The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BHG.A:PEMBANGUNAN INSAN/SEM.2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohaz, 2024-04-01 01:44:58

ILMU

BHG.A:PEMBANGUNAN INSAN/SEM.2

NUKILAN AKSARA : CIKGU MOHAZ 1.2: ILMU ANALISIS TEKS SS & SBDKL-PEMBANGUNAN INSAN KMK STPM SEMESTER 2 EDISI KEMAS KINI 1 APRIL 2024 * CATATAN-Nota ini hanya pandangan penulis sahaja-sila rujuk guru kmk anda sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.


1 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 PEMBANGUNAN INSAN: 1.2:ILMU Hasil Pembelajaran Calon seharusnya dapat: (a) menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan. 1.KONSEP Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan masyarakat 2. ANALISIS JENIS-JENIS ILMU DALAM TEKS SS Agama Firasat Gajah kuda pertanian perkapalan/pelayaran perdagangan tasawuf seni/lukisan pertukangan/seni bina penternakan perikanan memanah kepahlawanan politik/pentadbiran hikmat tauhid


2 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 3. KEPENTINGAN ILMU a). Membentuk modal insan yang cemerlang b). Menyediakan peluang pekerjaan c). Meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang d).Melahirkan insan yang berakhlak/beriman/amanah/bertanggunjawab e). Melahirkan insan yang dihormati/disanjung/dipandang tinggi f). Meningkatkan martabat/status sosial 4. Bagaimana HENDAK GUNA JENIS-JENIS ILMU INI DENGAN KEPENTINGAN • ILMU TASAWUF Insan yang bertaqwa • ILMU BAHASA Insan yang bijaksana • ILMU AGAMA Insan yang berakhlak mulia • ILMU TERJEMAHAN Insan yang berpengetahuan luas • ILMU FEQAH Insan yang ingin menyampaikan dakwah/kebaikan • ILMU FARDU AIN Insan yang bersih dan zuhud • ILMU POLITIK Insan yang berakhlak,beriman,bertanggungjawab dan amanah dapat melahirkan


3 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 4.1 ILMU AGAMA Kepentingan: melahirkan insan yang berpengetahuan agama dan dipandang tinggi/berakhlak mulia. Contoh: Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu tasawuf,iaitu ilmu Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar(MAB) dan dipuji oleh MAB kerana terang hatinya mempelajari ilmu agama. 4.2 ILMU PERANG Kepentingan: melahirkan insan yang dihormati kerana keupayaannya merancang strategi menentang musuh. Contoh: Tun Perak bijak merancang strategi perang menentang Siam dengan memasang puntung api di setiap pokok di sepanjang pantai Melaka sehingga berjaya menakut-nakutkan Siam yang akhirnya membatalkan niat untuk menyerang Melaka. 4.3 ILMU FIRASAT Kepentingan: melahirkan insan yang berpandangan jauh/dapat meramalkan perkara yang bakal berlaku Contoh: Tun Perak meramalkan Tun Mutahir akan menjadi orang besar melebihi kebesarannya namun hanya untuk sementara setelah melihat cahaya menerus dari langit menyuluh kepala Tun Mutahir yang sedang tidur tetapi dalam sekelip mata cahaya itu hilang. 4.4 IMU MENGARANG Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dalam ilmu penulisan Contoh: Tun Perak menulis surat utusan ke Siam untuk mejalin hubungan berbaikbaik dengan Siam.Isi surat tidak mengandung sembah,salam atau pun kasih sayang seperti yang diminta oleh Sultan Mansur Syah 4.5 ILMU SENI BINA Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dalam sesuatu bidang Contoh: Tun Perak memasang sendiri rasuk pada istana Mahligai Hawa Nafsu seteleh ditegur oleh Sultan Mansur Syah yang tidak berkenan dengan sikap Tun Perak yang menggunakan kayu putih dan kecil sebagai rasuk dan anggap kerja Tun Perak tidak sempurna. 4.6 ILMU GAJAH Kepentingan: meningkatkan status sosial seseorang insan Contoh: Maharaja Dewa Sura yang asalnya merupakan tawanan perang Sultan Mansur Syah telah dibebaskan setelah Maharaja Dewa Sura berjaya menyelamatkan gajah Sultan Mansur Syah,Kemanci,yang lari ke hutan.


