The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohaz, 2024-05-19 01:13:57

NASIONALISME ( TEKS SS)

BHG.C KMK S2-PBGN NEGARA

NASIONALISME PEMBANGUNAN NEGARA/SEMESTER 2/KMK/STPM ABSTRAK: Nasionalisme merujuk kepada perasaan cinta akan negara dan bangsa yang mendalam. Nasionalisme penting untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan dan berusaha membentuk satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan. DITINTA OLEH: CIKGU MOHAZ EDISI KEMAS KINI 19 MEI 2024 (1445 HIJRAH)


3.2 Nasionalisme A. Info Am dan konsep nasionalisme 1.Merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam.(Kamus DewanEdisi Keempat, 2007) 2.Nasionalisme juga merujuk kepada perasaan kebangsaan dan semangat cintakan tanah air. Biasanya bermatlamatkan untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan serta berusaha untuk membentuk satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan. 3.Perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa, negara; di sini termasuk budaya, bahasa, adat istiadat, pegangan keagamaan, seterusnya jati diri, identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa: Bangsa Melayu dan Tamadun Melayu (Harun Mat Piah “Sulalatus Salatin: Testemen Keperkasaan Nasionalisme Melayu” Kertas Kerja Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin) 4.Nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat, yang mengiktiraf hak setiap bangsa didunia untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat, serta menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada negara-bangsa. (R. Suntharalingam dan Abdul Rahman Haji Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, 1985:15) Rumusan Konsep: Rasa cinta terhadap negara adalah intipati penting kepada nasionalisme. Cinta negara dilihat dari dua perkara iaitu cinta kepada bangsa dan cinta kepada tanah air. Seterusnya nasionalisme perlu dikaitkan dengan kepentingan kepada pembangunan sesebuah negara. -Merujuk kepada perasaan cinta akan negara dan bangsa yang mendalam. -Penting untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan dan berusaha membentuk satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan.


Unsur Nasionalisme Dalam Teks SS ▪ Sayang akan negara ▪ Sanggup berkorban untuk raja dan negara ▪ Setia kepada raja/pemimpin ▪ Memartabatkan kedaulatan raja dan negara ▪ Sanggup berjuang mempertahankan raja dan negara ▪ Mempertahankan kedaulatan negara ▪ Memelihara keselamatan negara ▪ Memajukan negara ▪ Menghormati raja/pemimpin dll ▪ Berani menentang musuh negara ▪ Berkhidmat dengan penuh tanggungjawab ▪ Patuh kepada undang-undang dan peraturan negara ▪ Menegakkan keadilan ▪ Menjaga nama baik raja dan negara ▪ Memajukan negara


B.Analisis Nasionalisme Dalam SS 1.sayang/setia akan negara Contoh: Tun Perak berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman Siam Manakala Hang Tuah menentang Semerluki yang merosakkan jajahan Melaka di Ujung Tanah. 2.memelihara keselamatan negara Contoh: Sultan Alau-d-Din Riayat Syah memelihara keamanan Melaka dengan berusaha membanteras kegiatan pencuri yang berleluasa di Melaka. 3.berani menentang musuh negara Contoh: Hang Tuah menentang Semerluki yang merosakkan jajahan Melaka di Ujung Tanah Sultan Ahmad Syah berani menentang Peringgi yang menyerang Melaka. 4.sanggup berjuang mempertahankan negara Contoh: Sultan Ahmad Syah sanggup berjuang mempertahankan Melaka daripada serangan Peringgi. 5.sanggup berkorban untuk negara Contoh: Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menamatkan perbalahan di antara dua pembesar negara,iaitu Seri Nara Diraja dan Tun Perak. 6.memartabatkan/mempertahankan kedaulatan raja dan negara Contoh:Hang Tuah membunuh sahabat baiknya,Hang Jebat yang menderhaka kepada Sultan Mansur Syah demi mempertahankan kedaulatan raja dan negara. 7. setia kepada raja Contoh: Tun perak tidak bertindak balas terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar. 8.patuh kepada peraturan dan undang-undang Tun Mutahir melarang anaknya, Tun Hassan Temenggung daripada melawan Tun Indera segara yang ingin menjalankan hukuman bunuh ke atasnya atas titah Sultan Mahmud Syah. 9.Berbakti kepada raja Contoh: Bendahara Paduka Raja Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah menjaga Sultan Mahmud Syah yang sakit buang air sehingga sembuh dan terhindar daripada rencana jahat nendanya,Raja Tua yang ingin membunuhnya. 10.menegakkan keadilan


