PEMBANGUNAN MASYARAKAT CINTA AKAN ALAM SEKITAR KAJIAN TEKS SULALATUS SALATIN NUKILAN AKSARA: CIKGU MOHD HAZLI CHE OTHMAN SEMKIP/SEMESTER 2 MOTTO: KMK MESTI A
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 1 CINTA AKAN ALAM SEKITAR:KAJIAN TEKS SULALATUS SALATIN HASIL PEMBELAJARAN Calon seharusnya dapat: a) menyatakan rasa cinta akan alam sekitar 1.0 Am:Maksud setiap perkataan Maksud cinta-perasaan sayang Maksud Alam-dunia,bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi Maksud sekitar-di tempat atau di sekeliling 2.0 Konsep/Definisi Cinta Akan Alam Sekitar -Jadi cinta akan alam sekitar ialah perasaan sayang kepada segala yang ada di langit dan di bumi yang wujud secara semula jadi. -Bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan (cinta akan) kepada segala yang ada di langit dan di bumi (bumi, binatang-binatang, tumbuh tumbuhan, sungai, hutan rimba dll) yang berada di sekeliling kita. (Kamus Dewan edisi keempat; 2007) Rajah 1: Perasaan atau berperasaan sangat sayang atau cintakan alam sekitar Dalam Teks SS Menghargai Melindungi Menjaga Mengekalkan Perasaan amat sayang akan alam sekitar Memulihara Takjub/ kagum Memelihara Pemuliharaan
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 2 3.0 Nota ringkas/padat berkaitan perasaan cinta akan alam sekitar 3.1.1.Kagum akan keindahan negeri cth: Sultan Mansur Syah kagum akan keindahan Indera Pura. Sungainya tohor dan kaya dengan galian emas,padangnya luas dan hutannya kaya dengan binatang buruan seperti gajah,badak,harimau dan lain-lain. Baginda menyuruh Bendahara Paduka Raja untuk menyerang Indera Pura agar Indera Pura menjadi jajahan Melaka 3.1.2. Kagum akan keindahan gunung Cth: Tun Mamad kagum akan suasana keindahan sebuah taman di puncak Gunung Ledang.Pelbagai bungaan,buah-buahan dan mergastua di taman itu. Burung berbunyi seperti bersyair dan berseloka manakala bunga boleh tersenyum,mengilai dan berpantun dan berseloka. 3.1.3. Menjaga keindahan alam sekitar contoh: Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara Paduka Raja menyerang Indera Pura kerana ingin menjaga keindahan alam sekitarnya yang kaya dengan sumber alam semula jadi seperti emas dan binatang liar. 3.1.4. Menghayati suasana tanah tinggi Contoh: Merah Silu naik ke kawasan tanah tinggi dan dari situ baginda dapat melihat seekor semut besar yang disalak oleh anjing perburuan baginda. Sebagai penghormatan terhadap semut besar tersebut,Merah Silu menamakan tempat tersebut Semundera yang bererti semut besar. 3.1.5. Menghargai hasil pertanian Contoh: Wan Malini dan Wan Empuk yang menghargai Bukit Siguntang dengan menjadikannya sebagai kawasan huma untuk mereka bercucuk tanam,iaitu menanam padi huma.Padi tanaman mereka sangat subur. 3.1.6. Memelihara sumber air Contoh Sultan Mansur Syah menitahkan BPR menyerang Indera Pura kerana ingin memelihara sumber airnya yang dikatakan tawar sehingga ke kuala.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 3 3.2. Jadual rumusan perasaan cinta akan alam sekitar (*kebanyakan tentang alam sekitar ceritanya banyak terdapat dalam bab 1-4) 4.0 Analisis Perasaan cinta akan alam sekitar dalam teks SS (Jelaskan) 4.1.1 Fakta (perasaan) Menghargai keindahan sungai Contoh Sultan Mansur Syah berasa takjub apabila mendengar khabar berita tentang keindahan alam terutama sungai di Indera Pura.Hal ini telah mendorong Sultan Mansur Syah mendapatkan Indera Pura. Baginda sangat menghargai keindahan sungai seperti airnya tohor serta pasirnya memanjang. 4.1.2 F (perasaan) Takjub/kagum dengan keindahan alam dan pulau-pulau yang banyak Contoh Sultan Mansur Syah berasa takjub apabila mendengar khabar berita tentang keindahan alam terutama sungai di Indera Pura yang mempunyai banyak pulau yang indah dan mempunyai khazanah yang boleh dimanfatkan 4.1.3 F (perasaan) Melindungi hidupan liar Contoh Sultan Mansur Syah sangat melindungi hidupan liar seperti gajah,badak,harimau dan seladang yang terdapat di hutan Indera Pura dan tidak membenarkan aktiviti perburuan berlaku. 4.1.4 F (perasaan) Menjaga keindahan alam sekitar Contoh Sultan Mansur Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja untuk mendapatkan negeri Indera Pura bagi menjaga keindahan alam yang terdapat di situ agar terus dipertahankan. Perasaan Cinta akan alam sekitar (terhadap apa?) 1.Takjub/kagum keindahan pulau-pulau yang banyak 2.Menghargai keindahan sungai 3.Menjaga keindahan alam sekitar 4.Memelihara sumber air 5. Melindungi hidupan liar