4 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 4.7 ILMU SENI LUKIS Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dan cekap dalam bidang seni lukis Contoh: Hang Nadim dapat melukis corak kain serasah yang diinginkannya ketika di Benua Keling.Ilmunya ini tidak dapat ditandingi oleh 500 orang pelukis Benua Keling apabila hanya 2 orang sahaja pelukis Benua Keling yang dapat melukis corak yang diingininya. 4.8 ILMU KEPAHLAWANAN Kepentingan: melahirkan insan yang berkemahiran dan dipandang tinggi Contoh: Hang Tuah mempelajari ilmu hulubalang di Melaka (ms105) sehingga menjadi hulubalang terkemuka di Melaka.dengan ilmu hulubalang ini Hang Tuah berjaya mengelakkan tikaman Hang Jebat dan akhirnya berjaya membunuh Hang Jebat. 4.9 ILMU PERIKANAN Kepentingan: wujudkan peluang pekerjaan Contoh i): Raja Kasim menjadi nelayan dan menjual hasil tangkapannya kepada pedagang yang berlabuh di Melaka seperti Maulana Jalalu;d-Din. ii) Badang menahan lukah di hilir Sungai Sayung 4.10 ILMU PERTANIAN Kepentingan: keluar dari kepompong kemiskinan Contoh: Wan Malini dan Wan Empuk yang berhuma di Bukit Siguntang akhirnya menjadi kaya-raya setelah padi yang ditanamnya berbuahkan emas,berdaunkan perak, dan berbatangkan suasa apabila putera Raja Suran turun di Bukit Siguntang. 4.11 ILMU PELAYARAN Kepentingan: melahirkan insan yang mahir dalam sesuatu bidang Contoh: Hang Isap memiliki kapal layar yang ditumpangi oleh Hang Nadim ke Benua Keling untuk membeli kain serasah yang dikehendaki oleh Sultan Mahmud Syah. 4.12 ILMU PENTERNAKAN Kepentingan: melahirkan insan yang mahir dalam sesutau bidang Contoh: Bendahara Seri Maharaja memiliki kerbau berkandang-kandang di dusunnya di Kayu Ara.


5 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 CONTOH SOALAN DAN *SKEMA JAWAPAN.(* hanya panduan sahaja) Ilmu mampu memartabatkan diri setiap insan.Huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan berdasarkan teks Sulalatus Salatin(sejarah Melayu) [25] Pengenalan Ilmu merujuk kepada pengetahuan yang sistematik,benar dan menyakinkan.Ilmu penting untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.Antara ilmu dalam Sulalatus Salatin ialah ilmu agama,ilmu mengarang,ilmu firasat dan lainlain. Perengan Isi Pertama…ilmu agama….. Ilmu agama penting untuk melahirkan insan yang berpengetahuan agama dan dipandang tinggi/berakhlak mulia. Contoh i: Sultan Mansur Syah mempelajari ilmu tasawuf,iaitu ilmu Kitab Duri’l Mazlum daripada Maulana Abu Bakar(MAB) dan dipuji oleh MAB kerana terang hatinya mempelajari ilmu agama.contoh ii, ilmu agama yang dimiliki oleh Sultan Muhammad di Mutaba’ri menjadikan baginda seorang yang berakhlak mulia apabila sanggup merendahkan dirinya dengan turun takhta,mengenakan pakaian fakir, dan menggelar dirinya Fakir Muhammad lalu mengikuti Sharif di Mekah dan Sheikh Ismail untuk bedakwah ke Semudera. Jelaslah, ilmu agama penting agar melahirkan insan yang dirahmati Allah. Seterusnya,….. ilmu mengarang…. Ilmu mengarang penting untuk melahirkan insan yang berkemahiran dalam ilmu penulisan dan surat-menyurat. Contohnhya, Tun Perak menulis surat utusan ke Siam untuk mejalin hubungan berbaik-baik dengan Siam.Isi surat tidak mengandung sembah,salam atau pun kasih sayang seperti yang diminta oleh Sultan Mansur Syah. Jelaslah,ilmu mengarang penting agar melahirkan insan yang disanjung tinggi. Di samping itu,… ilmu firasat….. Ilmu firasat penting untuk melahirkan insan yang berpandangan jauh/dapat meramalkan perkara yang bakal berlaku dan mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Contohnya, Tun Perak meramalkan Tun Mutahir akan menjadi orang besar melebihi kebesarannya namun hanya untuk sementara setelah melihat cahaya menerus dari langit menyuluh kepala Tun Mutahir yang sedang tidur tetapi dalam sekelip mata cahaya itu hilang.Jelaslah, ilmu firasat penting agar melahirkan insan yang dihormati. Seterusnya pula,….. ilmu pertanian….. Ilmu pertanian penting agar dapat melahirkan insan yang bijak mencari ruang untuk menjana pendapatan sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan. Contohnya, Wan Malini dan Wan Empuk yang berhuma di Bukit Siguntang akhirnya menjadi kaya-raya setelah padi yang ditanamnya berbuahkan emas,berdaunkan perak, dan berbatangkan suasa apabila putera Raja Suran turun di Bukit Siguntang. Jelaslah, ilmu pertanian penting agar dapat meningkatkan taraf hidup seseorang insan.


