NASIONALISME KMK-PEMBANGUNAN NEGARA-TEKS KAJIAN SBDKL Edisi Kemas kini pada 19 Mei 2024. Nota ini hanya pandangan penulis sahaja. NUKILAN AKSARA OLEH:CIKGU MOHD HAZLI BIN CHE SEMAN@ CHE OTHMAN “KMK MESTI A” SEMKIP/SEMESTER 2 *Turut mengandungi rumusan kepentingan nasionalisme dalam kedua-dua teks,iaitu SS dan SBDKL .
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 1 Hasil Pembelajaran,Calon seharusnya dapat: b) Menghuraikan kepentingan nasionalisme dalam pembangunan negara. MAKSUD/KONSEP/DEFINISI NASIONALISME Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi Keempat (2007) mendefinisikan nasionalisme sebagai perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri. Mengikut Harun Mat Piah (2013) nasionalisme ialah perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa,negara termasuk budaya,bahasa,adat istiadat,pegangan keagamaan,seterusnya jati diri,identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa;bangsa Melayu dan Tamadun Melayu. Rumusan definisi nasionalisme Konsep nasionalisme merujuk kepada perasaan cintakan bangsa dan negara yang mendalam;pergerakan untuk mencapai kebebasan politik daripada kuasa asing/luar; dan semangat kebangsaan.Justeru,perasaan dan sikap yang menunjukkan cinta yang mendalam terhadap bangsa,negara termasuk budaya,bahasa,adat istiadat,pegangan keagamaan,seterusnya jati diri,identiti dan segala jalur dan warna yang terjalin dalam sejarah ketamadunan bangsa;bangsa Melayu dan Tamadun Melayu. RUMUSAN KEPENTINGAN NASIONALISME DALAM KEDUA-DUA TEKS KEPENTINGAN NASIONALISME BERDASARKAN TEKS SULALATUS SALATIN(SS/SEJARAH MELAYU) 1. Mewujudkan keamanan negara Contoh: Bendahara Paduka Raja taat kepada raja dan melarang anak-anak buahnya daripada menderhaka kepada raja kerana itu sudah menjadi istiadat hamba Melayu. Hal ini menyebabkan tiada timbulnya perasaan dalam dirinya dan dalam diri pengikutnya untuk membalas dendam atas kematian anaknya Tun Besar yang telah dibunuh oleh Raja Muhammad. 2. Memajukan negara Contoh:Setelah Seri Maharaja jadi bendahara,bergelar Bendahara Seri Maharaja,maka negeri Melaka semakin maju dan makmur dan ramai orang datang berdagang. 3. Kedaulatan negara dapat dipertahankan dari segi aspek berikut:- i) Mempertahankan dan mengekalkan kedaulatan serta keselamatan negara Contoh: Bendahara Paduka Raja dan Seri Bija Diraja telah mengeluari Siam dengan segala hulubalang ketika Siam hampir ke Batu Pahat
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 2 ii) Ekonomi negara berkembang pesat Contoh:Setelah Seri Maharaja jadi bendahara,bergelar Bendahara Seri Maharaja,maka negeri Melaka semakin maju dan makmur dan ramai orang datang berdagang. iii) Menjana pendapatan negara Contoh:Setelah Seri maharaja jadi bendahara,bergelar Bendahara Seri Maharaja,maka negeri Melaka semakin maju dan makmur dan ramai orang datang berdagang.Beliau begitu saksama dan adil serta sangat menjaga segala orang berdagang ke Melaka dan sikap beliau sebegini rupa telah menjanakan lagi pendapatan negara. 4. Disanjungi dan dihormati oleh negara luar Contoh:Tun Telanai dan Menteri Jana Putera telah memartabatkan kedaulatan raja dan negara. Tun Telanai menyebut tentang Mangkubumi Melaka kepada Paduka Bubun tetapi disangkal oleh Paduka Bubun dan Paduka Bubun bertanya apa erti Mansur Syah? Menteri Jana Putera menyatakan erti Sultan Mansur Syah ialah raja yang dimenang akan Allah Taala daripada segala seterunya atau pihak musuh. 5. Mewujudkan keharmonian dalam negara. Contoh: Sultan Alau’d-din Riayat Syah telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan menjaga keamanan negara. Baginda atau Sultan Alau’ddin Riayat Syah Keluar menyamar sebagai pencuri pada waktu malam untuk menangani kegiatan pencuri di Melaka KEPENTINGAN NASIONALISME BERDASARKAN NOVEL SBDKL 1. Memajukan dan memakmurkan negara dalam sosial,politik,ekonomi dan lain-lain Contoh: Rahim merupakan seorang yang sayang atau setia akan negara. Rahim pulang ke tanah air setelah tamat pengajiannya di London kerana dia ingin berbakti kepada penduduk Kampung Pulai. 2. Mewujudkan keharmonian dan keamanan negara. Contoh: Encik Muhammad seorang yang patuh kepada peraturan dan undang-undang. Beliau berhasrat membayar ganti rugi kepada penduduk Kampung Pulai sekiranya tanah mereka diambil untuk kegiatan perlombongan. 3. Membawa kemajuan sosio-ekonomi dalam negara Contoh: YB Mohd Yusof telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan penduduk Kampung Pulai yang diwakilinya.