C. Analisis Nasionalisme Sultan Alau’d-din Riayat Syah 1. Menjaga Keamanan negara contoh: Keluar menyamar sebagai pencuri pada waktu malam untuk menangani kegiatan pencuri di Melaka 2. Tegas terhadap pembesar Contoh: Menegur Temenggung Seri Maharaja yang tidak berkawal malam sehingga menyebabkan kegiatan pencuri semakin berleluasa di Melaka. Teguran ini menyebabkan Temenggung Seri Maharaja memperketat kawalan pada waktu malam. 3. Menguatkuasakan undang-undang Contoh: Pencuri akan dikenakan hukuman bunuh manakala hukuman potong tangan akan dikenakan kepada mereka yang tidak memulangkan harta cicir yang ditemui. 4.Adil dalam menjatuhkan hukuman Contoh: Pencuri akan dikenakan hukuman bunuh manakala hukuman potong tangan akan dikenakan kepada mereka yang tidak memulangkan harta cicir yang ditemui.Harta cicir yang ditemukan hendaklah dipulangkan kepada pemiliknya. 5. Melindungi Tanah Jajahan Contoh: Menyuruh Bendahara Paduka Raja,Paduka Tuan dan Laksamana Hang Tuah untuk menentang Haru yang merosakkan jajahan Pasai dan Melaka di Pulau Arang. D.Analisis Nasionalisme watak bendahara 1.setia kepada raja Contoh: Bendahara Paduka Tun perak tidak bertindak balas terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar. BPR enggan berajakan Raja Muhammad lalu Raja Muhammad dihantar ke Pahang untuk dirajakan. 2. Berjiwa besar Contoh; Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak berkecil hati apabila Seri nara Diraja yang dilantik sebagai bendahara menggantikan ayahnya,Bendahara Seri Wak Raja walaupun Tun Peraklah orang yang lebih berhak memegang jawatan bendahara. 3. Berbakti kepada raja Contoh: Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjaga Sultan Mahmud Syah yang sakit buang air sehingga sembuh dan terhindar daripada rencana jahat nendanya,Raja Tua yang ingin membunuhnya.


4. Berani menentang musuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir menentang tentera Legor dan Siam yang cuba menyerang Melaka dan tanah jajahannya,Pahang. 5. Sanggup berkorban Contoh: Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir menentang tentera Peringgi yang mennyerang Melaka sehingga menimbulkan rasa kagum dan takut Peringgi terhadap Melaka yang menanggap Peringgi tidak akan mampu mengalahkan Melaka selagi Bendahara Seri Maharaja masih ada. E. Contoh Soalan Perbincangan Nasionalisme penting dalam pembangunan negara kota Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan watak-watak dalam teks Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) [25] Format Jawapan Soalan Tunggal.. ada perenggan pengenalan/pendahuluan,perenggan isi dan perenggan penutup. Pengenalan -bina 3 ayat Ayat 1-konsep nasionalisme Ayat 2-kepentingan nasionalisme Ayat 3-senarai isi Perenggan Isi- kata tugas:Bincangkan ( elemen perlu ada iaitu fakta,huraian pro,huraian kontra,contoh dan kk) Senarai isi i) sayang akan negara -Tun Perak ii) sanggup berkorban untuk negara- Sultan Muzaffar Syah iii) setia kepada raja dan negara- Tun Perak/Tun Mutahir/Hang Tuah iv) Memelihara keselamatan negara- Sultan Alaud’d-Din Riayat Syah v) Berani menentang musuh negara-Sultan Ahmad Syah Perenggan Penutup -bina 2 ayat Ayat 1:Rumusan isi Ayat 2: Cadangan & Harapan yang dikaitkan dengan pembangunan negara