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 4 5.0 Peranan Alam Sekitar Dalam teks SS antara peranannya dapat dilihat melalui perkara seperti berikut:- 1.simbol pembukaan negeri 2.peluasan jajahan takluk 3.aktiviti pertanian 4.tempat berlindung 5.Aktiviti riadah 5.1 Nota Ringkas/Padat berkaitan Peranan Alam Sekitar 5.1.1 Simbol pembukaan negeri 5.1.1(i) keindahan Temasek yang mempunyai pantai yang putih telah mendorong Seri Teri Buana untuk membuka negeri disitu. Kemunculan seekor singa yang gagah dan menghilang dalam sekelip mata menyebabkan Seri Teri Buana menukarkan nama Temasek kepada Singapura 5.1.1(ii) Raja Iskandar Syah membuka negeri di Bertam setelah melihat anjing perburuannya jatuh ke sungai setelah ditendang pelanduk putih. Baginda menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda bersandar berehat. 5.1.2. Peluasan jajahan takluk Keindahan dan kekayaan negeri Indera Pura yang merupakan kawasan jajahan takluk Siam menyebabkan Sultan Mansur Syah menitahkan BPR menyerang Indera Pura kerana ingin menakluki Indera Pura. Indera Pura kemudiannya berjaya ditakluki oleh Melaka. 5.1.3. Aktiviti pertanian Kewujudan sebatang sungai di Muara Tatang telah menyebabkan Wan Malini dan Wan Empuk menjalankan aktiviti pertanian padi huma di Bukit Siguntang.Hasil padi huma tanaman mereka sangat subur dan menjadi. 5.1.4. Aktiviti riadah Kecantikan alam sekitar di Bijaya Negara yang mempunyai pelbagai keindahan seperti tasik dan pulau telah menyebabkan Raja Suran membuat hutan yang kemudiannya dilepaskan dengan pelbagai jenis binatang liar kerana baginda sangat suka berburu. 5.1.5. Tempat berlindung Sultan Mansur Syah telah menjadikan alam sekitar sebagai tempat berlindung ketika melarikan diri daripada Peringgi. Baginda bersama keluarga dan pengikutnya telah menyusur kaki Gunung Bintan dan masuk ke hutan untuk menyelamatkan diri daripada Peringgi.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 5 5.2 Contoh Soalan Perbincangan berkaitan Peranan Alam Sekitar Huraikan peranan alam sekitar yang terdapat dalam teks SS dalam konteks pembangunan masyarakat ketika itu (25) Cadangan Contoh Jawapan : Peranan Cinta akan alam sekitar berdasarkan kata tugas “huraikan” 5.2.1 F(Peranan)/IF Pencetus pembukaan sesebuah negeri/tempat Huraian(K,T,P) Alam sekitar yang menarik,indah,cantik mendorong raja ambil suasana alam sekitar sebagai nama/tempat sesebuah negeri Contoh Raja Iskandar Syah menamakan negeri Melaka bersempena dengan pokok Melaka tempatnya berhenti melihat anjing perburuannya dihambat pelanduk. KK Kecintaan terhadap alam sekitar turut mempengaruhi masyarakat setempat menjadikannya sebagai penempatan yang selesa untuk didiami. 5.2.2 F(Peranan)/IF Alam sekitar menjadi benteng penyelamat negara/negeri Huraian(K,T,P) Keindahan alam sekitar dapat menyelamat masyarakat dari dikalahkan musuh.Keindahan alam dapat dijadikan ‘tipu muslihat’ dalam menghadapi serangan musuh. Contoh Tun Perak telah memanfaatkan alam sekitar iaitu nyireh,pokok api-api di tepi pantai,semuanya digantung api pada waktu malam hingga taktik ini berjaya menakutkan dan mengalahkan tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Dicu. KK Jelaslah masyarakat terselamat dari berdepan dengan peperangan. 5.2.3 F(Peranan)/IF Alam sekitar menjadi tempat beristirahat/beriadah golongan raja. Huraian(K,T,P) Keindahan dan kecantikan alam sekitar sesuatu tempat menjadi tarikan kepada raja dan pemerintah untuk menjadi tempat beristirahat dengan menikmati flora dan fauna di tempat tersebut. Contoh Raja Suran menikmati keindahan dan kecantikan alam sekitar ‘Bijaya Negara’ dengan menjadikan tempat beristirahat dan beriadah. KK Jelaslah alam sekitar dapat dijadikan sebagai tempat masyarakat menikmati keindahan alam.