6 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 Akhir sekali,… ilmu siasah atau politik….Ilmu siasah atau politik penting agar dapat melahirkan insan yang berpandangan jauh dan dihormati oleh orang lain.Contohnya, Sultan Mansur Syah mempunyai ilmu siasah kerana bijak dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Majapahit dan China selain berbaik-baik dengan Siam agar dapat memastikan kekukuhan dan kedaulatan Melaka kekal terpelihara. Jelaslah,ilmu siasah penting agar melahirkan insan yang berkaliber dan disanjung tinggi. Penutup Teks Sulalatus Salatin memaparkan pelbagai ilmu seperti ilmu agama,ilmu mengarang,ilmu firasat, dan lain-lain yang penting terhadap pembangunan insan. Oleh itu,setiap insan perlu meneladani ilmu-ilmu tersebut agar melahirkan insan yang berkedudukan dan dipandang tinggi. 2.ILMU DALAM TEKS SDBKL KONSEP -Ilmu ialah pengetahuan yang sistematik,benar dan menyakinkan atau Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ilmu mampu mengangkat kedudukan seseorang individu sama ada darjat, pangkat ataupun statusnya pada pandangan masyarakat - Pengetahuan,kepandaian dalam perkara dunia,akhirat,zahir,batin dsb - Sesuatu yang sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dalam kehidupan(kesan) KEPENTINGAN ILMU 1. Membentuk modal insan yang cemerlang 2. Menyediakan peluang pekerjaan 3. Meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang 4.Melahirkan insan yang berakhlak/beriman/amanah/bertanggunjawab 5. Melahirkan insan yang dihormati/disanjung/dipandang tinggi 6. Meningkatkan martabat/status sosial


7 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 ANALISIS ILMU DALAM TEKS SBDKL a) Ilmu agama Kepentingan ilmu- ilmu agama melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT/sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT dengan melaksanakan apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang. Contoh: i) Lebai Maarup memperoleh ilmu agama sewaktu beliau tinggal di Tanjung Karang dan ketaqwaannya dapat dilihat melalui tindakannya mengajar ilmu agama kepada penduduk Kg. Pulai serta mewakafkan tanahnya untuk membina surau di kawasan pembukaan lombong untuk tujuan agama. ii) Imam Saad mendapat ilmu agama dengan berguru dengan Imam Maali. kemudian beliau mengajar kanak-kanak mengaji di Kg.Pulai. iii) Tuan Syeikh Syed Salim Al-Makky- mengajar ilmu agama di istana kepada anak-anak raja/sultan.Beliau merupakan datuk Mahani yang berketurunan Arab. -ilmu agama yang dimiliki oleh Lebai Maarup, Imam Saad dan TSSS Al-makky menjadikannya lebih bertaqwa. Agama-Lebai Maarup& Imam Saad Perlombongan-Robert pertanian-Cik Puan Tipah Pengurusan-Datuk Tan/En.Muhammad politik- YB Muhd Yusof perdaganganEn.Muhammad/Datuk Tan/Tan Seri Syed Aris kesetiausahaan-Mahani perhubungan awamSudin