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 3 4. Rakyat dan negara akan mendapat kerahmatan-Nya Contoh:Lebai Maarup mempertahankan kesucian agama dengan menentang pembinaan motel di Kampung Pulai kerana pada hematnya,pembinaan motel di Jeram Medang yang terletak di Kampung Pulai akan membawa maksiat. 5. Memacu pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara Contoh: Encik Muhammad berjaya memajukan ekonomi penduduk di Lembah Tualang dan Jeram Medang. Beliau telah berusaha memajukan ekonomi negara dengan mengeksport lada hitam ke Jerman,bercadang menubuhkan pusat rekreasi di Jeram Medang dan menjalankan kegiatan perlombongan di Lembah Tualang. 6. Mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Contoh: Rahim,Robert dan Mahani telah berkawan akrab sejak dibangku sekolah lagi. Keakraban mereka ini diteruskan sehingga kini walaupun mereka sudah tidak bersekolah lagi. Nyatalah,keakraban mereka terjalin kukuh kerana rasa nasionalisme yang wujud dalam diri masing-masing. Unsur Nasionalisme dalam novel SBDKL 1. sayang/setia akan negara 2. Memartabatkan kedaulatan raja dan negara 3. menghormati raja/pemimpin 4.berkhidmat dengan penuh tanggungjawab 5. menegakkan keadilan 6. mempertahankan/memelihara adat 7. patuh kepada undang-undang dan peraturan 8.mempertahankan agama 9.mengekalkan kestabilan politik 10. memajukan ekonomi 11.memajukan negara 12.mengekalkan pepaduan dalam kalangan masyarakat majmuk
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 4 CONTOH SOALAN SEBENAR STPM (U2 STPM 2014) 5. Nasionalisme penting untuk pembangunan Kota Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) [25] CONTOH SOALAN PERBINCANGAN 5. “Nasionalisme merupakan asas dalam pembangunan sesebuah negara.” Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan unsur nasionalisme berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.[25] CADANGAN SKEMA JAWAPAN FAKTA 1 Membangunkan ekonomi penduduk kampung HURAIAN PRO Rakyat yang mempunyai sifat patriotik akan sentiasa mencari cara untuk untuk memajukan sektor ekonomi rakyat dan seterusnya menjana pendapatan ekonomi yang mapan dalam sesebuah negara. CONTOH Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad berusaha dengan gigih untuk membangunkan dan memajukan ekonomi penduduk Kg.Pulai.Menerusi usahasamanya dengan YB Mohd.Yusof beliau berusaha untuk menempatkan semula penduduk Kampung Pulai yang rata-rata masih miskin di penempatan Rancangan FELDA KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 2 Berbangga dengan tanah air HURAIAN PRO Bertuah kerana memiliki tanah yang boleh dimajukan dan dibangunkan untuk dapat menjana sumber ekonomi. CONTOH Encik Muhammad memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat bertuah kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka.Dia mencadangkan agar kawasan tersebut dibangunkan bagi pelancongan yang boleh menjana ekonomi setempat. KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 3 Memupuk perpaduan HURAIAN PRO Nasionalisme juga penting bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.. CONTOH Rahim,Robert dan Mahani telah berkawan akrab sejak dibangku sekolah lagi. Keakraban mereka terjalin kukuh kerana rasa nasionalisme KK -pelajar tulis sendiri
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 5 FAKTA 4 Menabur bakti HURAIAN PRO Kecintaan terhadap negara dan lambang-lambang negara akan mendorong seseorang yang mempunyai semangat nasionlisme untuk menyumbang atau berbakti kepada negara. CONTOH Datuk Tan menyumbang hampir setengah juta ringgit untuk membina padang golf yang baru di seberang astana.Sumbangan ini dihulur kerana Datuk Tan mengerti akan kepentingan menabur bakti dalam menjelaskan semangat nasionalisme. KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 5 Tanda kesetiaan kepada negara HURAIAN PRO Biarpun berada jauh di rantau orang kerana menuntut ilmu,kerana semangat nasionalisme yang menebal pasti akan kembali semula ke tanah air. CONTOH Robert dan Rahim yang menuntut di luar negara(London) bertekad untuk kembali berkhidmat di negara sendiri dalam bidang masingmasing. KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 6 Kerjasama dalam perniagaan HURAIAN PRO Bagi membangunkan negara, semangat nasionlisme akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama khasnya dalam bidang perniagaan. CONTOH Datuk Tan dan Encik Muhammad yang menyedari peri pentingnya perkongsian dalam dunia dagang antara orang Melayu dan Cina telah berusaha mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka menerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang. KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 7 Rasa bertanggungjawab membantu orang teraniaya HURAIAN PRO Semangat nasionalisme juga akan memupuk rasa bertanggunjawab untuk membantu mereka yang teraniaya. CONTOH Rahim rasa bertanggungjawab membantu penduduk Kampung Pulai oyang dirasakan teraniaya lantaran pembukaan Syarikat Lombong Lembah Tualang kerana mereka akan diusir dari perkampungan mereka. KK -pelajar tulis sendiri
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 6 FAKTA 8 Bersedia untuk berjuang HURAIAN PRO Semangat nasionalisme yang menebal akan membolehkan seseorang bersedia untuk melakukan apa-apa sahaja biarpun terpaksa menentang darah daging sendiri. CONTOH Rahim bersedia untuk berjuang menentang Encik Muhammad dan konco-konconya termasuklah Tan Sri Syed Aris, berjuang menentang penyelewengan, atas nama pembangunan kemanusiaan menjadi korban. KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 9 Menghormati lambang negara HURAIAN PRO Nasionalisme adalah sentimen dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara. CONTOH Encik Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan keberangkatan Sultan ke kampung Pulai sebagai bukti penghormatannya pada institusi beraja bagi menzahirkan cintakan negara. KK -pelajar tulis sendiri CONTOH SOALAN PERBINCANGAN DAN PERBEZAAN KEHENDAK TUGASAN/ KEHENDAK SOALAN. 5.a) “Nasionalisme merupakan asas dalam pembangunan sesebuah negara.” Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan unsur nasionalisme berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.[25] BEZA *5.b) “Nasionalisme merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negara.” Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur.[25] Kehendak soalan: i) Pelajar perlu menyatakan unsur nasionalisme sebagai fakta ii) Pelajar perlu menyatakan kepentingan/kesan dengan adanya unsur nasionalisme kepada pembangunan negara di bahagian huraian pro-fakta iii) Contoh perlu ada watak,ada unsur nasioanlisme,ada peristiwa dan ada kesan. * Jadikan soalan 5.b ini sebagai latihan para pelajar.
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 7 Cadangan jawapan/cara jawab soalan 5.b) FAKTA 1 Menabur bakti kepada negara ( unsur nasionalisme) HURAIAN PRO Kecintaan terhadap negara akan mendorong seseorang yang mempunyai semangat nasionalisme untuk menyumbang sesuatu demi negara yang berupa wang ringgit atau tenaga,buah fikiran dan sebagainya.(huraian fakta berkaitan unsur nasionalisme) Kesemua ini dapat memajukan dan memakmurkan negara dalam sosial,politik,ekonomi atau menjadi pemangkin kepada kemajuan negara dan membawa kepada pembangunan negara. (kepentingan nasionalisme ) CONTOH Rahim pulang ke tanah air setelah tamat pengajiannya di London kerana dia ingin berbakti kepada penduduk Kampung Pulai yang dikatakan jauh ketinggalan dari sudut pembangunan khususnya dari sudut ekonomi. KK Jelaslah bahawa dengan adanya nasionalisme seseorang itu terdorong untuk menyumbang sesuatu kepada negara agar dirinya dapat menabur bakti bagi memajukan negara yang dicintai. FAKTA 2 Membangunkan ekonomi penduduk kampung/memajukan negara ( unsur nasionalisme) HURAIAN PRO Rakyat yang mempunyai sifat patriotik akan sentiasa mencari cara untuk untuk memajukan sektor ekonomi rakyat dan seterusnya menjana pendapatan ekonomi yang mapan dalam sesebuah negara. .(huraian fakta berkaitan unsur nasionalisme) Negara yang ekonominya maju dan berkembang pesat penting dalam membawa kemajuan sosio-ekonomi dalam negara yang akhirnya pasti menjadikan sesebuah negara selesa untuk didiami. (kepentingan nasionalisme ) CONTOH Sentimen kasih sayang terhadap kampung halaman sendiri telah mendorong Encik Muhammad berusaha dengan gigih untuk membangunkan dan memajukan ekonomi penduduk Kg.Pulai menerusi usahasamanya dengan YB Mohd.Yusof . KK Jelaslah bahawa dengan adanya nasionalisme seseorang itu terdorong untuk mencari jalan untuk memajukan negara agar negara menjadi sebuah tempat yang selesa untuk dihuni.