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 6 5.2.4 F(Peranan)/IF Alam sekitar menentukan corak ekonomi Huraian(K,T,P) Aktiviti ekonomi banyak dipengaruhi oleh keadaan muka bumi sesuatu kawasan Contoh Kawasan Bukit Si Guntang,yang dikelilingi sungai,padang,amat sesuai dengan aktiviti menanam padi huma sebagaimana yang dilakukan oleh Wan Empuk dan Wan Malini. KK Jelaslah alam sekitar dapat menentukan aktiviti ekonomi yang sesuai dan seterusnya dapat menjadi punca pendapatan kepada masyarakat. 5.2.5 F(Peranan)/IF Alam sekitar membentuk keperibadian dan jati diri. Huraian(K,T,P) Keadaan semulajadi yang indah telah membentuk keperibadian seseorang insan yang mulia. Contoh Peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, digambarkan puncak Gunung Ledang sangat indah,dipenuhi bunga-bungaan memagari Gunung Ledang,mergastua sehingga menimbulkan rasa kagum dan cinta kepada Tun Mamad. KK Jelaslah alam sekitar dapat menentukan keperibadian dan jati diri apabila masyarakat berasa kagum dengan keindahan daripada penciptaNya dan akan menjadikan masyarakat lebih menghargai keindahan alam sekitar. 6.0 RUMUSAN PERASAAN PERANAN Kagum akan keindahan negeri Pencetus pembukaan sesebuah negeri/tempat Kagum dengan keindahan alam sekitar Benteng penyelamat negara/negeri Mengagumi kecantikan pemandangan alam sekitar (flora,fauna) Tempat istirahat/riadah golongan raja Menghargai hasil pertanian Menentukan aktiviti ekonomi 7.0 CONTOH SOALAN STPM STPM 2016 so 3 “Rasa cinta akan alam sekitar telah wujud dalam masyarakat Melayu Tradisional”. Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan teks SS.(25)
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 7 8.0 AKTIVITI LATIHAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PELAJAR Aktiviti 1 ARAHAN SOALAN: Berdasarkan petikan yang diberikan sila kenal pasti/kemukakan perasaan cinta akan alam sekitar dalam ruang petak kosong yang disediakan. 8.1.1 Petikan Perasaan Cinta akan alam sekitar Adapun ini suatu riawayat diceritakan oleh yang empunya ceritera:ada sebuah negeri, Indera Pura namanya:air sungainya tohor,lagi dengan rantau pasir sepanjangnya,dalam sungai itu terlalu banyak pulau,dalam airnya tawar sampai ke kuala.Musim utara gelora muaranya;kelian emas di hulunya,banyak padang luas-luas di sana (ms 96) 8.1.2 Petikan Perasaan Cinta akan alam sekitar Adapun ini suatu riawayat diceritakan oleh yang empunya ceritera:ada sebuah negeri, Indera Pura namanya:air sungainya tohor,lagi dengan rantau pasir sepanjangnya,dalam sungai itu terlalu banyak pulau,dalam airnya tawar sampai ke kuala.Musim utara gelora muaranya;kelian emas di hulunya,banyak padang luas-luas di sana (ms 96) Aktiviti 2 ARAHAN SOALAN: Berdasarkan jawapan di ruang petak perasaan cinta akan alam sekitar sila kenal pasti dan tulis contoh petikan yang berkaitan perasaan alam sekitar tersebut dalam ruang kosong yang disediakan. 8.2.1 Petikan Perasaan Cinta akan alam sekitar Cari jawapan petikan di bab II & nyatakan muka surat Menghargai hasil pertanian
NUKILAN AKSARA:CIKGU MOHAZ/MOTTO SUBJEK:KMK MESTI A/CINTA AKAN ALAM SEKITAR SS/SEM.2 8 8.2.2 8.2.3 Petikan Perasaan Cinta akan alam sekitar Cari jawapan petikan di bab III(tjk;mula kedatangan Islam ke Alam Melayu) & nyatakan muka surat Menghayati suasana tanah tinggi Petikan Perasaan Cinta akan alam sekitar Cari jawapan petikan di bab X (tjk;meminang “Puteri Gunung Ledang”)& nyatakan muka surat Kagum akan keindahan gunung