8 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 b) Ilmu Pertanian Kepentingan Ilmu- ilmu pertanian yang dikuasai oleh seseorang membantu dirinya menjana pendapatan,membuka peluang pekerjaan dan menjadikan dirinya seorang yang berdaya saing. Contoh; Cik Puan Tipah memiliki ilmu pertanian iaitu penanaman orkid,menjadikan dirinya sebagai usahawan yang berjaya. Hal ini dapat dilihat apabila beliau mengusahakan kebun orkidnya di Jeram medang. C) Ilmu Perdagangan Kepentingan Ilmu- ilmu perdagangan atau perniagaan yang dikuasai oleh seseorang mampu memajukan diri dan bersaing di peringkat global. Ilmu perdagangan juga melahirkan ahli perniagaan yang berpandangan jauh. Contoh: i) (lihat pd watak Encik Muhammad,Datuk Tan & Tan Seri Syed Aris) Mereka mempunyai ilmu perniagaan yakni mereka berkecimpung dalam dunia dagang sehingga ke peringkat antarabangsa. ii) En.Muhammad dan Datuk Tan melalui Syarikat Serba Dagang Internasional berusaha membekalkan lada hitam kepada Frankfurt import-Eksport di Jerman. D) Ilmu Kesetiausahaan Kepentingan ilmu- ilmu kesetiausahaan menjadikan seseorang itu cekap/pekerja yang cekap,berdisiplin dan berkemahiran tinggi-keluar dari kepompong kemiskinan. Contoh i) Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5 meneruskan pengajiannya dalam bidang kesetiausahaan selama setahun. Kemudian bekerja dengan Encik Muhammad sebagai setiausaha. Beliau merupakan seorang setiausaha yang cekap dan bijak serta dipercayai oleh majikannya. Contoh ii) Azliah mempunyai diploma kesetiausahaan dari ITM telah dipilih dan dilantik menjadi penolong setiausaha di Syarikat Lombong Lembah Tualang. E) Ilmu Politik Kepentingan ilmu- ilmu politik menjadikan seseorang ahli politik yang berjaya dan berpengaruh menjadikan seseorang itu bijak menyusun strategi politik demi mendapatkan sokongan masyarakat. Contoh- YB Mohd Yusuf memiliki ilmu politik yang mampu mempengaruhi rakyat di Kampung Pulai/Wilayah Tualang menyebabkan dirinya dipilih menjadi wakil rakyat. F) Ilmu Perhubungan Awam Kepentingan ilmu- Ilmu perhubungan awam akan melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri dan keberanian apabila berhadapan dengan orang ramai. Ilmu ini juga akan melahirkan insan yang bijak dalam berkomunikasi.


9 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 Contoh- Sudin memiliki ilmu pengurusan awam hasil daripada pengalamannya bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat semasa bekerja sebagai wakil kepada wakil rakyat YB Mohd Yusuf ( orang kepercayan) dan bekerja sebagai broker tanah. Pengalaman dan ilmu yang ada pada Sudin ini juga menyebabkan beliau dilantik untuk menjawat jawatan sebagai pegawai perhubungan raya Syarikat Lombong Lembah Tualang. G) Ilmu Perlombongan Kepentingan ilmu-ilmu perlombongan penting kerana mampu melahirkan seseorang yang dapat mengusahakan lombong.lebih kreatif,inovatif dan dapat meningkatkan produktiviti serta berani meneroka bidang baru. Contoh- Robert memperoleh ilmu perlombongan apabila dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di London dalam bidang kejuruteraan lombong dengan harapan apabila tamat pengajiannya kelak, Robert dapat membantunya untuk mengusahakan lombong bijih timah bersama En.Muhammad di Lembah Tualang.(SLLT) H) Ilmu Pengurusan Kepentingan ilmu- Ilmu pengurusan mampu membentuk seseorang pengurus yang berkarisma,berpandangan jauh,cekap,dan berani. Contoh-Encik Muhammad dan Datuk Tan yang mempunyai ilmu pengurusan telah berjaya menguruskan syarikat mereka aitu Firma serba Dagang Internasional sehingga syarikat mereka ini telah berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam (800-1000 tan) kepada Frankfurt Import-Eksport di Jerman selama 7 tahun. SOALAN STPM PENGGAL/SEM 2(U2) STPM 2013 1. Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasi dalam pembangunan insan.[25] SOALAN STPM PENGGAL/SEM 2 STPM 2014 2. Dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur,terdapat beberapa individu yang memiliki ilmu tertentu. Bincangkan bagaimana ilmu yang dimiliki oleh watak-watak yang berkenaan dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda.[25] *Peringatan: 5 jenis ilmu yang terdapat pada watak-watak dalam SBDKL yang boleh dimanfaatkan oleh anda (kepentingan ilmu) ( WAJIB menggunakan perkataan SAYA dalam jawapan) SOALAN STPM PENGGAL/SE.2 (U2) STPM 2014 3. Ilmu penting dalam kehidupan manusia. Dengan mengemukakan contoh watak daripada novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur,jelaskan pernyataan tersebut dalam konteks kehidupan anda sebagai pelajar. [25]


