyarakat berkenaan.Malah masyarakat akan hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormati-menghormati antara satu sama lain. HURAIAN KONTRA Sekiranya, tiada perkongsian saham syarikat antara orang Melayu dan Cina dalam bidang ekonomi, hubungan yang erat dan harmoni tidak wujud kerana tiada sikap saling mempercayai. Hal ini akan menyebabkan terbantutnya kemajuan dalam bidang ekonomi masyarakat. CONTOH (sila guna formula SABaM) Contohnya, En. Muhammad yang merupakan kaum Melayu yang mempunyai 60% saham dalam Firma Serba Dagang Internasional yang merupakan sebuah syarikat perkongsian antara Datuk Tan Chong Seng yang berbangsa Cina.Mereka telah menjadi rakan kongsi selama beberapa tahun dan masing-masing meletakkan kepercayaan yg tinggi bagi memajukan ekonomi perniagaan mereka.Hal ini telah mewujudkan masyarakat yg saling bekerjasama antara satu sama lain. Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,bahawa kegiatan ekonomi iaitu perkongsian saham dalam syarikat mampu mewujudkan hubungan yang erat dlm kalangan masyarakat berbilang kaum dan membawa kpd pembangunan masyarakat
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 7 FAKTA 2(IFP) Pendidikan mampu menjadi tonggak perpaduan masyarakat majmuk. HURAIAN HURAIAN PRO (KT) Pendidikan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum iaitu melalui institusi pendidikan yang sama, masyarakat yang berbeza kaum,agama dan budaya bergaul antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan anggota masyarakat saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormati menghormati antara kaum dan sebagainya. HURAIAN P.MASYKT (P) Sikap yang dipupuk ini akhirnya membentuk perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat seterusnya dapat membangunkan masyarakat berkenaan. HURAIAN KONTRA Sekiranya/Jika tiada institusi pendidikan yang sama,masyarakat berbilang kaum ini tidak akan bergaul dan hanya menjalin hubungan dalam kaum yang sama sahaja.Keadaan ini menyebabkan masyarakat tidak mengenali kaum lain dan gagal untuk memupuk rasa hormat kaum lain sehingga perpaduan masyarakat gagal diwujudkan. CONTOH (sila guna formula SABaM) Contohnya, Robert, Rahim dan Mahani bersekolah di sekolah yang sama dan mereka berkawan rapat sejak di bangku sekolah sehingga membawa ke peringkat yang lebih tinggi apabila Rahim dan Robert melanjutkan pelajaran ke England mereka masih kekal bersahabat baik. Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,pendidikan mampu menjadi agen penyatuan dan boleh menjadi elemen penting dalam memajukan masyarakat ke arah masyarakat yang berfikiran tinggi tanpa prejudis.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 8 FAKTA 3(IFP) Kerjasama usahawan pelbagai kaum HURAIAN HURAIAN PRO (KT) Jalinan kerjasama akan meningkatkan lagi keuntungan perniagaan yang dijalankan dan dapat merapatkan lagi jurang perkauman dalam bidang ekonomi … HURAIAN P.MASYKT (P) …agar pertelingkahan kaum tidak berlaku sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat HURAIAN KONTRA Sekiranya/Jika, tiada kerjasama usahawan pelbagai kaum,jurang antara kaum dalam bidang ekonomi semakin melebar dan menyebabkan wujud prejudis dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini boleh mencetuskan pertelingkahan antara kaum yang menyebabkan perpaduan gagal dipupuk dalam masyarakat. CONTOH (sila guna formula SABaM) Contohnya, kerjasama antara Datuk Tan Chong Seng dan En.Muhammad merancang untuk menjalankan perusahaan lombong bijih timah di Lembah Tualang. Kerjasama mereka ini dapat mengimbangi jurang antara kaum dan menengah memupuk sikap saling mempercayai,hormat menghormati sehingga mewujudkan hubungan harmoni. Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,kerjasama usahawan pelbagai kaum dan dapat mengelakkan beralkunya prasangka dalam kalangan kaum-kaum yang ada dalam masyarakat sekaligus membangunkan masyarakat.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 9 FAKTA 4(IFP) Hormat budaya kaum lain HURAIAN HURAIAN PRO (KT) Sikap hormat terhadap budaya kaum lain boleh diwujudkan melalui jalinan persahabatan yang sejati dan berteraskan keikhlasan…..(T-sila buat sendiri) HURAIAN P.MASYKT (P) Justeru, jalinan persahabatan seperti ini membantu dalam memupuk semangat perpaduan khususnya dalam menghormati budaya yang diamalkan oleh kaum-kaum lain. HURAIAN KONTRA Sekiranya, tiada sikap hormat akan budaya kaum lain…(sila sambung sendiri/buat sendiri ayat) CONTOH (sila guna formula SABaM) Contohnya, Rahim menghormati pemikiran Robert yang mencari pegangan hidup…. sila sambung sendiri/buat sendiri ayat) Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,sikap hormat-menghormati mampu membentuk masyarakat yang lebih peka dan prihatin terhadap anggota masyarakatnya dan sudah tentu akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/TEKNIK MENJAWAB BHG.B/PERPADUAN/SEM.2 10 C.KESIMPULAN/PENUTUP =2 ayat (2M) …sila buat sendiri FAKTA 5(IFP) HURAIAN HURAIAN PRO (KT) HURAIAN P.MASYKT (P) HURAIAN KONTRA Sekiranya, CONTOH (sila guna formula SABaM) Contohnya, Kk (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,