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 8 FAKTA 3 Berkerjasama memajukan dan membangunkan sektor ekonomi /Kerjasama dalam perniagaan ( unsur nasionalisme) HURAIAN PRO Nasionalisme dalam kalangan rakyat dalam sesebuah negara boleh dijelmakan melalui sikap berkerjasama untuk memajukan ekonomi negara/kerjasama dalam perniagaan.(huraian fakta berkaitan unsur nasionalisme) Rakyat yang sentiasa berganding bahu untuk memajukan dan membangunkan sektor ekonomi negara penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara.(kepentingan nasionalisme ) CONTOH Encik Muhammad berjaya memajukan ekonomi penduduk di Lembah Tualang dan Jeram Medang.Beliau telah menjalinkan kerjasama dengan Datuk Tan untuk mengeksport lada hitam ke Jerman.Begitu juga Tauke Chan yang memiliki syarikat Chan Builders bercadang untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud untuk melaksanakan projek perumahan di kampung Pulai.Kerjasama antara mereka dapat membawa kepada pembangunan negara. KK Jelaslah bahawa dengan adanya nasionalisme seseorang itu terdorong untuk menjalinkan kerjasama dalam perniagaan untuk memajukan sektor ekonomi agar melahirkan negara yang maju dan berdaya saing. FAKTA 4 Berbangga dengan tanah tumpah ( unsur nasionalisme) HURAIAN PRO Nasionalisme lahir dalam kalangan rakyat sesebuah negara apabila mereka menunjukkan rasa bangga dan bertuah berada di sesebuah negara yang mereka ingin bangun dan majukan negaranya sendiri.(huraian fakta berkaitan unsur nasionalisme) Oleh itu,mereka akan sentiasa berusaha untuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada negara yang dicintai yang akhirnya dapat memajukan dan memakmurkan negara dalam sosial,politik,ekonomi /membawa kepada kemajuan negara sama ada dari sudut sosial,politik atau ekonomi (kepentingan nasionalisme ) CONTOH Sifat patriotik Encik Muhammad dapat dilihat apabila beliau memaklumkan kepada abangnya yang mereka sangat bertuah kerana Jeram Medang terletak dalam tanah milik mereka. Beliau juga mencadangkan agar kawasan tersebut dibangunkan dan dijadikan kawasan pelancongan yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi negara. KK Jelaslah,… -pelajar tulis sendiri
NUKILAN :CIKGU MOHAZ/BHG.C/PEMBANGUNAN NEGARA/UNSUR NASIONALISME SDBKL&KEPENTINGANNYA DALAM TEKS SBDKL&SS 9 FAKTA 5 Menghormati lambang/simbol negara HURAIAN PRO Nasionalisme adalah sentimen dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu sebagai tanda menghormati dan menyayangi negara. Lambang atau simbol sesebuah negara harus dihormati,dimartabatkan,disanjung dan dipertahankan bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam negara. CONTOH Encik Muhammad sanggup membiayai majlis sambutan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke kampung Pulai sebagai bukti penghormatannya pada institusi beraja bagi menzahirkan kecintaannya kepada negara. KK Jelaslah-pelajar tulis sendiri SILA SAMBUNG PERBINCANGAN INI SEBAGAI LATIHAN PENGUKUHAN FAKTA 6 Patuh kepada peraturan dan undang-undang HURAIAN PRO pelajar tulis sendiri CONTOH pelajar tulis sendiri KK Jelaslah-pelajar tulis sendiri FAKTA 7 Memupuk perpaduan HURAIAN PRO pelajar tulis sendiri CONTOH pelajar tulis sendiri KK -pelajar tulis sendiri FAKTA 8 mempertahankan agama HURAIAN PRO pelajar tulis sendiri CONTOH pelajar tulis sendiri KK -pelajar tulis sendiri