10 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 CONTOH SOALAN PERBINCANGAN 1 1.Dalam novel SBDKL,terdapat beberapa individu yang memiliki ilmu tertentu. Bincangkan kepentingan ilmu yang dimiliki oleh watak-watak tersebut dapat dimanfaatkan dalam kehidupan anda.[25] PERENGGAN PENGENALAN/PENDAHULUAN-3 ayat Cadangan jawapan A1-Konsep ilmu A2- Konsep ilmu dan kepentingan ilmu A3- menyenaraikan isi-isi penting yang akan dibincangkan (jenis ilmu) Ayat 1 Ilmu adalah suatu gerak daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu(insan) yang hidup,yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui yang diketahui Ayat 2 Ilmu ialah pengetahuan tentang sesuatu bidang/disiplin yang disusun secara bersistem menurut metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan/merungkaikan gejala/fenomena tertentu. Ayat 3 Pelbagai jenis ilmu yang diperlihatkan melalui watak-watak dalam novel kajian seperti ilmu pengurusan,ilmu kesetiausahaan,ilmu agama dan lainlain. CADANGAN JAWAPAN ISI 1. Ilmu agama-Lebai Maarup dan Imam Saad-menjadikan insan yang bertaqwa 2. Ilmu Pengurusan-En.Muhammad dan Datuk Tan-membentuk seseorang pengurus yang berkarisma,berpandangan jauh,cekap,berani 3. Ilmu Kesetiausahaan-Mahani& Azliah 4.ilmu perhubungan awam-Sudin-membentuk seorang pengurus berkarisma,berpandangan jauh,cekap,berani 5. ilmu perdagangan-melahirkan ahli perniagaan yang berpandangan jauh


11 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 CARA MENJAWAB PERENGGAN ISI BERDASARKAN KATA TUGAS BINCANGKAN YANG KEMUDIANNYA DIKAITKAN DENGAN DIRI ANDA PERENGGAN FAKTA/ISI FAKTA 1(IFP) Ilmu agama penting untuk… HURAIAN HURAIAN PRO (KT) Kepentingan ilmu agama adalah dapat melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT (K) iaitu dengan sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah SWT /dengan melaksanakan apa-apa yang diperintahkan (T) HURAIAN P.INSAN (P) -… membentuk modal insan cemerlang -…supaya dapat menjauhi diri saya daripada melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. (sila masukkan poin yang diaplikasikan dgn diri calon/SAYA) HURAIAN KONTRA Sekiranya, tiada ilmu agama/Tanpanya pasti, seseorang itu akan melanggar perintah Allah dan tidak patuh/taat terhadap suruhan Allah kerana kekurangaan taqwa dalam diri ekoran kurangnya pembelajaran dan pengamalan ilmu agama. CONTOH (sila guna formula SABaM) Lebai Maarup memperoleh ilmu agama sewaktu beliau tinggal di Tanjung Karang dan ketaqwaannya dapat dilihat melalui tindakannya mengajar ilmu agama kepada penduduk Kg. Pulai serta mewakafkan tanahnya untuk membina surau di kawasan pembukaan lombong untuk tujuan agama kepada masyarakat setempat supaya dalam masa yang sama mereka amalkan kehidupan beragama dalam kehidupan seharian. Kk/aplikas diri-SAYA (WACANA+ PENEGASAN ISI/KESAN POSITIF) Oleh itu/ Jelaslah/Konklusinya,ilmu agama penting untuk melahirkan insan yang bertaqwa agar dapat melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang serta dapat membentuk keperibadian diri saya ke arah menjadi insan yang mulia atau berakhlak tinggi PERBINCANGAN 2 & Latihan 1 “Ilmu penting dalam kehidupan seseorang”. Dengan merujuk kepada Encik Muhammad dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, huraikan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan insan.[25] 1) Ilmu Perdagangan 2) Ilmu agama 5)Ilmu Keusahawaan 4)Ilmu pengurusan 3) Ilmu Pelancongan 6)Ilmu Perhubungan Awam