CONTOH JAWAPAN Nasionalisme merujuk kepada perasaan cinta akan negara dan bangsa yang mendalam. Nasionalisme penting untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan dan berusaha membentuk satu identiti kebangsaan yang bercirikan politik dan budaya tempatan.Antara unsur nasionalisme dalam Sulalatus Salatin ialah sayang akan negara, sanggup berkorban untuk negara, setia kepada raja dan negara,dan sebagainya. Pertama,…sayang akan negara….Sayang akan negara penting dalam melahirkan rakyat yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi negara. Tanpanya pasti rakyat tidak akan menghiraukan nasib negara.Contohnya, Tun Perak berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman Siam Manakala Hang Tuah menentang Semerluki yang merosakkan jajahan Melaka di Ujung Tanah.Jelaslah,sayang akan negara penting agar dapat mengekalkan kedaulatan negara.(sila guna formula K,T,Pn untuk perkembangkan huraian pro) Kedua,… sanggup berkorban untuk negara….. Sanggup berkorban penting agar melahirkan rakyat yang mengutamakan kesejahteraan negara daripada kepentingan diri. Tanpanya pasti negara akan terdedah kepada anasir negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Contohnya,Sultan Muzaffar Syah sanggup menceraikan permaisurinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja bagi menamatkan perbalahan di antara dua pembesar negara,iaitu Seri Nara Diraja dan Tun Perak. Jelaslah,sanggup berkorban untuk negara penting berbanding kepentingan diri agar pengorbanan ini dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian negara.(sila guna formula K,T,Pn untuk perkembangkan huraian pro) Ketiga,….setia akan raja dan negara….Setia akan raja dan negara penting dalam memastikan kedaulatan raja dan negara kekal terpelihara. Tanpanya pasti martabat raja dan maruah negara akan tercemar. Contohnya, Bendahara Paduka Tun perak tidak bertindak balas terhadap perbuatan Raja Muhammad yang membunuh anaknya,Tun Besar. BPR enggan berajakan Raja Muhammad agar keamanan di Melaka kekal terpelihara. Jelaslah,seseorang itu harus setia kepada raja dan negara kerana ia penting agar mewujudkan negara yang aman dan dipandang tinggi. .(sila guna formula K,T,Pn untuk perkembangkan huraian pro) Keempat,…..memelihara keselamatan negara…... Memelihara keselamatan negara penting agar negara akan kekal aman dan selamat. Tanpanya pasti negara akan kucar-kacir dan rakyat hidup dalam ketakutan.Contohnya,Sultan Alau-d-Din Riayat Syah memelihara keamanan Melaka dengan berusaha membanteras kegiatan pencuri yang berleluasa di Melaka demi memastikan keamanan Melaka kekal terpelihara. Jelaslah,memelihara keselamatan negara penting bagi melahirkan negara yang kekal sejahtera dan menjamin keselamatan rakyat. .(sila guna formula K,T,Pn untuk perkembangkan huraian pro)


Kelima,….berani menentang musuh negara….. Berani menentang musuh penting agar rakyat tidak pernah gentar berdepan musuh demi menjaga dan mempertahankan negara tercinta. Tanpanya pasti, negara akan mudah dikuasai oleh musuh. Contohnya, Sultan Ahmad Syah berani menentang Peringgi yang menyerang Melaka. Jelaslah, berani menentang musuh negara penting agar dapat melahirkan negara yang dipandang tinggi. .(sila guna formula K,T,Pn untuk perkembangkan huraian pro) Kesimpulannya,terdapat beberapa unsur nasionalisme dalam Sulalatus Salatin,iaitu sayang akan negara, sanggup berkorban untuk negara,setia kepada raja dan negara,memelihara keselamatan negara,dan berani menentang musuh negara. Nasionalisme penting dalam mewujudkan negara yang kekal aman,harmoni dan dipandang tinggi. F. PERBINCANGAN SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU 2021 Bincangkan nasionalisme Tun Perak sebagaimana yang digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan negara. [25] Kata Tugas- BINCANGKAN (elemen yang perlu ada ialah fakta,huraian pro,huraian kontra,contoh dan kesimpulan kecil) Isi /Tokoh - Nasionalisme Tun Perak Perenggan Pendahuluan Ayat 1:Konsep nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam;pergerakan untuk mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat kebangsaan.Justeru,perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa,negara termasuk budaya,bahasa,adat istiadat,pegangan keagamaan,seterusnya jati diri,identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa;bangsa Melayu dan Tamadun Melayu. Ayat 2: Latar belakang Tun Perak; bendahara Paduka Raja, anak Seri Wak Raja, saudara kepada Tun Kudu dan Tun Perpatih Putih. Ayat 3: Antara nasionalisme Tun Perak ialah berani menentang musuh, mempunyai semangat juang yang tinggi / semangat patriotik, menjaga nama baik negara, berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan mempertahankan kedaulatan negara ( senaraikan isi yang hendak di jawab) PERENGGAN ISI Pertama,nasionalisme Tun Perak ialah berani menentang musuh negara(fakta).Seseorang yang berani tidak mudah gentar atau berputus asa serta sentiasa mencari strategi yang berkesan lebih-lebih lagi untuk memastikan keselamatan raja dan negara.Malah dengan keberanian juga dapat membawa


perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang.(huraian pro).Sekiranya sifat berani tiada maka seseorang itu mudah berputus asa dan akan takut menghadapi ancaman musuh.(huraian kontra)Contohnya Tun Perak berani berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman Siam sebanyak dua kali walaupun Siam merupakan sebuah negara yang besar dan kuat.Keberanian yang tinggi ini telah dapat menyelamatkan Melaka dan menyebabkan kedudukan Melaka menjadi kuasa yang kuat dan digeruni oleh pihak musuh (contoh). Jelaslah, keberanian harus tersemat dalam sanubari seseorang sama ada pemimpin atau rakyat agar sifat keberanian itu akan membawa kepada pembangunan negara dari sudut sosial,ekonomi dan politik.(kesimpulan kecil) Kedua,nasionalisme beliau ialah mempunyai semangat juang yang tinggi. Seseorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi akan sanggup mempertaruhkan nyawa dan bermati-matian untuk menjaga keselamatan negara.Sekiranya tiada semangat juang yang tinggi pertahanan negara menjadi lemah dan keselamatan negara mudah terancam dan senang ditawan oleh pihak musuh.Contoh,semangat juang yang tinggi Tun Perak dapat dilihat apabila Tun Perak membawa orang Kelang bersama anak isteri ke Melaka untuk menentang tentera Siam di bawah pimpinan Awi Cakri. Tun Perak juga berjuang untuk menentang tentera Siam yang cuba menyerang Melaka buat kali kedua diketuai oleh Awi Dicu.Hal ini menimbulkan rasa hormat dan gerun kerajaan Siam. Jelasnya, semangat ini menjadikan seseorang itu tidak gentar dan tidak mudah berputus asa malah akan sentiasa mencari strategi yang berkesan agar dapat mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman musuh negara dari dalam atau negara. Nasionalisme Tun Perak seterusnya adalah dengan menjaga nama baik negara.Menjaga nama baik negara adalah penting untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian sesebuah negara akan terjamin.Tanpanya pasti negara lain tidak akan menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi untuk mewujudkan hubungan diplomatik.Contohnhya, Tun Perak mempertahankan kedaulatan Melaka dan jajahannya.Tun Perak bersama Seri Bija Diraja dan Laksamana Hang Tuah ke Pasai menyelesaikan masalah rampasan kuasa oleh adik Sultan Zainal Abidin.Tindakan ini menjadikan Melaka dan jajahan takluknya stabil. Jelaslah,apabila nama baik dapat dikekalkan menyebabkan kuasa-kuasa


luar atau negara luar menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi untuk mewujudkan hubungan diplomatik agar membawa kemajuan sesebuah negara. Nasionalisme beliau yang lain ialah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab kepada negara. Seorang yang bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang dipikulnya serta seorang yang sentiasa memastikan tugasnya dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sikap bertanggungjawab Tun Perak ini menyebabkab beliau disanjung tinggi sama ada oleh sultan atau rakyat.Sekiranya tidak berkhidmat dengan penuh tanggungjawab maka seseorang itu akan membelakangi tugas dan amanah yang diberikan serta sebarang pekerjaan tidak akan dilaksanakan dengan baik.Contohnya, sebagai bendahara beliau memberi nasihat kepada Sultan Mansur Syah akan mewujudkan hubungan berbaik-baik dengan Siam. Hubungan ini telah mengukuhkan kedudukan Melaka. Beliau juga menasihatkan Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah supaya tidak menyerang Pahang sebaliknya mengutus Hang Tuah bagi menyelesaikan masalah pembunuhan Telanai Terengganu.Jelaslah, sikap bertanggung jawab harus ada lebih-lebih lagi tanggungjawab seorang pembesar kepada negaranya yang tercinta agar dapat menyebabkan keharmonian sesebuah negara akan terjaga dengan aman damai. Akhir sekali nasioanlisme Tun Perak adalah dengan mempertahankan kedaulatan negara. Semangat nasionalisme juga menjadikan seseorang akan mempertahankan tanah air atau negara daripada sebarang ancaman musuh atau sebarang anasir yang menganggu gugat keselamatan negara.Tanpanya pasti negara mudah diserang musuh atau akan ada anasir dari musuh yang akan cuba menganggu gugat keselamatan negara.Contohnya, Tun Perak menentang ancaman Haru dan Pasai bagi mempertahankan kedaulatan Melaka dan jajahan takluknya.Jelasnya,semangat nasionalisme haruslah ada dalam diri seseorang pemimpin agar memastikan kedaulatan negara terjamin dan nama baik raja serta negara akan dipelihara. Kesimpulannya,nasionalisme Tun Perak dalam Sulalatus Salatin seperti berani menentang musuh negara,semangat juang yang tinggi,menjaga nama baik negara,berkhidmat dengan penuh tanggungjawab kepada negara serta mempertahankan kedaulatan negara jelas menunjukkan semangat nasionalisme


dalam diri Tun Perak.Justeru, nasionalisme penting dalam mewujudkan negara yang kekal aman,harmoni dan dipandang tinggi. G. CONTOH SOALAN STPM STPM Ulangan P2 2014 5. Nasionalisme penting untuk pembangunan negara kota Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). [25] STPM P2 2016 6.“Nasionalisme beperanan penting dalam pembangunan negara.” Bincangkan pernyataan tersebut dengan merujuk ketokohan Hang Tuah dalam pembangunan Melaka seperti yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).[25] H. SOALAN LATIHAN Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan seorang nasionalis.Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara. [25]


Click to View FlipBook Version