12 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 JENIS ILMU & KEPENTINGANNYA -Untuk menjawab soalan perbincangan 2 diatas amat DISARANKAN pelajar menggunakan kaedah IFP untuk mengemukakan fakta atas sebab ia memang kehendak soalan, iaitu menghuraikan penyataan ayat tentang kepentingan ilmu.Walau bagaimanapun ilmu mesti didahulukan kemudian mengekorinya pula dengan kepentingan. Pada hemat penulis adalah tidak wajar menulis kepentingan dahulu,kemudiannya menulis tentang ilmu apa yang dimiliki oleh seseorang.Rumusnya begini (bagi kehendak soalan perbincangan 2) Fakta=Ilmu + kepentingan Fakta= Kepentingan + ilmu PERINGATAN: Sentiasa fahami kehendak soalan dan kata tugas.Mungkin IFP tidak boleh digunakan untuk menulis/mengemukakan ayat fakta sekiranya kehendak soalan berbeza dengan contoh soalan perbincangan 2. FAKTA 1 (sila guna formula *IFP) Ilmu perdagangan penting untuk melahirkan insan yang berpandangan jauh HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Ilmu perdagangan merupakan pengetahuan tentang perihal berniaga,(k/konsep-*pengertian am/no.①) ilmu perdagangan yang dimiliki juga membolehkan seseorang itu menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak global masa kini.(T/bagaimana) HURAIAN PBGN INSAN(PI) Oleh itu, penguasaan ilmu ini akan menjadikan dirinya lebih bijak,maju serta berdaya saing (PI/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) Encik Muhammad ( siapa) yg memiliki ilmu perdagangan (apa) bijak memilih rakan untuk berkolaborasi dalam perniagaan. En.Muhammad telah berkolaborasi dengan DatukmTan sehingga mereka berjaya bersaing di peringkat antarabangsa melalui Sykt Firma Serba Dagang Internasional(SFSDI) berusaha membekalkan lada hitam kps sykt Frankfurt import-eksport di Jerman.(bagaimana) Kerjasama antara En.Muhammad dgn Datuk Tan ini berterusan apabla mereka membuka sykt SLLT yg mjlnkan aktviti perombongan (mengapa/kesan) KK Oleh itu/Jelaslah, BIL JENIS ILMU KEPENTINGANNYA 1 Ilmu Perdagangan melahirkan insan yg berwawasan/berpandangan jauh 2 Ilmu agama melahirka insan yg berakhlak mulia,beriman/bertaqwa 3 Ilmu Pelancongan melahirkan insan yg berdaya saing 4 Ilmu pengurusan melahirkan insan yg cekap mentadbir sesebuah organisasi 5 Ilmu Keusahawaan melahirkan insan yg berjaya mengembangkan perniagaan 6 Ilmu Perhubungan Awam melahirkan insan yg disegani dan dihormati


13 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 FAKTA 2 (sila guna formula IFP) Ilmu agama penting untuk menjadi insan yang sempurna HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Ilmu agama merupakan pengetahuan yg berkaitan agama dan mencakupi semua pengetahuan ttg bidang atau disiplin ilmu yg membawa kpd kemaslahatan manusia di muka bumi. ,(k/konsep-*pengertian am/no.①) Ilmu agama adalah satu keperluan yg akn memberi manfaat kpd manusia bkn shj di akhirat tetapi turut brguna utk khdpn di dunia HURAIAN PBGN INSAN(PI) Dengan adanya ilmu agama dpt melahirkan seorang insan yg berakhlak mulia,lebih bertaqwa kpd Allah SWT dan dipandang tinggi oleh orang lain. CONTOH (sila guna formula SABaM) Encik Muhammad medirikan solat sunat syukur dan solat tahajjud serta berzikir kpd Allah SWT pd mlm penubuhan SLLT sbg tanda kesyukuran serta minta jayakan perjalanan sykt yg baru ditubuhkan tu. Dengan berbuat demikian, En.Muhammad merasakan dirinya dekat dengan Allah SWT KK Oleh itu, FAKTA 3 (sila guna formula IFP) Ilmu pelancongan penting untuk… HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Pengetahuan tentang pelancongan penting dalam melahirkan insan yg mampu bersaing dan memiliki pemikiran jauh ke hadapan. ,(k/konsep- *kepentingan/no.②) Industri pelancongan merupakan antara industri yg dapat menyumbang kpd pendapatan seseorg. Potensi industri pelancongan sbg penjana ekonomi baru hanya dpt direalisasikan jika ada usaha2 memajukan dan membangunkan industri tersebut. HURAIAN PBGN INSAN(PI) Dengan adanya pengetahuan ttg pelancongan akan menjadikan seseorg insan yg berjaya dan berwawasan. (P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) En.Muhammad memiliki ilmu ……………………..dijadikan kwsn perburuan kecil bagi menarik pelancong. Beliau……………. didirikan motel di…………………….kpd para pelancong yg ingin bermalam. KK Oleh itu,


14 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 FAKTA 4 (sila guna formula IFP) Ilmu pengurusan penting dalam … HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Pengurusan merupakan satu…………,(k/konsep- *ciri/no.④) HURAIAN PBGN INSAN(P) Justeru, apabila menguasai ilmu pengurusan juga dapat melahirkan pengurus yang berwibawa,dinamik,kreatif dan inovatif (P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) En. Muhammad dlm novel SBDKLyg brjwtn pengurus dan ahli perniagaan mempunyai ilmu pengurusan yg mantap sehingga berjaya menjadikan Sykt FSDI yg merupakan ank sykt Tan Enterprise sebuah sykt yg kukuh dan berdaya maju. Hal ini dpt dibuktikan apabila En.Muhammad brjaya menguruskan Sykt FSDI sehingga berjaya mdpt kontrak membekalkan................................................................. KK Oleh itu, FAKTA 5 (sila guna formula IFP) Ilmu keusahawanan penting…………………… HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Usahawan merujuk kpd individu atau kumpulan individu yg menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya. ,(k/konsep-*kefahaman/no.⑤) Seseorang usahwan akn sentiasa mencari peluang utk mengembangkan perniagaan dan akn menggunakan inovasi serta kreativiti bagi meningkatkan prestasi peniagaan. HURAIAN PBGN INSAN(P) Penguasaan ilmu keusahawanan menjadikan seorang insan yang…… (P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) En.Muhammad seorang usahawan yg berjaya apabila mempunyai syer 20% dalam restoran makanan barat di Jeram Medang.Beliau juga merupakan usahawan yang berjaya bersaing di peringkat antarabangsa melalui sykt……………………………………………………………… KK Jelaslah,


15 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 FAKTA 6 (sila guna formula IFP) HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) HURAIAN PBGN INSAN(P) (P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) KK Oleh itu, *Penghuraian konsep yang dinomborkan itu berdasaran nota pdpc cg yg terdahulu.Ada lima cara untuk menulis konsep dalam ayat huraian (sila rujuk nota) PENUTUP *A1/P1/K1-Rumusan Kesimpulannya, penguasaan pelbagai jenis ilmu(rumusan) adalah penting bagi setiap insan dlm menjalani kehidupan seharian.(kesan/impak) *A2/P2/K2- Penilaian/cdgn/hrpn/ saranan/pndgn/impak …diharapkan generasi masa kini menambah dan memanfaatkan ilmu pengetahuan yg berguna dlm pelbagai bidang(cadangan) agar dapat mendepani pancaroba hidup.(harapan) Ptnjk:=A1(ayat 1)/P1(penutup 1)/K1(kesimpulan 1) DAN A2(ayat 2)/P2(penutup 2)/K2(kesimpulan 2) -*Untuk tulis P1 blh guna spt berikut:- Formula=Rumusan+kesan/impak -*Untuk tulis P2 blh guna spt berikut:- Formula- Penilaian mesti buat gabungan pernyataan ayat spt berikut(boleh pilih slh satu):- i) cadangan + harapan atau sebaliknya ii)pandangan + impak iii) saranan + harapan iv) pandangan + harapan v) Pandangan + cadangan vi) Cadangan + impak


16 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 PERBINCANGAN 3 & Latihan 2 Sheikh Ismail antara tokoh agama yang memiliki ilmu pengetahuan yang telah mengangkat martabatnya sebagai tokoh yang disegani dalam teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Huraikan ilmu yang ada pada tokoh di atas dapat dimanfaatkan dalam konteks pembangunan insan. [25] KERANGKA JAWAPAN PERENGGAN PENGENALAN/PENDAHULUAN A1/P1- Konsep ilmu A2/P2- Latar belakang watak Sheikh Ismail A3/P3- Senarai isi PERENGGAN FAKTA/ISI F1 : Ilmu Agama F2 : Ilmu Pelayaran F3: Ilmu Komunikasi F4: Ilmu Pentadbiran F5: Ilmu Dakwah - untuk kehendak soalan seperti perbincangan 3 & Latihan 2 ini pelajar boleh guna kaedah IF. Lihat kerangka contoh di bawah:- FAKTA 5 (sila guna formula IF) Ilmu Dakwah HURAIAN (sila guna formula K,T,P) HURAIAN FAKTA (K,T) Dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, memandu dan menjemput kepada sesuatu perkara baik.,(k/konsep-*Pengertian am/no.①) Pendakwah yang taat kepada perintah Allah akan melakukan usaha untuk mengajak manusia lain untuk menerima ajaran agama islam yang syumul. (bagaimana /teks huraian ada kaitan dgn cth yg hndk dikemukakan nanti-tdk blh direka sendiri/tiada kaitan dgn teks) HURAIAN PBGN INSAN(PI) …. (P/mengapa-kesan) CONTOH (sila guna formula SABaM) Sheik Ismail(siapa) telah membuat pelayaran ke alam Melayu (apa)adalah bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada penduduk alam Melayu (bagaimana) sebagai mana sabda Rasul pada akhir zaman ada sebuah negeri di bawah angin yang akan lahir ramai wali Allah.(mengapa/kesan) KK Jelaslah,


17 OLEHMOHAZ/ILMU/TEKS SS&SBDKL/SEM.2/edisi kemas kini kali ke-3 2024 CONTOH PENULISAN ESEI Ilmu yang ada pada tokoh tersebut ialah ilmu dakwah. Dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti da’a, yad’u, da’watan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, memandu dan menjemput kepada sesuatu perkara baik.,(k/konsep-*Pengertian am/no.①) Pendakwah yang taat kepada perintah Allah akan melakukan usaha untuk mengajak manusia lain untuk menerima ajaran agama islam yang syumul dengan berlayar ke negara lain serta menyebar luaskan ajaran agama islam.Dengan adanya kemahiran ilmu berdakwah ini akan… (pembangunan insan-kaitkan dengan manfaat). Jelaslah bahawa, kemahiran ilmu dakwah yang dimilki oleh tokoh tersebut telah berjaya menyebar dan meningkatkan syiar islam kepada penduduk alam Melayu serta menjadikannya insan yang dihormati oleh orang lain.(kk-blh kait dgn manfaat sbg penegasan) PERENGGAN PENUTUP K1 : Kesimpulannya, Sheikh Ismail merupakan tokoh agama yang berjaya memanfaatkan segala ilmu pengetahuan yang dimilkinya bagi….. K2: Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa ilmu yang dimiliki sewajar dimanfaatkan semaksimum mungkin (pandangan) agar….


Click to View FlipBook Version